Anda di halaman 1dari 21

MODUL KERTAS

SOALAN
SPM
BAHASA MELAYU
Kertas 1
(PPD JEMPOL DAN
JELEBU)
BAHAGIAN A
[30 markah]
[Masa dicadangkan:30 minit]

Maklumat di bawah berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi. Huraikan


pendapat anda tentang teknologi maklumat dan komunikasi. Panjang huraian hendaklah
antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Bahan 1

Teknologi Maklumat
dan Komunikasi

Sistem bagi Proses saling menghantar


memudahkan manusia dan menerima maklumat
memenuhi keperluan Data disimpan secara
tersusun

Bahan 2 Bahan 3

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


Memudahkan komunikasi
Menambah pendapatan
Meningkatkan pengetahuan
BAHAGIAN A
[70 markah]
[Masa dicadangkan:1 jam 30 minit]

SOALAN 1: DOMAIN PERIBADI

Kuala Lumpur: Masyarakat tidak sepatutnya malu mendapatkan sokongan sekiranya


mengesyaki diri mengalami masalah kesihatan mental disebabkan tekanan, kata Penaung
National Alliance of Mental Health (NAMH) Senator Datuk Ras Adiba Radzi. Beliau berkata
orang ramai juga perlu menghapuskan persepsi sekiranya mereka mendapat bantuan
psikologi akan di'cap' sebagai orang tidak siuman.
Sumber : Utusan Online, 23 Januari 2019

Petikan akhbar di atas menerangkan bahawa setiap individu perlu bertanggungjawab terhadap
masalah kesihatan mental.

Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh seorang remaja dalam mengatasi
tekanan yang dihadapinya.

SOALAN 2 : DOMAIN AWAM

Kajian menunjukkan antara punca utama ramai rakyat Malaysia muflis ialah disebabkan oleh
hutang rumah dan kereta, serta hutang kad kredit turut menyumbang peratus yang tinggi
dalam menyebabkan rakyat Malaysia muflis. Malah, bilangan muflis disebabkan kad kredit ini
meningkat pada kadar yang membimbangkan kerana hanya 10% rakyat Malaysia memiliki
simpanan yang mencukupi untuk menghadapi krisis kewangan
Sumber :Rencana Online, 7 Ogos 2017

Berdasarkan petikan rencana diatas, tergambar sikap sesetengah masyarakat yang sanggup
berhabis-habisan demi gaya hidup mewah dan kad kredt menjadi penyambung hayat untuk
hidup bermewah-mewah.

Bincangkan impak penggunaan kad kredit sebagai gaya hidup moden dalam kalangan
masyarakat.
3. DOMAIN PENDIDIKAN

Dalam buku Teman Pelajar Kesusasteraan, Hashim Awang mengatakan bahawa melalui

bahasa, kesusasteraan dapat disebarkan dan melalui bahasa jugalah mesej kesusasteraan

dapat diikuti oleh pembaca dengan berkesan. Demikianlah eratnya hubungan antara bahasa

dengan kesusasteraan. Pada tahun 2000 komponen sastera (KOMSAS) diperkenalkan di

sekolah menengah.
Sumber : Dewan Siswa, Bil 7/2018

Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan pendidikan komponen sastera


(KOMSAS) di sekolah.

Bincangkan kepentingan-kepentingan mempelajari pendidikan komponen sastera

4. DOMAIN KERJAYA
SHAZIMAN: Rangkaian Internet akan mempunyai kelajuan tinggi apabila mempunyai rangkaian jalur
lebar yang secara asasnya bermula dengan kelajuan 384 kilobit sesaat (kbps). Apabila kita
mempunyai kelajuan akses Internet sedemikian rupa, perkhidmatan ini akan memberi faedah besar
dan mengubah cara hidup masyarakat di negara ini sama ada bagi golongan profesional, masyarakat
desa seperti petani dan juga para peniaga. Dengan adanya jalur lebar, masyarakat profesional
misalnya boleh bekerja dari rumah. Malah hari ini saya difahamkan ada rakyat negara ini yang
pejabat mereka di Hong Kong tetapi mereka beroperasi dari rumah di negara ini.

Dipetik dan diubah suai daripada ucapan


Datuk Shaziman Abu Mansor
http://utusan.com.my/utusan/info

Petikan temu bual dengan dengan tokoh ini menjelaskan bahawa kemajuan capaian Internet
di negara ini melalui pembangunan jaringan teknologi jalur lebar mampu mengubah landskap
pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat dalam pelbagai sektor.

