Anda di halaman 1dari 11

CARA - CARA MENGHARGAI ORANG BERBUDI KEPADA KITA

upsr 2016
Manusia di muka bumi ini digalakkan untuk melakukan berbudi kepada orang. Berbudi kepada
orang lain akan memberi kesan yang baik kepada dirinya dan diri sendiri. Orang yang berbudi
pasti disukai oleh orang ramai dengan sikapnya yang tidak pernah mengharapkan balasan
daripada orang lain. Tanpa mengharapkan balasan kita perlulah menghargai orang yang berbudi
kepada kita.

Cara - cara menghargai orang yang berbudi kepada kita ialah mendoakan yang baik kepada
mereka.
Mereka yang berbudi kerap membantu orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Namun, sebagai manusia kita hendaklah membalas budi mereka dengan mendoakan mereka
dalam keadaan baik dalam kehidupan mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, harimau
mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Seterusnya, kita perlulah melayani mereka dengan pertuturan yang sopan dan berbudi Bahasa.
Hal ini menyebabkan mereka lebih selesa untuk bergaul dengan mesra tanpa segan silu
sekaligus dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain bagai aur dengan tebing.
Contohnya, Negara kita mempunyai tiga bangsa yang Utama iaitu Melayu, Cina dan India,
sekiranya kita mengamalkan pertuturan yang berbudi Bahasa maka perpaduan negara kita lebih
erat dan kuat.

Di samping itu, membalas jasa kepada mereka turut menjadi salah satu cara menghargai orang
yang berbudi. Contohnya, kita menziarahi mereka ketika ditimpa musibah seperti kematian ahli
keluarga.
Kita sewajarnya memberi sokongan moral kepada mereka untuk mereka terus sabra dan tabah
di atas dugaan yang menimpa mereka. Hal ini dapat menambah semangat untuk mereka
meneruskan kehidupan.

Selain itu, kita seharusnya memberi bantuan kepada mereka sekiranya mereka menghadapi
kesusahan. Mereka yang menghadapi kesusahan sudah pasti mengharapkan bantuan daripada
orang di sekeliling mereka seperti saudara - mara, jiran tetangga dan rakan - rakan. Hal ini dapat
mengurangkan kesulitan yang mereka yang hadapi tersebut sekali gus membalas segala jasa
yang mereka berikan kepada kita.
Kesimpulannya, kita sewajarnya menghargai orang yang berbudi kepada dengan pelbagai cara.
Sebagai contoh, mendoakan yang baik untuk mereka, membalas jasa, menlayani mereka dengan
sopan dan memberi bantuan ketika kesusahan. Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara
sesame manusia sekaligus dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum mahupun agama.
Sudah terang lebih bersuluh, orang yang berbudi kepada ini perlulah kita hargai agar mereka
dapat melakukan kebaikan pada masa akan datang.

KARANGAN UCAPAN PERPISAHAN GURU. Upsr 2016

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru dan
rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi.

Hadirin yang dihormati,


Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih dan berbesar hati kerana pihak
majlis sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dalam majlis pada hari ini.
Sebagaimana yang kita ketahui, majlis ini diadakan adalah untuk meraikan cikgu Shahimi
yang akan berpindah ke sekolah lain tidak lama lagi.
Sesungguhnya kita tidak menyangka bahawa beliau akan pergi setelah sekian lama
mencurahkan bakti di sini. Kita berasa amat sedih kerana akan kehilangan seorang guru
yang sangat dedikasi terhadap tugasnya.

Hadirin yang dikasihi,


Pengorbanan dan jasa beliau kepada kita tidak ternilai harganya. Beliau telah banyak
membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada kita. Selain itu, beliau juga sentiasa
mengambil berat dan sanggup meluangkan masa mengadakan kelas tambahan kepada
murid-muridnya.
Saya mewakili semua murid, mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Shahimi.
Kami menghargai segala usaha dan jasa cikgu. Kami berjanji akan belajar bersungguh-
sungguh agar impian dan cita-cita kami tercapai.
Kami juga meminta ampun dan maaf daripada cikgu jika terdapat sebarang kesilapan
yang telah kami lakukan sepanjang cikgu mendidik kami.
Akhir sekali, saya mewakili semua murid di sekolah ini berdoa agar cikgu akan berbahagia
apabila bertugas di sekolah baru nanti. Sebelum mengakhiri ucapan ini, terimalah serangkap
pantun daripada saya.

Pucuk pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan;
Walaupun jauh ribuan batu,
Hilang di mata, di hati jangan.

Sekian, terima kasih.


Karangan UPSR "Punca Berlakunya Kemalangan Jalan Raya" ( percubaan Kelantan)

Bincangkan punca-punca berlakunya kemalangan di jalan raya.

Hampir setiap hari berita-berita mengenai kemalangan ngeri yang menyebabkan


kecederaan parah, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda disiarkan melalui media
massa. Keadaan ini menunjukkan bahawa kemalangan adalah satu masalah serius yang
sukar diatasi.

Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Dalam hal ini,
kecuaian manusialah yang menjadi penyebab utama. Ramai pemandu dan penunggang
kenderaan yang gemar memandu secara cuai dan melulu. Mereka tidak mematuhi undang-
undang dan peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, ada pemandu yang
gemar memotong kenderaan lain di selekoh yang mempunyai garisan berkembar.
Perbuatan begini amat berbahaya kepada diri sendiri dan pemandu lain.

Selain itu, keadaan kenderaan juga merupakan punca kepada berlakunya kemalangan.
Ramai pemilik kenderaan tidak menyelenggara kenderaan mereka dengan baik. Keadaan ini
menyebabkan komponen -komponen kenderaan seperti brek dan tayar tidak dapat
berfungsi dengan baik. Hal ini menyebabkan kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik
dan mudah terbabas ketika memandu.

Kemalangan juga berpunca daripada keadaan jalan raya. Jalan raya yang berselekoh ,
berbukit , dan berlubang-lubang amat berbahaya kepada pemandu. Seseorang pemandu
yang kurang pengalaman dan tidak biasa melalui laluan sebegini sukar untuk mengawal
kenderaan mereka dan amat berisiko mengalami kemalangan.

Di samping itu, kemalangan jalan raya juga berpunca daripada pemandu kenderaan dan
penunggang motosikal yang tidak memiliki lesen memandu. Hal ini menyebabkan mereka
tidak memahami undang-undang dan peraturan jalan raya dengan sepatutnya kerana tidak
mendapat tunjuk ajar dan latihan yang diperlukan. Mereka akan terdorong memandu atau
menunggang secara tidak berhemah. Keadaan sebegini boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan di jalan raya.

Kesimpulannya, banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya.


Untuk mengatasi masalah ini, semua pihak perlu menggemblengkan tenaga dan usaha
secara lebih efektif lagi.
Faedah dan Kebaikan Bergotong-royong.( percubaan Kelantan)
Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Gotong royong bermaksud bekerjasama
melakukan sesuatu tugasan.Terdapat banyak faedah daripada amalan bergotong-royong.

Antara faedah bergotong-royong ialah kerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih
mudah. Hal ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan secara beramai-ramai. Selain itu, kerja
dapat disiapkan dengan lebih cepat dan pantas.

Faedah amalan bergotong-royong yang berikutnya ialah kita dapat mengeratkan hubungan
silaturahim. Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual,bertukar fikiran dan
bertanya khabar antara satu sama lain. Kita juga dapat menambah kenalan.

Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan badan. Hal yang
demikian itu terjadi apabila kita melakukan aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan
sekolah atau membersihkan kawasan persekitaran, sudah tentu kita ada mengeluarkan
peluh. Badan yang sihat juga dapat mengelakkan seseorang itu daripada mudah terkena
penyakit.

Seterusnya, melalui amalan bergotong-royong, kita dapat mengisi masa senggang dengan
kegiatan yang berfaedah. Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan
perkara yang sia-sia dan membuang masa umpamanya bergaul dengan budak nakal dan
melakukan aktiviti berbahaya seperti berlumba basikal lajak dan berlepak.

Kesimpukannya, jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak kebaikan
dan faedahnya. Oleh itu, kita hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai amalan.

KEBAIKAN HIDUP BERJIRAN

Adakah anda mengetahui dan mengenali siapakah jiran anda? Umumnya, jiran adalah
orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang atau tetangga. Hidup berjiran
memerlukan semangat kejiranan. Semangat kejiranan ini merujuk kepada tahap keakraban
dalam hubungan sesama jiran. Pada masa kini semangat kejiranan amat jelas kelihatan
dalam masyarakat luar bandar jika dibandingkan masyarakat bandar. Apakah kebaikan
semangat kejiranan dalam kehidupan kita?

Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika kita
menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedla maklum bahawa kehidupan kita tidak
dapat lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau kematian. Jika
kita menghadapi sesuatu bencana sudah tentunya jiranlah orang yang paling cepat dapat
membantu kita. Begitu juga jlka kita sakit, jiranlah yang kita harapkan untuk menghantar
kita ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.
Selain itu, semangat kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan tempat tinggal kita.
Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita.
Jika jiran kita mendapati ada orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita
pada waktu kita tiada di rumah, jiran pasti akan menghubungi kita. Contoh pada musim
perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk menziarahi rumah saudara-mara, jiranlah
orang yang kita harapkan dapat membantu menjaga rumah kita.

