Anda di halaman 1dari 3

Aktiviti-aktiviti untuk Mengisi Masa Lapang

Masa lapang yang tidak diisi dengan kerja-kerja yang berfaedah akan merugikan seseorang.
Sesungguhnya masa itu amat berharga seperti emas. Oleh itu, kita tidak harus membazirkan
masa dengan begitu sahaja. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan untuk mengisi
masa

Membaca adalah aktiviti yang boleh kita lakukan apabila kita mempunyai masa lapang.
Aktiviti membaca banyak faedahnya kepada kita. Di samping dapat menambahkan pengetahuan,
kita juga dapat memperbaiki penguasaan bahasa dan menambahkan perbendaharaan bahasa.
Antara bahan bacaan yang sesuai dibaca pada masa lapang lalah akhbar, majalah dan buku-buku
agama atau motivasi.

Menanam pokok hiasan di halaman rumah juga merupakan aktiviti masa lapang yang baik.
Rumah yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan akan mencantikkan lagi pemandangan rumah
tersebut. Di samping itu, udara di sekeliling rumah menjadi lebih bersih dan segar. Antara pokok
hiasan yang boleh ditanam ialah pokok bunga kertas, bunga raya dan pokok puding.

Di samping itu, aktiviti beriadah juga sesuai untuk mengisi masa lapang kita. Aktiviti
beriadah boleh kita lakukan di taman permainan atau di tepi pantai. Aktiviti riadah juga boleh
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan ahli keluarga
jika dilakukan bersama-sama ahli keluarga. Antara aktiviti riadah lalah berjoging, menunggang
basikal dan berenang di tepi pantal. Dalam melakukan aktiviti riadah, aspek keselamatan perlu
diutamakan.

Masa lapang kita juga boleh diisi dengan memancing ikan. Di samping mengisi masa lapang,
aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mendapat ikan untuk dijadikan makanan
keluarga. Lazimnya, aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mempraktikkan nilai
kesabaran dalam kehidupan. Aktiviti memancing ikan boleh dilakukan di tepi pantai, di tepi
sungai dan di kolam. Jika dilakukan bersama keluarga, pasti hubungan kekeluargaan menjadi
semakin erat.  

Selain itu, menziarahi keluarga dan saudara-mara juga merupakan aktiviti yang boleh kita
lakukan pada masa lapang. Kehidupan masa kini yang semakin sibuk menjadikan hubungan
kekeluargaan semakin longgar. Aktiviti menziarahi keluarga akan dapat merapatkan semula
hubungan kekeluargaan. Hari yang sesuai untuk aktiviti ziarah ialah pada hujung minggu atau
cuti umum. Aktiviti ziarah-menziarahi begini dapat mewujudkan keluarga bahagia.

Konklusinya, kita mestilah bijak membahagikan masa agar masa tidak terbuang begitu
sahaja. Mereka yang tidak menghargai masa akan merugikan diri sendiri dan mudah terjebak
dalam kegiatan yang tidak sihat.
Latihan: Lengkapkan perenggan-perenggan di bawah dengan perkataan yang paling
sesuai. Kemudian, tulis semula karangan fakta yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti
berfaedah bagi mengisi masa lapang.

Setiap orang mesti mempunyai masa lapang setiap hari. Masa lapang ini mesti diisi dengan
perkara yang ………………….. Terdapat beberapa aktiviti berfaedah yang boleh kita lakukan
bagi ………………..masa lapang.

Antara aktiviti yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa lapang ialah membaca.
Sesungguhnya, kita akan dapat menambahkan ………………….. dan memperbaiki…………….
bahasa melalui pembacaan. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan yang boleh kita baca seperti
akhbar, ………………… dan buku. Kita boleh membaca bahan bacaan tersebut di rumah atau di
…………………. awam.

