Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[35 Markah]

Soalan 1 : Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Sejak merdeka, kita tidak ada banyak ujian dan dugaan besar kecuali impak ideologi
komunis dan Peristiwa 13 Mei. Seterusnya pada awal 2013, kita berhadapan dengan
pencerobohan Lahad Datu. Kehidupan generasi muda yang sangat selesa pada hari ini
menyebabkan mereka kurang menghayati semangat patriotisme. Minda dan pemikiran yang
lemah menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Kajian yang
dilakukan oleh para ilmuwan turut menggariskan beberapa faktor menghalang usaha
menyuburkan semangat patriotisme dalam masyarakat, lebih-lebih lagi apabila rakyat
Malaysia terdiri pelbagai kaum atau masyarakat majmuk.

Dipetik dan
diubah suai daripada
‘Patriotisme Kurang Dihayati’
oleh Suzalina Halid,
Berita
Harian, 13 Mac 2020.

[8 markah]

Soalan 2 : Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan teliti. Nyatakan pola ayat bagi setiap ayat yang bergaris
di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja
(FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi
Nama (FN + FSN).

Sebelum tahun 1980, kita tidak pernah ada sebarang pesta filem yang dianjurkan khusus
bagi mengiktiraf dan memberikan perhargaan kepada para karyawan perfileman tempatan.
Oleh itu, penganjuran Festival Filem Malaysia memberikan peluang yang luas kepada
seluruh warga filem kita untuk bersama-sama meraikannya. Penganjuran Festival Filem
Malaysia ke-20 (FFM20) adalah di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Seperti
biasa, penganjuran FFM tetap akan diteruskan, malah pihak kerajaan juga semakin peka
terhadap peranan filem_sebagai salah satu ejen dalam menjana perkembangan
sosiobudaya negara.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Memajukan Industri Perfileman Negara’
oleh Karim Samir,Dewan Siswa, Bil.6/2017

[6 markah]

1
Soalan 3 : Penyuntingan

Petikan di bawah mengandungi enam kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan


kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sembilan
kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Petikan 1

Media massa merupakan satu salur komunikasi yang berkesan untuk


menyalurkan berbagai maklumat kepada masyarakat. Jika kita lihat pada hari ini, media
massa telah digunakan secara menyeloruh. Hal ini demikian kerana media massa fungsi
sebagai pelebar maklumat kepada masyarakat secara kompehensif. Selain itu, media massa
berperanan didik masyarakat di dalam belajar sesuatu perkara dan
membuka perasaan mereka untuk tahu sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

[6 markah]

Petikan 2

Petikan 2 terdapat empat kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-


kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah
kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.

Firas : Selamat pagi, Ariq. Terima kasih kerana sudi diwawancara pada pagi ini.

Ariq : Selamat pagi.

Firas : Saya Firas daripada Sidang Majalah sekolah, ingin mewawancarakan Ariq tentang
aktiviti ko-kurikulum. Tahukah kamu apakah itu aktiviti kokurikulum dan berapakah
jenis aktiviti ini dibahagikan?

Ariq : Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan
kokurikulum di sekolah. Contohnya, aktiviti badan berunirform, kelab dan persatuan
serta sukan dan permainan.

Firas : Namun, apakah kebaikan kokurikulum?

Ariq : Antara kebaikan kegiatan kokurikulum termasuklah dapat isi masa lapang. Dengan
menyertai aktiviti kokurikulum, kita tidak ada masa untuk bergaul dengan budak-
budak nakal atau kacang hantu.

Firas : Terima kasih Ariq.

Ariq : sama-sama.

(4 Markah)
2
Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu
api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam
api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan
perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi, Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah
perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’


dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[5 markah]

Soalan 5 : Peribahasa

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai
berdasarkan situasi tersebut.

Aktiviti pelancongan kini semakin diminati oleh masyarakat tidak kira di bandar mahupun luar
bandar. Masyarakat kita juga gemar melancong ke luar negara untuk melihat keunikan
negara asing dan merasai pengalaman berbeza daripada tempat asal. Namun, setiap
pelancong semestinya wajar mematuhi peraturan dan undang-undang di sesebuah negara
yang dikunjungi demi memastikan keselamatan terjaga. Pada masa yang sama, masyarakat
tempatan pula wajar mengalu-alukan kehadiran semua pelancong ke negara kita agar imej
negara di mata dunia akan setaraf dengan negara-negara pelancongan yang lain.