Kebaikan lain semangat kejiranan ialah jiran akan dapat membantu kita dalam menjayakan
majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan kadangkala memerlukan bantuan jiran
di sekeliling kita. Dengan adanya bantuan jiran ini majlis tersebut menjadi ringan dan
Berjaya dilaksanakan.

Semangat kejiranan yang terjalin juga membolehkan gejala negatif di tempat tinggal kita
dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan menasihati anak mereka agar tidak
melakukan perkara negatif yang boleh mengganggu ketenteraman membuat bising dan
perkara berbahaya di kawasan kejiranan

Di samping itu, semangat kejiranan membantu memupuk semangat perpaduan dikalangan


rakyat dalam Negara kita. Perpaduan yang terjalin akan membolehkan rakyat hidup dalam
keadaan aman dan damai.

Nyatalah semangat kejiranan banyak memberi manfaat baik kepada diri sendiri, penduduk
setempat dan masyarakat umumnya. Manfaat yang lebih besar lalah semangat kejiranan ini
dapat mendorong terjalinnya hubungan baik antara kaum dan membawa kepada
perpaduan kaum.

Karangan Ucapan Hari Guru"

Sebagai ketua murid kamu diminta menyampaikan ucapan sempena sambutan hari guru di
sekolah kamu.
Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar , guru-guru
penolong kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima
kasih atas kepercayaan semua memberikan saya ruang dan peluang untuk berucap
sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah kita.

Hadirin yang dimuliakan,

Tanggal 16 Mei setiap tahun para guru di seluruh negara merayakan satu sambutan khas.
Sambutan ini bertujuan menghargai dan memartabatkan jasa para guru. Hal ini demikian
kerana guru adalah insan-insan yang telah diamanahkan menaburkan jasa dan bakti mereka
untuk mendidik kita. Tanpa guru, siapalah kita pada hari ini.
Jasa dan bakti para guru tidak terbalas oleh kita. Mereka sanggup berkorban masa ,
tenaga dan kadangkala wang ringgit untuk mencurahkan ilmu kepada kita. Setiap
pengorbanan yang mereka lakukan tidak mengharapkan sebarang balasan. Para guru akan
berasa gembira apabila melihat kita mencapai kejayaan. Kejayaan yang kita peroleh adalah
kebahagiaan kepada mereka.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Sebagai murid kita sepatutnya menanamkan rasa hormat kepada semua guru. Sikap
merendah diri dan bercakap secara sopan- santun setiap kali berhadapan dengan guru-guru
perlu sentiasa diamalkan. Amalan sebegini amatlah digalakkan dalam agama dan budaya
kita. Murid yang mengamalkan sikap sebegini juga akan mendapat keberkatan dan kejayaan
dalam hidupnya.

Selain itu, kita juga perlulah sentiasa menumpukan perhatian setiap kali guru mengajar
dan memberi nasihat. Setiap patah perkataan yang diluahkan oleh guru-guru kita sudah
tentu bertujuan untuk memberi ilmu dan panduan yang berguna kepada kita. Percayalah
rakan-rakan, murid yang sentiasa menumpukan perhatian ketika guru mengajar akan
mencapai kejayaan dalam pelajarannya.

Pada hari yang mulia ini saya perhatikan ramai antara kita yang membawa pelbagai
hadiah untuk diberikan kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan terhadap jasa
mereka. Hal ini sangat baik kita amalkan walaupun kita sedia mengetahui bahawa para guru
tidak mengharapkan sebarang hadiah daripada kita. Tetapi sebagai murid kita juga ingin
menghargai jasa dan sumbangan para guru kita.

Sebagai mengakhiri ucapan pada pagi ini, terimalah serangkap pantun daripada saya:

Panglima Megat orangnya perkasa,


Menentang musuh dari seberang;
Guru kita banyak berjasa,
Mendidik kita dengan kasih sayang.

Sekian, terima kasih.


Karangan "Catatan sambutan hari guru di sekolah"

Isnin, 16 Mei 2016

8.00 pagi

Semua guru dan murid berhimpun di Dewan Gemilang Sekolah Kebangsaan Pengkalan
Chepa. Pada pagi ini semua guru memakai baju batik bertemakan warna merah. Sebelum
acara sambutan hari guru bermula, Cikgu Mazlan selaku pengerusi majlis pada hari itu sibuk
mencuba pembesar suara.

8.15 pagi

Semua murid dan guru berdiri tegak. Kami sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu
Selamat Sultan dan Lagu Sekolahku Berjaya. Setelah selesai menyanyikan lagu-lagu
tersebut, semua murid dan guru dibenarkan duduk.
Kemudian, Cikgu Mazlan yang mempengerusikan majlis meminta semua guru berdiri di
atas pentas untuk menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan diikuti dengan bacaan ikrar.

