Anda di halaman 1dari 39

[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

JENIS AYAT
Latihan 1:

1
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

Latihan 2:
Tentukan jenis ayat-ayat berikut.

1. Afrika Selatan merupakan tuan rumah bola sepak Piala Dunia 2010.
2. “Tahniah, awak berjaya mendapat biasiswa Petronas!” ucap Zaki kepada Wong.
3. “Mengapakah awak tidak menghantar berita setelah berada di sana?” tanya Aidil kjepada Syukri.
4. “Oh, awak rupanya! Saya tidak perasan tadi,” kata Dewi kepada Aini.
5. “Janganlah dikenang peristiwa lama, buat hati menderita saja.” nasihat Amar kepada Safuan.
6. Ayah akan pergi bercuti ke Eropah pada bulan depan.

Latihan 3:
Tentukan jenis ayat-ayat berikut.

1. Seramai 2,200 atlet menyertai triathon antarabangsa 2010.


2. Ayah membaca surat khabar sambil minum kopi.
3. Kasut kulit dipakai oleh Khairil ketika menghadiri temu duga.
4. Selepas mengetahui nenek meninggal dunia adik bersedih.
5. “Wah, cantiknya taman bunga ni!” kata Saleha.
6. “Bolehkah awak tolong angkat buku saya?” luah Samad.

Latihan 4:
Tukar ayat-ayat biasa berikut menjadi ayat songsang.

1. Sayur-sayuran hasil tanaman Pak Abu habis dijual di pasar tani itu.
2. Helmi tidak pernah berdendam walaupun dihina oleh Datin Salmah sewaktu tinggal di rumahnya.
3. Kebanyakan masyarakat kita kurang bersenam kerana masih kurang kesedaran.
4. Pantai Tanjung Bidara sangat bersih dan cantik.
5. Kanak-kanak selamat untuk bermandi-manda kerana pantainya landai.

2
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

Panduan Menukar Ayat Aktif Ke Ayat Pasif:

1. Calon perlu berhati-hati dengan Ganti Nama Diri Pertama (GNDP) dan Ganti Nama Diri Kedua
(GNDK).
2. Bagi GNDP dan GNDK, ayat pasif tidak menerima bentuk pasif di……. oleh …….
3. Contoh: a

Ayat aktif: Saya membaca novel Papa kerana diarahkan oleh guru saya.
Ayat pasif: Novel Papa saya baca kerana diarahkan oleh guru saya. (saya baca merupakan bentuk
pasif - GNDP)

Contoh: b
Ayat aktif: Kamu menconteng dinding itu.
Ayat pasif: Dinding itu kamu conteng. (kamu conteng merupakan bentuk pasif - GNDK)

4. Hanya ayat yang mempunyai Ganti Nama Diri Ketiga menerima bentuk pasif di ……… oleh
……… .
Contoh: a

Ayat aktif: Muhd Saiful menyepak bola itu.


Ayat pasif: Bola itu disepak oleh Muhd Saiful.

Contoh: b

Ayat aktif: Petani itu sedang menanam padi si bendang.


Ayat pasif: Padi sedang ditanam oleh petani itu di bendang.

Ganti Nama Diri Pertama

1. Saya 2. Aku 3. Patik 4. Hamba 5. Beta


6. Kita 7. Kami

Ganti Nama Diri Kedua.

1. Engkau 2. Awak 3. Tuan hamba 4. Kamu 5. Anda


6. Tuanku 7. Kalian

Ganti Nama Diri Ketiga

1. Baginda 2. Beliau 3. Dia 4. Ia 5. Mereka


6. Ah Meng 7. Ibu 8. Orang itu

3
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

TATBAHASA
(MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF)

LATIHAN SPM 1

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.


2. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
3. Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.
5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam
pertandingan tersebut.

LATIHAN SPM 2

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
2. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
3. Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.
4. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
5. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.

LATIHAN SPM 3

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
2. Ali telah mengambil buku itu semalam.
3. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.
4. Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.
5. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.

LATIHAN SPM 4

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
2. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
3. Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.
4. Beliau menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut.
5. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

LATIHAN SPM 5

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.


2. Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
3. Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.
4
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

4. Ali menemui buku itu di dalam beg pakaian.


5. Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa.
LATIHAN SPM 6

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kebanyakan negara hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.


2. Pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan Struktur Informasi
menggariskan beberapa langkah untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia
sepenuhnya.
3. Ayah telah berjaya menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.
4. Adlin telah memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada Siva.
5. Adik terpaksa menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun yang gugur.

LATIHAN SPM 7
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Menteri Pelajaran telah mengingatkan pelajar agar tidak bergantung pada kerajaan untuk
menyediakan segala kemudahan.
2. Semua orang menentang kadar baru tol kerana membebankan orang ramai.
3. Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar yang
cemerlang.
4. Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.
5. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di
Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

LATIHAN SPM 8

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam
peperiksaan percubaan SPM.
4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

LATIHAN SPM 9

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.


2. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.
3. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.
5
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

5. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.

LATIHAN SPM 10

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.


2. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.
3. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.
4. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
5. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.

LATIHAN SPM 11

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan.


2. Irna mahu menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenang-kenangan.
3. Pihak kerajaan akan memberikan insentif kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya
mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
4. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan mengadakan mesyuarat tergempar.
5. Jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang, saya akan memilih jurusan perubatan.

LATIHAN SPM 12.

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kita seharusnya memperkemas diri kita dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar dapat
bersaing dengan bangsa lain.
2. Pesuruhjaya sumpah itu memperakukan segala dokumen yang diserahkan kepadanya sebelum
dihantar ke mahkamah.
3. Ah Meng telah menangkap ikan patin di sungai itu.
4. Mei Ling menggondol tempat pertama dalam acara merentas desa.
5. Beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu telah membuang sisa toksik ke dalam
sungai untuk menjimatkan kos operasi mereka.

LATIHAN SPM 13

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.


1. Pihak guru sahaja tidak mampu mengawal pelajar-pelajar yang merokok jika ibu bapa tidak
mengambil berat terhadap anak mereka.
2. Shafiq mengajak Wan menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung pada malam ini.
3. Asap tebal menyelubungi seluruh daerah itu selama beberapa jam akibat kebakaran kilang
mercun.

6
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

4. Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik
pelajar tahun ini.
5. Beliau sentiasa memberi sokongan terhadap usaha yang kami lakukan.

LATIHAN SPM 14

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Mimi membuat bunga telur itu untuk majlis perkahwinannya.


2. Halim membawa beg pakaian yang besar ke Sarawak.
3. Anda mesti makan buah-buahan ini sehingga habis.
4. Saya menaiki kereta api itu untuk menziarahi nenek saya di Singapura.
5. Peserta gimnastik Austria menggulingkan badannya di atas lantai semasa pertandingan itu.

LATIHAN SPM 15

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kerbau jantan yang liar itu merosakkan kebun pisang ayah saya.
2. Beberapa pelajar telah mengalami kecederaan teruk sewaktu kebakaran asrama itu.
3. Pengarah syarikat itu mengingatkan semua anak buah beliau agar sentiasa berbudi bahasa sewaktu
melayani pelanggan mereka.
4. Sekolah kami telah mengadakan Karnival Keusahawanan beberapa hari yang lepas.
5. Belia hari ini perlu menguasai teknologi maklumat sesuai dengan kehendak wawasan negara.

TATABAHASA
(MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF)

LATIHAN SPM I
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Adik yang sedang bermain di halaman rumah dipanggil kakak.


7
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

2. Anak-anak perlu diawasi oleh ibu bapa supaya tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral.
3. Seutas jam tangan dihadiahkan oleh Puan Sharifah kepada anaknya setelah lulus peperiksaan SPM
dengan cemerlang.
4. Kesalahannya itu disedarinya selepas beberapa ketika.
5. Tanah itu diserahkan semula oleh kedua-dua belah pihak setelah memahami penerangan tersebut.
6. Spesies tumbuhan anak di hutan itu akan dikajinya sekali lagi.

LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Novel berbahasa Inggeris itu sudah dibaca oleh Helen bulan lalu.
2. Para pengawas dinasihati oleh guru disiplin agar menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid
yang lain.
3. Pemandangan di kampung nelayan itu saya lukis.
4. Tikus telah berjaya ditangkap oleh Si Comot, kucing kesayangan emak pagi tadi.
5. Tingkah laku anak haruslah diawasi oleh ibu bapa agar mereka tidak tersalah langkah.
6. Setelah lulus dalam ujian memandu Mei Ling dihadiahi sebuah kereta Kancil oleh Puan Lucy.

LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmatan Awam daripada pelajar yang
cemerlang.
2. Eksperimen itu telah kau jalankan dengan baik.
3. Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormatan dalam satu istiadat yang berlangsung di
Balairung Seri Istana Alam Shah, Kelang.
4. Suzi dihadiahi Halim sejambak bunga ros sempena hari jadinya yang ke-23.
5. Stor sukan hendak kami kemas pada petang nanti.
6. Nota sejarah saya telah anda ambil semalam.

LATIHAN SPM 4
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.


2. Jawatan yang dipegang oleh mereka itu sangat penting.
3. Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
4. Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah.
5. Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudah membuat ulang kaji.
6. Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang-wenangnya.

LATIHAN SPM 5
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
2. Anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa supaya mereka tidak bergaul dengan budak-budak nakal.
3. Pelajar itu dihadiahi oleh guru bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh ‘A’dalam
peperiksaan percubaan SPM.
4. Satu misi dilaksanakan oleh mereka bersama-sama.
5. Alat pendingin hawa itu dijualnya dengan harga yang tinggi.
8
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

6. Komputer itu saya beli untuk adik di kolej.

LATIHAN SPM 6
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Permukaan air itu dilitupi pokok teratai yang berwarna-warni.


2. Majalah bercorak akademik kurang diminati oleh golongan remaja meskipun bahan di dalamnya
memberikan ilmu kepada mereka.
3. Pondok buruk yang didiami oleh orang tua itu beratapkan rumbia dan berdinding buluh.
4. Adik perempuan saya dijahitkan baju kurung oleh kakak pada hujung minggu yang lalu.
5. Rumah itu tidak berani kami hampiri kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah tersebut.
6. Kerja-kerja memperdalam sungai Kinta itu akan ditangguhkan oleh mereka berminggu-minggu.

LATIHAN SPM 7
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Segala masalah itu mesti kita hadapi dengan hati tabah.


2. Pengalamannya di hutan itu diceritakan oleh Encik Firdaus apabila didesak oleh ahli keluarganya.
3. Rotan-rotan itu dijemur oleh mereka berminggu-minggu sebelum dibelah.
4. Simen dari luar negara telah diimport oleh kerajaan untuk mengimbangi kekurangan simen dalam
pasaran tempatan.
5. Semak onak yamg melingkari perdu pokok saya bersihkan.
6. Bantahan telah dikemukakan oleh penduduk kampung itu kepada wakil rakyat mereka.

LATIHAN SPM 8
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Buah-buah mangga yang belum begitu masak diperam oleh Pak Yusuf dengan cara membungkusnya.
2. Semua hasil tanaman mereka diborongkan oleh penanam-penanam sayur di kampung itu kepada
seorang tauke Cina.
3. Mata pelajaran Bahasa Melayu diajarkan oleh guru itu kepada pelajar-pelajar selama satu jam setengah
pada setiap minggu.
4. Usahawan tempatan dinasihati oleh Perdana Menteri supaya mengambil langkah susulan yang
sewajarnya.
5. Lakaran yang dibuatnya berdasarkan kain yang digunting oleh Puan Lim.
6. Lelaki itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga kali sebatan oleh Tuan Hakim.

LATIHAN SPM 9
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Seekor rusa jantan telah ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di hutan.
2. Buah rambutan di belakang rumah telah dipetik oleh adik untuk diberi kepada pak cik yang datang
dari Singapura.
3. Halaman rumah kami disapu oleh kakak setiap hari kerana banyak daun gugur pada musim panas ini.
4. Rumah banglo di tepi pantai itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.
5. Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Kalsom sempena hari lahir Kalsom.
9
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

6. Kerusi-kerusi itu disusun oleh mereka di padang sebelum acara sukan bermula.

LATIHAN SPM 10
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Bunga telur itu dibuat oleh Rosliza untuk majlis perkahwinannya.


2. Beg pakaian yang besar dibawa oleh Hazif untuk ke Kuala Lumpur.
3. Buah-buahan ini mesti anda makan sehingga habis.
4. Kereta api itu saya naiki untuk menziarahi nenek di Singapura.
5. Kebun pisang ayah saya dirosakkan oleh kerbau jantan yang liar itu.
6. Badan peserta gimnastik Rusia digulingkan di atas lantai semasa pertandingan itu.

LATIHAN SPM 11
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Ceramah tentang bahaya merokok itu disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Kesihatan.
2. Para pelajar diingatkan oleh pengetua sekolah itu agar sentiasa berwaspada sewaktu berulang-alik ke
sekolah.
3. Gadis dari Brunei Darussalam itu diperisteri oleh Encik Halim sebulan yang lalu.
4. Anak ayam emak saya telah disambar oleh helang pada tengah hari semalam.
5. Sampan itu didayungnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam
pertandingn itu.
6. Penyalahgunaan dan pengedaran dadah telah diharamkan oleh kerajaan di negara ini.

PANDUAN MENUKARKAN CAKAP AJUK KE CAKAP PINDAH

Cakap Ajuk Cakap Pindah


Saya, aku, hamba, patik Dia, ia, nya
beta baginda
Kita, kami mereka
Kamu, awak, anda, engkau Saya, kami, dia, mereka, nya
dia dia

10
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

mereka mereka
ini itu
itu itu
sini sana
sana situ
situ situ
begini begitu
begitu begitu
sekarang Pada masa itu / ketika itu
tadi Tadinya itu
Malam tadi Malam yang lepas, malam dahulu
semalam Hari semalamnya
esok Esoknya itu
kelmarin kelmarinnya
ya Mengeyakan/ mengiakan
tidak Menafikan / menidakkan
bukan menolak
Cis! Dengan marahnya
Amboi! Dengan perasaan terkejut
Hore! Dengan hati yang gembira
Aduh! Sambil mengerang kesakitan
Eh! Dengan nada hairan
Hai! memanggil
Ya? Berasa hairan, tidak percaya

TATABAHASA
( Cakap Ajuk dan Cakap Pindah )

Latihan SPM 1
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi
dalam petikan ini.

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat
menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini
mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan
kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke
Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad
11
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan
melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan
supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada
pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di
samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam
diri. Kamariah dan Aziz mengiakan pendapat itu.
[ 6 markah ]
Latihan SPM 2
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di
halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, “
pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan
“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.
“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “ Kamarul
memberikan alasan.
[ 6 markah ]
Latihan SPM 3

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.


Rancangan apa? “ jawab Ani.
Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.
[ 6 markah ]

Latihan SPM 4

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Norhayati: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?


Norasyikin: Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin: Sebenarnya ibu Syikin sakit.
[ 6 markah ]
Latihan SPM 5
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”


“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.
12
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.


“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu
hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya. [ 6 markah]

Latihan SPM 6
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah

MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?


FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia.
[6 markah]
Latihan SPM 7
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.


“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,”
beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar
yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke
hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang
sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim. [6 markah]

Latihan SPM 8

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi
dalam petikan ini.

Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa
hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa
Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan
kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak
meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak
mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon
pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.
[6 markah]
Latihan SPM 9

13
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah

Hassan Hai, Shiela! Tahniah!


Shiela Tahniah? Mengapa? Aku belum tahu hujung pangkal percakapan kamu.
Hassan Tahniah kerana awaklah pelajar cemerlang SPM sekolah kita.
Shiela Siapa yang memberitahu kamu? Aku sendiri pun belum tahu lagi.
Hassan Cikgu Halimah yang memberitahu aku semasa aku ambil slip keputusan peperiksaan
tadi.
Shiela Nantilah, aku ke sekolah dulu. Aku perlu pastikan dulu benar tidaknya kata-kata kamu
itu.
Hassan Percayalah cakap aku. Aku serius.
Shiela Aku kena hati-hati dengan kamu, dulu aku pernah terkena sekali.
Hassan Kali ini aku tak tipu lagi.
Shiela Lain kali jangan biasa berbuat sesuatu yang orang tak percaya. Berita betul sekalipun
orang masih sangsi.

