Anda di halaman 1dari 7

Catatan : Berkelah Di Tepi Pantai

Kamu dan keluarga telah berkelah di tepi pantai pada hujung minggu. Tulis catatan
yang lengkap tentang aktiviti perkelahan tersebut.

Sabtu, 20 Januari 2015


9.00 pagi
Aku dan keluargaku bersiap-siap. Kami akan pergi berkelah di Pantai Cherating. Adikku
membantu ibu menyediakan makanan. Aku pula membantu abang dan ayah
memasukkan beg ke dalam bonet kereta.

10.00 pagi           
Kami bertolak ke pantai. Sebelum bertolak, ayah memeriksa kereta supaya tidak
berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku. Semasa dalam perjalanan, aku membaca
buku cerita yang dibawa dari rumah. Adikku terlena sepanjang perjalanan.

11.00 pagi
Kami tiba di Pantai Cherating. Kelihatan orang ramai mula memenuhi pantai. Kami
mencari tempat untuk menghamparkan tikar. Akhirnya, kami menjumpai tempat untuk
meletakkan bekalan makanan dan tikar. Kemudian, aku dan adikku berlari anak ke arah
laut. Kami bermandi-manda dengan gembira. Adikku menggunakan pelampung
supaya tidak lemas.

1.00 petang
Aku dan adikku berhenti mandi. Kami ke tandas yang disediakan untuk membilas
badan. Kemudian, aku dan keluargaku makan tengahari di atas tikar. Masakan ibu
sungguh sedap. Selepas itu, kami solat di surau yang berdekatan.

2.00 petang
Aku dan ayahku serta abangku bermain bola tampar. Adikku pula membina istana dari
pasir. Orang ramai juga bermian permainan yang sama.

4.30 petang
Keluargaku mula bersiap-siap untuk pulang. Setelah memasukkan semua barang ke
dalam kereta, kami bertolak pulang. Kami berasa berat hati untuk pulang tetapi puas.
Karangan Catatan Tentang Percutian Di Tempat Menarik

Soalan : Kamu dan keluarga telah bercuti di suatu tempat yang menarik pada cuti
sekolah yang lalu.Tulis catatan tentang percutian tersebut.

8.30 pagi
Aku dan keluarga menaiki feri dari jeti Kuala Kedah.Perjalanan kami ke Pulau Langkawi
mengambil masa kira-kira satu jam lamanya. Aku berasa seronok apabila melihat
keindahan laut yang saujana luasnya.

9.30 pagi
Kami tiba di jeti Kuah.Ayah menyewa sebuah kereta untuk memudahkan
perjalanan.Kami turut diberi buku panduan tentang tempat-tempat yang menarik di
Pulau Lagenda ini.

10.00 pagi
Kami sekeluarga menuju ke Underwater World.Di sini terdapat pelbagai jenis ikan yang
kebanyakannya tidak terdapat di negara kita.Aku berasa terkilan kerana pengunjung
tidak dibenarkan merakam foto sebagai kenang-kenangan.

12.00 tengah hari


Kami berkunjung ke Galeri Tun Dr Mahthir.Terdapat pelbagai barangan milik Perdana
Menteri Malaysia yang keempat yang bernilai tinggi dipemerkan di sini.Cenderamata-
cenderamata tersebut kebanyakannya diterima sepanjang tempoh perkhidmatan beliau
sebagai Perdana Menteri.

2.30 petang
Kami menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang.Aku memeluk ibu kerana berasa
gayat berada di tempat yang tinggi.Namun aku kuatkan hati untuk melihat keindahan
Pulau Langkawi.

7.00 petang
Selepas membeli belah di Pekan Kuah,kami bertolak pulang.Kami menaiki feri ke Kuala
Kedah.Meskipun kunjungan kami singkat,namun aku berasa puas kerana dapat
menghabiskan masa bersama keluarga sepanjang hari.
Catatan Gotong-royong Taman Indah

Hari Ahad, 12 Ogos 2018


8.00 pagi
Ayah membawa kami sekeluarga pergi ke dewan orang ramai. Saya melihat ramai
penduduk berada di sana. Mereka membawa sarung tangan, cangkul, penyapu,
pongkes, baldi, cat, berus dan sebgainya. Mesin rumput juga disediakan di sana.

