Anda di halaman 1dari 4

PRAKTIS 1 (PEMAHAMAN PETIKAN UMUM)

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, strategi pendidikan kewangan dan
pembelajaran harus disesuaikan dengan keadaan pengguna, tahap pendidikan dan budaya serta menjadi responsif kepada
keperluan mereka, sekali gus meningkatkan prospek dan kesejahteraan ekonomi masing-masing. Perubahan demografi
seperti peningkatan trend pembandaran dijangka menjadi ketara pada masa akan datang dan strategi pendidikan kewangan
memerlukan pendekatan sedia ada dikaji semula untuk mewujudkan pendidikan yang mampu memberi impak optimum.
Pendidikan kewangan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemampuan kewangan isi rumah dengan
peningkatan pendidikan dan tahap pendapatan tinggi akan meningkatkan peluang untuk mendapatkan akses produk dan
perkhidmatan kewangan terbaik bagi menangani cabaran pengurusan kewangan.

(Sumber: Harian Metro, 4 November 2014)

Bahan 2

Peningkatan kos sara hidup ini secara umumnya boleh memberi kesan dan cabaran isi rumah dalam tiga aspek yang utama,
iaitu kesan psikologi, ekonomi dan sosial. Kesan psikologi merujuk tekanan emosi atau perasaan. Namun paling besar
cabaran pendapatan yang diperolehi terpaksa dibelanjakan bagi memenuhi keperluan perbelanjaan semasa yang semakin
meningkat dan menyebabkan keadaan ketidakcukupan pendapatan (income inadequecy). Ketidakmampuan menjelaskan
hutang menyebabkan mereka berasa tertekan dan mengundang kepada simptom tekanan berkaitan hutang (symptoms
debtrelated stress), seperti sukar untuk tidur, hilang selera makan, kurang berat badan, sakit kepala, serangan perasaan
bimbang, mudah marah dan mula menjauhkan diri daripada keluarga dan rakan. Hal ini bersangkut paut dengan pendidikan
kewangan dalam menguruskannya.

(Sumber: https://www.bnm.gov.my/)

(i) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud akses produk?


[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut.
[3 markah]

(iii) Pendidikan kewangan perlu diajar sejak kecil agar masyarakat sentiasa bersedia pada masa hadapan.

Pada pendapat anda, apakah cara terbaik mendidik anak-anak kecil dalam menguruskan kewangan?
[3 markah]

(iv) Anda telah dilantik sebagai pegawai pemasaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk mempromosikan skim simpanan
tersebut kepada warga sekolah.

Jelaskan cara untuk menarik minat warga sekolah bagi melabur dalam SSPN.
[4 markah]

© PANITIA BAHASA MELAYU SMK ZON R1 WANGSA MAJU 2021


PRAKTIS 2 (PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA)

Baca bahan-bahan yang diberikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Bahan 2

© PANITIA BAHASA MELAYU SMK ZON R1 WANGSA MAJU 2021


Bahan 3

(i) Jikalau ilmu tiada sempurna,


Tiada berapa ia berguna.

Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud rangkap gurindam di atas?


[2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, mengapakah pentingnya nilai kebijaksanaan dalam kehidupan setiap insan?
[4 markah]

(iii) Masih terdapat banyak cabaran untuk melahirkan masyarakat yang bijaksana dalam pelbagai bidang di negara kita.
Apakah cabaran-cabaran tersebut?
[3 markah]

(iv) Generasi kini perlu diberi kesedaran yang tinggi tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam memajukan masyarakat dan negara.
Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak bagi memupuk kesedaran ini.
[4 markah]

© PANITIA BAHASA MELAYU SMK ZON R1 WANGSA MAJU 2021


PRAKTIS 3 (PEMAHAMAN NOVEL)

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Ada berapa orang semuanya makan malam ini, Eda?” Raidah balik menjengah, meminta kepastian daripada
anak tunggal yang juga pengurus projek inap desanya.

“Tetamu dari Jepun empat orang tu masih ada lagi. Keluarga Ma’mun ada lapan orang, campur rakan mereka
daripada agensi pelancongan dua orang lagi, gitulah,” jelas Waheeda.

“Hmm ... 14 oranglah,” Raidah mencongak sambil mengangguk-angguk kecil.

“Maknya, jangan lupa bubur pedas, pansuh manok, udang galah gulai tempoyak awak tu, malam nanti,”
terkuak pesanan suami dari ruang fikir Raidah sebelum dia meninggalkan rumah selepas sarapan, bagi membawa para
pelawatnya ke dusun buah-buahan di Matang, 11 kilometer jaraknya dari rumah.

“Yalah, sudah pasti masakan asli Sarawak,” sambut Raidah sambil dalam hati terbetik pesanan daripada
Pengurus Pusat Pertumbuhan Desa agar pengusaha perkhidmatan pelancongan sentiasa mesra pelanggan,
memberikan layanan sebaiknya serta mengetengahkan produk yang unik yang tidak terdapat di tempat lain.

Dipetik daripada
Novel Tirani
Karya Beb Sabariah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan peranan-peranan pengusaha inap desa untuk menggalakkan kehadiran pelancong ke tempat mereka.

[ 4 markah]

(ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut:

(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


(b) Tirani, karya Beb Sabariah

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan alasan anda menganggap sesuatu peristiwa itu mengandungi unsur saspens.

[ 6 markah]

© PANITIA BAHASA MELAYU SMK ZON R1 WANGSA MAJU 2021

Anda mungkin juga menyukai