Huraikan manfaat-manfat dari sudut ekonomi hasil kemajuan rangkaian jalur lebar negara
kepada masyarakat kini
MODUL KERTAS
SOALAN
SPM
BAHASA MELAYU
Kertas 2
(PPD JEMPOL DAN
JELEBU)
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]
SOALAN 1 : MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua perkataan berimbuhan apitan
dan dua perkataan berimbuhan sisipan. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat
anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Telunjuk seseorang guru perlu diikut oleh setiap pelajar untuk memastikan bahan
pembelajaran yang diedarkan ada pada telapak tangan mereka dan seterusnya diagihkan
kepada kumpulan masing-masing. Jika dirancang dengan baik dan telitinya, pembelajaran
koperatif akan lebih menyeronokkan dan menarik minat pelajar. Dalam hal ini, setiap pelajar
akan bekerjasama memberikan penerangan dan penjelasan kepada ahli kumpulan secara aktif
dan bukan bertindak sebagai penerima yang pasif. Pelajar juga akan bekerja sebagai satu
kumpulan dan guru tidak lagi menjadi pusat pemerhatian semasa aktiviti kumpulan
dijalankan.

Dipetik dan diubahsuai daripada


Teknik Putaran Giliran untuk Penulisan
Oleh Nabihah Yusof
Pelita Bahasa, Bil 11/2020. Hal. 23
[8 markah]

SOALAN 2: SINTAKSIS
Baca petikan di bawah dengan telitinya. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris
kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Sungai berperanan untuk membekalkan sumber makanan seperti protein kepada manusia
selain mengairi Kawasan tanaman. Manusia memerlukan protein seperti ikan sebagai
sumber bekalan tenaga untuk mereka bekerja. Bukan itu sahaja, sungai juga membekalkan
sumber air bersih kepada manusia untuk kegunaan harian seperti minuman dan mencuci
pakaian, di samping itu, sungai berperanan sebagai laluan pengangkutan terutamanya bagi
masyarakat di kawasan pedalaaman Sabah dan Sarawak. Mereka sering menggunakan
sungai sebagai medium untuk pergi ke bandar disebabkan oleh ketiadaan kemudahan jalan
darat.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Peranan Sungai”
oleh Mohd Adam Fazzery Jeffry, Dewan Siswa Bil.2 2017).
SOALAN 3 : PENYUNTINGAN

Petikan di bawah mengandungi 13 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-


kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 13 kesalahan yang terdapat
dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Siswazah harus menjadi ejen perubahan pada masyarakat dengan memberi sumbangan yang
bermakna kepada pembangunan sosio ekonomi negaranya. Namun, ruang kerja bagi siswazah
sastera, bahasa, sains sosial dan pendidikan tidak sahaja terhad dan penuh dengan saingan
yang hebat. Keadaan itu menjadi semakin buruk dengan bilangan lepas universiti dan
siswazah yang semakin bertambah daripada setahun ke tahun. Oleh itu, siswazah perlu
bersedia dengan berbagai kemahiran untuk berhadapan dengan cabaran.

Dipetik dan diubah suai daripada


Dilema Siswazah Menganggur
Oleh Haslina Hassan
Dewan Masyarakat, Januari 2002
[13 markah]

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan bahasa melayu klasik dibawah dengan teliti.kemudian tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah
sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada
Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda
mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang Kelang ini
menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah
maka demikian fiil tuan?”

Dipetik dari prosa tradisional ‘burung terbang dipipis


lada’Dalam antonolgi Sejadah Rindu Kementerian
Pendidikan Malaysia
SOALAN 5 : PERIBAHASA
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang
sesuai.
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai masyarakat
berbilang kaum. Kaum –kaum utama seperti Melayu, Cina dan India dapat hidup dalam
keadaan yang harmoni kerana rakyatnya mengamalkan hidup

Semua masyarakat di negara ini mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap
seperti untuk mengelakkan perpecahan
kaum.
Oleh itu, perpaduan nasional harus menjadi misi penting supaya
Malaysia
dengan negara-negara lain.

[6 markah]
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN

[35 markah]

SOALAN 6 : PETIKAN UMUM


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. KeMUdian jawab soalan-
soalan yang berikUtnya dengan menggUnakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Zaman makin berubah, tetapi kita masih tidak dapat lari daripada menghadapi cabaran yang melanda
anak muda kita. Gejala dan penyakit sosial seperti lumba motosikal haram, melepak, kehamilan luar nikah,
penyalahgunaan dadah dan perbuatan yang melanggar tatasusila budaya timur kita pun menular dalam kalangan
remaja. Andainya remaja tidak kuat dalam pegangan nilai murni dan agama, mereka pasti mudah hanyut dengan
penyakit sosial yang sentiasa menunggu mangsanya.
Dalam usaha kita mencari punca dan sebab berlakunya gejala sosial, beberapa pihak disalahkan,
antaranya ibu bapa, sekolah, media ataupun remaja sendiri. Banyak isu dan masalah dihadapi remaja hari ini
mempunyai kaitan rapat antara pengaruh dalaman, iaitu keluarga itu sendiri. Tiba masa bagi setiap masyarakat
bekerjasama berganding bahu dalam mencari strategi paling berkesan untuk menyelesaikan dan mencegah
gejala sosial. Gunakan usia muda ini dengan penuh bijaksana dan hikmah untuk menuju ke tahap kecemerlangan
diri.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Gilap potensi remaja tangani gejala sosial’ oleh
Mohammad Rizan Hassan, Berita Harian Online, 7 November 2019

Bahan 2

KUALA LUMPUR – Pelajar sekolah kini tidak hanya terlibat dalam kegiatan ponteng sekolah, vandalisme dan
buli
tetapi turut berjinak-jinak dengan jenayah yang lebih ekstem, kata Ketua Polis Negara (KPN). Pembabitan
pelajar dalam aktiviti jual beli dadah, salah laku seks, membunuh, menyertai kumpulan kongsi gelap dan militan
antara jenayah yang dicatatkan dalam jurnal juvana. Penglibatan dadah dengan najis dadah semakin serius dan
memerlukan perhatian semua pihak, lebih-lebih lagi ibu bapa kerana kajian menunjukkan masalah dalaman
keluarga menjadi faktor peningkatan kes jenayah remaja.
Beliau juga berkata, statistik indeks jenayah melibatkan pelajar sekolah mencatatkan penurunan, iaitu
1,285 kes pada tahun 2018 berbanding dengan 1,722 kes pada tahun sebelumnya. Meskipun menunjukkan
pengurangan, usaha menanganinya masih perlu dipergiat memandangkan jumlah kes ini masih berada pada
tahap yang menggusarkan. Kebebasan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja menjadi antara
penyumbang kepada kebejatan akhlak generasi muda masa ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pelajar mula berjinak jenayah ekstrem’
oleh BERNAMA, Sinar Harian, 8 Februari 2019
i. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud melanggar tatasusila.
(2 Markah)

ii. Merujuk Bahan 1 dan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan punca gejala sosial dalam
kalangan remaja dan jenayah remaja.
(3 Markah)

iii. Golongan remaja yang terlibat dengan gejala sosial dan masalah jenayah memberi impak
besar kepada diri mereka. Pada pendapat anda, apakah impak-impak tersebut?
( 3 Markah)

iv. Zafri seorang remaja yang tidak suka bersosial dan pendiam. Sejak berkawan dengan kawan
yang tidak bersekolah, Zafri mula berubah kerana terpengaruh dengan kawan-kawannya. Hal
ini ditambah lagi dek kesibukan ibu bapanya bekerja. Zafri bebas bertemu rakan-rakannya
malah berani ponteng sekolah. Kadang-kadang, Zafri menyertai mereka untuk berlumba
haram. Kelakuan Zafri yang berubah ini menyebabkan ibu bapanya amat berduka. Sebagai
rakan yang prihatin, nyatakan usaha-usaha ibu bapa dalam mengelakkan anak-anak terikut
dengan pengaruh tidak sihat.
( 4 Markah)
SOALAN 7 : PETIKAN SASTERA
Baca bahan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1

Kecek – (v)
2
Di kampung
Seorang petani
Membuka akaun kemiskinannya
Di ruang kedaifan
Dan mengunci sedozen anak-anaknya
Di dalam pagar sengsara
Tetapi dia tidak pernah mencantum
Kekayaan orang lain
Ke dalam getirnya
Yang sudah lama berumbi.

4
Tuhan tidak pernah mungkir
Mencatatkan setiap angka
Dan nilai hitungan paling kecil
Ke dalam akaun-Nya
Di rumah keadilan.