8.30 pagi
Tok penghulu, Encik Azim bin Ramli, telah tiba. Beliau memberi taklimat ringkas kepada
semua penduduk yang hadir. Beliau mengatakan bahawa tujuan aktiviti gotong-royong
ini diadakan adalah untuk membersihkan sekitar kawasan perumahan kami agar kami
hidup dalam suasana yang bersih, sihat dan ceria. Selepas itu, beliau mengagihkan
semua penduduk yang ada kepada tiga kumpulan. Kemudian, beliau mengagihkan
tugas kepada kami.

9.00 pagi
Kami bergotong-royong mengikut kumpulan. Kumpulan A ditugaskan untuk
membersihkan sekitar dewan orang ramai. Contohnya, menyapu sampah-sarap,
membersihkan kolam ikan dan menanam anak pokok bunga. Kumpulan B pula
bertanggungjawab memesin rumput dan membersihkan longkang di sekitar kawasan
perumahan. Kumpulan C bertugas untuk mengutip dedaun kering serta mengecat
pondok rehat. Kami bermandi peluh melakukan aktiviti gotong-royong.

10.30 pagi
Kerja gotong-royong selesai dengan jayanya. Semua penduduk berasa penat lelah.
Kami berehat untuk menjamu selera. Banyak makanan disediakan oleh kaum-kaum ibu.
Contohnya sate, nasi goreng, ayam rendang dan air sirap. Semua keenakan makanan
telah menebus kepenatan saya.

11.30 pagi
Kami berkemas dan bersedia untuk pulang ke rumah. Tok penghulu mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua penduduk. Sikap tong-menolong seperti aur dengan
tebing dapat dipupuk dalam aktiviti ini.
Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulis catatan tentang sambutan
Hari Guru tersebut.

RABU, 16 MEI 2012


7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis sambutan
Hari Guru 2012. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi sekolah dinyanyikan
sebelum bacaan Ikrar oleh Mohd Rafiq bin Sabaruddin, selaku Ketua Pengawas.
Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Azril.

7.40 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan GPK 1 iaitu Pn. Hajah Puspa Dewi, sebelum beliau
membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kemudian Tuan Guru
Besar, En. Awang Satip bin Md. Salleh menyampaikan ucapan dan seterusnya
membacakan perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran.

8.40 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara sukaneka. Guru dan
murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi tidak semua murid terlibat,
sebaliknya mereka diminta menjadi penonton sahaja. Seterusnya, sukaneka dijalankan
dengan beberapa acara yang menarik. Aktiviti berjalan lancar dan semua kelihatan
gembira dan mengambil bahagian.

10.00 pagi
Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai
jenis kuih-muih yang disediakan di kantin sekolah.

10.40 pagi
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru
mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan
mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.

12.00 tengah hari


Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan
bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG,
Encik Abu Kasim bin Kamat.
12.40 tengah hari
Murid yang berhajat diminta menyampaikan hadiah masing-masing kepada guru-guru
mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman dengan para guru secara
bergilir-gilir.

01.10 tengah hari


Murid-murid dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Para guru diraikan pula
dalam satu jamuan makan tengah hari sempena Hari Guru.

Melancong ke Pulau Langkawi

Jumaat, 7 Julai 2017


10.00 malam -Kami bersiap-siap untuk pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Kami
bergotong-royong mengangkat barang-barang ke dalam kereta Exora kami.

11.00 malam -Mula bertolak dari rumah kami di Temerloh ke Kuala Perlis dengan
menaiki kereta Exora kami. Ayah memandu dengan tenang melalui lebuh raya. Kami
sekeluarga berbual-bual sebelum saya terlelap.

Sabtu, 8 Julai 2017


9.00 pagi - Kami tiba di Jeti Kuala Perlis. Ayah memakir kereta di tepat pakir kereta
berbayar. Kami berjalan kaki menuju ke jeti dengan membawa beg dan barang-barang.
Di jeti, ayah membeli tiket feri untuk ke Pulau Langkawi.

10.00 pagi - Kami menaiki feri ke Pulau Langkawi. Inilah pengalaman pertama saya
menaiki feri. Perjalanan ke Jeti Langkawi mengambil masa kira-kira satu jam. sungguh
menarik pemandangan sepanjang perjalanan itu. Ketika feri menghampiri Jeti Pulau
Langkawi, kami melihat pulau-pulau kecil yang cantik serta sebuah patung helang yang
besar sebelum feri berlabuh di jeti tersebut.

