Anda di halaman 1dari 5

Kelas anda telah menyertai pertandingan keceriaan.

Tulis karangan
tindakan anda dan rakan-rakan untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pada minggu lalu, Guru Besar telah mengumumkan bahawa sekolah


mengadakan pertandingan keceriaan kelas. Oleh demikan, saya dan rakan-
rakan telah sebulat suara untuk membuat persiapan untuk menyertai
pertandingan tersebut.

Antara persediaan yang kami lakukan adalah membuat jadual tugasan.


Jadual tugasan ditampal pada papan kenyataan untuk memastikan murid-
murid bertugas membersihkan kelas setiap hari. Tugasan membersihkan
kelas adalah seperti membuang sampah, menyusun meja, memadan papan
putih dan sebagainya.

Seterusnya, ibu rakan saya telah menyumbangkan langsir untuk menghias


kelas kami agar bertambah ceria. Langsir ini bukan sahaja cantik malahan
dapat menghalang cahaya matahari. Secara tidak langsung, kami dapat
belajar dengan selesa.

Selanjutnya, kami sepakat menghias papan kenyataan agar lebih ceria dan
memberi faedah kepada murid-murid. Kami menampal kertas bewarna-warni
agar keceriaan kelas lebih terserlah. Suasana kelas yang ceria menjadikan
kami lebih bersemangat untuk belajar.

Selain itu, kami juga telah mengecat dinding kelas dengan warna yang
menarik. Kami telah bergotong-royong mengecat kelas dengan diawasi oleh
guru kelas iaitu Puan Rosmaliza binti Sulaiman. Kami berasa gembira melihat
kelas menjadi lebih ceria setelah dicat dengan warna biru.

Kami berasa amat gembira apabila guru besar mengumumkan bahawa kelas
4 Nilam muncul sebagai pemenang kelas paling ceria. Kami berazam untuk
menjaga keceriaan kelas ini agar menjadi contoh kepada kelas-kelas lain.
Tulis karangan tentang cara-cara menjaga keselamatan di rumah.

Menjaga keselamatan di rumah amatlah penting. Terdapat pelbagai cara saya


menjaga keselamatan ketika berada di rumah.

Antaranya, saya tidak akan bermain dengan peralatan tajam ketika di rumah.
Contohnya, ibu melarang saya bermain menggunakan pisau, gunting dan
jarum. Ini kerana peralatan ini boleh mencederakan saya.

Selain itu, saya juga dilarang untuk bermain api di dalam rumah. Ibu tidak
membenarkan saya menggunakan mancis. Saya faham larangan ibu itu
kerana menggunakan mancis boleh menyebabkan rumah saya terbakar.

Selanjutnya, saya akan mencuci bilik air saya dan memastikan bilik air
sentiasa kering. Bilik air yang berair akan menjadi licin. Saya boleh terjatuh
dan cedera jika bilik air saya basah dan bersabun.

Selain itu, saya dan adik beradik yang lain mengelakkan diri daripada berlari-
lari ketika berada di dalam rumah. Sekiranya kami bermain kejar-kejar di
dalam rumah, kami boleh terjatuh lalu kepala terhantuk pada bucu meja. Saya
tidak mahu mengalami kecederaan kerana kecuaian diri sendiri.

Kesimpulannya, saya mesti berhati-hati ketika berada di dalam rumah.


Mematuhi dan mendengar nasihat ibu dan bapa akan memastikan saya
selamat ketika berada di rumah.
Cita-cita Saya

Setiap orang mempnyai cita-cita. Cita -cita itulah yang akan menjadi
pendorong kepada seseorang untuk belajar bersungguh-sungguh. Cita-cita
yang dipilih haruslah manfaat untuk diri, masyarakat dan negara.

Saya bercita-cita ingin menjadi doktor. Saya bercita-cita menjadi doktor


kerana saya ingin membantu orang sakit. Dalam keluarga saya masih belum
lagi adik-beradik yang ingin menjadi doktor. Saya yakin suatu hari nanti saya
akan dapat jadi doktor yang baik dan dedikasi.

Kerjaya doktor menjadi pilihan saya kerana saya ingin berkhidmat


kepada masyarakat. Selain itu,saya berazam untuk mendidik masyarakat
supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Saya ingin memastikan ibu bapa dan
ahli keluarga saya sihat. Saya berazam untuk memberi rawatan yang sebaik-
baik kepada pesakit.

Dalam mengejar impian saya ini,ibu bapa saya adalah insan yang
banyak memberi dorongan. Mereka sentiasa memberi kata-kata peransang
dan membantu saya dapat pelajaran. Selain itu, guru-guru dan rakan -rakan
juga sentiasa memberi dorongan kepada saya. Saya yakin suatu hari nanti
cita-cita saya pasti tercapai.
Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulis catatan
tentang sambutan Hari Guru tersebut

Rabu , 16 Mei 2019

7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis
sambutan Hari Guru 2019. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi
sekolah dinyanyikan dengan penuh semangat.Kemudian, bacaan doa
dibacakan oleh Tuan Haji Ridzuan bin Ahlal.

7.40 pagi
Acara dimulakan dengan Puan Shalizaini bt Uyob, PK HEM membacakan
perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Hajah Fadzilah bt Zakaria pula membacakan perutusan oleh Yang
Berhormat Menteri Pelajaran. Kemudian Guru Besar, Encik Abdul Aziz bin
Abu Hanipah menyampaikan ucapan lalu merasmikan majis.

10.00 pagi
Majlis berhenti rehat seketika untuk murid dan guru berehat di kantin sekolah.
Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan kuih-muih yang disediakan
di kantin sekolah. Semua kelihatan gembira dan ceria sewaktu berada di
kantin.

10.40 pagi
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan
guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap
persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.

12.00 tengah hari


Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah
menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh
guru besar.

12.40 tengah hari


Murid yang berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing
kepada guru-guru mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman
dengan para guru secara bergilir- gilir. Guru-guru berasa gembira apabila jasa
mereka dihargai oleh murid-murid.

1.10 tengah hari


Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan
makan tengah hari sempena Hari Guru.
Aku Sepasang Kasut

Aku sepasang kasut. Namaku Puma. Aku diproses di sebuah kilang di Shah
Alam. Badanku diperbuat daripada kulit dan kain yang berkualiti. Tapakku
pula diperbuat daripada getah. Badanku berwarna hitam dan merah.

Setelah siap diproses, aku disusun ke dalam kotak bersama kawan-


kawanku untuk dihantar ke Kedai Kasut Tesco. Aku dipamerkan di atas rak.
Ramai yang suka pada warnaku yang menarik. Aku kemudiannya dibeli oleh
seorang kanak-kanak bernama Aiman Tino.

Aiman memakaiku pada setiap petang untuk bermain bola di


sekolahnya. Aku dijaga dengan baik. Badanku dicuci apabila kotor. Aku
sangat gembira bersama tuanku, Aiman.

Pada suatu hari, Aiman tersepak seketul batu yang besar. Aiman
terjatuh dan badanku pula koyak teruk. Aiman menangis melihat keadaan
aku.

Ayah Aiman telah membelikannya kasut baharu. Aku dibuang ke


dalam tong sampah kerana tidak dapat digunakan lagi. Walaupun sedih, aku
tetap gembira kerana pernah berbakti kepada tuanku.

Anda mungkin juga menyukai