Anda di halaman 1dari 1

Malam itu aku membaca buku di dalam bilikku.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi


sesuatu di rumah jiranku. Jiranku ketika itu kebetulan tiada di rumah kerana
bercuti ke Sabah.

Aku pun segera mengintai melalui tingkap. Aku ternampak kelibat seseorang
berada di dalam kawasan rumah jiranku. Keadaannya sungguh mencurigakan. Dia
sedang mengumpil tingkap jiranku. Aku mengesyaki bahawa itu adalah pencuri.

Aku segera ke bilik ayah dan menceritakan tentang apa yang aku lihat.Ayah
menjenguk ke tingkap untuk memastikan dan kelihatan pencuri tersebut telah
memasuki rumah jiranku. Ayah terus menelefon polis dan menceritakan perkara
yang telah kami lihat tadi.

Tidak lama kemudian, polis pun tiba. Mereka mengepung rumah jiranku. Aku
dan ayah sekadar memerhati melalui tingkap bagaimana pihak polis menyerbu masuk
dan dapat memberkas pencuri tersebut. Pihak polis mengucapkan terima kasih
kepada aku dan ayah.

Anda mungkin juga menyukai