[6 markah]
Latihan SPM 10
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi
dalam petikan ini.

Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke bandar. Yahya
mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak mahu Azman memujuknya lagi.
Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan
bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur
sawah. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai
petani iatulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi Yahya menegaskan bahawa Azman
sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap mengajaknya
mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan
menyuruh Azman sahaja mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.
[6 markah]

LATIHAN TATABAHASA SPM


( Menyambung Ayat )

Sambung ayat-ayat pendek di dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Latihan 1

Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar tersebut
menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan.
Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan
berpunca daripada kegiatan pembangunan. Kegiatan tersebut tidak teratur.

Latihan 2

14
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada
manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan
televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen
kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan
ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih
membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh
adegan-adegan yang dipaparkan.

Latihan 3

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut


disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran
rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang
kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-
golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

Latihan 4

Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini adalah untuk
para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana
langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara
sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang
kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar
mendalami bidang komputer juga.

Latihan 5

Bercuti ke Pulau Sayak adalah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak.
Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak
menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti
ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik
kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu. 

Latihan 6

Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang
lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke
sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat
menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan
oleh segolongan rakyat asing .

Latihan 7

Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia.
Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-
wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian ialah untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini
mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah
peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

Latihan 8
15
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. Usaha ini adalah selaras dengan Dasar
Pertanian Negara. Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan. Pakar
perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama. Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan
memberikan faedah kepada nelayan tempatan. Usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara. Usaha
ini bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga. Sumber ikan tersebut telah dieksploitasikan
secara berlebihan.

Latihan 9

Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat. Mereka terdiri daripada pelbagai keturunan. Peringkat
umur mereka pun pelbagai. Kehadiran mereka di ibu kota menimbulkan suatu keadaan yang tidak
menyenangkan kita. Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara. Hal ini boleh
menjejaskan usaha kerajaan. Usaha tersebut ialah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Usaha
tersebut dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan. negara.

Latihan 10

Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. Hal ini berikutan rumusan yang dicapai daripada sidang
Puncak Bumi. Sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992. Di Malaysia, masalah
pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal. Langkah berhati-hati perlu diambil. Tujuannya ialah
untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam sekitar. Antara masalah-masalah alam sekitar itu
termasuklah pencemaran air, dan pencemaran udara. Selain itu pencemaran berlaku daripada aktiviti
pembangunan yang tidak terancang.

Latihan 11

Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. Perubahan itu bertujuan mengatasi
masalah pengangguran di kalangan siswazah. Menteri pendidikan mengenalpasti kelemahan-kelemahan
dalam sistem pendidikan sebagai punca bertambahnya penganggur di kalangan siswazah. Sistem
pendidikan ini sudah ketinggalan zaman. Sistem tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi
“keperluan semalam”. Yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk “keperluan esok”.

Latihan 12

Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah. Masalah tersebut terpaksa dipikul oleh anggota
keluarga. Masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat juga. Kenakalan remaja
dianggap suatu masalah sosial. Masalah tersebut begitu rumit. Masalah tersebut kian bertambah.
Pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku mengikut peredaran masa. Yang dimaksudkan dengan
perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat. Perlakuan
tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat. Perlakuan tersebut mewujudkan konflik.

Latihan 13

Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri. Perasmian sukan itu
dilakukan di Stadium Negara. Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh meriah. Perasmian sukan itu
mendapat pujian para peserta. Rekod penyertaan yang terbanyak dicatat dalam kejohanan ini. Sambutan
16
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar negara. Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada
negara kita. Hal ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut.

Latihan 14

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal. Penggubalan itu berlangsung pada Ogos 1971. Penggubalan
itu adalah hasil daripada persidangan di kalangan para cendekiawan Melayu. Satu resolusi telah dicapai
daripada persidangan itu. Resolusi itu berasaskan tiga prinsip utama. Prinsip yang pertama ialah
Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Prinsip yang kedua
ialah unsur-unsur kebudayaan kebangsaan. Prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang penting
dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran
peristiwa rusuhan kaum. Rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969. Rusuhan itu mencatat sejarah hitam
negara.

Betulkan Kesalahan-Kesalahan Tatabahasa :

1 para guru-guru 2 satu setengah jam


3 tiap pelajar 4 daripada sekolah
5 sejak dari semalam 6 demi untuk ibu bapa
7 beberapa penjahat 8 koleksi lagu-lagu
9 sesetengah daripada kek yang dipotong 10 video cakera padat
11 kain batik sutera 12 ahli jawatan kuasa
13 membuang sampah-sarap 14 bergantung kepada guru
15 beralaskan dengan bantal 16 persahabatan di antara Rushi dengan Rani
17 semangat berkerjasama 18 rakyat yang bersatu-padu
19 saling hormat-menghormati 20 deretan kedai-kedai
21 kawasan pendalaman 22 kawasan pengairan di Selat Melaka
23 melawat ke negeri Sembilan 24 menghadiri ke majlis
25 menghadiahkan ibu sebentuk cincin 26 memasak nasi
27 mengunakan ilmu dan pengetahuan 28 menggelakkan diri daripada gejala sosial
29 kebanyakkan fail di pejabat 30 pertunjukkan amal
31 negara yang aman-damai 32 gugusan pulau-pulau
33 pemainan tradisional 34 masalah yang serious
35 golongan cendikiawan 36 memberi banyak faedah
37 golongan pelajar-pelajar 38 wajar dilakukan oleh kita
39 penyalah gunaan dadah 40 menjadi orang yang baik
41 jangan sesekali kita membuat jahat 42 Kadang kala, ibu saya garang.
43 Barang kali, lelaki itu sesat jalan. 44 Walaubagaimanapun
45 sejak akhir ini 46 Justeru itu, masalah ini mestilah diselesaikan.
17
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

47 Bapa menghadiahkan ibu sebentuk cincin 48 barisan hakim-hakim


49 telah mereka sediakan 50 pintu konkrit gerbang
51 mini kalkulator 52 Pasaraya Jusco
53 Persatuan Ibu Bapa Dan guru 54 Melaka Bandaraya Bersejarah
55 Kesimpulanya, masalah ini mesti diselesaikan. 56 Oleh yang demikian, guru pendidik bangsa.
57 rambut kerinting 58 membeli olih-olih
59 pemadam besar getah 60 karangan contoh cemerlang
61 sampel merah darah 62 diluar jangkaan semua
63 sekawan gajah-gajah 64 sembilan orang adik beradik
65 ilmu mempertahankan diri 66 lima setengah tahun
67 segerombolan perompak-perompak 68 membina jatidiri bangsa yang utuh
69 sudah terhantuk baru terngadah 70 sesetengah remaja-remaja
71 setiap-tiap warga sekolah 72 sebuah sungai yang panjang
73 beberapa buah kelas-kelas 74 di dalam mesyuarat agung
75 pada masa kini 76 membeli baju baru
77 sekelompok murid-murid 78 membeli alatulis
79 melukis gambarajah 80 mewujudkan usahasama antara peniaga
81 dimana ada kemahuan, disitu ada jalan 82 dihantar oleh kita
83 Kesalahan itu telah adik lakukan. 84 sekaligus
85 sekumpulan ahli-ahli sains 86 kemeja T
87 semangat anti penjajah 88 berjiwa cintakan negara
89 kerosakkan kereta di lebuh raya 90 mengamalkan urusiaga yang halal
91 mengadakan pilihanraya umum 92 senarai nama-nama
93 setia-setiausaha menteri kabinet 94 urusetia program motivasi
95 penyanyi professional 96 stesen keretapi
97 berkunjung ke Bandaraya Kuala Lumpur 98 memilih ahli jawatan kuasa
99 segerombolan tentera negara 100 pengaruh media masa

KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN

LATIHAN 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

1. Pak Cik saya membeli sebuah kereta baru untuk isterinya sempena hari ulangtahun kahwin mereka
2. Pesakit di kawasan pedalaman itu dikejar ke hospital besar Ungku Tun Aminah dengan menggunakan
helikopter.
3. Masyarakat desa pencil masih percaya kepada kepercayaan karut bahawa seseorang menjadi cantik
kerana memakai susok.
4. “ Anda perlu mendapatkan kebenaran penguasa asrama sebelum meninggalkan asrama , “ kata waden
itu semasa menyampaikan taklimat sempena sesi suai kenal.
5. Harga baju dan kasut di pasaraya itu lebih terendah daripada harga biasa .