[6 markah]

3
BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 Markah]

Soalan 6 : Petikan Umum


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Petikan 1

Para sarjana telah bertungkus lumus meletakkan bahasa Melayu pada takhtanya. Kini, kita
mungkin terpaksa menyaksikan kejatuhan bahasa semula kerana tanggapan negatif tentang
bahasa Melayu yang dikatakan kurang mantap pada era ini. Selain itu, ada yang
beranggapan bahawa bahasa Melayu kurang ilmiah untuk dijadikan bahasa akademik.
Kewujudan sekolah vernakular yang sejak dahulu juga menjadi punca kegagalan
memartabatkan bahasa Melayu. Keadaan bertambah buruk apabila penubuhan sekolah
tadika hingga menengah serta universiti dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar. Hal ini ditambah dengan kecenderungan pemimpin masyarakat sendiri
daripada kelas menengah yang mahukan anak mereka bertutur dalam bahasa Inggeris
sebagai bahasa pertama sama ada di sekolah mahupun di rumah. Situasi yang berlaku ini
seolah-olah “menelan” bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Berjayakah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan’
oleh Noor Suraya Adnan Sallehuddin,
Dewan Bahasa, Bil. 8/2019 Dewan Bahasa dan Pustaka

Petikan 2

Sejak awal penyertaan Sarawak dalam persekutuan, bahasa Melayu tidak begitu mendapat
tempat dalam kalangan pemimpin dan pentadbir negeri ini. Hal ini terjadi sebegitu lantaran
kebanyakan barisan pemimpin berlatarbelakangkan pendidikan luar negara dan bertutur
dalam bahasa Inggeris kesan daripada penjajahan Inggeris di Borneo. Kewujudan pelbagai
sukuan juga menghambat usaha memartabatkan bahasa Melayu. Lebih menyedihkan kita
lagi banyak majlis rasmi kerajaan menggunakan bahasa Inggeris. Namun begitu, dalam
konteks negara, bahasa Melayu tetap disepakati fungsinya sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan. Rakyat di Sarawak menjadikan bahasa Melayu sebagai jambatan
menjalin perpaduan dan mencapai permuafakatan. Lebih-lebih lagi, Sarawak terdiri daripada
masyarakat berbilang kaum dan budaya yang unik.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Bahasa Melayu Sirat Perpaduan’
oleh Mohidin Haji Malek
Dewan Bahasa, Bil. 9/2016

4
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menyaksikan kejatuhan. [2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan faktor
yang menyebabkan usaha memartabatkan bahasa Melayu mengalami
kegagalan. [3 markah]

(iii) Langkah yang diambil oleh pelbagai pihak untuk memartabatkan bahasa
Melayu membawa banyak manfaat kepada masyarakat di negara ini.
Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat tersebut? [3 markah]

(iv) Anda dan ahli Persatuan Bahasa Melayu di sekolah anda diminta untuk
membantu guru penasihat Persatuan Bahasa Melayu untuk menganjurkan
kuiz tatabahasa peringkat daerah. Oleh sebab negara kita masih berada
dalam PKP, pertandingan terpaksa dijalankan secara maya.

Persatuan anda berhadapan dengan masalah kurangnya kepakaran teknikal


dan peralatan yang diperlukan untuk mengendalikan kuiz tersebut, cadangkan
langkah-langkah supaya penganjuran kuiz tersebut berjalan dengan lancar.
[4 markah]

Soalan 7 : Petikan Sastera

Baca bahan-bahan di bawah dengn teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

13 MEI DAN SI TUA

Yang akan mula membakar.


Mendidihkan jiwa raga.
Meruapkan dandang kebencian.
Memancurkan wap ketidakrasionalan.
Mengacah-acah dipinggir tebing gaung kemusnahan
yang memastikan
akan tertulis peristiwa sejarah hitam
dengn titisan dan percikan darah
anak-anak yang dicintai diam di rumah.

