Anda di halaman 1dari 1

Pengalaman Menyertai Kem Motivasi Diri

Pada minggu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan Kem Motivasi Diri. Kem motivasi
sehari ini telah diadakan bertempat di dewan sekolah saya. Saya dan rakan-rakan tidak ketinggalan
menyertai program yang amat bermanfaat kepada murid-murid tahun ini.

Pagi itu, saya dan rakan-rakan telah mendaftarkan diri dengan guru kelas masing-masing.
Kami telah mendapat fail yang berisi bahan-bahan sepanjang kem ini. Kemudian kami telah
diarahkan beratur untuk masuk ke dalam dewan.

Setelah masuk ke dalam dewan, cikgu Nurin selaku penyelaras kem motivasi telah
memberikan taklimat. Kami telah diberitahu tentang atur cara dan peraturan kem motivasi ini.
Kemudian Guru besar telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan kem motivasi
ini.

Seterusnya, bermulalah ceramah teknik belajar yang betul. Ceramah yang diadakan selama
dua jam itu tidak membosankan kerana penceramah menyelitkan sedikit tayangan video..
penceramah yang dijemput juga merupakan guru pakar dan berpengalaman dalam bidang
pendidikan.

Saya dan rakan-rakan berasa sungguh berkeyakinan dan teruja setelah mendengar ceramah
motivasi tersebut. Banyak pengetahuan dan ilmu yang bermanfaat dapat ditimba melalui
penceramah. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk belajar mengikut teknik yang diberikan
bagi menghadapi peperiksaan nanti.

Setelah seharian berada di dalam dewan untuk mendengar ceramah, kami pun dibenarkan
pulang kira-kira pukul 6.30 petang. Walaupun agak kepenatan namun saya dan rakan-rakan
menyimpan azam untuk belajar bersungguh-sungguh kerana di mana ada kemahuan di situ ada
jalan.

Anda mungkin juga menyukai