Awang Abdullah
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahan 2
Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami
menjadi papa kedana tahun itu. Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tetapi setiap
kali bapa pulang dari rimba belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung
seguni dua. Tahun itu kami makan gadung itulah kerana padi habis jahanam kerana
Sungai Ceper betul-betul mengamuk.

Dan ibu waktu tu macam Ceper juga, betul-betul naik angin dan mengamuk. Naik angin
dan mengamuk menentang Ceper yang ganas dan tidak berperikemanusiaan itulah. Ibu
akhirya mengalah tetapi ibu tidak kalah seterusnya. Apabila Ceper kembali tenang dan air
tidak lagi membedal, ibu kembali ke sawah semula dan tahun berikutnya kami tidak lagi
makan gadung.
Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper itu juga. Kali ini
bukan kerana banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi. Musim itu musim
kemarau. Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbulan-bulan. Sawah habis
kering. Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper saja untuk menghilangkan dahaga kerana
semua telaga dan kubang di sawah kering. Baruh –baruh yang dulunya tidak pernah kering
itu pun kering juga.

.Dipetik daripada cerpen “Ibu dan Ceper” oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Dirgahayu
Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahan 3

Pantun Hidup Petani


Burung merpati membawa surat,
Titipan untuk si cantik jelita;
Dikerah petani segala kudrat,
Menyuap mulut keluarga tercinta.

Burung terbang tinggi di awan.


Hinggap sebentar di dahan sana;
Hidup petani banyak cabaran,
Kemarau banjir antara bencana,

Menanam pinang di hujung taman,


Tumbuh pula pokok kelapa;
Kemarau dating melanda tanaman,
Padi dijaga berbuah hampa.
Halus sungguh jari-jemari,
Asyik mengulit bunga-bungaan
Setelah jenuh rezeki dicari,
Berharap hidup diberkati Tuhan
Mohd Nur Hafizuddin
Muar Johor
(i) Berdasarkan Bahan 3,b erikan maksud berbuah hampa.
(2 markah)

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan cabaran yang dihadapi oleh petani dalam
menempuh kehidupan.
(4 markah)
(iii) Cuaca yang tidak menentu menjadi kendala dalam kehidupan petani yang
sememangnya mencabar. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh
diambil oleh petani dalam menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu?
(3 markah)

(iv) Pada suatu petang, anda dan rakan mengayuh basikal di kawasan sawah padi.
Anda melalui kawasan petempatan petani yang rata-ratanya hidup dalam
kemiskinan. Terdetik di hati anda untuk membantu golongan petani ini.
Sebagai rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu untuk
membela nasib petani ini?
(4 markah)

SOALAN 8 - NOVEL

i. Baca petikan novel di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Percaya atau tidak, kebanyakan lampu di rumah penduduk ialah lampu pijar dan lampu
kalimantang iaitu dua lampu yang mempunyai efisiensi cahaya dan tenaga paling rendah.
Bagi tujuan meningkatkan tahap kebolehlihatan juzuk-juzuk kosmos di kawasan balai cerap,
ahli kaji bintang menggalakkan masyarakat berhampiran menggunakan lampu sodium
semaksimum mungkin kerana gelombang yang dikeluarkan lebih mudah untuk disaring dan
diasingkan oleh penapis cahaya teleskop berkuasa tinggi. Mata manusia hanya boleh melihat
beberapa gelombang cahaya yang terdapat antara gelombang ultraungu dengan inframerah
dalam spektrum pandangan mereka. Penapis yang menyaring gelombang inilah yang
membolehkan mata manusia melihat juzuk-juzuk di langit dengan lebih jelas dan lebih
terperinci "Selain itu, kos untuk menggunakan lampu sodium tekanan rendah juga rendah.
"Akhirnya, Nurul Hafsa sampai ke isi yang terakhir dalam pembentangannya.

Dipetik daripada Novel Bimasakti Menari


Karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Kementerian Pendidikan Malaysia
Mengapakah Nurul Hafsa mencadangkan penduduk setempat menggunakan lampu sodium?
[4 markah]

ii. Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:

(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani, karya Beb Sabariah
(g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang


menyedihkan dan menyayat hati anda sebagai pembaca serta alasan anda berperasaan
sedemikian.

