Anda di halaman 1dari 69

KOSA KATA: KONDUSIF, KONTROVERSI & KONSISTEN

KOSA KATA: 3 MODUS OPERANDI Modus operandi: (bahasa pinjaman Latin) Maksudnya: cara (prosedur dsb.) untuk melakukan (melaksanakan) sesuatu.

KOSA KATA: KONDUSIF, KONTROVERSI & KONSISTEN 1. kondusif sesuai, baik dsb. untuk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu Contoh ayat: Kerajaan negeri memberi jaminan akan terus menyediakan suasana ekonomi yang kondusif dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan asing. 2.kontroversi Perselisihan /pertelingkahan pendapat dsb yang biasanya berlarutan Contoh ayat: Kontroversi pemilihan peserta akhir Mentor 3 tentunya tidak akan mengganggu konsentrasi tiga protg yang akan bersaing pada malam ini. 3.konsisten Terus berpegang pada pendirian dsb yang sama, tekal; secocok, sesuai, sejajar Contoh ayat: Tidak pernah kenal erti putus asa dan konsisten dengan prestasi terbaik merupakan resipi utama pasukan Selangor sepanjang musim ini dalam saingan Liga Malaysia.

(a) Dalam tempoh enam bulan yang lalu, pihak polis menerima tiga aduan tentang kes penipuan menggunakan modus operandi yang sama. (b) Kedua-dua kejadian jenayah di bandar itu memperlihatkan modus operandi yang sama.

Prakarsa : Maksudnya: daya usaha, inisiatif, ikhtiar Contoh ayat: Impian untuk memperoleh kejayaan tanpa prakarsa adalah siasia belaka. Jerayawara (road show): Maksudnya -persembahan, pameran, ceramah dsb yang diadakan oleh seseorang atau se kum pulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yang ber kunjung dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb. Contoh ayat: (a) Persatuan itu melaksanakan program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri jerayawara yang meliputi seminar dan pa meran. (b) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengadakan sesi jerayawara di semua Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi menerangkan proses penjualan PPR bermula bulan depan.

KOSA KATA : INTIHA, ILTIZAM & MASLAHAT SEGMEN KOSA KATA 1. intiha (Arab) akhir, penghabisan, penutup Contoh ayat: Sebagai intiha, pendidikan untuk perpaduan perlu dikaji semula supaya anak-anak Malaysia pascamerdeka memahami konsep dan peri penting perpaduan dalam kehidupan mereka. 2.iltizam (Arab) keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dan melaksanakan sesuatu, komitmen Contoh ayat: Iltizam untuk melakukan penambahbaikan perlu ada pada setiap individu. 3.maslahat (Arab) sesuatu yang berfaedah (berguna), usaha dsb. yang mendatangkan faedah Contoh ayat: Penyediaan kemudahan awam perlu dijaga dengan baik untuk maslahat orang ramai yang akan menggunakannya.

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA Kata pemeri Kesilapan Penggunaan adalah dan ialah Kata pemeri ialah dan adalah merupakan kata tugas yang tergolong sebagai kata prafrasa. Kata pemeri ialah digunakan untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh-contoh yang dapat dilihat daripada penggunaan kedua-dua kata pemeri ini adalah seperti berikut : 1). Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah Contoh: Anak adalah anugerah Allah. (Salah) Anak ialah anugerah Allah. (Betul) Pak Mat adalah orang yang pertama menerpka kawasan itu. (Salah) Pak Mat ialah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Betul)

Contoh: Matlamat utama syarikat ini adalah membantu para golongan muda . (Salah ) Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah. (Salah ) Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda. (Betul) Usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah. (Betul) 4) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat. Contoh: Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa... (Salah ) Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul )

Adalah dimaklumkan bahawa... (Salah ) Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul)

5) Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja Matlamat AMAN adalah pembinaan masyarakat sejahtera. (Salah) Matlamat AMAN ialah pembinaan masyarakat sejahtera. (Betul Contoh: Keputusan ini diambil adalah berdasarkan... (Salah) Keputusan ini diambil berdasarkan... (Betul)

2) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah Contoh: Majalah ini ialah untuk kaum wanita sahaja. (Salah) Majalah ini adalah untuk kaum wanita sahaja. (Betul) Persembahan itu ialah baik. (Salah) Persembahan itu adalah baik. (Betul) 3) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja. Para pelajar adalah dipelawa memohon... (Salah) Para pelajar dipelawa memohon... (Betul)

Bangunan Blok G SMK King George V ialah bangunan sekolah kedua yang diisytiharkan sebagai Warisan Negara Kesimpulannya, Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja, manakala kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama. Sebaliknya, kata kerja atau frasa kerja tidak perlu didahului oleh kata pemeri, sama ada ialah atau adalah.

