Anda di halaman 1dari 17

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[35 markah]

SOALAN 1: MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Penekanan inovasi dalam kalangan murid pendidikan khas dapat menambah baik
sahsiah diri dan kualiti kehidupan, serta memudahkan pengurusan aktiviti harian murid. Jika
diberi pendedahan yang tepat, mereka mampu bersaing dengan rakan murid yang normal.
Inovasi berkaitan dengan persekitaran sekolah bukan sahaja memudahkan pengurusan dan
meringankan beban pendidikan sepanjang proses pembelajaran di sekolah, malah dapat
mewujudkan persekitaran yang mesra kepada murid kelainan upaya ini. Hal ini akan dapat
melahirkan murid yang sentiasa berfikir dan berani menghadapi cabaran.

Kata Kerja

1. bersaing

2. berfikir

Kata adjektif

1. baik

2. berani

Bina ayat

bersaing - Haiwan itu bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan tempat tinggal yang

lebih baik.

berfikir - Taufiq berfikir di luar kotak untuk menyelesaikan soalan Matematik yang sangat susah

itu.

baik - Datuk berpesan kepada Ayhan agar sentiasa menjadi orang yang baik kepada ibu bapa

dan orang tua.


berani - kita perlulah sentiasa berani dalam menempuh segala cabaran supaya hidup boleh

menjadi aman dan damai.

7 [8 markah]

SOALAN 2: SINTAKSIS

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada
ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Bidang keusahawanan wajar diterokai oleh golongan remaja. Bidang ini dapat mendidik
remaja menjadi lebih berdaya kreatif. Sesungguhnya amat luas ruang bagi golongan remaja
menceburi bidang ini. Remaja yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga
boleh menceburi bidang tersebut. Oleh hal yang demikian para remaja yang berminat dalam
bidang ini tidak mempunyai masalah untuk mengikuti kursus dan latihan keusahawanan. Ibu
bapa perlu memberikan sokongan kepada anak-anak yang berminat dalam bidang ini.

Dipetik dan diubah suai daripada


Ayuh, Jadilah Usahawan!
Oleh Syed Mahadzir bin Syed Ibrahim
Dewan Siswa, Bil 7/2019

1. Golongan remaja wajar menerokai bidang keusahawanan.


2. Bidang tersebut juga boleh diceburi oleh remaja yang melanjutkan pengajian di institusi
pengajian tinggi.
3. Anak - anak yang berminat dalam bidang ini perlu diberikan sokongan oleh ibu bapa.

[6 markah]
SOALAN 3: PENYUNTINGAN

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah mencipta bagi
menggantikan kenderaan kovensional sebagai pengangkutan awam. Pengangkutan awam
yang moden itu pula mampu memainkan tugas yang penting kepada sesebuah negara untuk
mencapai kemajuan kerana sistem pengangkutan yang baik mampu menggerak ekonomi
negara. Di antara contoh kenderaan awam ialah monorel, komuter, bas, teksi dan kapalterbang.
5 [6 markah]

Kesalahan

1. mencipta - dicipta

2. kovensional - konvensional

3. tugas - peranan
4. menggerak - memajukan

5. Di antara - antara

6. kapalterbang - kapal terbang


Petikan 2

Munirah : Selamat pagi Doktor Aidil. Terima kasih kerana sudi menghabiskan masa untuk
diwawancara pagi ini.

Doktor Aidil : Selamat pagi.

Munirah : Saya Munirah daripada Kelab Majalah Intan SMK Cempaka, ingin mewawancarakan
doktor berkaitan cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Doktor, apakah yang
dimaksudkan dengan amalan gaya hidup sihat?

Doktor Aidil : Gaya hidup sihat merupakan satu amalan yang kita perlu lakukan bagi
mewujudkan kehidupan yang selesa dan terhindar daripada pelbagai penyakit. Dalam hal ini,
seseorang hendaklah mengamalkan pemakanan yang seimbang, melakukan senaman setiap
hari dan menjaga persekitaran untuk sentiasa bersih.

Munirah : Terima kasih doktor di atas penerangan tentang gaya hidup sihat itu.

Doktor Aidil : Sama-sama.


