Anda di halaman 1dari 11

KARANGAN EKSPOSITORI

FORMAT PERENGGAN
- TEKNIK UNTUK MENGEMBANGKAN IDEA DALAM SEBUAH
PERENGGAN EKSPOSITORI
• Isi utama (I)
- Menulis isi utama dengan menggunakan satu ayat sahaja

• Huraian (H) Teknik ini sama


- Jelaskan dengan lebih lanjut tentang isi yang ingin disampaikan seperti teknik
PEEL yang kamu
• Contoh (C) pelajari untuk
- Berikan bukti yang relevan bagi menyokong isi subjek Bahasa
Inggeris
• Penekanan (P)
- Kaitkan isi dalam perenggan ini dengan soalan/topik
Contoh Perenggan PEEL

Duit memberi peluang kepada seseorang itu untuk memperbaiki


dirinya (Isi utama). Seseorang itu boleh mempertingkat diri mereka
dengan mempelajari ilmu atau kemahiran baharu jika mereka
mempunyai duit (Huraian). Sebagai contoh, dia boleh melanjutkan
pelajaran atau mendaftarkan diri untuk menghadiri kursus dengan
tujuan meraih pengetahuan dan kemahiran baharu (Contoh).
Lantaran itu, duit penting dalam kehidupan seseorang manusia kerana
ia memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri kita (Kaitan).
Jenis-jenis soalan
• Ada dua jenis soalan ekspositori
Jenis pertama
Terdapat banyak kemudahan yang disediakan oleh pemerintah untuk penduduknya mengamalkan
gaya hidup sihat. Bincangkan.
- Perlu setuju dan tidak setuju dengan pernyataan yang diberikan.
- 5 isi – 3 isi ‘setuju’ dan 2 isi ‘tidak setuju’

Jenis kedua
Terdapat banyak kemudahan yang disediakan oleh pemerintah untuk penduduknya mengamalkan
gaya hidup sihat. Setujukah kamu dengan pernyataan ini?
- Perlu setuju atau tidak setuju
- 5 isi – semua isi ‘setuju’ atau semua isi ‘tidak setuju’
Format Pengenalan
Format Pengenalan
• Terangkan konteks – menerangkan topik (contoh: teknologi) secara umum
(describe about the topic in general, give a short overview)
Contoh: Teknologi digunakan oleh hampir setiap manusia di muka bumi ini.
Tidak kira tua atau muda, teknologi dimanfaatkan dalam kehidupan seharian
kita.

• Definisi – terangkan makna kata atau frasa kunci dalam soalan (boleh
gunakan makna dalam kamus atau berikan makna berdasarkan pemahaman
kamu sendiri)

• Nyatakan pendirian – menyatakan pandangan kamu tentang soalan ini


Contoh Pengenalan
Soalan: Teknologi melahirkan masyarakat yang bersikap tidak ambil peduli. Bincangkan.
Contoh Pengenalan
Kewujudan teknologi di dunia ini telah mengubah kehidupan manusia. Teknologi dipercayai
memudahkan urusan manusia. Namun begitu, penggunaannya yang tidak terkawal juga boleh
meninggalkan kesan yang negative (Konteks). Teknologi merujuk kepada peranti-peranti
eletronik seperti telefon bimbit, komputer riba dan internet. Teknologi boleh digunakan untuk
mendapatkan dan menyebarkan informasi kepada khalayak ramai. Sikap ambil peduli pula
merujuk kepada sifat dan perbuatan manusia yang mengambil berat tentang perkara-perkara
yang berlaku di sekeliling mereka (Definisi). Jika tidak dikawal dan digunakan dengan tujuan
yang baik, teknologi boleh melahirkan masyarakat yang bersikap tidak ambil peduli
(Pandangan: Setuju). Pada masa yang sama, penggunaan yang baik turut dapat melahirkan
masyarakat penyayang yang mengambil berat tentang perkara-perkara yang berlaku di
sekeliling mereka (Pandangan: Tidak setuju). (Pendirian)
Gaya Bahasa
• Jika kamu perhatikan contoh pengenalan tadi, pendirian diberikan tanpa menggunakan ‘saya
setuju’ atau ‘saya tidak setuju.’

• Ketika menulis karangan ekspositori, wajib bagi kamu untuk bersikap objektif.

• Jangan gunakan ‘saya’ kerana ia akan membuat pandangan kamu kelihatan ‘bias’.

• Gantikan ‘saya’ dengan ‘kita’, ‘ramai orang’, ‘sebagian besar manusia’


Contoh:
- Kita sudah sedia maklum bahawa…
- Ramai orang berpendapat bahawa …
- Sebahagian besar manusia akur bahawa …
Latihan
Soalan ekspositori:
Para pekerja perlu berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran untuk kekal relevan.
Bincangkan.

Bincangkan – Perlu ‘setuju’ dan ‘tidak setuju’


Setuju
1. Perlu bersaing dengan pekerja-pekerja muda yang telah mempelajaran kemahiran terkini
2. Agar boleh mengendalikan system/mesin baharu yang digunakan di tempat kerja mereka
3. Dapat meningkatkan peluang untuk dinaikkan pangkat

Tidak setuju
1. Sibuk – tidak mempunyai masa untuk menghadiri kursus
2. Mempelajari kemahiran baru memakan masa – majikan tidak sabar menunggu dan memilih untuk
mengambil pekerja baharu
Latihan
Para pekerja perlu berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran untuk kekal relevan.
Bincangkan.

Aktiviti 1: Hasilkan sebuah perenggan pengenalan bagi soalan ekspositori ini. Taipkan pengenalan kamu di
bawah ini.

Kini kita hidup dalam sebuah era di mana hampir setiap ekonomi negara semakin
meningkat. Ramai yang akan akur bahawa pekerjaan juga tidak sama lagi seperti zaman
nenek moyang kita, kebanyakan pekerjaan sekarang memerlukan daya kemahiran yang
tinggi. Mempertingkatkan kemahiran merujuk kepada menaikkan taraf atau mutu
kecekapan seseorang dalam sesuatu bidang. Kekal relevan pula merujuk kepada
kebolehan untuk sentiasa ada kaitan atau hubungan dengan apa yang dibicarakan.
Jikalau ingin kekal relevan dalam kehidupan terkini, para pekerja perlulah berusaha untuk
mempertingkatkan kemahiran mereka. Namun begitu, terdapat juga pekerjaan lain di
mana kemahiran tinggi tidak merupakan suatu kemestian, dan seorang pekerja itu masih
boleh kekal relevan dengan trend terkini.
Latihan
Para pekerja perlu berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran untuk kekal relevan.
Bincangkan.

Aktiviti 2: Hasilkan sebuah perenggan isi berdasarkan soalan ekspositori ini. Pastikan kamu kembangkan
isi dalam perenggan ini dengan menggunakan teknik IHCP (PEEL). Taipkan perenggan isi kamu di bawah ini.

Seorang pekerja itu akan mengahadapi persaingan yang kuat antara pekerja-pekerja muda
yang telah mempelajari kemahiran terkini. Proses pengambilan kerja akan lebih berpihak
kepada para pekerja muda yang lebih handal dalam bidang yang dipelajari mereka.
Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang IT akan mudah
diterima untuk bekerja di syarikat-syarikat yang menggunakan peranti-peranti elektronik
untuk menyelesaikan urusan harian mereka seperti dengan penggunaan komputer riba.
Justeru itu, mereka yang telah berusaha untuk mendalami kemahiran terkini akan
memperolehi peluang pekerjaan yang tinggi disebabkan kebolehan mereka untuk
melakukan sesuatu tugas.

Anda mungkin juga menyukai