Anda di halaman 1dari 6

TIP KEMUSYKILAN BAHASA

Timbul persoalan.mohon bantuan.ejaan yg betul urusetia ke urus setia? Siaraya ke atau siar raya?

Like Unfollow Post Share 7 hours ago via Mobile

Azyzie Tukang Karut Ejaan yang kita pakai guna untuk kata "urusetia" dan "siaraya"
ialah "urus setia" dan "siar raya". Walau bagaimanapun, antara tatacara dalam proses
pembetukan kata ialah teknik "pengakroniman". Jadi, kalau kita merujuk rumus
tatabahasa, kata seperti "urusetia", "siaraya", "aturcara" (atur acara), "bandaraya" (bandar
raya), "pasaraya" (pasar raya) dan sebagainya ini sebenarnya tercipta melalui proses
pengakroniman yang berfungsi untuk membentuk satu kata baharu dan telah diubah suai
untuk menyeragami bentuk kumpulannya yang setara, misalnya "siar raya" dan "bandar
raya" yang ejaannya dipisahkan bagi menyesuailan dengan penggunaan kata yang
ejaannya telah terpisah selama ini (hari raya, hantu raya, dan sebagainya).
4 hours ago Edited Like
nak tanya ape beza matluman dengan matlumat?
dan apa beza penggambaran dengan pengambaran?

Like Unfollow Post Share 23 May at 19:31

HaNani HaRis likes this.

Cik Puan Mia Chanteq salah ejaan sis .. > makluman , maklumat
23 July at 21:57 Like 1

Azyzie Tukang Karut makluman tu "pemberitahuan" manakala maklumat tu ialah


"butiran / data / fakta / keterangan". MAKLUMAT yang saya sampaikan ini adalah untuk
MAKLUMAN semata-mata.
24 July at 20:43 Edited Like 1
baharu tu ape
Like Unfollow Post Share 28 July at 01:52 near Klang, Selangor
Ain Hazirah likes this.
Azyzie Tukang Karut Baharu (new) tu kata adjektif. Lawannya BURUK (old). X sama ngan "baru" (just) yang lawannya "lama".
28 July at 07:21 Edited Like 2
Wan Anuar Ayah memandu kereta Proton Saga baharu yang baru dibeli.Jelas kot..
28 July at 10:08 Like

NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA


Munsyi Dewan

Bidin Awang ' baharu' untuk sesuatu yang baharu. seperti baju baharu. bini baharu. ' baru' untuk masa. seperti baru tiba, baru
meninggal. sekarang kedua- dua perkataan ini dah dikira sama dalam penggunaannya. contoh. ayah baru beristeri baharu.
ataupun ayah baharu beristeri baru. komen yang lain?
Yesterday at 02:50 Like
Wan Anuar sama la lebh kurng..
Yesterday at 05:10 Like
Azyzie Tukang Karut Untuk pengetahuan semua, setiap perkataan yang diujarkan oleh pengguna bahasa Melayu dan
kemudiannya popular dalam kalangan khalayak, akan dimasukkan sebagai entri baharu dalam Kamus Dewan. Perkataan ini akan
dikekalkan sebagai bahan khazanah bahasa. Oleh sebab itu, sekiranya kita prihatin, kita akan dapat mengenal pasti perubahan
yang berlaku pada KD setiap kali KD dikemas kini. Bukankah harganya semakin tinggi (BUKAN mahal)? Mengapa? Kerana isinya
semakin tebal oleh sebab adanya masukan perkataan baharu. Untuk mengetahui cara penggunaan perkataan-perkataan tertentu
ini pula, kita perlu merujuk buku bahasa lain yang begitu banyak di pasaran, yang mengupas dan mengulas secara terperinci
tentang maksud sebenar sesuatu perkataan, terutama yang melibatkan maksud yang bercanggah. Sebenarnya ada perbezaan
yang ketara antara: baharu - baru, depan - hadapan, kelmarin - semalam, kesal - sesal, susah - sukar, beza - banding, mengapa kenapa dsb. Sebagai insan yang masih meraba-raba untuk menjadi ahli bahasa yang dapat dirujuk, saya amat sering membaca
pelbagai buku bahasa yang dihasilkan oleh penulis aspek tatabahasa yang tersohor.
19 hours ago Edited Like 1
Write a comment...
Options
Malay Brailler
Apa engkau masak ?
Engkau masak apa ?
Yang mana 1 betul ?
Like Unfollow Post Share 28 July at 05:28
Cece Kaiiyakko likes this.
View 12 more comments
Azyzie Tukang Karut Panjangnya soalan. Naik juling mata, baca. Frasa "berguni-guni" bukanlah predikat FK walaupun
menggunakan awalan kata kerja "ber". Frasa "berguni-guni" ini mewakili FN kerana kata "berguni-guni" ialah KATA BILANGAN
HIMPUNAN yang bertindak sebagai FN. Jadi ayat 1 itu menggunakan pola FN + FN.

