Anda di halaman 1dari 8

Papaku pulang dari kota,

Papaku belikan kotak besar,


Panjang darab lebar itu luasnya,
Panjang darab lebar darab tinggi isipadunya,

1
2 darab tapak darab tinggi,
formula luas segi tiga,
Tambah semua ukuran sisinya,
Formula untuk perimeter,

Ada dua bentuk segi empat,


Segi empat sama segi empat tepat,
Ada tiga bentuk segi tiga,
Sama sisi, sama kaki, segi tiga tepat,

Jumlah bahagikan bilangan,


Itu formula mencari purata,
Purata darabkan bilangan,
Itu formula mencari jumlah,
Jumlah bahagikan purata,
Itu formula mencari bilangan,

Marilah kawan, marilah teman,


Hafalkan untuk UPSR
KARANGAN BERFORMAT SYARAHAN

Syarahan

(Tips Penting)

1) Syarahan juga dikenali sebagai pidato.


2) Dalam peperiksaan PMR, tajuk syarahan biasanya dikemukakan dalam situasi pertandingan.

3) Pada keseluruhannya, cara menulis karangan jenis syarahan hampir sama dengan karangan
jenis ucapan dan ceramah.

4) Syarahan seperti ceramah, digunakan untuk menyampaikan buah fikiran tentang sesuatu
perkara secara lisan.

5) Isi-isi yang disampaikan hendaklah jelas dan tepat agar dapat menerangkan maksud yang
dihajatkan.

6) Karangan syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan
Pengerusi Majlis, para jemputan khas, dan audiens. Jika untuk pertandingan, peserta-peserta
haruslah menyebut “para hakin yang arif lagi adil”.

7) Untuk kata-kata penghadapan sesuatu karangan jenis syarahan, anda perlu menyebutkannya
mengikut protokol atau tatacara yang telah ditetapkan.

8) Nyatakan juga tajuk syarahan yang ingin disampaikan oleh anda.

9) Anda perlu menyebut kata panggilan “Tuan-tuan dan puan-puan”, dan sebagainya bagi
menarik perhatian para pendengar.

10) Penutup ialah kesimpulan menyeluruh daripada isi-isi syarahan yang dinyatakan.
Kesimpulan yang dibuat hendaklah padat dan jelas serta tidak terpesong daripada tajuk asal.

Contoh karangan

1. “Masyarakat Malaysia kurang membaca”. Sebagai salah seorang peserta pertandingan akhir
syarahan peringkat sekolah, anda telah memilih tajuk “Cara-cara memupuk minat membaca
dalam kalangan kanak-kanak”.

Tulis teks syarahan itu selengkapnya.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi
menegakkan kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera
saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah “Cara-cara
memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak”.

Hadirin yang dihormati,

Kanak-kanak seperti kain putih. Terpulanglah kepada cara didikan ibu bapa untuk
membentuk anak mereka. Jika ibu bapa ingin melihat anak mereka minat membaca buku, maka
biasakanlah diri mereka dengan buku-buku. Ibu bapa mestilah memperuntukkan sejumlah
wang pada setiap bulan untuk membeli buku bagi anak-anak mereka. Penuhkanlah bilik mereka
dengan pelbagai jenis buku. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke kedai buku
atau ke pameran buku jika berkesempatan.

Selain itu, ibu bapa dan anggota keluarga yang lain juga perlu menjadi contoh kepada
anak mereka dalam semua perkara. Jika anggota sesebuah keluarga suka membaca buku, maka
tidak hairanlah jika anak mereka juga akan suka membaca buku. Ibu bapa mestilah
mengurangkan hobu lain dan serlahkan minat membaca buku atau majalah agar anak-anak
meneladani tabiat suka membaca buku yang ditonjolkan oleh ibu bapa.

