Anda di halaman 1dari 2

Tugasan S

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kemerosotan nilai
kejiranan dan cara-cara mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.
Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan atau di
T T
belakang, di tingkat atas atau di tingkat bawah hingga 40 buah rumah dari setiap penjuru sesebuah kawasan
kediaman termasuklah di taman perumahan, kampung, dan pangsapuri. Orang tua-tua pernah berkata, jiran
tetangga yang baik umpama adik-beradik yang dapat bekerjasama dalam kalangan masyarakat serta membentuk
ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Jiran yang baik juga dapat membentuk semangat kekitaan bagi melahirkan
semangat bersatu padu serta membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain
sehingga tercetusnya slogan “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang asing kerana
jiran ialah orang yang paling hampir dengan kita dan menjadi orang yang pertama datang untuk menghulurkan
bantuan sebelum ketibaan adik-beradik dan saudara-mara kerana jarang-jarang kedapatan adik-beradik duduk berjiran terutamanya di bandar.
Namun begitu, kini keakraban terhakis dek perubahan dalam kehidupan masyarakat akibat tuntutan hidup
yang semakin mencabar dari semasa ke semasa. Kesibukan bekerja memaksa masyarakat keluar pada awal-awal
pagi dan balik pada lewat malam menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama-sama
jiran. Hujung minggu pula dipenuhi dengan aktiviti bersama-sama keluarga atau masa untuk berehat dan
bersantai di rumah selepas seminggu memerah keringat dan minda untuk menyelesaikan pekerjaan. Jurang status
sosioekonomi masyarakat juga menjadi penghalang untuk mengeratkan semangat kejiranan apabila ada dalam
kalangan mereka yang terlalu bersifat merendah diri dan berasa tidak selesa untuk bergaul dengan jiran yang
berpangkat besar. Sebaliknya, memang ada golongan berstatus yang tidak mahu bergaul dengan golongan yang
berpangkat rendah kerana menganggapnya tidak layak bergaul dengan mereka disebabkan latar belakang
sosioekonomi yang berbeza.
Kemerosotan nilai kejiranan juga berlaku kerana sikap mengutamakan perkauman. Sikap saling tidak
mengenali antara jiran yang berlainan kaum dan agama selalu wujud malah sesama bangsa dan agama juga
berlaku sikap tidak mempedulikan antara satu sama lain kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Keadaan
akan menjadi semakin teruk apabila ditambah dengan sikap dengki atau benci-membenci dalam kalangan
penduduk setempat. Selain faktor yang wujud dalam kalangan masyarakat , perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi menjadikan masyarakat semakin kurang berkomunikasi secara langsung. Dengan pelbagai gajet
dan aplikasi yang terkini, masyarakat lebih taasub untuk berkomunikasi secara dalam talian. Tambahan pula,
struktur reka bentuk perumahan moden yang berhalangan dengan pagar, tembok, dan pengawal keselamatan
menambahkan sikap individualistik yang sememangnya sudah tersemai dalam diri.
RUMUSAN LENGKAP
Rumusan membincangkan sebab-sebab kemerosotan nilai kejiranan dan cara-
cara mengatasinya.
Antara punca-puncanya ialah perubahan dalam kehidupan bermasyarakat dan
kesibukan dengan kerja sehari-hari. Selain itu, wujud jurang status sosioekonomi
masyarakat dan sikap mengutamakan kaumnya sendiri. Punca-punca seterusnya, sikap
saling tidak mengenali antara jiran dan sikap dengki dalam kalangan penduduk setempat.
Satu punca lagi ialah kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan
masyarakat kurang berkomunikasi secara langsung.
Cara-cara mengatasinya ialah mengadakan aktiviti gotong-royong sesama jiran dan
menganjurkan majlis rumah terbuka terutamanya ketika ada sesuatu perayaan.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu memupuk semangat
kejiranan supaya masyarakat dapat hidup rukun dan damai.
(97 patah perkataan)
Isi tersirat = idea sendiri
Nota: Rumusan lengkap ada 4 perenggan. ** isi tersurat (S) = 7 isi. *** isi tersirat (T) = 2 isi

Anda mungkin juga menyukai