[6 markah]
BAHAGIAN C: RUMUSAN [3O MARKAH]

SOALAN 9 : RUMUSAN

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bahan 1
Patriotisme pada umumnya dikaitkan dengan semangat kecintaan dan pengorbanan
yang kuat untuk negara. Semangat cinta akan negara ini perlu disemai dan dipupuk dalam
kalangan remaja kerana semangat itu tidak hadir sendiri tanpa memahami sejarah negara
secara jelas. Sejak akhir-akhir ini, semangat patriotisme dikatakan semakin menipis dalam
diri remaja kerana generasi pascamerdeka itu tidak pernah merasai jerih perih seperti yang
dialami pejuang kemerdekaan tanah air suatu ketika dahulu. Mereka juga berasa selesa
dengan kehidupan hari ini. Sehubungan dengan itu, semangat patriotisme mesti disemai
melalui sistem pendidikan khususnya dalam mata pelajaran Sejarah, bermula dari peringkat
sekolah rendah lagi. Pada masa yang sama. penerapan elemen sejarah melalui mata pelajaran
lain seperti Bahasa Melayu, Kajian Tempatan dan Kesusasteraan Melayu turut dapat
menyemai semangat tersebut.
Untuk membina semangat patriotisme dan rasa cinta remaja terhadap negara, pelbagai
aktiviti menarik boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum di sekolah seperti Persatuan
Sejarah, Kelab Rukun Negara dan Kelab Setia. Di samping itu, kempen sayangi negara
hendaklah diadakan secara berterusan. Media elektronik seperti televisyen dan radio perlu
menyiarkan dokumentari tentang pejuang kemerdekaan dan menayangkan filem-filem yang
berkaitan dengan peristiwa bersejarah negara kita. Penyebaran maklumat tentang peristiwa
bersejarah melalui laman sosial perlu dilaksanakan dengan harapan remaja dapat
menggunakan kreativiti mereka dengan memuat naik peristiwa-peristiwa sejarah secara
interaktif supaya semangat patriotisme dapat diterapkan. Selain itu, program sambutan bulan
kemerdekaan perlu dijalankan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan
remaja. Program-program seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, pementasan teater
dan drama yang bercorak kenegaraan boleh dianjurkan oleh badan bukan kerajaan, pihak
sekolah dan agensi-agensi kerajaan supaya mesej semangat cinta akan negara sampai kepada
golongan sasaran. Namun, program tersebut kurang berjaya dalam mencapai matlamatnya
kerana kurangnya penghayatan para remaja dalam aktiviti bercorak kenegaraan tersebut.
Dalam memupuk semangat patriotisme, ibu bapa turut memainkan peranan penting
dengan menunjukkan teladan kepada anak-anak. Misalnya, ibu bapa bersama anak-anak
mengibarkan Jalur Gemilang atau melawat tempat-tempat bersejarah tanah air. Akan tetapi,
terdapat segelintir ibu bapa yang kurang berperanan dalam menerapkan semangat patriotisme
dalam jiwa anak-anak mereka menyebabkan hasrat memupuk semangat patriotisme terjejas.
Para remaja juga perlu dididik dan diterapkan konsep berpegang pada prinsip kesetiaan
kepada Raja dan Negara yang terdapat dalam Rukun Negara. Penerapan terhadap prinsip ini
diharap dapat melahirkan remaja yang bersemangat patriotisme dalam meniti arus globalisasi.
Oleh itu, setiap rakyat negara ini perlu mempunyai semangat patriotisme dalam
mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara tercinta.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memupuk Semangat Patriotisme melalui
Sejarah’
oleh Azam Rahman, Dewan Siswa, Ogos 2014

Bahan 2
SKEMA JAWAPAN
MODUL KERTAS
SOALAN
SPM BAHASA
MELAYU (PPD
JEMPOL DAN
JELEBU)
SOALAN 1 : MORFOLOGI

Perkatan berimbuhan apitan Perkataan berimbuhan sisipan


Memastikan [1m] Telunjuk [1m]
ayat [1m] ayat [1m]
Pembelajaran [1m] Telapak [1m]
ayat [1m] ayat [1m]
Menyeronokkan [1m]
ayat [1m]
Penjelasan [1m]
ayat [1m]

SOALAN 2: SINTAKSIS
1. Berperanan untuk membekalkan sumber makanan seperti protein kepada manusia
selain mengairi Kawasan tanaman, sungai.
2. Juga membekalkan sumber air bersih sungai kepada manusia untuk kegunaan harian
seperti minuman dan mencuci pakaian.
3. Sering menggunakan sungai mereka sebagai medium untuk pergi ke bandar
disebabkan oleh ketiadaan kemudahan jalan darat.
4.
SOALAN 3: PENYUNTINGAN
ejen – agen
pada - kepada
memberi – memberikan
sosio ekonomi – sosioekonomi
kerja – pekerjaan
tidak – bukan
dan - tetapi
saingan – persaingan
hebat - sengit
lepas – lepasan
daripada – dari
setahunketahun – setahun ke setahun/tahun ke tahun
berbagai – pelbagai/berbagai-bagai
SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD
Selanjutnya, pada suatu hari, Tun Perak datang menghadap sultan bersama-sama dengan
rakyat yang lain. Lalu bentara yang bergelar Seri Amerta mengatakan kepada Tun Perak,
“Tuan Tun Perak, semua orang Kelang telah mengadu kepada sultan tentang perbuatan Tun
Perak yang membawa semua orang Kelang bersama-sama dengan isteri mereka. Mengapakah
demikian perbuatan tuan?”
SOALAN: 5 PERIBAHASA
i) muafakat membawa berkat
ii) enau dalam belukar ,melepaskan pucuk masing-masing
iii) duduk sama rendah ,berdiri sama tinggi
SOALAN : 6 PETIKAN

i. Berdasarkan bahan 2, berikan maksud melanggar tatasusila. (2 MARKAH)

P1 memusnahkan / melanyak / merempuh adat sopan santun / budi pekerti 2m


P2 memusnahkan / melanyak / merempuh tatasusila 1m
P3 Melanggar adat sopan santun / budi pekerti 1m
( 2 isi cukup] [markah maksimum : 2 markah]

i. Merujuk bahan 1 dan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan punca gejala sosial
dalam kalangan remaja dan jenayah remaja.
(3 markah)

Persamaan punca gejala sosial dalam kalangan remaja dan jenayah remaja :
P1 pengaruh dalaman, iaitu keluarga itu sendiri 1m
P2 masalah dalaman keluarga 1m
Punca gejala sosial dalam kalangan remaja :
P3 remaja tidak kuat dalam pegangan nilai murni dan agama 1m
Punca jenayah remaja :
P4 kebebasan penggunaan media sosial 1m
[3 isi cukup] [markah maksimum : 3 markah]

v. Golongan remaja yang terlibat dengan gejala sosial dan masalah jenayah memberi
impak besar kepada diri mereka. Pada pendapat anda, apakah impak-impak
tersebut?
( 3 markah)

Impak-impak golongan remaja yang terlibat dalam gejala sosial dan masalah jenayah :
P1 mencmarkan nama baik diri dan keluarga 1m
P2 mengganggu pembelajaran / prestasi akademik 1m
P3 menjejaskan masa depan / sukar memperoleh pekerjaan 1m
P4 ditangkap / dijatuhkan hukuman 1m
P5 dipandang serong / dipinggirkan oleh masyarakat 1m
[2 isi cukup] [markah maksimum : 3 markah]

i. Zafri seorang remaja yang tidak suka bersosial dan pendiam. Sejak berkawan
dengan kawan yang tidak bersekolah, Zafri mula berubah kerana terpengaruh
dengan kawan-kawannya. Hal ini ditambah lagi dek kesibukan ibu bapanya bekerja.
Zafri bebas bertemu rakan-rakannya malah berani ponteng sekolah. Kadang-
kadang, Zafri menyertai mereka untuk berlumba haram. Kelakuan Zafri yang
berubah ini menyebabkan ibu bapanya amat berduka. Sebagai rakan yang prihatin,
nyatakan usaha-usaha ibu bapa dalam mengelakkan anak-anak terjebak dengan
pengaruh tidak sihat.
( 4 markah)

Usaha-usaha ibu bapa dalam mengelakkan anak-anak terjebak dengan pengaruh tidak sihat
P1 menerapkan agama dan moral kepada anak-anak + supaya menjadi benteng kepada diri mereka 1m
P2 mendidik anak-anak tentang keburukan pengaruh negatif + agar anak-anak sedar akan kesannya 1m
P3 memantau perkembangan anak-anak sepanjang masa + supaya dapat mencegahnya lebih awal 1m
P4 meluangkan masa dengan anak-anak + agar anak-anak rasa dihargai oleh ibu bapa 1m
P5 mendengar masalah anak-anak + supaya mereka tidak melakukan tindakan yang negatif 1m
[3 isi cukup atau 2 isi dengan huraian] [markah maksimum : 4 markah]

