Anda di halaman 1dari 6

Menghormati Guru Amalan Mulia

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan


sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Menghormati guru amalan mulia’.

Hadirin sekalian, 

Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang yang berjasa
kepada kita semua. Gurulah yang mendidik kita sehingga kita pandai membaca,
menulis dan mengira. Mereka telah mendidik kita tanpa mengenal erti penat dan
lelah agar kita menjadi insan yang berguna. Mereka juga banyak memberi dorongan
kepada kita agar terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran dan sebagainya.

Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu bapa. Ini
kerana hampir separuh masa seharian kita bersama mereka. Merekalah yang
menjaga, memberi nasihat, tempat kita mengadu dan sebagainya sepanjang kita
berada di sekolah. 

Guru juga banyak berkorban demi kejayaan kita. Antaranya mereka sanggup


mengajar lebih masa atau hadir ke kelas tambahan untuk mengajar secara suka rela
demi memastikan kita berjaya dalam pelajaran. 

Hadirin sekalian,

Kita wajar menghomati guru bukan sekadar dengan ucapan sahaja malah haruslah
dibuktikan antaranya dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila kita berjaya,
guru pasti akan gembira. Doakanlah moga guru-guru kita dilimpahi segala kebaikan
seperti dimurahkan rezeki dan sebagainya.

Setakat ini sajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru
kepada rakan-rakan supaya menghormati guru-guru dengan seikhlas hati kerana
kejayaan seseorang itu pastinya hasil daripada didikan para guru.

Sekian ,terima kasih.

Faedah Menabung
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Faedah Menabung’.

Hadirin sekalian,

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan


pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang
perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Wang tabungan
yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai perkara yang penting pada
masa hadapan.

Hadirin sekalian,

Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan.
Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan
sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu
mereka kekurangan wang dan sebagainya. 

Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan
merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini
akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak
dibelanjakan sesuka hati.

Hadiri yang dihormati sekalian,

Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung akan
lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan
awal menguruskan wang perbelanjaan. Ini sudah pasti mengelakkan pembaziran
kerana mereka hanya berbelanja untuk perkara-perkara yang betul-betul perlu
sahaja. 

Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada
rakan-rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup kita.

Sekian, terima kasih.

Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan
saya pada pagi ini ialah "Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam
Sekitar".

Hadirin sekalian,

Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah


menguatkuasakan undang-undang dan peraturan alam sekitar yang telah
diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah mengenakan tindakan yang tegas dan berat
terhadap pencemar alam sekitar supaya mereka serik untuk melakukan perbuatan
itu lagi.

Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan. Kempen ini boleh
disiarkan melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio. Kempen-
kempen ini akan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam
sekitar.

Hadirin sekalian,

Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan tanggungjawab


menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan gotong-royong dapat membantu
orang ramai menjadi lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.
Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap perihatin dan bertanggungjawab.
Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, mereka perlulah
melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

Hadirin sekalian,

Tanggunjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Alam


sekitar yang terpelihara atau dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita lebih
selesa dan sihat.

Sekian, terima kasih.

Kepentingan Disiplin Kepada  Murid-murid


Yang mulia  Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijaksana barisan panel hakim,
Yang dikasihi guru-guru  serta hadirin sekalian.  “Kepentingan Disiplin Kepada
Murid-murid”, itulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini.

Hadirin yang dimuliakan,

     Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia,
Disiplin bermaksud “ latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri
sendiri dan patuh pada tatatertib”. Daripada makna perkataan disiplin ini dapat kita
fahami bahawa disiplin sangat mustahak  kepada murid-murid untuk mencapai
kejayaan.

    Murid yang berdisiplin dapat mengawal tingkah laku mereka ketika berada di
sekolah Keadaan ini akan menyebabkan mereka dapat menumpukan sepenuh
perhatian terhadap pelajaran. Guru-guru juga dapat mengajar dengan sempurna.

     Selain itu, murid yang mempunyai disiplin akan bertanggungjawab terhadap
pelajarannya. Mereka belajar dengan bersungguh-sungguh dan menyelesaikan
tugasan yang diberi oleh guru dengan sempurna. Sikap sebeginilah yang akan
membawa kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Hadirin sekalian,

     Disiplin juga amat penting untuk membentuk warganegara yang baik dan
berakhlak mulia. Murid-murid yang telah terasuh daripada awal lagi dengan disiplin
diri, akan dapat membentuk jatidiri  menjadi warganegara yang baik, bertatatertib
dan berakhlak mulia. Keadaan ini sangat bertepatan dengan peribahasa Melayu,
“Melentur buluh hendaklah dari rebungnya”.

      Oleh yang demikian, suka saya tegaskan di sini bahawa disiplin sangat penting
bukan sahaja kepada murid-murid bahkan kepada semua orang. Hanya orang yang
berdisiplin sahaja dapat mencapai kejayaan dalam semua bidang.

     Sekian, terima kasih.

PERPADUAN ASAS KECEMERLANGAN NEGARA


Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, guru-
guru dan murid-murid yang dihormati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada
pagi yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan bertajuk “Perpaduan Asas
Kecemerlangan Negara”.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama,
kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza.Oleh itu, perpaduan negara
merupakan matlamat yang amat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh
kerajaan, sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik. Perpaduan amatlah
penting dalam pembangunan dan pentadbiran Negara kerana ia merupakan asas
untuk mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang
merdeka dan berdaulat.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat


dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping
mewujudkan suasana politik yang stabil. Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan
pemangkin kepada kecemerlangan negara. Dengan wujudnya perpaduan dan negara
yang aman damai, kita mampu mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.Kejayaan
yang dicapai membolehkan kita menjadi bangsa yang bermaruah dan berdikari.

Saudara-saudari yang dihormati,

Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah kepada
pelbagai ancaman dan masalah. Rakyat yang berpecah-belah dan tidak bersatu-padu
akan menyebabkan huru-hara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya. Keadaan
ini pasti akan menjejaskan kedaulatan, ekonomi serta kestabilan negara.Kita harus
belajar dari peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang pernah melanda negara ini
agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan rakyat negara ini telah tergugat
akibat peristiwa pahit itu. Sebagai langkah untuk menyatu-padukan rakyat negara
ini, kerajaan telah melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sempena ulang
tahun ke-13 kemerdekaan negara.Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun
Negara merupakan kunci  untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan
perpaduan kaum negara ini.Rakyat negara ini harus berusaha untuk membentuk satu
bangsa yang bersatu padu, setia dan cinta akan negara.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan perpaduan


rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat dinegara ini.Negara ini
adalah tanggungjawab kita. Perpaduan negara ini adalah tanggungjawab kita
bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua.
Maka itu, kita harus sentiasa bersatu-padudan hidup dalam berharmoni.Akhir kata,
izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan pantun berikut.

Naik rakit merentas desa,


Rakit lama dimamah usia,
Bersatu membina Negara bangsa,
Tonggak perpaduan rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai