Anda di halaman 1dari 12

PEMAHAMAN Sastera 3

Baca bahan-bahan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Sejak kembali, Tuan Booth jauh berubah. Dia tak lagi terperap di estet. Pada setiap petang, biasanya
selepas solat asar, dia akan menjengah ke surau. Dia akan duduk berbual-bual bercerita itu ini, terutama dengan
Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap. Ada sekali, sewaktu Ahmad Mutawakkil balik ke kampung,
Tuan Booth mengundang kami ke banglonya.
"Dia pelawa kita minum teh di banglonya," kata Ahmad Mutawakkil. "Saya fikir, Tuan Booth ikhlas
nak berbaik-baik."
Kami terdiam, tak berani bersuara, menantikan kata putus daripada Imam Ngah Deraman dan Penghulu
Ibrahim Sigap.
Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. "Selama Tuan Booth di
sini, sejak dulu lagi, tak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya fikir atas sifat hati Melayu, orang berbudi kita
berbahasa. Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan."

(Dipetik daripada cerpen "Cinta Ahmad


Mutawakkil" oleh Zainal Rashid Ahmad, dalam antologi
Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd., hlm.50)

Bahan 2
PANTUN BUDI
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Yang kurik kundi,


Yang merah saga,
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali,
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Bunga cina di atas batu,


Jatuh daunnya ke dalam ruang,
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Anak beruk di tepi pantai,


Pandai melompat pandai menari,
Biar buruk kain dipakai ,
Asal hidup pandai berbudi.

Tingkap papan kayu bersegi,


Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Padang Temu Padang baiduri,


Tempat raja membangun kota,
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata.
(Dipetik daripada Internet)

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menjengah ke surau. [2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah kepentingan budi bahasa dalam kalangan masyarakat Melayu
yang dapat anda perhatikan? [4 markah]

(ii) Amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat di negara kita semakin pudar.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan bagi menangani masalah ini?
[3 markah]
(iii) Pada suatu hari, seorang rakan sekelas anda telah melawan guru tingkatan yang menegurnya agar tidak
menggunakan telefon pintar semasa beliau sedang mengajar dengan kata-kata yang kesat.

Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah anda dapat menyedarkan rakan sekelas ini agar tidak berkasar
dengan guru dan meminta maaf daripada guru tersebut?
[4 markah]

Latihan: Ayat Aktif kepada Ayat Pasif

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah
maksud asalnya.

(1) Masyarakat banyak menggunakan media sosial sebagai medan perkongsian ilmu bermanfaat
bersama-sama rakan media sosial yang lain. Selain itu, (2) media sosial memainkan peranan sebagai
medan kepada usahawan untuk memasarkan produk jualan atau perkhidmatan yang ditawarkan
dalam talian. Secara tidak langsung, (3) setiap individu dapat menjimatkan kos operasi dan
menjanakan keuntungan menerusi pelbagai media sosial yang ada di laman maya.
(2) Dapat dijimatkan oleh setiap individu kos operasi dan menjanakan keuntungan menerusi pelbagai
media sosial yang ada di laman maya.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Berhemahlah Dalam Bermedia Sosial”
Dewan Siswa , Bil. 11/2020, Hlmn 13

[6 markah]

Latihan : Ayat Aktif kepada Ayat Pasif

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah
maksud asalnya.

Usaha untuk menjimatkan wang semasa zaman remaja memang sukar, terutamanya apabila anda
mempunyai rakan yang gemar membeli pakaian baharu atau melakukan pelbagai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaan. Namun, (1) ibu bapa mungkin akan membantu anda untuk menjimatkan perbelanjaan. (2) Anak-
anak boleh membuka buku akaun masing-masing untuk memasukkan wang ke dalamnya pada setiap minggu
atau bulan. Pada akhirnya,(3) kalkulator akan memberikan petunjuk tentang masa yang diperlukan untuk
mencapai matlamat yang diinginkan sama ada setahun atau 10 tahun.

Dipetik dan diubah suai daripada


Berhetnatlah dalam Berbelanja
Oleh Haris Mohamad Dewan Siswa Bil, 9 2020 [6 markah]
ibu bapa mungkin akan membantu anda untuk menjimatkan perbelanjaan
anda mungkin akan dibantu oleh ibu bapa untuk menjimatkan perbelanjaan
Anak-anak boleh membuka buku akaun masing-masing untuk memasukkan wang ke dalamnya pada setiap
minggu atau bulan
buku akaun masing-masing boleh dibuka oleh anak-anak untuk memasukkan wang ke dalamnya pada setiap
minggu atau bulan
kalkulator akan memberikan petunjuk tentang masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang
diinginkan sama ada setahun atau 10 tahun.
Kalkulator akan diberikan oleh petunjuk tentang masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang
diinginkan sama ada setahun atau 10 tahun.