2 [5 markah]

Kesalahan

1. diwawancara - wawancara
2. daripada – dari
3. kita perlu - perlu kita

4. bersih – sihat

5. di atas – atas
SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Hatta diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini tatkala Inderaputera berjalan itu maka ia
pun bertemulah dengan Tasik Semendera Jin namanya. Maka dilihat oleh Inderaputera dari
jauh ada suatu tasik maha besar seperti laut rupanya. Maka fikir Inderaputera , “Laut apakah ini
gerangannya?”
(Petikan daripada Dua Geliga Hikmat dalam buku antologi Dirgahayu Bahasa)

Hatta diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini tatkala Inderaputera berjalan dan
bergemu dengan Tasik Semendera Jin. Inderaputera melihat suatu tasik yang sungguh besar
seperti laut rupanya. Lalu, Inderaputera berfikir, “Laut apa yang sungguh besar ini?”

1 [6 markah]

Cerita ini disampaikan daripada pemilik cerita mengenai Inderaputera yang berjalan lalu
menemui Tasik Semendera Jin. Inderaputera melihat suatu tasik yang sungguh besar seperti
laut. Lalu, Inderaputera bertanya kepada dirinya, “Apakah nama laut ini?”
SOALAN 5: PERIBAHASA

Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja,


kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan
peribahasa tersebut.

Datuk Ismail : Kamal, kawasan perumahan kita akan mengadakan gotong-royong pada hari
Sabtu ini. Kamu datang, ya. Ajak anak-anak sama.

Kamal : Maaflah Datuk. Saya ada hal lain.

Datuk Ismail : Sebagai penduduk, kita mesti saling bekerjasama untuk menjaga kawasan
perumahan kita kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Barulah tugas yang dilakukan
itu dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan.

Kamal : Betul, Datuk. Saya setuju bahawa kita saling memerlukan seperti aur dengan tebing
dalam hidup bermasyarakat. Tapi kami sekeluarga akan pergi menziarahi kakak saya yang
sakit di hospital pada hari Sabtu ini. Suaminya pun baru sahaja meninggal dunia.

Datuk Ismail : Oh, saya bersimpati atas penderitaan yang ditanggung oleh kakak awak, sudah
jatuh ditimpa tangga.
1. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing - meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
2. seperti aur dengan tebing - hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

2 [4 markah]
BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 Markah]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud cukup penting. 0 [2
markah]
Berdasarkan Bahan 2, maksud cukup penting ialah sangat berfaedah.

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan faktor yang
menyebabkan kaedah pembelajaran teknik Meja Bulat dan Permainan Bahasa kurang
dipraktikkan di dalam kelas.
[3 markah]
Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, persamaan dan perbezaan faktor yang menyebabkan kaedah
pembelajaran teknik Meja Bulat dan Permainan Bahasa kurang dipraktikkan di dalam kelas
ialah kedua-dua kaedah pembelajaran ini kurang popular oleh sebab ruang bilik darjah yang
terhad. Perbezaannya pula ialah teknik meja bulat perlu dilakukan dalam kumpulan manakala
Permainan Bahasa tidak perlu dilakukan dalam kumpulan.

(iii) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui kaedah pembelajaran abad ke-21 banyak memberikan
faedah kepada murid. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah tersebut? [3 markah]
Pada pendapat saya, faedah-faedah tersebut ialah murid-murid dapat berkongsi pendapat

antara satu sama lain di dalam kumpulan . Selain itu, murid yang berada di dalam kumpulan

yang sama boleh membantu murid yang lemah dalam mata pelajaran tersebut. Akhir sekali,

aktiviti tersebut juga dapat mengurangkan stres murid-murid di dalam kelas.

(iv) Kumpulan anda diminta untuk menyiapkan tugasan oleh guru anda dengan menggunakan
teknik permainan bahasa pada masa yang ditetapkan. Namun, tugasan tersebut tidak berjaya
diselesaikan.
Sekiranya kumpulan anda diberikan peluang kedua untuk menyiapkan tugasan yang sama
dalam masa yang ditetapkan, cadangkan langkah-langkah untuk memastikan tugasan tersebut
dapat diselesaikan. 3 [4
markah]
Antara langkah untuk memastikan tugasan tersebut dapat diselesaikan ialah dengan melantik

seorang ketua untuk memudahkan proses membuat tugasan. Selain itu, mengagihkan

tugasan dengan kumpulan supaya dapat disiapkan dengan lebih cepat. Seterusnya,
menyediakan alat-alat yang diperlukan agar tugasan yang dilakukan tiada pembetulan.