Bagi ibu bapa yang prihatin terhadap perkara ini, mereka bolehlah mengambil inisiatif
untuk menanam minat membaca pelabagai bahan bacaan dalam kalangan anak mereka.
Bacakan buku untuk anak mereka sebelum mereka tidur. Hal ini demikian kerana anak-anak
akan dapat menyimpan perkara terakhir sebelum mereka tidur.

Selain itu, ibu bapa atau orang yang terdekat boleh member hadiah atau pujian kepada
kanak-kanak sebagai galakan. Hal ini akan merangsang minat kanak-kanak untuk membaca
dengan lebih kerap lagi. Hadiah yang diberi semasa menyambut keramaian seperti hari jadi
juga mestilah berupa buku yang menjadi idaman atau kegemaran anak-anak.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyatakan bahasa ‘jika hendak melentur
buluh, biarlah daripada rebungmya”. Sekian, terima kasih.

2. Anda diminta menyediakan teks syarahan bertajuk “Keselamatan di jalan raya


tanggungjawab bersama” yang akan disampaikan pada hari perasmian Minggu Keselamatan
Jalan Raya yang dianjurkan di sekolah anda.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Puan Pengetua Sekolah
Kebangsaan Mahmud, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan yag dikasihi
sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan bersempena dengan
Minggu Keselamatan Jalan Raya SMK Mahmud. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah
“Keselamatan di jalan raya tanggungjawab bersama”.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum, sejak kebelakangan ini, kes kemalangan di jalan raya
semakin menjadi-jadi. Hal ini semakin serius, terutamanya pada musim perayaan seperti Hari
Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Perkara ini mungkin sekali berlaku kerana sikap
pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri. Pemandu yang tidak sabar untuk sampai
ke destinasi yang dituju dengan segera memungkinkan mereka melanggar undang-undang yang
telah ditetapkan seperti memandu melebihi had laju.

Selain itu, sikap kurang sopan pengguna jalan raya menyumbangkan pertambahan kes
kemalangan di jalan raya. Sikap ini termasuklah menggunakan telefon bimbit ketika memandu,
berhenti di bahu jalan sesuka hati tanpa sebab-sebab kecemasan, dan tidak menghormati
pemandu lain seperti berlumba di atas jalan raya. Hal ini menyusahkan diri sendiri dan orang
lain juga.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab kita bersama. Kita tidak boleh
mengikut perasaan semasa menggunakan jalan raya. Jalan raya bukanlah tempat untuk
menunjukkan kehebatan diri atau tempat untuk bermaharajalela. Hal ini demikian kerana
terdapat ribuan pengguna lain yang turut menggunakan jalan raya. Kita tidak boleh
mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan hak orang lain. Oleh itu, untuk menjamin
keselamatan di jalan raya, kita haruslah bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain.
Kita tidak patut melakukan perkara yang dapat menyusahkan orang lains eperti berlumba di
jalan raya. Hal ini akan mengakibatkan pelbagai masalah bukan sahaja kepada diri sendiri,
malahan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Untuk menjadikan jalan raya sebagai tempat yang selamat digunakan, kita sebagai
pengguna jalan raya juga boleh memainkan peranan yang penting. Hal ini adalah dengan
mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan, mematuhi lampu isyarat, dan tidak
menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Walaupun perkara ini kecil di mata kita,
namun dapat memberikan impak yang negatif sekiranya tidak dipatuhi.

Selain itu, sikap mementingkan diri sendiri juga mestilah dikikis. Walaupun kita ingin
sampai ke destinasi yang dituju dengan segera, namun kita tidak harus mengetepikan perasaan
dan hak pengguna jalan raya yang lain, seperti memotong kenderaan lain sesuka hati. Selain
menyusahkan orang lain, hal ini dapat membawa kemudaratan kepada diri sendiri,

Akhir sekali, ingatlah bahawa keselamatan di jalan raya terletak di tangan semua
pengguna jalan raya. Undang-undang harus dipatuhi bukan diingkari. Jika diingkari, padah
yang akan diganti. Oleh hal yang demikian, kita mestilah bersama-sama memastikan jalan raya
sentiasa selamat dan kemalangan tidak akan berlaku. Patuhilah slogan “Berhati-hati di jalan
raya” dan “Pandu cermat jiwa selamat”.

Sekian terima kasih.

Salam mesra pembuka kata,Bagi memulakan pidato saya,Salam sejahtera madah bermula,Kepada hadirin
pendengar bicara.Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan
PengetuaSekolah Menengah Dato’ Sedia Raja, Datin Hajah Azimah binti Alis,
barisanpanel hakim yang tetap berdiri di atas neraca keadilan, guru-guru, rakan-
rakanseperjuangan dan para hadirin yang dihormati sekalian. Selamat pagi dan salamsejahtera kepada
semua.
Berdirinya saya di pentas yang serba indah ini
a d a l a h u n t u k menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “Makna Kemerdekaan
Sebenar.”Para para pendengar yang budiman,Sudah lebih setengah abad Malaysia mencapai
kemerdekaan daripadacengkaman penjajah. Laungan “Merdeka!” oleh Perdana Menteri
pertama kita,Tunku Abdul Rahman masih terngiang-ngiang di telinga anak pramerdeka
yangpernah melalui kehidupan terseksa pada zaman penjaj ahan. Persoalan
yangsentiasa timbul dalam benak fikirn kita ialah, “apakah makna kemerdekaan
yangsebenar?”Kemerdekaan dapat ditafsirkan sebagai keadaan yang bebas daripadasemua
aspek. Pada era globalisasi ini, remaja dilihat sering terikut-ikut denganc a r a
percakapan, cara berpakaian dan gaya hidup artis dari negara
barat.H a k i k a t n y a , b u d a y a i n i s e m e m a n g n y a t i d a k s e s u a i u n t u k
negara timur terutamanya masyarakat Malaysia. Hal ini
b e r m a k s u d k i t a m a s i h b e l u m mencapai kemerdekaan dari segi mental.Sidang hadirin
yang dimuliakan,Di samping itu, kemerdekaan bermaksud rakyat hidup bersatu
dalamk e a d a a n y a n g h a r m o n i . P e r p a d u a n k a u m m e r u p a k a n f a k t o r u t a m a
u n t u k kemerdekaan dan juga pembangunan negara. Hal ini amat berkenan
dengantema sambutan kemerdekaan kali ini, iaitu “Perpaduan Teras Kejayaan”.

Selain itu, kemerdekaan memberi makna bahawa kita


t i d a k l a g i dikongkong oleh mana-mana pihak. Malaysia harus membuktikan kepada
duniayang rakyatnya mempunyai minda kelas pertama. Dengan ini, tidak perlu lagikita
bergantung kepada tenaga pakar luar untuk memajukan negara. Dalam hali n i ,
kemerdekaan merujuk kepada kebolehan Malaysia berdikari
t a n p a bergantung kepada tenaga luar.Para hadirin yang dihormati,Kemerdekaan juga bererti
pembebasan mutlak daripada gejala negatif.Hal ini bermakna rakyat perlu bekerja
gigih ke arah pencapaian model insan yang gemilang. Nilai murni harus dibenihkan ke
dalam jiwa rakyat. Pemupukannilai murni patut dimulakan melalui institusi keluarga dan
sekolah.Perjuangan perajurit pada masa lampau perlu dikenang sehingga akhir zaman.
Perjuangan ke arah kemerdekaan bukannya senang, tetapi memerlukantekad dan azam yang utuh.
Oleh hal iti, sebagai pelapis, kita harus memberikank o m i t m e n y a n g j i t u k e a r a h
m e m p e r t a h a n k a n n e g a r a d a n m e n g e k a l k a n keharmonian.
Sebelum mengundur diri, saya ingin menyampaikan serangkap pantun.
Kalau ada jarum yang patah
,Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah
,Jangan disimpan di dalam hati.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai