Anda di halaman 1dari 3

CONTOH MENJAWAB SOALAN RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang
faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan negara dan kesan-
kesanya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan pelbagai


persoalan tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu
sukan negara sepatutnya terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring
dengan pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi,mutu sukan negara terus merosot
dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah
menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan
tanah air supaya mencapai taraf dunia.

Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada


banyak pihak. Paling ketara ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka
mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain. Mereka lebih
banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi
daripada memberi perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf dunia.
Mereka sering menunding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan
sendiri apabila punca kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar
bahawa kegagalan atlet sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan
sukan. Hal ini disebabkan, mereka sebagai perancang pembangunan sukan tidak
mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk membantu meningkatkan
mutu sukan.

Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu


sukan negara tidak mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat
sistem pendidikan yang lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap
masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan akademik
membataskan murid-murid sekolah daripada mendekati sukan. Fenomena ini
menjadikan sekolah kini bukan lagi gelenggang untuk melahirkan dan mencungkil
bakat pelajar-pelajar sekolah yang boleh digilap sebagai atlet negara sehingga
mencapai taraf dunia.

Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu


tanpa meninjau dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada di tahap
yang rendah dan mudah mengaku kalah apabila menghadapi lawan yang bertaraf
dunia. Hal ini mungkin kerana mereka kurang keyakinan di samping kurang
pendedahan dan pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap matang
dalam usaha untuk menigkatkan prestasi diri. Mereka tidak menjiwai watak
sebagai ahli sukan tulen yang sanggup untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran
sendiri. Sesetengah atlet tidak berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana
menyedari khidmat mereka amat diperlukan, ekoran sudah tidak ada atlet lain
yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang manja dan sukar ditegur ini masalah
kepada jurulatih untuk menggilap atlet negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia.
Permasalahan ini bukan sahaja memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga
semua pihak yang terlibat demi mewujudkan sukan sebagai suatu budaya
kehidupan.

Contoh Jawapan Lemah


Petikan membincangkan faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan
di negara kita dan langkah-langkahnya.

Salah satu faktor yang menghalang pembangunan sukan ialah sikap tidak
profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan
pemilihan pemain. Sesetengahnya pula menjadikan persatuan sukan sebagai tempat
mencari keuntungan peribadi. Kegagalan atlet pula sering dikaitkan dengan
kelemahan pentadbiran persatuan sukan sendiri. Pengkritik sukan berpendapat
bahawa sistem pendidikan lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan ibu
bapa juga mementingkan pelajar anak-anak mereka. Di samping itu,moral atlet
kita dikatakan rendah dan mengaku kalah.

Kesan yang dialami ialah kemerosotan mutu sukan di peringkat negara dan
juga antarabangsa. Kerajaan juga telah mengalami kerugian kerana telah
membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan tanah air.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah menangani masalah ini dengan segera.

[123 patah perkataan]

Jawapan Yang Dibaiki


Petikan membincangkan punca-punca yang membantutkan pembangunan sukan
negara.

Antara puncanya ialah sikap profesional pegawai yang suka mencampuri urusan
jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain[S1] di samping sikap mereka yang
menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi.[S2]
Selain itu, mereka menuding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan
diri.[S3] Mereka harus menyedari bahawa kegagalan atlet dikaitkan dengan
kelemahan pentadbiran persatuan sukan[S4] di samping sikap mereka sebagai
perencang sukan tidak mempunyai visi.[S5] Seperkara lagi, sistem pendidikan
mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid daripada
menyertai sukan.[S6]

Antara kesannya ialah mutu sukan semakin merosot di peringkat negara dan
antarabangsa.[T1] Selain itu, atlet tidak dapat menjalani latihan intensif sama ada di
dalam ataupun di luar negara kerana persatuan tidak mempuyai kos untuk membiayai
mereka.[T2]
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menanganinya supaya mutu
sukan akan terus meningkat maju.

[124 Patah Perkataan]

Anda mungkin juga menyukai