Anda di halaman 1dari 1

AUTOBIOGRAFI AKU SEBUAH TOPI KESELAMATAN

Aku sebagai sebuah topi keselamatan. Aku dihasilkan


di sebuah kilang yang terletak di Pulau Pinang. Badanku
diperbuat daripada plastic keras.

Badan aku berwarna biru. Bentukku pula


seperti bentuk kepala dan mempunyai tali untuk diikat.
Aku digunakan untuk melindungi keselamatan kepala
penunggang basikal.

Setelah siap dipasang, aku dihantar ke sebuah


kedai. Aku dipamerkan di dalam sebuah almari kaca.
Tidak lama kemudian, aku dibeli oleh seorang pemuda.

Aku dibawa pulang oleh pemuda itu ke


rumahnya. Setiap petang, pemuda itu menggunakan aku
semasa berbasikal di taman. Aku berfungsi menjaga
keselamatan kepala tuan aku. Sekiranya tuan aku
terjatuh, kepalanya tidak akan cedera.

Aku berasa gembira dan bersyukur kerana


menpunyai tuan yang baik hati. Aku berjanji akan terus
berbakti kepada tuan aku sehingga ke akhir hayat.

Anda mungkin juga menyukai