Anda di halaman 1dari 7

ATIHAN KATA PENGUAT

KATA PENGUAT

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar 1

gambar 1

1. Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.

A sangat C nian

B benar D sekali

2. Karangan saya telah terpilih memenangi kategori tulisan yang __________ cantik antara peserta-
peserta yang bertanding.

A sungguh C paling

B sekali D begitu

3. Rohana _________ pandai jika dibandingkan dengan adik-beradik.

A begitu C sekali

B agak D betul

4. Tempat ini __________ indahnya sehingga menenangkan fikiran.

A demikian C sekali

B agak D nian

Soalan 5 berdasarkan gambar 2


Gambar 2

5. Cendol pulut Pak Hassan __________ sehingga terkenal di pekan ini.

A nian enak C paling enak sekali

B sekali enak D sungguh enak sekali

6. Kakak saya sedih __________ apabila nenek meninggal kerana dia tinggal dengan nenek sejak
kecil lagi.

A benar C lebih

B makin D cukup

7. Jurulatih itu _________ tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin.

A amat C nian

B benar D sekali

8. Kediamannya terletak _________ jauh dari pecan itu.

A nian C benar

B agak D paling

9. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamat mangsa serangan askar Israel walaupun mereka
_________ letih.

A amat C paling

B agak D nian

10. ________ tidak disangka bahawa Farid pandai memasak makanan tradisional Melayu.

A Amat C Paling
B Terlalu D Sungguh

11. Kerap _________ dia ke perpustakaan sejak belakangan ini kerana ingin mengulang kaji
pelajaran.

A paling C sungguh

B nian D agak

12. Besar _________ kubah masjid yang terletak di bandar itu.

A sekali C agak

B lebih D terlalu

13. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pencadang dalam perbahasan itu ___________
meyakinkan.

A paling C makin

B agak D amat

14. Junaidilah yang ________ banyak mengemukakan idea dalam perbincangan tentang aktiviti
tahunan persatuan Bahasa Melayu.

A paling C terlalu

B sekali D nian

15. Jangan _________ mengharap kita akan menang kerana peserta-peserta sekolah lain tidak
kurang hebatnya.

A terlalu C paling

B sangat D cukup

16. Indah _________ pemandangan matahari terbenam pada waktu senja di tepi pantai itu.

A nian C paling
B terlalu D agak

17. Tikar mengkuang yang dianyam oleh kakak _________ kemas dan perlu dibaiki lagi.

A cukup C makin

B amat D kurang

18. Jangan buka tingkap itu _________ lebar kerana angin dari luar sejuk.

A sekali C terlalu

B cukup D nian

19. Rafi _________ keberatan hendak ke rumah kawannya untuk meminjam buku kerana hari sudah
lewat.

A sekali C agak

B paling D kurang

20. Lambat _________ dia pulang semenjak bertukar tempat kerja.

A terlalu C paling

B benar D agak

KATA PENGUAT
1. Maksud
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk
menguatkan maksud terkandung dalam kata adjektif.

2. Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat:

Kata penguat Contoh


Penguat hadapan terlalu, paling, agak
Penguat belakang sekali, benar, nian, betul
Penguat bebas amat, sungguh, sangat
3. Contoh:
a. Diguna di hadapan kata adajektif.

Kata penguat hadapan Contoh


terlalu Baju di pasar raya itu terlalu mahal.
paling Sambal tumis itu paling sedap
agak Jalan di kawasan itu agak bahaya.

b. Diguna di belakang kata adjektif.

Kata penguat belakang Contoh


sekali Hujah murid itu bernas sekali.
nian Nyaman nian udara di puncak pusat
peranginan tanah tinggi itu.
benar Cantik benar rantai mutiara itu.
betul Besar betul rumah Ah Meng.

c. Diguna secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

Kata penguat bebas Contoh


amat 1. Kraf tangan itu amat cantik.
2. Kraf tangan itu cantik amat.
sangat 1. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangatberat.
2. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria beratsangat.
sungguh 1. Kereta yang dipandu oleh Osman sungguhlaju.
2. Kereta yang dipandu oleh Osman lajusungguh.

4. Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya,
sungguh amat merdu, sungguh kurang sopan dan terlalu amat pedih.

Contoh:
a. Suaranya sungguh amat merdu
b. Perangainya sopan.
c. Kata-katanya pedih.

DARJAH PENGHABISAN

1.1 . se + kata adjektif + gandaan + kata nama


Contoh:
a. Setinggi-tinggi gunung tinggi lagi hasrat kami.
b. Sebijak-bijak budak itu, akhirnya tertipu juga.
c. Faridahlah sebaik-baik sahabat yang pernah saya kenali.

1.2 ter + kata adjektif


Contoh:
a. Aminlah murid yang terpandai di dalam kelas itu.
b. Liza antara gadis tercantik di kampungnya.
c. Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan yang terpanjang di Asia.

1.3. paling + kata adjektif


Contoh:
a. Antara adik beradiknya, Mimilah yang paling cantik.
b. Kita mesti mencari jalan penyelesaian yang paling baik.
c. Menara Berkembar Petronas ialah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.

1.4. kata adjektif + sekali


Contoh:
a. Perniagaan Encik Halim maju sekali.
b. Sedap sekali ayam percik itu.
c. Suasana di dalam dewan itu meriah sekali.

1.5. ter + amat, sangat + kata adjektif


a. Raja itu teramat baik terhadap rakyat baginda.
b. P. Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur.
c. Kek yang tersangat lazat ini pernah saya makan.
d. Shamimi tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya.

1.6. amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali.


Contoh:
a. Peserta larian itu amat cergas sekali.
b. Kain songket di kedai itu sungguh halus sekali.
c. Suara penyanyi itu sangat merdu sekali.

2. Kesilapan kata penguat darjah penghabisan.

Salah betul
paling terbaik sekali baik sekali / terbaik
paling terbaik paling baik / terbaik
paling tercantik sekali cantik sekali / tercantik
paling tercantik paling cantik / cantik sekali
paling masyhur sekali paling masyhur / masyhur sekali
paling termasyhur masyhur sekali / termasyhur
paling terpandai sekali Terpandai / pandai sekali
terindah sekali Terindah / indah sekali
terpandai sekali pandai sekali / terpandai
tertinggi sekali tinggi sekali / tertinggi
terendah sekali rendah sekali / terendah
Nota Tatabahasa Tahun 4:
1) Kata penguat ialah kata tugas yang menguatkan maksud kata adjektif. Ia hadir
sebelum atau selepas kata adjektif.

2) Perhatikan ayat-ayat di bawah. Perkataan yang bergaris ialah kata penguat dan
kata adjektif pula dicetak tebal.
a) Kasut joging itu terlalu mahal.
b) Buku cerita kanak-kanak ini agak baru.
c) Jalan kecil itu ialah jalan yang paling dekat ke sekolah saya.
d) Hari ini panas sekali.
e) Suara penyanyi itu merdu nian.
f) Air sirap ini manis benar.
g) Zaki amat fasih berbahasa Inggeris.
h) Sekolah kami sangat dekat dengan perhentian bas.
i) Ayah bangga sungguh dengan keputusan ujian saya.

3) Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu penguat hadapan, penguat
belakang, dan penguat bebas. Lihat jadual di bawah.
Jenis Kata Penguat Contoh
Penguat hadapan Paling; terlalu; agak
Penguat belakang Sekali; benar; nian; betul
Penguat bebas Amat; sangat; sungguh

Posted by mayng at 22:31

Anda mungkin juga menyukai