Jika tragedi silam diungkit-ungkit


hanya semata bagi mengambus ledakan kejutan
oleh nafsu amarah yang menggila
menyasar bagi menikus jelata,
menghambarkan kabus mengkelam suasana
dengan ketakutan dan ketidakpastian,
dan ditokok dengan ugutan tidak berperikemanusiaan
bermatlamat kedurjanaan mengembalikan jelata dalam cengkaman.

Tuk Ki,
Dewan Bahasa, Bil. 4 2016

5
Bahan 2

Hisham telah tidak ada. Dia dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum 13 Mei di Jalan
Petaling. Hisyam dan ibunya dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan
Stadium Negara waktu tragedi itu meragut nyawa mereka. Kalau Hisyam hidup, tentulah
umurnya sudah 30 tahun. Dia sudah jadi peguam yang berjaya ataupun askar berpangkat
tinggi. Dia sendiri berusia lima tahun ketika Hisyam terbunuh. Masih kecil berhingus. Dia
tidak tahu apa-apa. Beberapa hari lamanya dia tidak dibenarkan keluar dari rumah. Ibu dan
bapanya juga tidak keluar dari rumah. Saudara-mara dan kenalan juga tidak ada yang
datang berkunjung. Apek tua yang menjual sayur juga tidak datang-datang. Setiap hari
mereka hanya makan telur, ikan tidak ada, daging tidak ada, dan sayur juga tidak ada. Pintu
rumah mereka selalu berkunci.

Percakapan di dalam rumah pun hampir seperti berbisik-bisik sahaja. Bapanya ke


tempat kerja selalu dengan menumpang kereta polis. Dia cuba mengintai dari celah-celah
jeriji jendela rumahnya ke arah simpang setinggan tempat Hisyam tinggal. Kampung itu
seperti sudah tidak ada orang. Waktu itu dia mulai berasa sunyi. Dia terlalu rindu mau
berjumpa dengan Hisyam.

Dipetik daripada cerpen ‘Melissa’


oleh Abdullah HJussain
antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahan 3
PANTUN SEJARAH HITAM

Menara tinggi banyak bertingkat,


Di sana tiada bilik bersekat,
Tiada bertngga naik melekat,
Mata-mata menjaga segenap pangkat.

Yang ada sedia panji-panji bendera,


Hingga sampai ke kemuncak menara,
Ke sana ke mari bersengketa,
Benci-membenci kian terasa.

Selalu dipandang dilihat adanya,


Tinggi rendah dijerat pangkatnya,
Besar kecil gundah-gulana,
Nyawa terancam di mana-mana.

Ikatnya licin di luar dan di dalam,


Gelapnya di dalam seperti malam,
Negara darurat siang dan malam,
Pemimpin sebenar tak duduk diam.

Dipetik daripada cerpen ‘Syair Pohon Buluh’


oleh Mohd.6 Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh
antologi Kuingin Berterima Kasih, Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud tragedi silam. [2markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan yang berlaku akibat daripada
peristiwa 13 Mei 1969.
[4 markah]

(iii) Rakyat berbilang kaum di negara ini perlu hidup bersatu padu pada setiap masa.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan rakyat berbilang kaum bersatu padu
dalam pelbagai perkara di negara ini?
[3 markah]

(iv) Pada suatu petang, anda pergi ke sebuah pasar raya yang sedang mengadakan
promosi jualan murah. Semasa sesi jual beli, ramai pelanggan berusaha untuk
mendapatkan barangan promosi. Insiden pergaduhan telah berlaku ketika
pelanggan berebut-rebut mengambil barangan yang ditawarkan.

