SET 1
DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SABARIAH : Bapa itu saja hendak malukan anak-anak. Nanti orang kata, kita tak tahu
balas budi orang tua. Walhal kita kirim tiap-tiap bulan. Macamlah hidupnya susah sangat. Itu,
itu anak pungut tu. Entah-entah dia yang suka bapa pergi ke laut Entah apa yang digulagulakan bapa itu. Haah, sudahlah! Angah penat ni. Abang tunggulah emak. (Pergi dari situ.
WAN memerhatikan SABARIAH pergi)
SABRI : Tadi nak sangat tengok emak. Huh!
JIMAH : (Sayu hatinya apabila SABARIAH menengking SABRI) Aku tidak suruh sesiapa
balik, Sani. Aku tidak mahu menyusahkan kau orang. Aku tunggu laki aku. Kalau kau nak
balik, pergilah. Aku tunggu laki aku. Dia laki aku. Kau orang semua boleh balik. (Membuka
ikatan bungkusan kain batik yang dijinjing dari tadi Dia mengeluarkan lima buah buku bank
dan menyerahkan kepada SANI) Sani, ini buku bank kau orang. Beri balik pada dia orang.
Pulangkan buku ini pada dia. Kamu ingat bapa pakai duit yang kamu beri, ya? Tidak. Bapa
simpan semua duit yang kamu kirim dulu. Bapa simpan semua dalam bank.Emak dan bapa
tidak usik satu sen pun. Nah, kauberi balik pada kakak, pada abang kau. Ambil balik semua
yang kau orang beri pada kami. Ambil, ambillah balik. Satu sen pun kami tidak jamah duit itu.
(Menangis tersedu-sedan)
SANI : (Buka buku simpanan bank dan terperanjat melihat isi kandungannya) Mak!
Apa sudah jadi emak? Kenapa duit ini tidak pernah emak keluarkan? Kenapa emak, kenapa
emak dan bapa tidak gunakan duit yang kami beri ini? Sani beri untuk emak dan bapa buat
belanja. Kenapa emak tidak gunakan?
JIMAH : Bapa tidak mahu susahkan anak-anaknya. Kudrat dia masih ada. Bapa lebih
senang cari duit sendiri. Dia tahu satu hari kau orang akan ungkit soal duit ini. Kan betul?
(Dipetik daripada drama
Tiang Cengal Dinding Sayung
oleh Suriani Mohd. Yusof
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah bapa tidak menggunakan wang yang dikirim oleh anak-anaknya?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
menyemai tabiat berjimat cermat dalam kalangan anak-anak?
[3 markah]
(iii) Nyatakan dua pengajaran dalam petikan drama di atas dan dua pengajaran lain dalam
keseluruhan drama.
[4 markah]
JAWAPAN SET 1
DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG
(i) Sebab-sebab bapa tidak menggunakan wang yang dikirim oleh anak-anaknya:
- bapa tidak mahu menyusahkan anak-anaknya
- bapa masih kuat untuk bekerja
- bapa lebih suka mencari wang sendiri
- bapa takut anak-anaknya mengungkit pemberian wang tersebut
(Maksimum: 2 markah)
(ii) Usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menyemai tabiat berjimat cermat
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan drama di atas dan satu persoalan lain yang
terdapat dalam keseluruhan drama.
[4 markah]
JAWAPAN SET 2
DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG
(i) Tindakan emak Sani yang merisaukan hati Pak Man:
- pulang dari pantai pada waktu tengah malam
- tidak beredar dari pantai walaupun dipujuk oleh Mak Jah
- mendapatkan orang yang pulang dari laut dan bertanya tentang suaminya
- menangis setiap kali diberitahu bahawa suaminya tidak ditemui
(Maksimum: 2 markah)
(ii) Bantuan-bantuan kepada mangsa bencana alam:
- bantuan kewangan
- barang keperluan harian seperti makanan dan minuman
- membersihkan rumah dan kawasan persekitaran
- memberi nasihat dan semangat/ kaunseling
- perubatan
- tempat tinggal
(Maksimum: 3 markah)
(iii) Persoalan dalam petikan:
- Kepercayaan kepada kuasa Tuhan Pak Man mengatakan bahawa Tuhanlah yang
menentukan ombak tsunami tidak mengenai kampung mereka
- Tanggungjawab terhadap ibu Sani bercadang menemani ibunya selagi ayahnya yang hilang
di laut tidak ditemui
- Sikap prihatin terhadap kesusahan orang lain Pak Man risau akan kesihatan emak Sani
yang setiap hari pulang lewat malam
- Kesukaran menerima kenyataan Emak Sani tidak mempercayai suaminya meninggal dunia
setelah hilang di laut dalam kejadian tsunami
- Kesetiaan isteri kepada suami Emak Sani menunggu kepulangan suaminya di pantai dari
pagi hingga lewat malam
(Maksimum: 2 markah)
Persoalan dalam keseluruhan drama:
- Sikap anak-anak yang mementingkan kerjaya Sabariah, Sabri, Shahrul dan Salmah hanya
memikirkan pekerjaan daripada musibah yang menimpa ibu bapa mereka
- Sikap anak-anak yang tidak memahami perasaan ibu bapa Sabariah menuturkan kata-kata
yang kasar dan bersikap biadab kepada ibunya
- Sikap berdikari dalam kalangan ibu bapa yang telah tua Jumaat dan Jimah tidak
menggunakan wang yang diberi oleh anak-anak mereka
- Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain Wahid dan Senin
mencuri wang dan barangan di rumah Jumaat padahal keluarga Jumaat sedang berhadapan
dengan masalah kehilangan Jumaat dalam bencana tsunami.
(Maksimum: 2 markah)
SET 3
DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SABARIAH : (Marah) Apa ni, alang? Mayat bapa belum jumpa. Alang pula hendak
balik? Apa ini? Angah dari London balik, alang di Kuala Lumpur tak sanggup tunggu?
SHAHRUL : (Merayu) Alang hanya dapat cuti tiga hari. Kerja, hendak buat macam
mana?
SABARIAH : Ini kan soal hidup dan mati ketua keluarga kita. Angah kerja juga. Kalau
inilah caranya bos alang buat, tidak berperikemanusiaan namanya. Apa, emak dan bapa itu
tidak pentingkah? Takkan dalam bencana sebesar ini bos tidak ambil berat? Ohh, fasal tidak
kena pada kaum keluarganya! Kalau angahlah, 24 jam angah letak jawatan.
SABRI meleraikan ketegangan.
SABRI : Hisss, sudah...sudah! Angah balik hendak tengok emakkah atau nak
bertegang urat dengan Alang?
SABARIAH menjegilkan mata kepada SHAHRUL.
SABARIAH : Huh, tunggu apa lagi? Baliklah. Huh, pergi hadap kerja kau itu! Balik,
dan jangan balik-balik lagi ke kampung ini. Along ajak putih ikut sekali.
SABRI jadi serba salah.
SABRI : Putih, putih belum balik lagi.
SABARIAH : Ya Allah...yang ini seorang lagi. Angah dari London sudah sampai. Dia
di Ipoh tidak tiba-tiba lagi? Apa hendak jadi putih ini, abang long? Apa hendak jadi pada
keluarga kita ini, abang?
SABRI : Shhhh, sudahlah tu. Malu kalau orang dengar, angah. Adik-beradik dua tiga
kerat saja tetapi bercakaran macam kucing dengan anjing. Sudah. Mari.
(Dipetik daripada drama
Tiang Cengal Dinding Sayung
oleh Suriani Mohd. Yusof
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah Sabariah tidak menyetujui hasrat adiknya pulang ke Kuala Lumpur? [2
markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk merapatkan hubungan
adik-beradik yang telah berumah tangga? [3 markah]
(iii) Huraikan satu latar masyarakat dalam petikan drama di atas dan satu latar masyarakat
lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.
[4 markah]
JAWAPAN SET 3
DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG
(i) Sebab-sebab Sabariah tidak menyetujui hasrat adiknya:
- mayat bapanya belum dijumpai
- Sabariah sendiri sanggup balik dari London
- soal hidup atau mati ketua keluarga lebih penting daripada urusan kerja
(Maksimum: 2 markah)
(ii) Cara-cara merapatkan hubungan adik-beradik yang telah berumah tangga:
- selalu menelefon/ sms/ bertanya khabar/ e-mel
- menziarahi/ berkunjung ke rumah
- mengadakan hari keluarga/ aktiviti riadah bersama-sama
- meraikan hari lahir adik-beradik
- saling membantu
(Maksimum: 3 markah)
(iii) Latar masyarakat dalam petikan:
- Masyarakat yang mementingkan pekerjaan Shahrul hendak pulang ke Kuala Lumpur
setelah tamat cutinya
- Masyarakat yang pemarah/mengikut emosi Sabariah memarahi Shahrul kerana ingin
pulang ke Kuala Lumpur sedangkan mayat bapa mereka belum ditemui.
(Maksimum: 2 markah)
Latar masyarakat dalam keseluruhan drama:
- Masyarakat yang berpendidikan tinggi anak-anak Jimah berjaya dengan kerjaya masingmasing. Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, dan Shahrul sebagai akauntan
- Masyarakat yang prihatin akan kesusahan orang lain Pak Man prihatin akan keadaan Jimah
yang bersedih setelah kehilangan Jumaat dengan bertanyakan hal Jimah kepada Sani.
- Masyarakat yang mencari kesenangan dengan cara menipu Wahid dan Senin menyamar
sebagai pegawai banci yang ingin menolong mangsa tsunami.
- Masyarakat yang penyayang Jimah dan Jumaat tidak mahu menyusahkan anak-anak
mereka dalam mencari rezeki pada usia emas.
- Masyarakat yang menghormati orang tua Sani menghormati Pak Man dengan mendengar
dan menerima nasihatnya dengan baik.
(Maksimum: 2 markah)