Akhir sekali, menggunakan masa dengan baik supaya tugasan siap.

Soalan 7: PETIKAN SASTERA

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menjaga adab. 0 [2
markah]

Berdasarkan Bahan 1, maksud menjaga adab ialah tidak meninggikan suara dengan orang
yang lebih tua daripada kita.

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti
manusia. 3 [4 markah]

Berdasarkan semua bahan, kesan-kesan kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti manusia ialah
berlakunya gempa bumi. Selain itu, terjadinya taufan. Seterusnya, banjir kilat. Akhir sekali,
penipisan lapisan ozon.

(iii) Alam sekitar sangat penting dalam kehidupan manusia dan menjadi tanggungjawab bersama
untuk memuliharanya.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan memulihara hutan di negara ini?
[3 markah]

Pada pendapat saya, kepentingan-kepentingan memulihara hutan di negara ini adalah untuk

menjaga habitat hidupan liar dan juga flora dan fauna. Seterusnya, mengelakkan daripada

berlakunya pencemaran alam sekitar. Akhir sekali, mengurangkan kepupusan haiwan liar

berlaku.

(iv) Pada suatu petang, anda sedang memancing ikan di sebatang sungai yang jernih, tiba-tiba
anda ternampak tiga orang pemuda yang sedang mengangkut beberapa buah tong yang
mengandungi cecair. Mereka mencurahkan cecair tersebut ke dalam sungai. Setelah mereka
beredar, anda mendapati warna air sungai semakin keruh dan kelihatan beberapa ekor ikan
mulai terapung. Anda yakin bahawa cecair tersebut ialah sisa toksik.
Sebagai rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu untuk mengatasi masalah
ini? [4 markah]

Sebagai rakyat yang prihatin, saya akan membantu mengatasi masalah ini dengan melaporkan

kepada pihak yang bertanggungjawab. Seterusnya, saya akan menegur orang pemuda
yang melakukan perkara tersebut. Selain itu, saya akan mengambil video dan

mengkongsinya di media sosial untuk menarik perhatian orang ramai. Akhir sekali, saya
akan membuat blog bersertakan gambar untuk mengurangkan perkara itu untuk berlaku lagi.

SOALAN 8: NOVEL

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Nyatakan faktor-faktor populasi kelip-kelip di Kuala Selangor semakin berkurangan.


[4 markah]

Faktor-faktor populasi kelip-kelip di Kuala Selangor semakin berkurangan ialah pencemaran air
yang mengancam pokok-pokok berembang. Seterusnya, pemusnahan kawasan paya bakau.
Selain jtu, cahaya dari kawasan petempatan manusia. Akhir sekali, cahaya daripada roda ferris.
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib

b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor

c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaimi Matdarin

d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin

e) Songket Bebenang Emas, karya Khairudin Ayip

f) Tirani, karya Beb Sabariah

g) Silir Daksina, karya Nizar Parman

h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang pada
pendapat anda dapat menyentuh perasaan pembaca.

1 [6 markah]

Berdasarkan sebuah novel yang saya telah pelajari iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa,
karya Abdul Latip Talib, peristiwa-peristiwa yang pada pendapat saya dapat menyentuh
perasaan pembaca adalah semasa Leftenan Adnan sanggup meninggalkan pekerjaannya iaitu
sebagai seorang guru untuk menjadi askar demi mempertahankan negara dari ancaman
musuh. Ini membuktikan semangat patriotik beliau yang sangat tinggi terhadap negara.
Seterusnya, peristiwa lain yang menyentuh perasaan pembaca adalah semasa Leftenan Adnan
berani berjuang menentang tentera Jepun berseorangan sehingga ke titisan darahnya yang
terakhir. Beliau juga menentang tentera Jepun tanpa senjata. Semangat perjuangannya ini telah
menaikkan semangat askar-askar lain untuk berjuang menentang Jepun. Tambahan pula,
semasa berumur 10 tahun, Leftenan Adnan rajin menolong ayahnya bekerja di sawah pada
setiap pagi. Peristiwa ini menunjukkan kasih sayangnya yang mendalam terhadap Pak Saidi
serta tanggungjawab yang digalas oleh Leftenan Adnan sebagai anak sulung.
BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 markah]

SOALAN 9: RUMUSAN

Bahan 1

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan grafik.