Sebagai seorang rakyat yang mementingkan semangat bersatu padu,


bagaimanakah anda dapat membantu untuk mengatasi masalah ini?
[4 markah]

Soalan 8 : Novel

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Oh, kitab oleh pancarkan display ke situ?” soal Farisha, agak kagum.
“Ya, ini dinding dwifungsi! Dinding ini boleh digunakan sebagai touch screen. Saya
akan tunjukkan beberapa fail di sini,: jawab Alia lalu bangun menuju ke dinding. Dia
menyentuh beberapa ikon dan gambar rajah seni bina yang pertama dipapar.
Farisha melopong mendengar pembentangan Alia. Dia begitu lancer, tenang dan
betul-betul fasih tentang teknologi yang sedang diterangkan. Kata-katanya seperti
sudah tertulis dalam skrip. Farisha berasa kagum berselang-seli dan kehairanan
kerana sejak tadi dia tidak Nampak pun Alia mengerdipkan mata.

Dipetik daripada Novel Di Sebalik Dinara


Karya Dayang Noor
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan kelebihan-kelebihan Alia yang dapat dilihat oleh Farisha ketika menyampaikan
pembentangannya.
[4 markah]

7
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Tirani, karya Beb Sabariah
g) Silir Daksin, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang menarik dalam
bahagian peleraian .

[6 markah]

BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 Markah]
Baca petikan dan sajak di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan sajak.

Soalan 9 : Rumusan

Perkembangan teknologi menghasilkan pelbagai peranti elektronik canggih yang


mampu memudahkan aktiviti rutin, menjadi kegilaan masyarakat pada masa ini. Pada
dasarnya, kecanggihan teknologi kini melahirkan banyak manfaat namun begitu,
keghairahan menggunakan peranti elektronik ini mengundang pelbagai masalah terhadap
individu terbabit. . Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan peranti elektronik secara
berlebihan ini akan mengakibatkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, penggunaan peranti elektronik yang tidak terkawal menyebabkan


berlakunya pembaziran masa yang kritikal. Malah mereka yang ketagih peranti elektronik
juga akan mengalami masalah kesihatan yang meruncing seperti obesiti. Remaja yang
menggunakan aplikasi seperti permainan video melebihi dua jam akan menjejaskan
penglihatan dan menyebabkan mata menjadi rabun. Selain itu, remaja akan mengalami
kesakitan pada tulang belakang yang meningkatkan risiko bongkok pada usia muda jika
menggunakan peranti elektronik dalam keadaan berbaring atau duduk terlalu lama.

Di samping itu, obsesi pada peranti elektronik akan mengurangkan tumpuan mereka
terhadap pelajaran atau tugasan yang diberikan. Tumpuan mereka lebih terarah kepada
dunia digital sehingga menyebabkan mereka tenggelam dalam dunia digital. Dalam aspek
pergaulan dan komunikasi, remaja yang terlalu leka terhadap peranti elektronik akan
menjadi lebih pendiam dan tidak mempunyai teman rapat. Dari sudut emosi, penggunaan
peranti elektronik secara berlebihan akan menyebabkan perkembangan emosi dan
kerohanian mereka terganggu sehingga mereka cenderung untuk mencederakan orang lain.

8
Kecenderungan anak-anak menggunakan peranti elektronik sebenarnya berpunca
daripada kesilapan dan kelalaian ibu bapa atau penjaga itu sendiri. Ada yang beranggapan
bahawa masalah ini berpunca daripada kebebasan dan keterbukaan ibu bapa
melengkapkan anak-anak dengan peralatan elektronik sejak usia muda. Mereka
menghadiahkan anak-anak dengan peranti elektronik yang lengkap dengan rangkaian
Internet. Selain itu, anak-anak yang tidak bijak menilai kesan baik dan buruk daripada
penggunaan teknologi yang berlebihan menyebabkan ketagihan berlaku. Malah, ada dalam
kalangan ibu bapa membiarkan anak-anak mereka bermain peranti elektronik dalam usaha
mengawal pergerakan anak mereka yang terlalu aktif.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Ketagihan Peranti Elektronik' ‘
Oleh Noor Azman Abdul Rahman,
Dewan Siswa, jun 2019
Bahan 2 – Grafik

Peranti dan Kanak-Kanak

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Gajet dan Kanak-Kanak’
oleh Alzahrin Alias dan Mohd Nasaruddin Parzi
bhonline@bh.com.my, April 2015

- SOALAN TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai