Anda di halaman 1dari 10

BAHASA MELAYU

Tingkatan Lima
PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA

CguEita
Objektif pembelajaran : Murid dapat…
1. Memahami dan menghubung kait aspek menarik dalam prosa moden.

2. Membandingkan bahan-bahan yang diberi.

Kriteria Kejayaan: Murid (saya dapat…)


1. Menyatakan sekurang-kurangnya satu persamaan berdasarkan bahan-bahan yang diberi.

2. Menulis sekurang-kurangnya dua jawapan bagi soalan kbat.


LATIHAN 1
SOALAN

(i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan kedua-dua bahan ini. [3 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1, mengapakah kita perlu berfikir sebelum berkata? [3 markah]

(iii) Dalam kehidupan kita, kita sering berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup akibat
daripada pengaruh rakan sebaya, media massa dan akademik.

Sebagai seorang remaja, bagaimanakah anda menghadapi cabaran tersebut? [3 markah]

(iv) Rakan anda hidup dalam keluarga yang miskin dan menghadapi masalah untuk
mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi. Dia selalu tidak hadir ke sekolah kerana
hendak membantu ibu bapanya untuk bekerja di sawah. Disebabkan keadaan sebegini, dia
menghadapi masalah untuk menduduki peperiksaan yang bakal menjelang.

Sebagai seorang rakan, cadangkan langkah-langkah untuk membantu rakan anda. [4 markah]
JAWAPAN
(i) Persamaan dalam kedua-dua bahan ini adalah dalam bahan 1, kita dinasihati untuk menuntut
ilmu dan jika ilmu tidak lengkap dituntut,ilmu tersebut tidak sesuai diamalkan. Dalam bahan 2,
segala ilmu dan pengetahuan perlu dituntut oleh Mel sebelum berhijrah ke kota supaya dapat
menghadapi cabaran. Kedua-duanya menasihati kita supaya sentiasa memperlengkap diri
dengan ilmu pengetahuan.

(ii) Kita perlu berfikir sebelum berkata untuk mengelakkan persengketaan dan perselisihan faham
dengan orang lain. Kita juga dapat mengelakkan diri kita daripada ditimpa masalah. Seterusnya
kita dapat mengelakkan perasaan orang lain tersinggung.

(iii)Sebagai seorang remaja, saya harus bijak memilih rakan sebaya dan menjauhi rakan yang
membawa pengaruh negatif. Saya juga akan bersikap rasional dan berhati-hati dalam
menggunakan media sosial supaya tidak terpengaruh dengan unsur-unsur yang tidak sihat.
Selain itu, saya akan rajin menuntut ilmu dan bersikap tidak mudah berputus asa dalam bidang
akademik.

(iv) Sebagai seorang rakan, saya akan berkongsi makanan dan memberi bantuan makanan. Saya
juga akan membantunya dengan mengulang kaji bersama-sama. Selain itu, saya akan
berkongsi nota dengan rakan saya di samping membantunya dari segi alat tulis dan sokongan
moral.
LATIHAN 2
SOALAN

(i) Berdasarkan Bahan 1 , berikan maksud menggamatkan suasana. [2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan sikap-sikap seorang pahlawan. [4 markah]

(iii) Pahlawan atau wira difahamkan sebagai seseorang yang menunjukkan perwatakan yang
gagah dan berani dalam melakukan perjuangan demi membela sesuatu yang dianggap benar
pada pendiriannya.

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pahlawan? [3 markah]


(iv) Anda merupakan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM). Anda berasa sedih kerana
ada yang tidak tahu bahawa 31 Julai merupakan Hari Pahlawan serta maksud di sebalik
sambutan tersebut yang diadakan pada setiap tahun.

Pada pandangan anda, apakah cara-cara yang wajar dilakukan oleh kerajaan sebagai tanda
mengingati jasa pahlawan . [4 markah]
JAWAPAN
(i)
TERIMA KASIH
ANAK-ANAK IBU

Anda mungkin juga menyukai