Anda di halaman 1dari 1

DUSUN PAK LONG

Pada cuti sekolah yang lalu, aku dan keluarga pulang ke kampung untuk melawat saudara mara di kampung. Kebetulan pada masa itu musim buah-buahan. Pak Long mempunyai dusun buah yang sangat luas. Setibanya kami di kampung, kami disambut oleh datuk, nenek, Pak Long dan Mak Long. Beginilah keadaan rumah datuk. Semua anggota keluarga akan berkumpul semasa musim buah-buahan. Selepas berehat, kami ke dusun Pak Long. Ada berbagai-bagai jenis buah. Antaranya, durian, rambutan dan manggis. Semuanya berbuah dan mula masak. Buah durian juga sudah mula gugur. Kami memetik dan mengumpulkan buah-buahan yang telah masak untuk dimakan. Petang itu, Pak Long mengajak aku menunggu buah durian gugur. Menurut Pak Long, cara ini dilakukan untuk mengelak buah-buahan itu dicuri atau dirosakkan oleh binatang. Aku gembira kerana dapat tinggal di pondok itu untuk mengutip buah durian yang gugur. Pengalaman tinggal di dusun Pak Long sungguh menyeronokkan. Setiap hari, banyak pemborong yang datang ke dusun Pak Long untuk membeli buah-buahan, terutamanya buah durian.Durian Pak Long jenis yang baik dan dijual dengan harga yang berpatutan. Aku gembira kerana dapat membantu Pak Long menjual buah-buahan itu. Aku telah berada di kampung selama dua minggu. Buah di dusun semakin banyak yang masak. Pak Long merupakan orang yang paling gembira kerana dia memperolehi wang yang banyak hasil daripada jualan buah-buahan tersebut. Akhirnya sampailah masanya untuk kami sekeluarga untuk pulang ke Kuala Lumpur. Aku ternanti-nanti akan ketibaan musim buah-buahan yang akan datang. Semoga kegembiraan ini akan berulang lagi.

Anda mungkin juga menyukai