8.45 pagi

Ketua Murid tampil ke depan untuk menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya Ketua
Murid mengucapkan terima kasih atas jasa dan pengorbanan para guru. Dia juga
mendoakan kesejahteraan guru-guru.

9.00 pagi

Guru Besar dipersilakan menyampaikan ucapan dan membaca perutusan Menteri


Pendidikan. Semua guru dan murid memberi tumpuan dan mendengar dengan teliti.
Setelah itu Guru Besar merasmikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2016.

9.30 pagi

Acara sukan yang melibatkan guru-guru dan murid-murid diadakan di padang sekolah. Guru
lelaki bermain bola sepak dan lumba lari dalam guni manakala guru-guru perempuan pula
bermain bola jaring serta berjalan dengan terompah gergasi. Kami sangat terhibur melihat
telatah para guru.

11.00 pagi

Selepas rehat murid-murid dan guru-guru berkumpul semula di Dewan Gemilang. Acara
seterusnya ialah persembahan murid-murid. Ramai murid yang mengambil bahagian dalam
pelbagai acara seperti nyanyian, deklamasi sajak, lakonan dan lawak jenaka. Suasana dewan
agak gamat dengan gelak
ketawa kami melihat aksi-aksi lucu rakan-rakan yang membuat persembahan.
12.00 tengah hari

Seterusnya diadakan pula acara pemberian hadiah oleh murid-murid kepada guru-guru.
Inilah kemuncak acara sambutan hari guru pada tahun ini. Murid-murid berebut-rebut
memberikan hadiah kepada guru-
guru. Pelbagai barangan yang terbungkus rapi dijadikan hadiah oleh murid-murid untuk
para guru

1.00 tengah hari

Semua acara sambutan hari telah berakhir. Kami semua dibenarkan pulang setelah
mengemas semula dewan dan peralatan yang telah digunakan. Hari ini saya berasa sangat
seronok kerana berpeluang merayakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah
Karangan Laporan : Laporan Perkhemahan Pengakap

Pada 25 hingga 26 April 2013, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Kerteh telah
mengadakan perkhemahan di Air Terjun Sekayu. Perkhemahan selama dua hari ini telah
disertai oleh 35 orang pengakap dan 5 orang guru pengiring.

Aktiviti perkhemahan ini bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan mental,
membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan peserta.
Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar.

Sepanjang perkhemahan itu, para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap
kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggunjawab memimpin ahli kumpulannya.
Sebarang masalah yang timbul dalam kalangan ahli, akan dibincang dengan ketua
kumpulan.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu. Antaranya ialah
merentas hutan, kawad kaki, lakonan dan sebagainya. Aktiviti ini berjalan lancar dengan
kerjasama dari semua peserta.

Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamanya. Para peserta dapat mengutip
pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baru. Malah hubungan antara pengakap
bertambah erat.

Disediakan oleh 27 April


2013
(Ikhwan Hadi)
Setiausaha Persatuan Pengakap
SK Kerteh

KEGUNAAN POKOK KELAPA

Pokok kelapa atau dikenali sebagai pokok nyiur merupakan sejenis tumbuhan yang hidup
subur di kawasan persisiran pantai. Tumbuhan ini juga banyak terdapat di desa dan di luar
bandar.

Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan kepada kita. Hampir setiap bahagian
tumbuhan ini boleh digunakan. Oleh itu, pokok kelapa juga digelar pokok seribu guna.

Isi buah kelapa muda boleh dimakan begitu sahaja ataupun dibuat kuih-muih dan
biskut. Air kelapa pula enak diminum bagi menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan
terutamanya pada hari panas. Bukan itu sahaja, isi buah kelapa tua yang telah diparut boleh
diperah menjadi santan. Santan digunakan untuk memasak kari dan nasi lemak. Isi buah
kelapa juga boleh diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin.

Selain itu, batang pokok kelapa yang panjang dan keras sesuai untuk dijadikan titi
untuk menyeberangi sungai ataupun parit. Sabut kelapa pula boleh dibuat tali, berus dan
bahan api. Tempurung kelapa boleh digunakan untuk menghasilkan cenderamata dan
barang hiasan yang cantik. Contohnya, tabung syiling, rantai kunci dan sebagainya.

Di samping itu, daun pokok kelapa boleh dijadikan atap dan dibuat sarung ketupat.
Lidinya pula boleh dijadikan pencucuk sate atau diikat untuk dijadikan penyapu lidi. Penyapu
lidi sesuai digunakan untuk menyapu dedaun kering di halaman rumah.

Pendek kata, pokok kelapa sangat berguna kepada kita. Oleh itu, kita sewajarnya
menghargai tumbuhan ini dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya.

Anda mungkin juga menyukai