LATIHAN 2
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih

18
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

1. Ramli akan sambut kakaknya dari lapanganterbang.


2. Kanak-kanak itu dilateh menulis dan membaca oleh guru di kelas selain merwarna gambar.
3. Dia menerima mohonan maaf lelaki itu dengan tulus ikhlas tanpa sebarang perasangka.
4. Kecurian dan rompak menjadi kebiasan pada masa kini dan banyak berlaku di bandar-bandar besar.
5.Untuk memburu mewah, manusia sangup merompak asalkan mendapat wang.

LATIHAN 3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

1. Suasana di sekelilingi sunyi sepi kecuali bunyi suara megastua yang menjadi penghuni rimba.
2. Beberapa orang pembaca mengesyorkan kepada penerbit majalah akedemik itu supaya adakan ruangan
tentang sejarah tempatan.
3. Manusia mengabaikan pengambilan makanan berkasiat semata-mata mahu dinikmati keenakan
makanan segera.
4. Bahasa Inggeris amat memerlukan dalam bidang pemindahan teknoloji moden.
5. Kempen anti-merokok yang dilancarkan oleh kerajaan akan diperluaskan kepada pelajar sekolah
menengah.

LATIHAN 4
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

1. Pemimpin-pemimpin negara haruslah aref dan bijaksana dalam mengkendalikan masalah moral yang
berlaku dalam kalangan remaja serta mencari jalan penyelesaian dengan segera sebelum terlambat .
2. Pertandingan lanskap antara sekolah dapat pupuk sikap cinta akan keindahan kawasan sekolah dalam
kalangan sekolah.
3. Semua pelajar yang sedang mengikuti kursus pra-diploma di kolej itu diminta membayar yuran mengaji
selewat-lewatnya pada hari Khamis ini.
4. Pada masa kini , kerajaan telah ambil langkah-langkah untuk menjaga dan meningkatkan tarap
kesihatan penduduk Malaysia.
5. Kerajaan telah habis berjuta-juta ringgit untuk menjamin kesehatan rakyat.

LATIHAN 5
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

1. Wakil rakyat kawasan kami akan meresmikan pembukaan sekolah baru yang melibatkan kos binaan
sebanyak RM 5 juta.
2. Tanda-tanda umum keracunan makanan ialah rasa mual, muntah, ceret-beret, pening-pening, dan
ganggu perut.

19
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

3. Filem yang ditontonnya itu menceritakan kedhaifan penduduk-penduduk yang tinggal di negara yang
dilanda perang.
4. Masalah peningkatan suhu bumi dan kenipisan lapisan ozone dibincangkan secara terperinci
dalam persidangan tersebut.
5. Menurut sumber daripada kementerian Kesihatan, dari Januari hingga Ogos tahun ini , terdapat tiga
bilas kes keracunan makanan yang melibatkan 801 orang termasuk satu mati.

LATIHAN 6
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

1. Inflasi merupakan kenaikkan harga barang-barang yang melambong tinggi.


2. Tiada seorang pun dibenarkan simpan barang-barang kawalan lebeh daripada yang dibenarkan oleh
kerajaan.
3. Tindakan orang ramai bercocok tanam di kawasan lapang atau tanah di keliling rumah menurun harga
sayur di pasaran.
4. Malaysia telah menghantar satu pasukan sukarelawan ke negara itu untuk menyertai missi aman.
5. Pada hari ini, gulungan tua juga tidak kurang terlibat dalam tagihan najis dadah.

LATIHAN 7
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

1. Dia seperti sudah dapat menerka kematiannya kerana dia mewasiat segala hartanya kepada pihak
pengurusan rumah anak-anak yatim.
2. Kawasan rehat dan rekriasi diwujudkan bagi memberikan peluang kepada pelancong beriadah.
3. Perlantikan Dayana sebagai setia usaha baru di pejabat itu mendapat sokongan Pegawai Eksekutifnya.
4. Kita harus saling bantu apabila mengadapi sebarang masalah dalam kehidupan harian.
5. Kanak-kanak itu baru sahaja mendaftar diri disekolah itu.

LATIHAN 8
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

1. Mee goreng yang dimasak ibu itu tersungguh enak.


2. Negara kita masih perlu mengimpot beras walaupun penanam padi merupakan salah satu kegiatan
pertanian yang utama di negara ini.
3. Kerajaan ingin memastikan bahawa pertubuhan itu tidak lari daripada matalamat asal pertubuhannya.
4. Cikgu Fauzi ajar matapelajaran Sejarah kepada kami.
5. Agus ambil buku-buku rujukan dari almari lalu dibawanya ke bilik setor.
20
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

LATIHAN 9
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

1. Amirah melanjutkan pelajarannya dalam bidang pengubatan kerana dia ingin mengikuti jejak langkah
kakaknya yang juga seorang dokter.
2. Wan Jasmin kagit melihat kejelitaan atlet yang bertahi lalat di bibir itu yang berkedudukan berhadapan
dengannya di dalam komuter tadi.
3. Hajjah Nazimah berniat memperisteri anak lelakinya dengan gadis dari Pekan, Pahang.
4. Pengumuman washington tentang pelan pembangunan Iraq dan pembentukan kerajaan baru,
menyakinkan dunia bahawa mereka tidak berhasrat hendak menjajah Iraq.
5. Setelah disilakan tetamunya duduk, Puan Hashimah menghidangkan minuman dan sedikit kueh.

LATIHAN 10

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

1. Ibu telah membelikan mesen basuh baru kerana yang lama telah rosak.
2. Pasukan Portugal akan menemu dengan pasukan Greece dalam perlawanan akhir untuk menentukan
juara bolasepak Euro 2010.
3. Pelancaran fasa ke-dua Teknologi komunikasi dan Maklumat memberi tekanan dalam aspek kritikal
seperti pendidikan dan kesihatan.
4. Sebahagian tembikar Dinasti ming yang karam di perairan Kuala Dungun kira-kira 400 tahun dahulu
telah berjaya dinaikan oleh pihak Jabatan Muzium Negara.
5. Kerajaan telah memperlebarkan jalan itu untuk menampong pertambahan bilangan kenderaan.

LATIHAN 11
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

1. Bahang kegawatan ekonomi yang dilanda negara kita dapat di rasai oleh setiap lapisan masyarakat.
2. Beberapa faktur harus dititikberatkan dalam proses penghasilan karya sastera.
3. Masyarakat Malaysia masih diamalkan adad resam yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.

21
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

4. Haliza ditolong Mak Cik Ramlah membasoh pinggan mangkuk yang digunakan semasa kenduri malam
tadi.
5. Penduduk di Taman Kosas sangat perama kerana sering ditegur sapa antara satu sama lain apabila
berjumpa.

LATIHAN 12
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

1. Barah merupakan pembunuh yang paling menggeronkan dewasa ini tetapi dapat dikawal dengan
mengambil berat tentang makanan dan cara hidup yang sihat.
2. Tempuh pengajian dapat menunjukkan pedalaman dan keluasan ilmu pengetahuan yang dapat ditimba
oleh seseorang.
3. Planeterium negara dapat memberikan pelbagai informasi berguna kepada orang ramai mengutamakan
pelajar sekolah.
4. Pelajar yang cermelang itu berupakan pelajar miskin, tetapi sangat berbudi bahasa.
5. Membaca buku-buku berbentuk ilmiah boleh tingkat ilmu pengetahuan seseorang dan menjadikan
mereka cendakiawan.

Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa

Latihan 1:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan atau penggunaan kata atau istilah dan satu

kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Latihan 2:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan atau penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Selain daripada mengamalkan amalan pemakanan seimbang, bersenam juga perlu dilancarkan untuk
menjamin kesihatan seseorang.
(ii) Pihak berkuasa perlu memantau sesetengah mini bas yang membawa penumpang berlebihan dan
dipandu secara berbahaya.
(iii) Masih ramai orang-orang Malaysia belum menukarkan kad pengenalan mereka ke “My Kad”. [6
markah]
22
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

Latihan 3:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan atau penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Buku yang dipinjamkan oleh saya itu telah saya hantarkan kepada tuannya.
(ii) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bukan sahaja mengisi masa lapang pelajar yang terluang,
tetapi dapat memberi ketahanan fizikal dan mental.
(iii) Kemalangan yang berlaku di antara sebuah lori dengan kereta kancil itu berlaku di empat belas
kilometer setengah Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).
[6 markah]

Latihan 4:

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan atau penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Jualan majalah picisan itu kian hari semakin meningkat kerana sering menayangkan bintang popular
yang menjadi kegilaan ramai.
(ii) Pelabagai sumber-sumber hutan diselidik untuk dijadikan bahan pengawet dan ubat-ubatan.
(iii) Sila jangan merokok di kawasan-kawasan awam, kerana asap rokok membahayakan sesiapa yang
menghidunya.
[6 markah]

Latihan 5:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan atau penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Meskipun gaji rendah, mahasiswa itu sanggup menerima pekerjaan tersebut tetapi penuh
kegembiraan.
(ii) Persatuan Bekas-Bekas Perajurit itu memohon sumbangan orang ramai untuk membantu anak-anak
peserta yang yatim piatu.
(iii) Dalam simposium serantau itu, ramai pewakilan melaporkan kertas kerja-kertas kerja tentang cara-
cara mengatasi masalah keganasan global.
Latihan 6:

23
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan atau penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sungguhpun Datuk Murad seorang jutawan, tetapi beliau tidak sombong.
(ii) Ayah dan ibu bercadang membawa sekeluarga kami bercuti di Pulau Langkawi pada hujung minggu
ini.
(iii) Lukisan yang tergantung kepada dinding itu, dibelikan ayah semasa melawat Portugal dahulu.
[6 markah]

Latihan 7:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan atau penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sukan Pendidikan Khas (SUKPEN) yang diadakan di mini stadium itu Pengarah Pelajaran Negeri
yang rasmikan.
(ii) Peperiksaan penggal kedua itu ditangguhkan ke minggu hadapan kerana terdapat beberapa sebab-
sebab yang tidak dapat dielakkan.
(iii) Yang Berbahagia Tuanku Sultan memperkenankan pelancaran Majlis Maulidur Rasul pada peringkat
negeri.
[6 markah]
Latihan 8:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan atau penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Bas rombongan kami naiki itu rosak berhampiran dengan Tapah Plaza Tol.
(ii) Para hadirin dan hadirat bangun memberikan penghormatan sebaik sahaja pengunjung kehormat itu
memasuki dewan.
(iii) Kos sara hidup yang semain hari kian meningkat membebankan golongan berperolehan rendah.
[6 markah]

Latihan 9:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak

24
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan atau penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Walaupun kehidupan Pak Mahadi diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi
tidak pernah menyusahkan jiran-jirannya.
(ii) Taklimat tentang sambutan hari kemerdekaan yang diberikan pada guru-guru besar diadakan di
Perdana Hotel.
(iii) Jalan raya-jalan raya dibina di seluruh negara bagi memudahkan pengangkutan bahan-bahan pertanian
ke bandar-bandar besar. [6
markah]

Latihan 10:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan atau penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat pertimbangan sama ada hendak mendenda
pemandu itu dan memberikan amaran kepadanya kerana melanggar peraturan-peraturan jalan raya.
(ii) Mereka-mereka yang melanggar garis panduan sekolah akan dikenakan tindakan disiplin.
(iii) Ramai penyokong-penyokong bola sepak itu sedih apabila pasukannya tewas. [6
markah]

Latihan 11:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan atau penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pemandu pesawat pejuang itu terpaksa menggunakan payung terjun apabila kerosakan pesawat
dialaminya.
(ii) Gopal ialah antara pemandu yang dicari kerana melakukan banyak kesalahan lalu lintas.
(iii) Sehubungan itu, para peserta dinasihatkan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak
penganjur.
[6 markah]
Latihan 12:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan keslahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan atau penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
25
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

(i) Ramai ahli keluarga tidak dapat menahan keresahan bila mendengar berita tentang kemalangan itu.
(ii) Tuan pengetua menyatakan ribuan terima kasih ke atas sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli
korporat itu.
(iii) Menteri itu memberikan pendapatnya yang perpaduan bangsa amat penting dalam sesebuah negara
seperti Malaysia ini.
[6 markah]

Peribahasa Maksud
Abu di atas tunggul Kedudukan jawatan yang tidak pasti.
Ada kerak adalah nasi Sesuatu kejadian tentu ada bekasnya.
Ada udang di sebalik batu Ada tujuan atau muslihat yang tersembunyi dalam perbuatan.
Ada gula, adalah semut Mata pencarian yang mudah / Orang yang berbudi bahasa
akan dikasihi orang.
Ada sampan hendak berenang Sengaja menyusahkan diri
Ada padi, semua kerja jadi; Ada beras semua Kalau ada wang semua kerja dapat dijalankan dengan cepat.
kerja deras
Ada wang abang disayang, tak ada wang abang Ada kasih sayang kerana adanya wang.
melayang
Air tenang jangan disangka tiada buaya Jangan sangka pendiam itu bodoh atau penakut
Air digenggam tiada tiris Kedekut, kikir atau bakhil
Air sama air, sampah ke tepi juga Kalau campur tangan dalam pergaduhan keluarga orang lain,
apabila mereka berbaik-baik semula, kita akan tersisih.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke Buat kerja bersungguh-sungguh hingga memperoleh kejayaan.
pangkal lengan
Alah bisa, tegal biasa Kerja yang susah menjadi senang jika menjadi suatu
kebiasaan.
Alah membeli menang memakai Membeli barang yang mahal, bermutu, baik dan tahan lama.
Alang-alang mandi biar basah Membuat sesuatu kerja biarlah dengan sempurna
Anak di pangku kelaparan, kera di hutan disusui Suka mengurus hal orang lain dan mengabaikan keluarga
sendiri.
Aur dengan tebing Tolong-menolong
ayam bertelur di atas padi Orang yang hidup mewah
Bagai itik pulang petang Berjalan dengan sangat perlahan
Bagai menatang minyak yang penuh Sangat berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja
Bagai ayam disambar helang Hilang dengan tiba-tiba
26
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya Ikut keadaan


Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Anak menurut baka bapanya.
Berpatah arang berkerat rotan Memutuskan hubungan persaudaraan
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh Kalau kita bersatu padu, kita akan berjaya/Perpaduan sangat
penting
Berpeluk tubuh Malas bekerja
Besar periuk, besarlah keraknya Besar gaji, besarlah perbelanjaan.
Belum duduk sudah berlunjur Membuat sesuatu pekerjaan tidak mengikut peraturan.
Bergolok bergadai Habis terjual barang-barang milik untuk mendapatkan wang.
Belakang parang, diasah lagikan tajam. Kurang berkebolehan tetapi apabila rajin belajar akan berjaya.
Berjagung-jagung dahulu sementara menanti Sebelum mendapat pekerjaan baik, buatlah kerja lain.
padi masak
Berat mata memandang, berat lagi bahu Sedih melihat orang yang susah, tetapi susah lagi orang yang
memikul menanggungnya.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; Pada mulanya susah, kemudian mendapat kesenangan.
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Tolong-menolong apabila membuat sesuatu kerja.
Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis Berfikir sebelum membuat sesuatu pekerjaan.
Berludah ke langit, jatuh ke muka sendiri Membuka rahsia sendiri atau keluarga, akhirnya diri yang
malu.
Biar titik jangan tumpah Biar mendapat sedikit kerugian, jangan hilang sama sekali
Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut Menjaga rahsia
Biar mati anak, jangan mati adat Adat resam perlu ditaati walaupun terpaksa korbankan anak.
Biar putih tulang, jangan putih mata Sanggup mati daripada meyerah kalah.
Biar lambat asalkan selamat Membuat sesuatu kerja dengan berhati-hati agar
mendatangkan kejayaan
Biduk lalu kiambang bertaut Ahli keluarga yang berkelahi akhirnya akan bersatu semula.
Bintang terang Bertuah
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan Buat baik biar sekadarnya dan jangan sama sekali buat jahat
sekali
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Susah sama susah; senang sama senang.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia Manusia yang hidup berdasarkan kata muafakat / kata sepakat
kerana muafakat
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan; laut mana Setiap orang tidak sepi daripada membuat kesalahan, bezanya
yang tidak bergelora. sama ada kesalahan itu besar atau kecil.
Bunga dedap Perempuan yang cantik tetapi buruk budi bahasanya
Burung terbang dipipiskan lada Belum tentu akan memperoleh sesuatu tetapi sudah
memikirkan keuntungannya.
Burung dalam sangkar, mata lepas badan Orang yang dipelihara dengan baik tetapi tiada kebebasan.
terkurung
Burung terbang dipipiskan lada Orang yang berangan-angan / Mengharapkan sesuatu yang
belum pasti dapat
Campak baju nampak kurap Mendedahkan keburukan diri sendiri.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum Perkelahian antara ahli keluarga berakhir dengan berbaik-baik.
juga
Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga Kalau seseorang itu merosakkan kaum keluarga orang lain,
orang berkenaan turut merasakan kesusahannya.
Daripada hidup menanggung malu, biar mati Daripada mendapat malu lebih baik mati

27
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

bergalang tanah
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Kalau ada cita-cita, tentu ada ikhtiar untuk menjayakannya.
Dibakar tidak hangus, direndam tak basah Sangat berkuasa dan tidak mudah dikalahkan.
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung Patuh kepada adat dan peraturan tempat di mana kita tinggal
ditelan mati emak, diluah mati bapa Suatu keadaan yang serba salah
Embun di hujung rumput Kasih sayang yang tidak kekal.
Enggang sama enggang, pipit sama pipit Perbezaan taraf; orang kaya dengan orang kaya; orang miskin
dengan orang miskin.
Enau dalam belukar melepaskan pucuk masing- Mementingkan diri sendiri dan hidup bersendirian.
masing
Peribahasa Maksud
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati Orang yang baik meninggalkan nama yang baik apabila sudah
meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.
meninggalkan nama
Gali lubang tutup lubang Meminjam wang untuk membayar hutang.
Gegak seperti hendak roboh Orang yang ketawa dengan sangat kuat
Genggam bara api biar sampai jadi arang Melakukan sesuatu biarlah sehingga mendatangkan hasil.
Gulung tikar Muflis
Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari Harta akan habis jika bersifat boros.
digali
Habis manis sepah dibuang Digunakan sewaktu ada keperluan sahaja dan selepas itu
ditinggalkan.
Hancur badan di kandung tanah, budi yang baik Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan walaupun
dikenang juga sesudah mati.
Hangat-hangat tahi ayam Pada mulanya bersungguh-sungguh tetapi kemudian
ditinggalkan begitu sahaja.
Harap hati nak peluk gunung, apakah daya Kehendak hati terlalu besar sehingga tidak berkeupayaan
tangan tak sampai untuk mencapainya.
Harapkan guruh di langit, air di tempayan Keuntungan kecil dilepaskan dengan harapan akan mendapat
dicurahkan keuntungan yang lebih yang tidak pasti akan diperoleh.
Harapkan pagar pagar makan padi Orang yang diharapkan melakukan pengkhianatan.
Harga mati Harga tetap.
Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama Hidup bermuafakat; banyak sama banyak; sedikit sama sedikit.
dicecah.
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih Melakukan ssuatu dengan bersungguh-sungguh kerana ada
kemahuan tetapi apabila tiada kemahuan akan mengelak
daripada melakukannya.
Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong Orang tak sudi tetapi dia yang mahu campur tangan / penyibuk
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Kita tidak boleh lari daripada adat
Hilang bahasa lenyaplah bangsa Sesuatu bangsa akan hilang apabila bahasanya tidak
digunakan.
Ibarat beban belum terlepas dari bahu Masih terpaksa menanggung tanggungjawab
Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah Sekiranya kita tidak bersatu padu, nescaya akan
semua mendatangkan kesan buruk
Ikut resmi padi; semakin berisi semakin tunduk Semakin kaya atau berilmu, tidak sombong tetapi merendah
diri.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa Kalau kita ikut nafsu, buruk padahnya
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis Berhati-hati sebelum mendapat kesusahan dan berjimat
sebelum kehabisan wang.

28
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

Isi dengan kuku Persahabatan yang rapat.


Jauh berjalan banyak pengalaman Banyak pengalaman.
Jangan biar cacing naik ke mata Perbuatan yang melampau dan mendatangkan aib kepada diri
dan keluarga
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat Perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
sagunya kejayaan.
Kacang lupakan kulit Tidak mengenang budi.
Kacang hantu Budak-budak yang nakal.
Kais pagi makan pagi, kais petang makan Keadaan hidup seseorang yang sangat susah.
petang
Kata periuk belanga hitam Orang yang memburuk-burukkan orang lain, tidak sedar yang
dia pun buruk juga.
Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat Kita tidak akan mendapat hasil jika kita tidak berusaha.
sagunya
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah Kalau takut berhdapan dengan riisiko, jangan melakukan kerja
di tepi pantai yang berbahaya
Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai Kalau kita memiliki kemahiran, sudah tentu kita akan berjaya
ke seberang
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan Sangat menghargai
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Anak akan mewarisi bakat ayahnya.
Kera sumbang Orang yang mengasingkan diri.
Kera mendapat bunga Orang yang selalu merosakkan pemberian orang lain kerana
tidak tahu menghargai
Kerbau dicucuk hidung Sentiasa mengikut kehendak orang lain.
Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur Kalau sesuatu kerja itu ditangguhkan selalu, ia tidak akan
tidak bertahan selesai tetapi apabila dilakukan beransur-ansur akhirnya siap.
Ke tengah boleh ke tepi pun boleh Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Ketam menyuruh anaknya berjalan betul Orang yang memberi nasihat tidak melakukan sebagaimana
yang dinasihatinya itu.
Kunyah dahulu telan kemudian Berfikir sebelum bertindak
Kupu-kupu terbang malam Pelacur
Lain padang lain belalang; lain lubuk lain Adat resam dan cara hidup di sesebuah negeri tidak sama di
ikannya negeri lain.
Lain di mulut lain di hati Apa yang diperkatakan adalah berlawanan dengan apa yang
tersemat di hati.
Lain gatal lain digaru Lain disoal lain dijawab.
Lain makan nagka, lain kena getah Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang
dituduh.
Laut mana yang tidak bergelora, bumi mana Setiap usaha tetap ada kesukaran ataupun bahayanya.
yang tidak ditimpa hujan
Lautan dapat diduga, hati manusia siapakah Hati dan perasaan manusia itu tiada siapa yang dapat
dapat menduganya mengetahuinya.
Lebah, mulut membawa madu, ekor membawa Orang yang percakapannya manis tetapi niatnya jahat.
sengat
Lembu punya susu sapi dapat nama Mendapat nama hasil titik peluh orang lain.
Lempar batu sembunyi tangan Membuat perbuatan jahat dan berpura-pura tidak tahu.
Lepas dari mulut buaya, masuk ke mulut Terlepas daripada mala petaka dan terpaksa berhadapan
harimau dengan bahaya yang lain.
Lidah biawak Cakap yang berubah-ubah dan tidak menepati janji.

