Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti Semasa Hujung Minggu

Pada hujung minggu yang lepas, ayah dan ibu tidak


bekerja. Saya dan kakak juga tidak bersekolah. Kami
dapat meluangkan masa bersama-sama pada hari ini.
Saya dan kakak bangun pada awal pagi. Kami
berjoging di taman rekreasi dengan ibu bapa. Kami
dapat menghirup udara segar dan menyihatkan badan.
Selepas itu, saya dan kakak membantu ibu untuk
menyediakan sarapan di dapur. Ibu telah memasak
nasi lemak dan ayam goreng yang garing. Kami
sekeluarga menjamu selera sambil berbual-bual
dengan gembira.
Pada waktu petang, kami berkumpul di ruang tamu
untuk aktiviti gotong-royong. Bapa telah
membahagikan tugas. Bapa bertugas untuk memotong
rumput, ibu menanam bunga manakala saya dan kakak
menyapu lantai. Kami bekerjasama bagai aur dengan
tebing untuk membersihkan rumah.
Kami berehat di ruang tamu setelah menyiapkan
tugasan. Walaupun keletihan, kami berasa gembira
kerana dapat meluangkan masa bersama-sama.

Anda mungkin juga menyukai