Latihan: Ayat Pasif kepada Ayat Aktif

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Tukarkan ayat pasif yang bergaris kepada ayat aktif tanpa mengubah
maksud asalnya.

(1) Tujuh puluh empat peratus daripada kita didapati oleh satu kajian memilih untuk menangis ketika
sedang mandi. Showerstoyou, sebuah peruncit bilik mandi yang memiliki beribu-ribu buah pejabat di United
Kingdom meninjau 57,000 sampel dari seluruh dunia. (2) Bahawa tempat yang paling disukai untuk menangis
adalah di bilik mandi didapati hasil tinjauan. Mengapakah keadaan ini berlaku? Tidak ada jawapan yang pasti
kerana tidak banyak penyelidikan saintifik mengenai kaitan menangis dan bilik mandi, tetapi pakar mempunyai
beberapa teori. (3) Bahawa menangis merupakan perkara paling biasa dilakukan untuk menenangkan diri di
samping mendengar muzik dijelaskan oleh Profesor Psikologi, Ad Vingerhoets dari Universiti Tilburg.
Terdapat juga teori yang menyatakan bilik mandi memberikan tahap privasi yang tinggi, di samping memberi
rasa hangat dan selesa, sekali gus membuatkan menangis ketika mandi sebagai pilihan terbaik meredakan
tekanan.
[6 markah]

Latihan: Ayat Pasif kepada Ayat Aktif

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Tukarkan ayat pasif yang bergaris kepada ayat aktif tanpa mengubah
maksud asalnya.
Bidang kemahiran bukan lagi menjadi pilihan terakhir untuk pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat
yang lebih tinggi sejajar dengan Revolusi Industri 4.0. (1) Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan
pekerjaan dipunyai oleh lulusan teknik dan vokasional (TVET) yang memiliki kemahiran. Oleh yang demikian,
ramai yang berminat untuk meneruskan pengajian masing-masing dalam bidang TVET ini. (2) Penekanan yang
khusus telah diberikan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 mengenai keperluan TVET
dalam pasaran buruh dan ekonomi negara. (3) Bahawa kepentingan TVET pada masa ini dalam kalangan anak
muda tidak dapat kita sangkalkan.

Dipetik dan diubah suai daripada


Lepasan TVET Kini Buruan
Oleh Khairul Ariffin
Dewan Siswa, Bil. 2 2020

[6 markah]

Latihan : Ayat Biasa kepada Ayat Songsang


Baca petikan di bawah dengan telitinya. Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan
songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Oktober merupakan bulan yang agak sibuk buat mahasiswa kerana mereka perlu pulang ke kampus selepas
beberapa minggu cuti semester. (1) Hati mahasiswa berbunga-bunga untuk pulang ke kampus kerana sudah lama
tidak beriumpa dengan rakan-rakan. Mereka juga rindu untuk belajar secara bersemuka (face to face) di dalam
bilik kuliah. Namun, peningkatan kes Covid-19 terutama di Kedah dan Sabah menuntut mahasiswa belajar secara
pembelajaran terbuka (ODL) di luar kampus. (2) Beberapa buah universiti membenarkan mahasiswa berada di
kampus jika mahasiswa menghadapi masalah seperti tiada akses Internet, keadaan persekitaran rumah yang kurang
kondusif bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan sebagainya. (3) Mahasiswa yang
memilih untuk belajar secara dalam talian di rumah sudah tentu mempunyai justifikasi sendiri sebelum membuat
keputusan tersebut.
Dipetik dan diubah suai daripada
Antara llmu dan Wang
Mohd Rozaimy Ridzuan
My Metro, 29 Oktober 2020

[6 markah]

Latihan: Ayat Biasa kepada Ayat Songsang

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris
kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Kehidupan yang serba moden ini telah banyak membawa manusia untuk mengambil
makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan dan makanan segera. (1) Kita
makan pelbagai jenis makanan untuk mengisi perut yang kosong setiap hari. (2) Kita tidak memikirkan kesan yang
akan kita hadapi sekiranya pemakanan tidak dikawal. Pengambilan secara berlebihan dan tidak teratur boleh
mendatangkan kemudaratan kepada diri kita. (3) Kita hendaklah bijak dalam pemilihan makanan seharian.