11.00 pagi - Kami selamat tiba di Jeti Pulau Langkawi. Kami menaiki sebuah bas
pelancongan ke hotel untuk menyimpan barang-barang. Kemudian, kami makan
tengah hari di sebuah gerai berhampiran hotel itu.

2.00 petang - Kami pergi ke "Under Water World Langkawai". Di sini kami melihat
pelbagai jenis hidupan laut daripada yang sekecil-kecilnya hingga yang paling besar.
Kami melihat ikan-ikan yang pelbagai warna dan ikan yang besar-besar seperti ikan
jerung dan ikan pari. Akhir sekali, sebelum keluar dari tempat itu, kami menonton video
3D tentang kehidupan laut dan penjagaan alam di sebuah panggung khas.

5.00 petang - Kami balik ke hotel untuk berehat. Hotel penginapan itu sungguh cantik
dan berhawa dingin. Kelengkapan di hotel itu cukup untuk keperluan kami semasa
bercuti di situ. Kami berehat-rehat di situ sementara menunggu waktu malam.

Ahad, 9 Julai 2017


5.00 pagi - Kami bangun tidur dan bersiap-siap untuk pergi ke Pulau Dayang Bunting
dan beberapa lagi tempat menarik. Sebelum bertolak, kami bersarapan dahulu di hotel.
Dewan makan di hotel itu besar dan cantik. Ia terletak bersebelahan dengan sebuah
kolam renang yang besar.

7.30 pagi - Kami menaiki bas pelancong ke sebuah jeti untuk menaiki bot ke Pulau
Dayang Bunting. Setibanya di pulau itu, kami melihat beberapa ekor burung helang
sedang terbang tinggi di udara. Di pulau itu terdapat sebuah tasik lagenda iaitu Tasik
Dayang Bunting. Di situ juga saya dapat melihat beberapa orang pelancong sedang
bermain payung terjun yang ditarik oleh bot laju.

9.00 pagi - Kami menuju semula ke Pulau Langkawi. Kemudian, kami menaiki bas
pelancong untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi. Ramai pelancong di situ
menyebabkan kami terpaksa beratur agak lama sebelum dapat menaiki kereta kabel
itu. Kami melihat pemandangan indah sewaktu menaiki kereta kabel itu. Di puncak
gunung itu, kami naik sebuah jambatan gantung. Dari situ, kami dapat melihat
pemandangan Pulau Langkawi yang indah. Kira-kira dua jam kemudian, kami turun
semula ke stesen kereta kabel. Kami membeli pelbagai cenderamata untuk dibawa
pulang di gerai-gerai berhampiran stesen itu.

11.00 pagi - Kami singgah sekejap di sebuah tapak bersejarah iaitu Makam Mahsuri.
Kemudian, kami balik ke hotel untuk mengambil barang-barang.

12.30 tengah hari - Kami keluar dari hotel dan menaiki bas pelancong menuju ke Jeti
Pulau Langkawi. Kami pulang ke Temerloh.
Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga pulang ke kampung. Saya dan adik-
beradik melompat dengan girang 高兴得手舞足蹈. Kami bertolak ke kampung dengan
menaiki kereta ayah. Sepanjang perjalanan, kami bergurau dan bernyanyi riang 高兴的
唱歌.
Setibanya di rumah nenek, beliau sedang menyediakan lauk -pauk yang kami
gemar. Kami makan dengan gelojoh 狼吞虎咽 kerana terlalu sedap 太美味了. Selepas
makan tengahari, nenek menghidangkan pembasuh mulut 甜品 untuk kami.
Pada waktu petang, kami melawat ke dusun datuk. Dusunnya luas macam
padang. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan di dusun datuk seperti durian, buah
mangga, buah manggis, pisang dan sebagainya. Kami berpeluang makan pelbagai jenis
buah-buahan tempatan. Datuk juga membawa kami memancing ikan di sungai
berhampiran dusunnya. Kami memancing ikan dengan sabar dan mendapat banyak
ikan yang besar.

Anda mungkin juga menyukai