Selain itu, kita juga boleh …………………… masa lapang dengan membantu ibu bapa di
rumah. Kita boleh membantu ibu mengemas rumah, membasuh pakaian dan membasuh pinggan-
mangkuk. Kita juga boleh …………………. bapa mencuci kereta atau menyapu sampah di
……………. rumah. Sikap bantu-membantu dalam keluarga ini akan ……………………….
hubungan kekeluargaan.

Masa lapang kita juga boleh diisi dengan aktiviti ……………………… dan bersukan.
Dengan bersenam dan bersukan badan kita akan menjadi sihat. Kita boleh bersenam dan
bersukan di padang permainan atau di …………………… Aktiviti bersenam dan bersukan juga
akan dapat mencerdaskan …………………… kita.

Di samping itu, kita juga boleh…………………….. internet pada waktu lapang. Dengan
melayari internet, kita akan dapat menambahkan pengetahuan. Namun demikian, kita hendaklah
menjauhi laman yang ………………….. kerana laman ini banyak keburukannya. Kita juga mesti
…………………….. masa melayari internet kerana jika terlalu lama, boleh...……………minda
dan badan kita.

Konklusinya, terdapat beberapa aktiviti berfaedah yang boleh kita gunakan untuk mengisi
masa lapang. Seseorang yang dapat …………………….. masa lapang dengan baik, pasti akan
mendapat banyak ………………... Masa itu lebih bernilai daripada emas, justeru janganlah kita
……………………. masa lapang begitu sahaja. Kita hendaklah menggunakan masa lapang
dengan sebaik mungkin.

Pilihan jawapan:

pengetahuan bersenam menggunakan menolong perpustakaan


mengisi mengisi manfaat majalah melayari
mengeratkan minda meletihkan mengehadkan gimnasium
berfaedah negatif membazirkan penguasaan halaman
Penulisan Jenis Fakta: Aktiviti-aktiviti Berfaedah Bagi Mengisi Masa Lapang

Setiap orang mesti mempunyai masa lapang setiap hari. Masa lapang ini mesti diisi dengan
perkara yang berfaedah. Terdapat beberapa aktiviti berfaedah yang boleh kita lakukan bagi
mengisi masa lapang.

Antara aktiviti yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa lapang ialah membaca.
Sesungguhnya, kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan memperbaiki penguasaan bahasa
melalui pembacaan. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan yang boleh kita baca seperti akhbar,
majalah dan buku. Kita boleh membaca bahan bacaan tersebut di rumah atau di perpustakaan
awam.

Selain itu, kita juga boleh mengisi masa lapang dengan membantu ibu bapa di rumah. Kita
boleh membantu ibu mengemas rumah, membasuh pakaian dan membasuh pinggan-mangkuk.
Kita juga boleh menolong bapa mencuci kereta atau menyapu sampah di halaman rumah. Sikap
bantu-membantu dalam keluarga ini akan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Masa lapang kita juga boleh diisi dengan aktiviti bersenam dan bersukan. Dengan bersenam
dan bersukan badan kita akan menjadi sihat. Kita boleh bersenam dan bersukan di padang
permainan atau di gimnasium. Aktiviti bersenam dan bersukan juga akan dapat mencerdaskan
minda kita.

Di samping itu, kita juga boleh melayari internet pada waktu lapang. Dengan melayari
internet, kita akan dapat menambahkan pengetahuan. Namun demikian, kita hendaklah menjauhi
halaman yang negatif kerana halaman ini banyak keburukannya. Kita juga mesti menghadkan
masa melayari internet kerana jika terlalu lama, ia boleh meletihkan minda dan badan kita.

Konklusinya, terdapat beberapa aktiviti berfaedah yang boleh kita gunakan untuk mengisi
masa lapang. Seseorang yang dapat menggunakan masa lapang dengan baik, pasti akan
mendapat banyak manfaat. Masa itu lebih bernilai daripada emas, justeru janganlah kita
membazirkan masa lapang begitu sahaja. Kita hendaklah menggunakan masa lapang dengan
sebaik mungkin.

Anda mungkin juga menyukai