Anda di halaman 1dari 1

Soalan: Sekolah anda telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah.

Ceritakan pengalaman anda semasa kejohanan tersebut.

Pada hari ini, sekolah aku telah mengadakan kejohanan merentas desa. Sesi latihan yang
diadakan oleh guru rumah sukan sebelum ini telah memberikan aku keyakinan untuk
memenangi pertandingan pada kali ini. Terdapat beberapa kategori mengikut umur yang
dipertandingkan dalam kejohanan ini.Aku menyertai pertandingan ini dalam kategori murid
tahap 2.

Kami semuanya kemudian telah diarahkan berkumpul di padang sekolah.


Kemudiannya kami telah diberikan sedikit taklimat tentang syarat-syarat pertandingan dan
jalan-jalan yang terpaksa kami lalui. Taklimat ini sangat penting supaya tiada berlaku
sebarang insiden yang tidak diingini. Pihak sekolah juga telah meminta bantuan pihak polis
dan juga RELA bagi mengawal lalu lintas semasa acara larian berlangsung. Seterusnya, kami
telah diminta untuk memanaskan badan bagi mengelakkan berlakunya kekejangan otot
semasa berlari nanti.

Perasaan aku makin berdebar ketika melihat peserta-peserta dilepaskan.


Kemudiannya, bunyi tembakan kedengaran di udara menandakan kami telah dilepaskan
untuk memulakan larian. Aku yang berada di barisan hadapan terus meluru laju ke hadapan.
Langkah demi langkah kuatur dengan yakin supaya dapat bersaing dengan kelompok yang
berada di hadapan.Sepanjang laluan yang kami lalui, kami telah diberi sorakan semangat
oleh orang ramai yang berkumpul di tepi jalan untuk menyaksikan kami berlari.

Setelah jalan bandar kami susuri, kami terpaksa pula melalui kawasan ladang sawit.
Jalannya agak curam dan berbukit-bukit. Beberapa orang pelajar terjatuh kerana tergelincir.
Nasib mereka baik kerana tidak mengalami kecederaan yang serius. Aku pun beberapa kali
nyaris hendak terjatuh kerana tersepak batu-batu yang bertaburan di atas jalan. Sepanjang
jalan yang kami lalui, terdapat guru-guru yang mengedarkan getah untuk kami pakai
menandakan kami sudah melalui jalan tersebut dan mengelakkan berlakunya penipuan.

Sejam kemudian, aku dan beberapa orang rakanku telah sampai ke pintu pagar
sekolah. Kami dikehendaki menghabiskan larian sejauh 10 km itu di padang sekolah tempat
kami memulakan larian tadi. Aku makin bersemangat apabila melihat reben direntang di
lorong penamat larian itu. Aku memecut habis-habisan untuk sampai ke garisan penamat.
Malangnya keghairahan aku itu menyebabkan aku telah tersepak kaki aku sendiri dan
mengakibatkan aku jatuh tertiarap di atas padang. Hasrat aku untuk mendapat tempat
pertama berkecai. Tetapi aku melihat guru-guruku bertepuk tangan untuk memberikan aku
semangat bagi meneruskan larian.

Dengan kaki yang terhencot-hencot aku sampai ke garisan penamat. Walaupun tidak
berjaya mendapat tempat pertama, aku tetap berbangga kerana berjaya menghabiskan
larian dan mendapat tempat ketiga. Hadiah kemudiannya telah disampaikan oleh Tuan
Pengetua selepas semua pelajar sampai ke garisan penamat. Aku berazam untuk mendapat
tempat pertama pada tahun hadapan. Aku percaya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Anda mungkin juga menyukai