Anda di halaman 1dari 3

Menyambung Ayat

Menyambung ayat menggunakan kata


hubung iaitu dan, atau, serta, sambil,
bahawa, kerana, apabila , manakala,
meskipun dll.
Latihan
1. Pendapat beliau
bernas.Pendapat beliau
disampaikan dengan cara yang
berkesan.
Jawapan
Pendapat beliau bernas kerana
disampaikan dengan cara yang
berkesan.
2. Mereka menyerang kita. Kita
akan bertahan bermati-matian.
Jawapan
Mereka menyerang kita dan kita
akan bertahan bermati-matian
3. Bomba segera tiba. Bomba
mendapat panggilan tentang
kebakaran itu.
Jawapan
Bomba segera tiba apabila
mendapat panggilan
tentang kebakaran itu

PISAHKAN AYAT
Pisahkan petikan di bawah menjadi
enam ayat tunggal dengan
mengekalkan susunan dan maksud
asalnya.
Institusi pengajian tinggi tidak
harus menggalakkan penubuhan
persatuan mahasiswa yang berasaskan
kenegerian. Pergerakan ini walaupun
merapatkan hubungan anggota
persatuan sesama anak negeri tetapi
kewujudannya juga akan membina
jarak hubungan dengan pelajar dari
negeri lain.
JAWAPAN
1. Institusi pengajian tinggi tidak
harus menggalakkan
penubuhan persatuan
mahasiswa.
2. Penubuhan persatuan
mahasiswa berasaskan
kenegerian.
3. Pergerakan ini merapatkan
hubungan anggota persatuan
sesama anak negeri.
4. Anggota persatuan sama
negeri.
5. Kewujudannya menjarakkan
hubungan dengan pelajar.
6. Pelajar itu dari negeri lain.

Anda mungkin juga menyukai