Keputeraan YDPA kali yang ke-52


ATAU
Keputeraan YDPA yang ke-52
Mana yang betul?
Kedua-duanya betul. Cuma, berbeza daripada segi semantik. Jika diamati, frasa yang pertama
merujuk kepada bilangan sambutan keputeraan, manakala frasa yang kedua memberi makna
bahawa umur YDPA sudah 52 tahun.
Frasa yang kedua juga boleh membawa maksud bahawa keputeraan ni ialah
keputeraan YDPA yang ke-52. Maknanya ada 51 org lagi YDPA yg lain.

Salam. Maaf mohon pkongsian. kalau angka 0-9 ditulis dalam perkataan, manakala
10 ke atas ditulis dalam angka. Jadi kalau menulis angka ke 50 ditulis ke-50.
wallahualam.
Betul, angka/nombor 1 - 9 ini perlu dieja manakala angka 10 ke atas ditulis dalam angka.
Nombor juga tidak boleh memulakan ayat. Misalnya ayat "10 murid sekolah itu keracunan ..."
adalah SALAH daripada format penulisan sistem penomboran.
Untuk makluman semua, Kata bilangan selepas 11 (12 ke atas) boleh diringkaskan
menggunakan awalan "ke" kerana melebihi DUA perkataan. Kata bilangan tentu 1 - 11 perlu
dieja kerana kata ini ialah SATU perkataan dan TIDAK BOLEH diringkaskan. Tujuan proses
penggabungan antara HURUF dengan ANGKA ini diwujudkan adalah untuk menjimatkan
MASA, RUANG dan TENAGA. Kata bilangan PERTAMA, KEDUA ... KESEBELAS ialah SATU
perkataan dan TIDAK BOLEH DIRINGKASKAN.
Kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dan tingkat yang KEDUA BELAS (DUA
perkataan) ke atas, barulah boleh ditulis sama ada menggunakan kombinasi ANGKA dan
HURUF atau dalam bentuk ejaan penuh kerana terdiri daripada DUA perkataan. Jadi, kata
NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA
Munsyi Dewan

bilangan 12 ke atas boleh ditulis dlm DUA cara, iaitu, Ke-12 ATAU Kedua belas. Untuk kata
bilangan 1 - 11, seelok2nya dieja, contoh; Sukan Tahunan Kali KEDUA (BUKAN ke-2),
Mesyuarat Agung PIBG Kali KESEBELAS (BUKAN ke-11).

Erm... Apakah perbezaan antara imbuhan akhiran -kan dan -i?


Jika kita mengalami kesulitan untuk membezakan penggunaan awalan/akhiran, kita tukarkan
ragam ayat tersebut. Misalnya ayat pasif "diberikan oleh (Ali)" ini kita tukarkan
kepada ayat aktif "Ali memberiKAN ... " dan frasa "diberi oleh (Ali)" ini pula
kita tukarkan kepada ayat aktif "Ali memberi (i) ...".
Salam.
Apa beza 'depan' dan 'hadapan'?
dan bolehkah guna 'depan' dalam penulisan?
DEPAN kita gunakan untuk merujuk MASA, misalnya "Pada hari Isnin DEPAN, ...". (dalam
bahasa Inggerisnya NEXT), manakala HADAPAN pula kita gunakan untuk tempat, yakni
kedudukan sesuatu yang bertentangan dengan kita, misalnya "dia masih berdiri di
HADAPANku." (dalam bahasa Inggerisnya OPPOSITE). DEPAN kita gunakan untuk merujuk
MASA, misalnya "Pada hari Isnin DEPAN, ...". (dalam bahasa Inggerisnya NEXT), manakala
HADAPAN pula kita gunakan untuk tempat, yakni kedudukan sesuatu yang bertentangan
dengan kita, misalnya "dia masih berdiri di HADAPANku." (dalam bahasa Inggerisnya
OPPOSITE).

Batok ni sebenarnya x bertangkai. Sebahagaian tempurung yang semata-mata digunakan


untuk membasuh {mencuci?} kaki sebelum naik ke rumah yang kebetulan ada tangganya. Yang
bertangkai tu gayung. Kalau nak memartabatkan bahasa, BIASAKAN YANG BETUL &
BETULKAN YANG BIASA. X salah kot guna "Melepaskan batok di tangga". Ubah je la yang
dalam kamus tu. Batok tu bahasa Jawa, x leh la kita nak tukar batok kepada batuk.

Assalam...
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai bagi tombak dan lembing?
Zamzaini Mohd Sani

kenapa lembing x boleh menerima penjodoh bilangan sebilah? lembing dan


tombakkan tajam
Mungkin boleh kita gunakan penjodoh bilangan bilah sekiranya kita merujuk (hanya sematamata kepada) matanya. Namun, apabila ukuran batang tu lebih ketara penampilannya
daripada ukuran bilahnya bagi objek lembing / tombak ini, maka ahli bahasa sepakat untuk
menggunakan penjodoh bilangan batang untuk kedua-dua senjata tersebut.

SOALAN (Zue Watie Facebook 13 SEPTEMBER 2012)

"Tidak termakan oleh saya"


ayat ni betul atau salah? tolong jelaskan...
JAWABAN
Ayat ini BETUL tetapi tiada pelengkap. Sepatutnya ayat ini ditulis Kuetiau goreng ini
tidak termakan oleh saya / Tidak termakan oleh saya kuetiau goreng ini .
Ayat ini ialah ayat pasif kepada ayat aktif Saya tidak termakan kuetiau goreng
ini. Ayat pasif ini tidak menggunakan rumus kata ganti pertama dalam ayat
pasif. Jadi, ayat di atas TIDAK BOLEH dipasifkan sebegini: Kuetiau goreng ini
tidak saya termakan.
NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA
Munsyi Dewan

SOALAN (Mohd. Zamri Adam Facebook 22 OKTOBER 2012)


Salam semua....Sebenarnya istilah rasmi Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia?....kalu bahasa
Malaysia maknanya barulah bahasa ini tercipta pada 1963, DBP iktiraf Melayu ke
Malaysia....?
JAWABAN
Selepas menyampaikan bengkel tatabahasa kepada guru bukan Melayu di daerah Kuala
Kangsar suatu ketika dahulu, saya telah ditanya tentang bahasa Melayu atau
bahasa Malaysia? Malangnya soalan ini ditanya selepas bengkel.
Saya pun memberikan jawaban yang sebegini: "Cikgu Leong (bukan nama
sebenar), katakanlah cikgu telah bertukar jawatan dan menjadi Perdana Menteri Malaysia
(boleh ke?). Dengan kuasa yang ada pada seorang Perdana Menteri, Cikgu pun
mensyaratkan setiap rakyat di negara ini agar menguasai bahasa Mandarin, iaitu bahasa
akademik kaum Cina. Setelah 5 tahun berlalu, SEMUA warganegara di Malaysia akhirnya
telah berjaya menguasai bahasa Mandarin dengan mantap. Semua rakyat berbicara
dalam bahasa Mandarin dalam setiap situasi. Dengan kuasa yang ada pada cikgu selaku
Perdana Menteri, cikgu mampu menggantikan bahasa Mandarian dengan istilah bahasa
Malaysia kerana bahasa ini telah diguna pakai oleh seluruh rakyat Malaysia. Adakah
cikgu akan berbuat sedemikian?"
Ingatlah semua, "Malaysia" ialah nama negara, dan BUKAN nama bahasa!
Walaupun saya adalah antara anggota Jawatankuasa Kawalan Mutu Buku Teks Bahasa
Melayu, Kementerian Pelajaran Malaysia, yang dipertanggungjawabkan untuk
memartabatkan buku teks Bahasa Melayu, kami tidak mampu untuk melawan perintah
pihak atasan yang tetap mahu menggunakan BAHASA MALAYSIA bagi menggantikan
BAHASA MELAYU. Bagi saya, bahasa Melayu ialah BUDAYA yang perlu dipertahan,
dan jauh berbeza dengan
bahasa Malaysia yang lebih mengarah kepada isu
POLITIK.

SOALAN (Sharul Nizam Noor Shaari Facebook 26 OKTOBER 2012)


assalamualaikum, saya nak tanya antara 'perasa coklat' and 'perisa coklat' mana yg betul?
#sebut coklat lapar dah pulak.
JAWABAN
Yang betul ialah perasa coklat, maksudnya mempunyai rasa coklat. Kata perisa ialah
kata adjektif yang bermaksud enak. Contoh: Kuih ini rasanya perisa (enak).

SOALAN (Rozita Mahmud Facebook 7 DISEMBER 2012)


Yang mana satu betul ...??
a) Makan beradap
b) Makan beradab
c) Makan beradat
Terima Kasih!
JAWABAN
MAKAN BERADAT ialah perihal makan dalam sesuatu majlis yang melibatkan sesuatu
budaya.
NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA
Munsyi Dewan

Walau bagaimanapun, dua aktiviti makan yang puan tanya itu menampilkan
maksud yang lain.
MAKAN BERADAP merujuk makan nasi adap-adap, iaitu nasi kunyit berlauk,
manakala MAKAN BERADAB pula merujuk proses jamu selera yang memerlukan
ketertiban, misalnya dalam majlis makan yang melibatkan kehadiran orang kenamaan
atau kerabat diraja yang mementingkan protokol susila semasa makan.

SOALAN (MD Nor Ihsan Facebook 21 FEBRUARI 2013)


Haiwan-haiwan lari bertempiaran. (X)
JAWABAN
Kata bertempiaran ialah kata kerja jamak. Kita tidak boleh lari bertempiaran sendirian.
Oleh sebab itu, kata nama ganda haiwan-haiwan perlu kita tunggalkan. Maka
jadilah ayat itu Haiwan lari bertempiaran.

SOALAN (Cikgu Asri Ayob Facebook 19 MAC 2013)


minta pandangan rakan2....sesetengah murid suka menggunakan kata ganti nama singkatan
dalam penulisan....contohnya..diri aku menjadi diriku..........negara aku menjadi
negaraku.....bagaimana pula dengan tuan aku...adakah boleh menjadi
tuanku......minta khidmat nasihat
JAWABAN
Antara fungsi kata ganti singkat -ku adalah untuk membentuk frasa nama bagi merujuk
konsep pertuanan atau pemilikan. Berdasarkan rumus tatabahasa, kata tuanku boleh
menggantikan kata tuan aku, yakni menyeragami proses pembentukan kata yang lain,
contohnya penggunaan kata bajuku untuk memendekkan frasa baju aku.
Sebenarnya tidak salah untuk menggunakan kata tuanku ini kerana kata tuanku ini
mewakili dua maksud yang bertentangan sama sekali. Malahan, tidaklah sukar untuk kita
membezakan kata ini dalam proses penggunaannya kerana kata tuanku untuk konsep
pertuanan atau pemilikan ini ialah KATA NAMA, manakala kata tuanku yang digunakan
dalam dialog kepada kerabat diraja pula ialah KATA GANTI KEDUA yang mewakili kata
sapaan / kata panggilan.