Dipetik dan diubahsuai daripada


Bijak Memilih Makanan Harian untuk Kesihatan
Juara Pelajar, Julai-September 2019

[6 markah]

Latihan: Ayat Songsang kepada Ayat Biasa


Baca petikan di bawah dengan telitinya. Tukarkan ayat bersusunan songsang yang bergaris kepada ayat
bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

Isu rasuah bukanlah perkara baharu di negara kita. (1) Menunjukkan peratus penjawat awam yang terbabit
dalam gejala rasuah terdiri daripada golongan berusia bawah 40 tahun statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM). Soal selidik SPRM mendapati 22.1 peratus responden sanggup menerima rasuah jika
mempunyai kuasa. (2) Berpendapat menerima habuan sebagai balasan untuk perkhidmatan diberikan bukan
rasuah, kebanyakan responden. Persoalannya apakah tindakan sepatutnya diambil bagi menghentikan gejala
rasuah? (3) Perlu dimulakan pada peringkat awal terutama di sekolah usaha membanteras gejala rasuah.
Mengambil kira kes yang berlaku membabitkan isu menjual MyKad dan sijil kelahiran kepada rakyat asing di
Pulau Pinang baru-baru ini, cukup membimbangkan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Gejala Rasuah Gugat Integriti Generasi Muda’
Oleh Ridzuan Yop
Berita Harian, 8 Oktober 2019

[6 markah]

Latihan: Ayat Songsang kepada Ayat Biasa


Baca petikan di bawah dengan telitinya. Tukarkan ayat bersusunan songsang yang bergaris kepada ayat
bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

(1)Melalui kemajuan dan revolusi industri 4.0, pesanan piza yang kita lakukan melalui telefon akan dihantar
dengan menggunakan perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah. Selain itu, (2) hanya perlu dilakukan
dengan menekan butang di telefon pintar masing-masing segala urusan rumah seperti mencuci baju,
memberikan makanan kepada haiwan kesayangan dan mematikan alat pendingin hawa. (3) Tidak perlu lagi
bersusah payah kita untuk mengambil perkhidmatan pembantu rumah. (4) Untuk ke pejabat pula, kita tidak
perlu lagi memandu kereta. (5) Melalui satelit ke tempat yang ingin dituju dengan selamatnya, segala urusan
pemanduan akan dikawal sepenuhnya. (6) Telah mula berkembang dan berevolusi senario tersebut secara
perlahan-lahan menjadi satu bentuk norma yang biasa pada masa akan datang.
Dipetik dan diubahsuai daripada
Maju dalam Industri Mutakhir
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Hal.66
Kementerian Pendidikan Malaysia.

[6 markah]

Sintaksis: Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

A)     Ayat Cakap Ajuk


 Ayat cakap ajuk ialah percakapan seseorang tentang sesuatu perkara.
 Oleh sebab itu cakap ajuk berupa petikan percakapan yang berbentuk perbualan atau dialog.
 Ayat cakap ajuk menggunakan pembuka kata dan penutup kata dalam tulisan ( “................”)

B)      Ayat Cakap Pindah


 Ayat cakap pindah ialah bentuk ayat yang ditulis semula daripada bentuk perbualan kepada bentuk
karangan.
 Ayat cakap pindah tidak menggunakan tanda pembuka kata dan penutup kata.
 Walaupun bentuknya berbeza daripada bentuk ayat cakap ajuk tetapi maksud yang disampaikan adalah
sama.

Tips atau panduan menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah:

 Membuang tanda pembuka kata dan penutup kata.


 Mengenal pasti kata kerja yang sesuai, misalnya: menyuruh, meminta, mempersilakan, memberitahu,
menerangkan, menjelaskan, melarang, menasihatkan dan sebagainya.
 Bagaimana untuk pelajar menentukan kata kerja berkenaan? Jawapannya pelajar boleh menetukannya
berdasarkan binaan ayat cakap ajuk tersebut sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat silaan, ayat
suruhan, ayat larangan, ayat tanya, dan ayat seruan.
 Oleh sebab itu, pelajar perlu mahir mengesan jenis ayat yang digunakan dalam cakap ajuk kerana
pengecaman jenis  ayat berkenaan akan menentukan kata kerja yang perlu digunakan semasa menulis
ayat cakap pindah.
 Contohnya seperti di bawah:-
Jenis ayat Kata kerja boleh digunakan untuk / semasa menulis
( Cakap Ajuk) cakap pindah
Ayat penyata berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan,
menerangkan dan  sebagainya yang sesuai dengan situasi.

Ayat silaan      mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.


Ayat permintaan meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
Ayat suruhan menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
Ayat larangan melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang
Ayat tanya        bertanya, menanyakan, menyoalkan, ingin tahu, ingin
kepastian.
Ayat seruan bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada
"marah, hairan, terkejut,  menyindir, memarahi, mencabar,
merayu dan sebagainya".

