Anda di halaman 1dari 1

CONTOH MENJAWAB SOALAN RUMUSANBaca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan

tentang faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan negara dan kesan-kesanya.Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan pelbagai persoalan tentang mutu
pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya terus berkembang dan
mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi,mutu sukan negara terus merosot
dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan
peruntukan yang besar untuk memajukan sukan tanah air supaya mencapai taraf dunia.

Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak pihak. Paling ketara ialah
sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain.
Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi daripada memberi
perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf dunia. Mereka sering menunding jari kepada pihak lain
daripada mengakui kelemahan sendiri apabila punca kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar
bahawa kegagalan atlet sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini disebabkan,
mereka sebagai perancang pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk
membantu meningkatkan mutu sukan.

Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan negara tidak mencapai
kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan yang lebih mementingkan kecemerlangan
akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan akademik membataskan
murid-murid sekolah daripada mendekati sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini bukan lagi gelenggang
untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah yang boleh digilap sebagai atlet negara sehingga
mencapai taraf dunia.

Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa meninjau dilema atlet. Secara
umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah dan mudah mengaku kalah apabila menghadapi lawan
yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana mereka kurang keyakinan di samping kurang pendedahan dan
pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha untuk menigkatkan prestasi diri. Mereka
tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang sanggup untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri.
Sesetengah atlet tidak berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat diperlukan,
ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang manja dan sukar ditegur ini masalah
kepada jurulatih untuk menggilap atlet negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini bukan sahaja
memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang terlibat demi mewujudkan sukan sebagai suatu
budaya kehidupan.

Contoh Jawapan Rumusan

Rumusan membincangkan punca-punca yang menghalang pembangunan sukan negara dan kesan-kesannya.

Antara puncanya ialah sikap profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan
pemilihan pemain[S1]. Selain itu, sikap mereka yang menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan
peribadi.[S2] Di samping itu, mereka menuding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan diri.[S3] Seterusnya,
mereka harus menyedari bahawa kegagalan atlet dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan[S4] Bukan itu
sahaja, sikap mereka sebagai perencang sukan tidak mempunyai visi.[S5] Akhir sekali, sistem pendidikan mementingkan
kecemerlangan akademik membataskan murid-murid daripada menyertai sukan.[S6]

Antara kesannya ialah mutu sukan semakin merosot di peringkat negara dan antarabangsa.[T1] Selain itu, atlet tidak
dapat menjalani latihan intensif sama ada di dalam ataupun di luar negara kerana persatuan tidak mempuyai kos untuk
membiayai mereka.[T2]

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menanganinya agar mutu sukan akan terus meningkat maju.

[124 Patah Perkataan]

Anda mungkin juga menyukai