SOALAN (Ahmad Aminur Rasyiddin Facebook 23 MAC 2013)


apa beza Datuk dan Dato' ????
JAWABAN

Datuk dan Dato' ialah pangkat yang sama, cuma anugerah pingat yang membawa gelaran
tersebut dikurniakan oleh ketua negeri yang berbeza. Sekiranya pingat yang membawa gelaran
Datuk / Dato' ini dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka,
Yang Dipertua Negeri Sabah atau Yang Dipertua Negeri Sarawak, maka ejaannya ialah
Datuk, manakala gelaran Dato' pula dianugerahkan oleh ketua negeri yang selain daripada
yang telah saya sebutkan.
Sebenarnya, yang penting dalam gelaran kehormat ini bukanlah gelaran Datuk atau
Dato', tetapi gelaran isterinya, iaitu Datin. Gelaran Datin ini mempunyai status sosial yang
tersendiri. Mungkin banyak yang tidak peka tentang kedudukan pangkat Datin, terutama
semasa mengacarakan sesuatu majlis. Untuk makluman, gelaran Datin hanya menjadi milik
NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA
Munsyi Dewan

ISTERI PERTAMA seseorang Datuk atau Dato'. Jika seseorang Datuk / Dato' menghadiri
majlis bersama-sama dengan ISTERI KEDUAnya, maka pasangannya itu tidak boleh dipanggil
Datin (melainkan isterinya itu sebelum dikahwininya ialah bekas isteri seorang Datuk atau
Dato').
Gelaran Datin ini tidak boleh berpindah milik dan akan kekal hingga akhir hayat
ISTERI PERTAMA seseorang Datuk atau Dato'. Datin yang bercerai dengan Datuk /
Dato' akan terus kekal menggunakan gelaran Datin. Isteri kedua Datuk / Dato' ini yang
kini menjadi ISTERI PERTAMA hanya boleh dipanggil Datin apabila suaminya (Datuk /
Dato') memperoleh pingat yang baharu, yang melayakkan isteri pertama sekarang (yang
sebelum ini ialah isteri kedua) diberi gelaran Datin. Sekiranya pengacara memaklumkan
bahawa "... saya mengalu-alukan kehadiran Encik A dan isterinya Datin H, maknanya Datin
H, isteri kepada Encik A yang disebutnya itu ialah "janda" kepada seorang Datuk / Dato'.

Slm. maaf mhn pkongsian. kalau angka 0-9 ditulis dalam perkataan, manakala 10 ke atas
ditulis dlm angka. Jadi kalau melulis angka ke 50 ditulis ke-50. wallahualam.
42 minutes ago Like
Betul, angka/nombor 1 - 9 ini perlu dieja manakala angka 10 ke atas ditulis dalam
angka. Nombor juga tidak boleh memulakan ayat. Misalnya ayat "10 murid sekolah itu
keracunan ..." adalah SALAH daripada format penulisan sistem penomboran. Untuk makluman
semua, Kata bilangan selepas 11 (12 ke atas) boleh diringkaskan menggunakan awalan "ke"
kerana melebihi DUA perkataan. Kata bilangan tentu 1 - 11 perlu dieja kerana kata ini ialah
SATU perkataan dan TIDAK BOLEH diringkaskan. Tujuan proses penggabungan antara
HURUF dengan ANGKA ini diwujudkan adalah untuk menjimatkan MASA, RUANG dan
TENAGA. Kata bilangan PERTAMA, KEDUA ... KESEBELAS ialah SATU perkataan dan TIDAK
BOLEH DIRINGKASKAN. Kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dan tingkat yang
KEDUA BELAS (DUA perkataan) ke atas, barulah boleh ditulis sama ada menggunakan
kombinasi ANGKA dan HURUF atau dalam bentuk ejaan penuh kerana terdiri daripada DUA
perkataan. Jadi, kata bilangan 12 ke atas boleh ditulis dlm DUA cara, IAITU, Ke-12 ATAU
Kedua belas. Untuk kata bilangan 1 - 11, seelok2nya dieja, contoh: Sukan Tahunan Kali
KEDUA (BUKAN ke-2), Mesyuarat Agung PIBG Kali KESEBELAS (BUKAN ke-11).

NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA


Munsyi Dewan

Anda mungkin juga menyukai