 Menukarkan kata ganti nama dan kata keterangan yang digunakan, contoh: Semasa menukar cakap ajuk
kepada cakap pindah, kata ganti nama diri, kata ganti nama tempat, kata ganti nama tunjuk, kata
keterangan masa, dan kata keterangan cara akan berubah seperti di bawah.
 Pastikan pelajar peka dengan pernyataan di atas supaya penghasilan cakap  ajuk anda tepat dan
gramatis.

Golongan kata Ayat Cakap Ajuk Ayat Cakap Pindah


Kata ganti nama diri · saya, aku · dia, beliau
· kami · mereka
· beta · baginda
· awak, kamu, engkau · dia ,-nya
· kamu semua · mereka
· dia · -nya
Kata ganti nama
tempat · sini · situ

Kata ganti nama


tunjuk · ini · itu

Kata keterangan
masa · sekarang · masa itu
· hari ini · hari itu
· esok · keesokkan harinya
· semalam · pada hari yang lepas
· malam tadi · malam yang lepas
· kelmarin · dua hari yang lalu

Kata keterangan cara


· begini · begitu

Latihan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah


Latihan 1

Tukarkan ayat-ayat di bawah ini daripada ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.

"Saya dapati kamu telah melakukan satu kesalahan yang amat besar hari ini," Pengetua mula membuat
tuduhan terhadap Faizal yang masih terpinga-pinga.
"Tidak Cikgu! Saya tak buat apa-apa kesalahan," Faizal cuba mempertahankan diri.
"Cikgu Aziz pengsan, kamu tahu?" tanya Pengetua.
“Tak tahu Cikgu! Saya yang tolong angkat Cikgu Aziz untuk dibawa ke kereta Cikgu Adham tadi," terang
Faizal.
"Kamu tahu kenapa Cikgu Aziz pengsan?" Pengetua mengemukakan soalan bertalu-talu.
"Saya tidak tahu Cikgu. Tetapi saya dengar khabarnya Cikgu Aziz keracunan makanan," Faizal
menjawab terketar-ketar.

Dipetik dan diubah suai daripada


Fail Pengarang
Abdul Ghalib bin Yunus

[6 markah]

Latihan 2:

Tukarkan ayat-ayat di bawah ini daripada ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.

"Cikgu Haris!" tiba-tiba dia ditegur seseorang.


"Cikgu!” sapa pegawai bank itu apabila hampir dengannya.
"Cikgu tak kenal saya lagi?" tanya pegawai itu dengan senyuman manis menghias wajah. "Awak. Watson
bukan?" Cikgu Haris mula mengembalikan ingatannya.
"Ya, Saya Watson! Sekarang nama saya Muhamad Alif Watson bin Abdullah," jawab pegawai itu.

Dipetik dan diubah suai daripada


Fail Pengarang
Abdul Ghalib bin Yunus

[6 markah]

Latihan Cakap Pindah kepada Cakap Ajuk

Latihan 1:

Tulis petikan di bawah semula dalam ayat cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam
petikan.

Ketika hendak membeli tiket melalui mesin tiket komuter, Tze Min bertanya kepada Wen Shen dan Thaqif
sama ada hendak membeli tiket pergi balik atau tiket satu hala sahaja. Wen Shen menjawab dengan menyatakan
bahawa lebih baik mereka membeli tiket satu hala sahaja kerana Thaqif akan dapat melihat pemandangan lain
pula apabila menaiki bas. Thaqif juga bersetuju dengan cadangan itu kerana dia ingin melihat pemandangan
lain ketika menaiki bas. Lagi pun itulah pertama kali dia datang ke Shah Alam.
[6 markah]

Latihan 2:

Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ke dalam bentuk ayat cakap ajuk atau perbualan tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Ketika melihat Dennis bersiap sedia untuk keluar rumah, Kah Chun bertanya kepada Dennis tentang tempat
yang hendak ditujuinya. Dennis menjawab bahawa dia hendak pergi ke Taman Cempaka. Kah Chun kehairanan
lalu bertanya tujuan dia pergi ke situ. Dennis menjelaskan bahawa dia hendak berjoging di taman tersebut.
Dennis menjelaskan bahawa di taman itu ada lorong untuk berlari, berjalan dan kawasan untuk bersenam.
Tambahnya lagi, pemandangan di situ pun cantik. Dennis juga mempelawa Kah Chun supaya ikut serta. Kah
Chun menerima pelawaan itu dan meminta Dennis menunggunya sekejap kerana dia hendak menukar pakaian
sukan.

Anda mungkin juga menyukai