29
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

Masuk kandang kambing mengembek, masuk Kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat setempat.
kandang kerbau menguak
Melepaskan batuk di tangga Membuat sesuatu pekerjaan dengan cara yang tidak
bersungguh-sungguh.
Melepas anjing tersepit, selepas terlepas dia Orang yang tidak berterima kasih.
menggigit
Melentur buluh biarlah dari rebungnya Biarlah mendidik sejak kecil.
Membujur lalu melintang patah Dapat mengatasi segala halangan untuk mencapai kejayaan

Peribahasa Maksud
Membuka pekung di dada Mendedahkan rahsia kaum keluarga, sendiri yang mendapat
malu
Menanti kucing bertanduk Menunggu sesuatu yang memang mustahil berlaku

Menanam tebu di tepi bibir Seseorang yang bercakap dengan lemah-lembut tetapi berniat
jahat.
Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri Perbuatan yang mendatangkan aib kepada diri sendiri
Mentimun dengan durian, menggolek luka, kena Melawan orang yang berpangkat dan kuat, sama ada salah
golek pun luka ataupun tidak, tentu orang yang berpangkat rendah atau lemah
akan kalah juga.
Merdu bagai buluh perindu Sangat tenang
Murai dcabut ekor Seseorang yang sangat bising.
musuh dalam selimut Seseorang yang dipercayai tetapi orang yang dipercayai
mengkhianati
Nasi sudah menjadi bubur Suatu keadaan yang tidak boleh dibaiki lagi.
Orang mengantuk disorongkan bantal Seseorang yang inginkan sesuatu, tiba-tiba keinginannya itu
disajikan kepadanya.
Orang buta hilang tongkat Orang miskin yang hilang tempat bergantung.
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi Sentiasa menjaga tutur kata dan berterima kasih kepada yang
kita merasa menolong kita.
Padang jarak padang terkukur Musnah sama sekali
Pandu cermat jiwa selamat Berhati-hati di jalan raya
Pandai macam kancil Sangat cerdik
Patah tumbuh hilang berganti Setiap sesuatu ada galang gantinya
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara Pemuda dan pemudi mempunyai peranan dalam
pembangunan negara
Pucuk dicita ulam mendatang Mendapat sesuatu pada masa yang sangat-sangat
menghendakinya.
Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi Seseorang yang suka mencela benda yang sudah siap.
Rumput di tepi jalan Keadaan hdiup seseorang yang melarat dan tidak dipedulikan
oleh orang lain.
Sambil menyelam minum air Melakukan dua aktiviti pada masa yang sama.
Sebab nila setitik rosak susu sebelanga Disebabkan kesalahan kecil, segala kebaikan tidak dipandang
orang
Sebatang kara Hidup menyendiri
Sediakan payung sebelum hujan Menyediakan perlindungan sebelum mendapat kesusahan.
Segan bertanya sesat jalan Kalau tidak mahu bertanya, tentu jadi bodoh
Sehari selembar benang, lama-lama akan Melakukan kerja secara beransur-ansur akhirnya akan
menjadi kain berhasil.

30
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

Sekali air bah, sekali pantai berubah Pemerintah bertukar dan cara pemerintahan pun bertukar.
Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut Membesar-besarkan perkara kecil
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh Orang jahat akan tertangkap juga akhirnya.
ke tanah juga
Seperti anjing dengan kucing Orang yang selalu bergaduh
Seperti bertih digoreng Bunyi kuat seperti bunyi letupan senapang atau meriam
Seperti cacing kepanasan Orang yang gelisah dan sentiasa resah
Seperti kaduk naik junjung Orang hina apabila senang sudah lupa daratan / lupa asalnya
Seperti katak di bawah tempurung Dunia hidup seseorang yang sempit / Pengetahuan dan
pengalaman terbatas
Seperti kerbau dicucuk hidung Orang yang menuruti kata orang lain tanpa membantah
Seperti kumbang putus tali Menghilangkan diri dengan cepat
Seperti lipas kudung Berlari dengan sangat laju
Seperti mencurah air ke pasir Tindakan yang sia-sia / Menasihati orang yang memang degil
Seperti pahat dengan pemukul Orang yang hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh
Seperti pinang pulang ke tampuk Kena pada tempatnya
Seperti sirih pulang ke gagang Sangat sesuai
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak Sebelum bertindak hendaklah berfikir terlebih dahulu.
berguna
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan Jika tersalah membuat pekerjaan hendaklah cepat-cepat
menyedarinya dan membetulkan kesalahan itu.
Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya Walaupun jauh berdagang, akan kembali ke tempat asal.
hinggap di belakang kerbau juga
Siapa makan lada, dialah berasa pedas Yang membuat salah selalunya akan merasa.
Sudah terhantuk baru tengadah Sudah mendapat kemalangan baru hendak beringat-ingat.
Sudah jatuh ditimpa tangga Ditimpa beberapa bencana sekali gus.
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak Apabila mendapat perkara yang lebih baik, yang sedia ada
berguna lagi dibuang
Sudah tahu bertanya pula Orang yang berpura-pura tidak tahu padahal sudah tahu
Takkan lari gunung dikejar Sesuatu yang pasti.
Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan Adat resam, kepercayaan, samangat, rasa hati dan
sebagainya tidak akan dilupakan atau berubah-ubah lagi.
Takut kerana salah, berani kerana benar Yang bersalah takut, yang tidak bersalah berani menghadapi
kenyataan.
Takkan pisang berbuah dua kali Tidak mahu perkara malang berulang lagi
Talam dua muka Berbaik-baik dengan dua orang yang masing-masing
bermusuhan
Tanam lalang tak akan tumbuh padi Kejahatan yang dibuat, balasannya jahat juga.
Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi Tanpa Kerjasama atau tolong-menolong sesuatu perkara tidak
dapat dilakukan.
Terkilat ikan di air, sudah tahu jantan betinanya Seseorang yang pandai dalam mengetahui maksud perkataan
seseorang.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata Kita perlu berhati-hati dengan tutur kata kita.
buruk padahnya
Tiada rotan akar pun berguna Kalau tiada yang lebih baik, gunakan apa sahaja yang ada
sebagai penggantinya.
Tiada beban batu digalas Tiada masalah tetapi sengaja mencari masalah

Peribahasa Maksud

31
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

Tikus membaiki labu Orang yang kurang arif dalam sesuatu perkara, apabila
melakukannya, ia bukan bertambah baik malah bertambah
buruk.
Tinggal sehelai sepinggang Menjadi miskin
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa Kita tidak dapat menentukan nasib seseorang
tahu
Ukur baju di badan sendiri Melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan sendiri.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam Orang yang mengadu untung nasibnya, jika bernasib baik ia
akan selamat; jika tidak bernasib baik, akan rugi.

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat


Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang


Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu


Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

32
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya


Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi


Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung


Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing


Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air


Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati


Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati


Maksud : Tidak sombong

17. murah hati


Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas


Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong


Maksud : Hampa.
 

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing


Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai


Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

33
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

6. indah khabar daripada rupa


Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah


Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni


Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit


Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat
kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung


Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak


Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua


Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak


Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya


Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang


kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit


Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan


Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.


Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

34
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

22. biar mati anak, jangan mati adat


Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan


Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati


Maksud : Gembira.

25. anak buah


Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah


Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung


Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang


Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan


Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk


Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai bagi setiap
petikan.

Latihan 1

 Semangat kejiranan masih diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Mereka saling
membantu menyelesaikan masalah. Mereka akan menghadapi situasi susah dan senang bersama-
sama. Amalan ini sudah sebati dalam diri mereka kerana telah diwarisi sejak turun temurun.

Latihan 2

 Ismail menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan barangannya dijual dengan


harga yang tinggi kerana dia ingin mengaut keuntungan yang lebih. Ismail juga terkenal dengan
sikapnya yang suka berbangga dengan kejayaannya dalam perniagaan. Walau bagaimanapun,
isterinya tidak bersikap sedemikian sebaliknya dia sering merendah diri dan tidak keberatan
membantu mereka yang dalam kesusahan.

Latihan 3

35
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

 Saiful bekerja di sebuah syarikat pengangkutan. Dia merupakan seorang pekerja yang rajin dan
akan menyiapkan tugasannya sehingga selesai walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Saiful
berperanan penting di tempat kerjanya kerana dia sangat berkemahiran dan mampu mengendalikan
syarikat dengan baik. Dia sentiasa meningkatkan kecekapannya supaya kebolehannya setanding
dengan pegawai-pegawai yang lain.

