Anda di halaman 1dari 2

CERPEN MEMORI SEORANG TUA

Set 1
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak Itam masih berdiri di pintu pagar menunggu tamu. Walaupun hari
sudah tinggi, tamu yang jauh masih tidak nampak muka. Tempat letak kereta
hanya ada dua tiga buah. Kereta yang lalu-lalang, bas dan teksi meluncur laju,
tidak nampak oleh Pak Itam tanda-tanda akan berhenti. Di manakah
jemputan yang lain? Di manakah budak-budak surat khabar? Televisyen pun
tidak ada. Yang datang hanya anak-anak Langat, itu kerana adanya
kumpulan Kopratasa.
Pak Itam tiba-tiba menjadi sayu. Terlalu cepat orang melupakan jasa
dan pengorbanan orang tua. Pak Itam bukan minta disanjung, Pak Itam bukan
minta dihormati tetapi sekadar ingin bersua muka. Pak Itam menarik sapu
tangan dalam poket baju Melayunya, terketar-ketar menyapu peluh yang
mulai merintik di seluruh mukanya.
Tuk Mat yang ikut mengerumuni pentas, terpesona dengan
persembahan Teater Malini, cepat terasa. Dia terus mendapatkan Pak Itam
yang masih tercegat di pintu pagar menunggu tamu, tetapi tamu yang
diharapkan tidak datang.
“Saya dah jemput semuanya, pak, orang surat khabar dan pihak TV saya
hantar sendiri.” Tuk Mat bersuara, ingin membela dirinya apabila melihat
keredupan di wajah Pak Itam.

(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua oleh Zahari Affandi ,


dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)

i) Mengapakah Pak Itam berasa sayu? [2 markah]

ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan kesedaran


pelajar agar tidak melupakan jasa pejuang tanah air? [3 markah]

Set 2
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak Itam mengiring langkah Tuk Mat yang bertubuh sasa itu dengan
perasaan yang penuh kesyukuran. Budi Tuk Mat bukan sedikit, kalaulah Tuk Mat
tidak ada, hajat dan niatnya sudah tentu tidak akan tercapai.
Kalau harapkan dia untuk menguruskan segala-segalanya, manakan
terdaya. Usahkan untuk ke sana ke mari, mahu mengheret punggung sendiri
pun rasanya sudah tidak terdaya. Tuk Mat dan keluarganya dirasakan sudah
jadi bukan orang lain lagi. Rogayahlah yang menjaganya. Halimah anak
gadisnya, bersama-sama Rokiah, selang berganti, menghantar nasi dan
mengambil kain baju untuk dicuci. Yang memeningkan kepala Pak Itam,
apabila dibagi duit, baik Tuk Mat, isterinya, Halimah dan Rokiah semuanya
menolak. Moga-moga Tuhan sahaja yang akan membalas budi Tuk Mat
sekeluarga.
Selepas sembahyang asar, ketika Pak Itam menghulur kepala ke luar
tingkap, semua khemah sudah terdiri, kain belon yang berwarna-warni, biru,
merah, kuning dan hijau, semuanya ada lapan buah, beralun dan berombak
ditiup angin petang.
Isa, Latif, dan Jali tersengih di bawah khemah dekat busut jantan yang
dikelilingi oleh rumpun pohon pisang lemak manis. Mereka berhenti rehat
setelah habis menampal dan menyusun atur segala potongan akhbar,
majalah, buku-buku, dan gambar-gambar Pak Itam untuk pameran.

(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua oleh Zahari


Affandi , Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)

i) Apakah pertolongan yang diberikan oleh keluarga Tuk Mat kepada


Pak Itam. [2 markah]

ii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan saling membantu dalam
masyarakat? [3 markah]

Anda mungkin juga menyukai