Anda di halaman 1dari 5

Topik : Tatabahasa Sub topik : Kata Adjektif

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama.
Kata adjektif boleh didahului atau diikuti kata penguat.

Kelompok
kata
adjektif

Latihan

1. Tandakan ( / ) untuk ayat yang betul dan tandakan (x) untuk ayat yang salah di bawah ini.
a. Humairah paling pandai sekali di dalam kelas saya. ( )
b. Humairah pandai sekali di dalam kelas saya. ( )
a. Radza pelajar yang terpandai di dalam kelas saya. ( )
b. Radza pelajar yang terpandai sekali di dalam kelas saya. ( )

2. Garisi kata adjektif yang betul dalam ayat-ayat di bawah ini.


a. Beliau berpengalaman (lebar, luas) dalam bidang perubatan.
b. Persembahan teater itu mendapat sambutan (hangat, meriah).
c. Minyak masak ini sudah berbau (tengik, hapak) kerana sudah lama.
d. Pokok kelapa di tepi rumah itu semakin (senget, condong).

3. Cari dan garisi kata adjektif dalam ayat-ayat yang berikut


i. Beberapa batang pokok tumbang kerana ditiup angin kencang
ii. Pondok durian yang agak usang di kebun datuk akan dirobohkan.
iii. Suasana Hari Jualan di sekolah pada hari Sabtu lalu begitu meriah.
iv. Kawasan perairan di Sabah dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.
v. Kemalangan itu menyebabkan lebuh raya menjadi sesak sehingga tiga kilometer.
vi. Hubungan yang harmoni dalam kalangan rakyat akan dapat memupuk perpaduan.
vii. “Longkah sungguh buah rambutan yang dibeli oleh ayah kamu.” Kata nenek kepadaku.
viii. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dikatakan mempunyai bakat seni yang istimewa.
4. Betulkan kata yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut.
a. Azuan berasa bingung menunggu bas yang tidak kunjung tiba. (__________________)
b. Batu karang di dalam laut itu terang kelihatan kerana airnya jernih. (__________________)
c. Jarinya besar kerana dia banyak melakukan kerja-kerja lasak. (______________________)
d. Dia memberikan isyarat dengan jari telunjuknya supaya saya bisu. (____________________)
e. Gambar-gambar yang dipamerkan di galeri itu dihasilkan oleh seorang jurufoto yang terbijak.
(_________________________)
f. Bebola ikan yang digoreng menjadi kegemaran kami kerana rasanya yang hebat. (___________)

Bina ayat dari perkataan dasar berikut:


Biru
........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................

Bulat
........................................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................

Pagi
........................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................

Kata Adjektif
1. Maksud :
Kata adjektif ialah perkataan yang menunjukkan atau menerangkan ‘sifat’ bagi sesuatu perkara.

2. Jenis jenis kata adjektif


Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:
i. Sifat
Ia menerangkan sifat atau keadaan sesuatu atau seseorang.
contoh: baru, baik, berani, lemah, kukuh, kemas, cantik, kuat,bijak,
ii. Warna
Contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat,
iii. Ukuran
Contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, kecil, lebar, ramai, cetek
iv. Bentuk
Contoh: bujur, lurus, lonjong, petak, segitiga, segiempat, bengkok, bulat
v. Waktu
Contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam,
vi. Jarak
Contoh: dekat, hampir, jauh, nyaris
vii. Cara
Contoh: selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah,
sering "
viii. Pancaindera
Contoh:
rasa: sedap, lazat, manis, pedas, payau, masam, masin
pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan, kacak
dengar: bising, sunyi, senyap
bau: busuk, wangi, hangit, hapak, hamis, hanyir
sentuh: kesat, kasar, lembap, halus, licin
xi. Perasaan
Contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira, geram, sedih

3. Kaitannya dengan kata penguat:


a. ‘Kata penguat’ digunakan untuk mengukuhkan sesuatu sifat bagi sesuatu perkara.
b. Contoh : sangat cantik, begitu berani, kejam betul, mahal sekali.
c. Jenis kata penguat:
i. Penguat hadapan : kata penguat yang hanya boleh digunakan di hadapan kata adjektif.
Contoh : terlalu, paling, begitu
ii. Penguat belakang : kata penguat yang hanya boleh diletakkan di belakang kata adjektif.
Contoh : sekali, benar, betul
iii. Penguat bebas : kata penguat yang boleh diletakkan di hadapan atau di belakang katadjektif.
Contoh : sangat, amat, sungguh.

4. Apakah kata edjektif emosi (perasaan)?


a. Kata adjektif emosi ialah sifat dalaman yang melibatkan ‘perasaan’.
b. Contoh : marah, sayang, kasih, cinta, rindu, bimbang, risau, cemas

5. Kesalahan penggunaan kata adjektif:


i. Satu kata adjektif hanya boleh ada satu kata penguat sahaja. (gunakan salah satu sahaja)
Salah:
-Sungai yang paling panjang sekali di sini ialah Sungai Pahang.
-Hadiah yang terlalu bernilai sungguh bagi saya ialah kereta. 
Betul:
-Sungai yang paling panjang di sini ialah Sungai Pahang.
-Sungai yang panjang sekali di sini ialah Sungai Pahang
-Hadiah yang terlalu bernilai bagi saya ialah kereta.
-Hadiah yang bernilai sungguh bagi saya ialah kereta.

ii. (kekecualian) Kata penguat bebas sahaja boleh digunakan dua untuk satu kata adjektif. (iaitu
sangat, amat dan sungguh’ di hadapan; serta ‘sekali’ di belakang)
Betul:
-Makanan itu sungguh murah sekali harganya.
-Kereta itu amat mahal sekali harganya.
-Guru itu sangat rajin sekali membantu kami

iii. Kata adjektif berimbuhan ‘ter….’ tidak boleh diletakkan kata penguat. (kecuali untuk
perkataan terkenal’)
Salah:
-Rumah yang terbesar sekali ialah rumah Abu Bakar.
-Kejayaan itu adalah sangat terbesar kepada saya.
Betul:
-Rumah yang terbesar ialah rumah Abu Bakar.
-Rumah yang besar sekali ialah rumah Abu Bakar.
-Kejayaan itu adalah terbesar kepada saya.
-Kejayaan itu adalah sangat besar kepada saya.

iv. Kata adjektif emosi yang tidak berimbuhan, mesti diikuti dengan ‘kata hubung’ atau ‘kata
sendi’ jika hendak dipanjangkan. (‘akan, kepada, dengan’ dan lain-lain)
Salah:
-Ali sangat rindu ibunya di desa.
-Kami terlalu marah sikap pemalunya itu.
Betul:
-Ali sangat rindu akan ibunya di desa.
-Kami terlalu marah dengan sikap pemalunya itu.

v. Kata adjektif emosi tidak boleh berakhiran dengan ‘kan’.


Salah:
-Dia amat marahkan anaknya yang nakal itu.
-Siti begitu sayangkan kakak sulungnya.
Betul:
-Dia amat marah akan anaknya yang nakal itu.
-Siti begitu sayang akan kakak sulungnya.
vi. Jika kata adjektif sudah digandakan, kata penguat tidak boleh digunakan.
Salah:
-Rumah di situ besar-besar sekali.
-Pokok kelapa itu sangat tinggi-tinggi.
Betul:
-Rumah di situ besar-besar.
-Rumah di situ besar sekali.
-Pokok kelapa itu tinggi-tinggi.
-Pokok kelapa itu sangat tinggi.

vii. Jika kata adjektif sudah digandakan, kata nama yang bersangkutan dengan kata adjektif itu
tidak boleh digandakan juga. (pilih salah satu sahaja digandakan)
Salah:
-Anak-anak Encik Rajoo pandai-pandai semuanya.
-Ikan-ikan yang dijual itu murah-murah harganya.
Betul:
-Anak Encik Rajoo pandai-pandai semuanya.
-Anak-anak Encik Rajoo pandai semuanya.
-Ikan yang dijual itu murah-murah harganya.
-Ikan-ikan yang dijual itu murah harganya.

viii. Kata adjektif yang berimbuhan ‘ter…’ tidak boleh dijadikan ‘predikat tunggal’ atau ‘predikat
yang pertama’. (tambahkan ‘lah yang’ atau gunakan kata penguat)
Salah:
-Pelajar itu terpandai.
-Pelajar itu terpandai di tingkatan tiga.
Betul:
-Pelajar itulah yang terpandai.
-Pelajar itu paling pandai.
-Pelajar itulah yang terpandai di tingkatan tiga.
-Pelajar itu paling pandai di tingkatan tiga.

Anda mungkin juga menyukai