Latihan 4

 Syarifah merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Semasa mengulangkaji


pelajaran, dia akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh gurunya dengan bersungguh-
sungguh untuk mendapat jawapan yang tepat. Syarifah sedar bahawa untuk meraih kejayaan, dia
perlu berusaha dengan tekun. Walaupun letih, dia percaya bahawa keperitan yang dialaminya
sekarang akan menjanjikan kesenangan pada masa hadapan.

Latihan 5

 Aziz masih memegang status kerakyatan Malaysia walaupun sudah dua puluh tahun menetap di
England. Dia tidak menghadapi sebarang kesulitan tinggal di sana kerana dia mudah menyesuaikan
diri dengan kehidupan masyarakat setempat. Aziz mendapati kehidupan di England tidaklah sehebat
yang disangkakan sebagaimana yang sering didengarnya sebelum ini. Namun dia terpaksa
meneruskan kehidupannya di sana kerana kontrak kerjanya masih belum tamat.

Latihan 6

 Penduduk Taman Perdana mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan


persekitaran. Mereka bersama-sama melakukan kerja sama ada mudah atau susah. Penduduk taman
yang berbilang kaum itu bertolak ansur dan hidup aman dan damai. Sekiranya ada penduduk di
taman itu yang menghadapi kesusahan, yang lain turut bersimpati dan cuba membantu.

Latihan 7

 Kerajaan telah memilih Kampung Siantan sebagai kampung angkat. Kampung itu terpilih kerana
majoriti penduduknya rajin bekerja dan mereka juga mudah memberikan pertolongan jika diperlukan.
Dalam salah satu projek yang dijalankan, penduduk kampung telah bersepakat untuk mendirikan
semula rumah Pak Kemat yang hampir roboh. Sikap pemuda-pemuda kampung yang suka
menghabiskan masa di tepi-tepi jalan pula amat dikesalkan kerana tidak sudi membantu walaupun
telah ditegur.

Latihan 8

 Gejala sosial dalam kalangan remaja begitu membimbangkan. Walaupun telah diberi teguran dan
dinasihati oleh keluarga, guru dan masyarakat pelbagai masalah sosial terus berlaku. Ada di antara
remaja terbabit telah ditangkap dan dihantar ke pusat serenti atau pusat pemulihan akhlak. Golongan
ini memang menyusahkan masyarakat yang cinta akan kedamaian. Walaupun begitu, ibu bapa dan
keluarga mereka tetap tidak berputus asa, malahan terus berusaha untuk memastikan masalah ini
dapat diatasi.

36
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

Latihan 9

 Masyarakat kampung terkenal dengan semangat bekerjasama. Hal ini dapat dilihat apabila ada
majlis kenduri-kendara. Masyarakat di bandar pula lebih mementingkan diri sendiri dan keadaan ini
berpunca daripada latar belakang hidup yang berbeza. Jika berlaku sesuatu masalah, mereka terasa
berat untuk membantu. Namun, keistimewaan tinggal di bandar, penduduknya akan terasa aman
kerana tiada orang yang menyibuk akan hal orang lain. Sedangkan jika di kampung, apabila berlaku
sahaja sesuatu perkara, akan gemparlah seluruh kampung.

Latihan 10

 Pak Salleh yang telah lama berniaga makanan di kampung telah mengambil keputusan untuk
mencuba nasib dengan membuka restoran di Kuala Lumpur. Perniagaannya sangat baik kerana sejak
akhir-akhir ini dia telah mendapat banyak keuntungan hingga kehidupannya menjadi senang. Setelah
beberapa tahun, sikap tamak mula bersarang di hatinya menyebabkan dia menutup restorannya dan
melibatkan diri sebagai kontraktor bangunan. Namun malangnya, syarikat barunya itu telah gagal
mendapat sebarang projek dan diistiharkan muflis menyebabkan dia menjadi miskin.

Latihan 11

 Budaya dan minat membaca hendaklah dipupuk sejak kecil lagi. Kita bersyukur kerana sudah ada
pihak yang berani tampil dengan beberapa pendekatan sistematik bagi menimbulkan minat membaca
dalam kalangan kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun agar mereka mahir membaca.
Ahli keluarga terutamanya ibu bapa juga harus menampilkan teladan dalam memupuk minat
membaca. Sekiranya budaya ini sudah dijadikan amalan, sudah pasti anak-anak akan mengikut jejak
langkah mereka. Masyarakat perlu sedar bahawa tanpa ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada
pembacaan, mereka akan terus menjadi masyarakat yang buta ilmu dan ketinggalan zaman.

Latihan 12

 Samad bekerja sebagai seorang nelayan kecil-kecilan. Dia tidak hanya bergantung kepada
pendapatan sebagai nelayan sahaja sebaliknya turut mengambil upah menjahit jala yang terkoyak
sebagai cara untuk menambahkan pendapatannya. Samad juga sering beringat dan tidak boros
berbelanja dan akan menyimpan wang untuk keperluan semasa susah. Walau bagaimanapun, dia
amat sedih apabila sampannya dihanyutkan ombak petang semalam kerana dia terlupa untuk
menambatnya.

Latihan 13

 Daud masih tidak puas hati dan terus menuntut harta pusaka peninggalan ayahnya daripada
abang-abangnya walaupun pembahagian sama rata telah dibuat. Perangainya itu menimbulkan
kemarahan keluarganya kerana semasa ayahnya masih hidup, Daud dengan jelas mengatakan
bahawa dia tidak kisah akan harta tersebut. Sikapnya itu telah menjadikan hubungan mereka
sekeluarga terjejas walaupun sebelum ini mereka sekeluarga cukup akrab.
37
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

Latihan 14

 Para pengunjung yang datang ke kedai lelongan itu amat sedikit walaupun iklan tentang lelongan
itu telah disebarkan secara meluas menerusi media massa. Sebahagian daripada pelanggan yang
datang ke kedai itu berasa kesal kerana barangan yang ada di situ tidak banyak pilihan untuk dibeli
seperti yang disangka oleh mereka. Jelaslah perkara itu hanyalah omong kosong dan tidak menepati
maklumat dalam iklan yang disiarkan. Nampaknya pengunjung pulang dengan hampa kerana
terpaksa pulang tanpa membeli apa-apa barangan.

Latihan 15

 Setiap indinvidu yang ingin berjaya tidak boleh hanya mengharapkan bantuan dan simpati orang
lain. Mereka perlulah berusaha dengan gigih kerana tiada kejayaan untuk orang yang malas. Apabila
sudah berjaya, jangan pula kita melupakan jasa semua pihak yang telah menolong kita seperti ibu
bapa, guru dan pihak kerajaan. Kita juga perlu bijak membuat keputusan dan jangan pula terlalu
mengikut arahan orang lain tanpa usul periksa atau memikirkan kesan negatifnya kepada diri kita
sendiri.

BINA AYAT DARIPADA PERIBAHASA


Latihan 1

Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya.

 Mencari jalan
 Anak dagang
 Memerah otak
 Batu penghalang
 Lintah darat

Latihan 2

Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya.

• Kacang lupakan kulit


• Bak cendawan tumbuh selepas hujan
• Bagai kaca terhempas ke batu
• Seperti lembu dicucuk hidung
• Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua

Latihan 3

Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya.

38
[MODUL - BAHASA MELAYU] SPM

 Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung


 Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
 Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
 Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
 Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Latihan 4

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.

1) Raju dan Kumar merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering bekerjasama dalam apa
jua situasi.

2) Jauhary menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan bersungguh-sungguh dan
dia sanggup tidak tidur semalaman.

3) Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara kerana dia mudah
menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup masyarakat setempat .

4) Penduduk Kampung Jaya Setia sering berganding bahu dan menyelesaikan masalah mereka
bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang mereka kecapi selama ini.

5) Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha bersungguh-sungguh.

6) Pinjaman perniagaan Anis sudah diluluskan oleh pihak bank dan dia hanya menunggu masa
sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.

7) Anidah sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia mudah faham
apa yang diajar oleh guru.

8) Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel penginapannya tidak menyediakan segala
kemudahan yang dijanjikan sebagaimana semasa dia membuat tempahan dahulu.

9) Pak Abu tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan bulanannya
sebagai bekalan semasa dalam kesusahan.

10) Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil lagi untuk memastikan mereka mempunyai
akhlak yang cemerlang.

39

Anda mungkin juga menyukai