Penularan wabak COVID-19 secara global telah menjangkiti lebih 4.7 juta manusia dan
mengakibatkan kehilangan lebih 300,000 nyawa. Selain itu, penyebaran jangkitan korona virus
telah mengubah corak kehidupan manusia dan merencatkan pertumbuhan ekonomi dengan
begitu drastik. Pandemik COVID-19 juga mendatangkan kesan langsung kepada ekosistem
perniagaan domestik seperti industri makanan dan minuman, industri pembinaan dan
pembuatan, industri pelancongan, industri pertanian, industri pembinaan dan industri
perkhidmatan. Hal ini sekali gus mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan.

Sebanyak 20.5 juta orang hilang pekerjaan di Amerika Syarikat pada April lalu yang
merupakan situasi paling teruk pernah berlaku sekali gus menyebabkan tahap pengangguran
meningkat kepada 14.7 peratus. Untuk menghalang penularan virus ini, pergerakan manusia
seluruh dunia telah dihadkan dan hal ini memberikan impak yang luar biasa kepada alam
sekitar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa apabila manusia tidak menjalankan aktiviti mereka,
maka perkara ini dapat menyelamatkan dan memulihkan keadaan alam sekitar seperti sedia
kala.

Pelbagai langkah proaktif telah dilakukan untuk menangani permasalahan yang sedang
melanda ini. Setiap lapisan masyarakat, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan kerajaan
(NGO) turut mengambil inisiatif untuk memutuskan rantaian wabak ini. Beberapa buah hotel
telah dijadikan pusat kuarantin. Malah, terdapat hotel di Cyberjaya yang memberikan
perkhidmatan sebagai pusat kuarantin kepada individu yang baru pulang dari luar negara.
Kementerian Kesihatan juga telah membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan
penularan wabak yang lebih serius.

Dipetik dan diubah suai daripada


Internet: BERNAMA
oleh Professor Datuk ChM Dr. Taufiq Yap Yun Hin,
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Bahan 2
Rumusan membincangkan tentang punca-punca wabak COVID-19 dan langkah-langkah
untuk mengatasi wabak COVID-19. (1)

Antara punca wabak COVID-19 ialah telah mengakibatkan kehilangan lebih 300,000
nyawa. (x) Seterusnya, penyebaran jangkitan korona virus telah mengubah corak kehidupan

manusia dan merencatkan pertumbuhan ekonomi dengan begitu drastik. Selain itu,
pandemik COVID-19 juga mendatangkan kesan langsung kepada ekosistem perniagaan

domestik. Di samping itu, sebanyak 20.5 juta orang hilang pekerjaan di Amerika Syarikat
pada April lalu yang merupakan situasi paling teruk pernah berlaku sekali gus menyebabkan
tahap pengangguran meningkat kepada 14.7 peratus. (x)

Antara langkah mengatasi wabak COVID-19 ialah patuhi perintah kawalan pergerakan

bersyarat. Seterusnya, elakkan rentas negeri tanpa urusan penting. Tuntasnya,


melakukan penjarakan fizikal dengan orang sekeliling. Natijahnya, sentiasa memakai pelitup

mulut dan hidung. (isi mesti drpd 2 bahan) (-bahasa)

Kesimpulannya, terdapat banyak punca wabak COVID-19 dan langkah untuk


mengatasinya./ 120 Oleh itu, harapan agar mengikuti langkah-langkah tersebut supaya dapat
mengelakkan dari terkena COVID-19. (x)

P:1/2

I: 12/16

K: 0/2

J: 13/20

B: 5/10

JK= 18/30

Anda mungkin juga menyukai