SOALAN 7: PETIKAN SASTERA


Skema Pemarkahan

(i) ….padi yang tiada berisi


(ii) –sukar memberikan kehidupan yang baik kepada keluarga
-terpaksa berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu
- terpaksa mengerah kudrat sepenuhnya untuk mendapatkan pendapatan yang
perlu dikongsi seisi keluarga.
(iii) - penggunaan teknologi terkini
- Penggunaan jentera moden bagi menggantikan tenaga manusia
- Penggunaan variety/benih yang resistan terhadap cuaca dan penyakit
- Kaedah tanaman berkelompok
- Penambaikan sistem pengairan yang sistematik

(iii) – menulis surat aduan kepada pihak berkaitan untuk membantu


– menggerakkan kutipan wang/derma mengikut cara yang betul
- Membelikan barang keperluan harian mereka
- Memohon bantuan kepada pihak sukarelawan/korporat/NGO
Soalan 9 : Rumusan

Markah penuh 30 dibahagi kepada:


(a) Isi - 20 markah
(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]


Nota:
(i) Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
• nama khas
• perkataan berulang
• penggunaan kata sendi di dan ke
• tarikh
• angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
• gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum
diperiksa.
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak
perlu diperiksa.
(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah


Pendahuluan 2
Bahan 1
Fokus 1 4 3 3 6
Fokus 2 2 2 3 1
Bahan 2
Fokus 2 2 3 2 1 16
Kesimpulan 2
Pendahuluan
Rumusan membincangkan langkah-langkah/ usaha-usaha/ prakarsa-prakarsa untuk menyemai
semangat patrotisme dalam kalangan remaja dan punca semangat ini semakin luntur dalam
kalangan mereka.
Bahan 1
Fokus 1 (Langkah-langkah/ usaha-usaha/ prakarsa-prakarsa untuk menyemai
semangat patrotisme dalam kalangan remaja)
1. Semangat patriotisme mesti disemai melalui sistem pendidikan khususnya dalam mata
pelajaran Sejarah, bermula dari peringkat sekolah rendah lagi.
2. Penerapan elemen sejarah melalui mata pelajaran lain.
3. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum di sekolah.
4. Kempen sayangi negara hendaklah diadakan secara berterusan.
5. Media elektronik perlu menyiarkan dokumentari tentang pejuang kemerdekaan dan
menayangkan filem-filem yang berkaitan dengan peristiwa bersejarah negara kita.
6. Penyebaran maklumat tentang peristiwa bersejarah melalui laman sosial perlu
dilaksanakan.
7. Program sambutan bulan kemerdekaan perlu dijalankan untuk menyemarakkan
semangat patriotisme dalam kalangan remaja.
8. Program-program yang bercorak kenegaraan boleh dianjurkan oleh badan bukan
kerajaan, pihak sekolah dan agensi-agensi kerajaan supaya mesej semangat cinta akan
negara sampai kepada golongan sasaran.
9. Ibu bapa turut memainkan peranan penting dengan menunjukkan teladan kepada
anak-anak.
10. Para remaja juga perlu dididik dan diterapkan konsep berpegang pada prinsip
kesetiaan kepada Raja dan Negara yang terdapat dalam Rukun Negara.

Fokus 2 (Punca semangat ini semakin luntur dalam kalangan remaja)


1. Generasi pascamerdeka itu tidak pernah merasai jerih perih seperti yang dialami
pejuang kemerdekaan tanah air suatu ketika dahulu.
2. Mereka juga berasa selesa dengan kehidupan hari ini.
3. Terdapat segelintir ibu bapa yang kurang berperanan dalam menerapkan semangat
patriotisme dalam jiwa anak-anak mereka.
Bahan 2
Fokus 2 (Punca semangat ini semakin luntur dalam kalangan remaja)
1. Tiada didikan daripada ibu bapa.
2. Lebih mengagungkan budaya barat.
3. Pengaruh hiburan yang melampau.
4. Kurang kesedaran dan tanggungjawab.
Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan menyemai semangat patrotisme
dalam kalangan remaja agar dapat melahirkan generasi muda yang mencintai tanah airnya.

Anda mungkin juga menyukai