Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor

yang menghalang pembangunan sukan negara dan kesan-kesannya.Panjang rumusan


hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan pelbagai


persoalan tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan
negara sepatutnya terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan
pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari semasa ke
semasa sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan
peruntukan yang besar untuk memajukan sukan tanah air supaya mencapai taraf dunia.

Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak
pihak. Paling ketara ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan
jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan
persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi daripada memberi
perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf dunia. Mereka sering menunding jari
kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan sendiri apabila punca kemerosotan atlet
dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering dikaitkan dengan
kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini disebabkan, mereka sebagai perancang
pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk membantu
meningkatkan mutu sukan.

Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan


negara tidak mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem
pendidikan yang lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau
ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid
sekolah daripada mendekati sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini bukan lagi
gelenggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah yang boleh
digilap sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia.

Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa
meninjau dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah dan
mudah mengaku kalah apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin
kerana mereka kurang keyakinan di samping kurang pendedahan dan pengetahuan. Atlet
kita juga dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha untuk menigkatkan prestasi diri.
Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang sanggup untuk meningkatkan
prestasi dan kemahiran sendiri. Sesetengah atlet tidak berdisiplin dan menjadi keras
kepala kerana menyedari khidmat mereka amat diperlukan, ekoran sudah tidak ada atlet
lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang manja dan sukar ditegur ini masalah
kepada jurulatih untuk menggilap atlet negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia.
Permasalahan ini bukan sahaja memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak
yang terlibat demi mewujudkan sukan sebagai suatu budaya kehidupan.

1
CONTOH JAWAPAN :

Rumusan membincangkan sebab-sebab yang menghalang pembangunan sukan


negara dan kesan-kesanya di Malaysia.

Antara puncanya ialah sikap profesional pegawai yang suka mencampuri urusan
jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain[S1] di samping sikap mereka yang
menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi.[S2] Selain itu,
mereka menuding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan diri.[S3] Mereka
harus menyedari bahawa kegagalan atlet dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran
persatuan sukan[S4] di samping sikap mereka sebagai perencang sukan tidak mempunyai
visi.[S5] Seperkara lagi, sistem pendidikan mementingkan kecemerlangan akademik
membataskan murid-murid daripada menyertai sukan.[S6]

Antara kesannya ialah mutu sukan semakin merosot di peringkat negara dan
antarabangsa.[T1] Selain itu, atlet tidak dapat menjalani latihan intensif sama ada di dalam
ataupun di luar negara kerana persatuan tidak mempuyai kos untuk membiayai
mereka.[T2]

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menanganinya supaya mutu


sukan akan terus meningkat maju.

[124 Patah Perkataan]

Anda mungkin juga menyukai