BEBERAPA KESALAHAN TATABAHASA YANG LAZIM 1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan di a) salah - disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara - di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan b) betul - di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara - diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan 2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke a) salah - keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan b) betul - ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, kekasih 3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada a) dari - rumus A (arah), T (tempat), M (masa) = dari - dari belakang, dari Perak, dari semalam b) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad - sumber atau asal kejadian sesuatu benda - perbezaan dan perbandingan - daripada guru besar, daripada getah, daripada markah 4 Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak) a) salah - semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli b) betul - semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

8 Pembentukan ayat pasif a) Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah) Surat itu telah kami hantar. (betul) b) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah) Laporan itu perlu anda siapkan. (betul) c) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah) Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)

9 Penggunaan kan menggantikan akan a) salah - sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan b) betul - sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan 10 Menjarakkan imbuhan pinjaman a) salah - juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadah b) betul - jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah

5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunan a) salah - beratus orang, beribu penonton, berguni padi b) betul - beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi 6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan a) salah - paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali b) betul - paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali 7 Menggandakan kata selepas saling a) salah - saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan b) betul - saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan

KOLEKSI SOALAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN Unit 3 Sistem Ejaan dan Imbuhan 1. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Pengemis tua itu meniduri anak lelakinya di atas simin dengan beralaskan kotak. (ii) Aktiviti membenteras kegiatan cetak rompak sedang bergiat dijalankan oleh pihak berkuasa. (iii) Shahrul melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk mendalamkan ilmu aero angkasa yang diminatinya sejak kecil. 2. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Alliah mata galak dan memiliki se-pasang kening yang cantik. (ii) Nenek tidak dapat melihat dengan jelas kerana pandangnya kabor. (iii) Ahli silap mata itu memperlihat kehebatannya mencucoh tangannya dengan api. 3. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Ideanya selalu menerima oleh gurunya kerana lojik dan bernas. (ii) Seniwan jalanan itu datang ke Kuala Lumpur dengan berbekalkan sebuah gitar sebelum menjadi pemusik yang terkenal. (iii) Pak Cik Hamid telah berkecempung dalam pasukan polis lamanya 20 tahun.

4. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Kerajaan menggalak pelancongan domestic untuk mengurangkan pengaliran wang ke luar negara. (ii)Kerajaan prihatin terhadap masalah yang ditanggong oleh golongan ibu tunggal yang terpaksa menyara keluarga keseorangan. (iii)Penghayatan terhadap erti kemerdekaan dititik beratkan oleh kerajaan dalam menyemai usaha menyintai negara.

5. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Pengetua menasihati para pelajar agar sentiasa berdisplin setiap kali himpunan sekolah diadakan. (ii) Kenaikkan kadar tambang bas sekolah mendapat tentangan daripada ibubapa. (iii) Kerani itu mengcap dokumen itu lantas masukkannya ke dalam sampul surat. 6. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Kajian telah dibuktikan bahawa punca penyakit itu belum dapat dikenalpasti lagi. (ii) Lukisan yang dipamirkan itu dihasil oleh kanak-kanak istimewa. (iii) Berita hari ini tersiar insiden dua orang buruh binaan maut terkena kejutan letrik.

7. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Setia usaha itu ditugaskan oleh majikannya untuk menyedia laporan minit mesyuarat. (ii) Perdana Menteri akan merasmikan pembukaan sekolah bahru yang melibatkan kos binaan sebanyak RM6 juta. (iii) Semua pelajar yang sedang mengikut kursus pra-diploma Pengurusan Perniagaan di kolej itu diminta membayar yuran pengajian mereka selewat-lewatnya hujung bulan depan.

10. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Kebanyakkan penduduk di kampung itu mengusahakan tanaman koko secara kecil kecilan. (ii) Saya tidak menyangka sama sekali bahawa pasangan suami-isteri itu sanggup menderakan anak mereka yang masih bayi. (iii)Beg yang menggalasnya itu tercampak ke tengah jalan apabila dirempuh oleh seorang pemuda yang menunggang motorsikal.

8. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Semua tempat duduk sudah dipenuhi penuntun yang ingin saksikan persembahan teater. (ii) Penciptaan sains dan teknologi moden turut dibawa kesan negetif kepada masyarakat. (iii) Dapatan tokoh akademi masih diperlukan oleh negara walaupun mereka sudah bersara. 9. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Pelita itu dipadam apabila dihembos oleh angin malam. (ii) Perserta larian yang termengah-mengah itu berjaya tiba di garisan tamat. (iii) Khidmat bas awam di kawasan perumahan itu bukan sahaja tidak ber kualliti malahan lambat.

KOLEKSI SOALAN MORFOLOGI Seksyen B Koleksi Soalan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Unit 1 Morfologi 1. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. (i) sangat-sangat (ii) agak-agak (iii) benar-benar (iv) erat-erat (v) nyaris-nyaris (vi) hampir-hampir 2. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. (i) alat bantu (ii) buah tangan (iii) anak gahara (iv) garis panduan (v) kertas putih (vi) orang kaya 3. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. (i) mandi-manda (ii) kusut-masai (iii) compang-camping (iv) culang-caling (v) bolak-balik (vi) porak-peranda

4. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. (i) merentas mencantas (ii) menumpang menampung (iii) menyebak merebak 5. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. (i) mengilai (ii) menggila (iii) menonton (iv) menuntun (v) melancong (vi) melancung

6. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. (i) balas (ii) berbalas (iii) membalas (iv) pembalas (v) pembalasan (vi) balas-membalas

7. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. (i) politeknik (ii) monokrasi (iii) automotif (iv) antidadah (v) mahasiswa (vi) supranasional 8. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. (i) jurang (ii) curang (iii) akaun (iv) akuan (v) ampuh (vi) angkuh

10. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. (i) terdampar terpapar (ii) merajuk merujuk (iii) pengarah pengaruh

9. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. (i) memenuhi (ii) memadati (iii) memuatkan (iv) mengisi (v) menyusun (vi) mengumpulkan

KAEDAH MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PUISI (SAJAK/ PANTUN/ SYAIR/ GURINDAM/ SELOKA/ DLL) 1. Gunakan Bahasa Melayu Moden. Tukarkan bahasa puisi kepada bahasa Melayu moden. 2. Gunakan ayat yang lengkap. Jangan gunakan poin atau tidak mengulas ayat soalan. 3. Pastikan isi cukup berdasarkan jumlah markah yang diberi. 4. Sebaiknya, 1 ayat 1 isi. (Maksimum 1 ayat, 2 isi) 5. Gunakan penanda wacana untuk menyambung setiap ayat. 6. Jika soalan berbentuk umum, jangan rujuk petikan puisi. Fikirkan jawapan sendiri. 7. Soalan nilai/ persoalan/ pengajaran/ perwatakan : Lihat bentuk perkataan atau kunci kata soalan sama ada perlukan contoh atau tidak. (sila rujuk "Latihan Pemahaman Prosa Tradisional dalam blog ini)i. Jika soalan berbunyi "nyatakan" atau "berikan" : anda hanya perlu menyenaraikan nilai/ persoalan/ pengajarannya sahaja tanpa memberi contoh atau huraian. ii. Jika soalan berbunyi "Jelaskan/ huraikan/ bincangkan/ terangkan" : anda perlu menulis nilai/ persoalan/ pengajaran dan sebagainya serta memberi contoh atau huraiannya sekali. Jika tiada huraian diberi, anda hanya akan diberi 1/2 markah. Jika anda hanya memberi contoh tetapi tidak menulis nilai , tiada markah akan diberi.

PROSA Kaedah Menjawab Prosa Moden/Klasik/ Tradisional. 1. Ayat yang digunakan mestilah ditukar menjadi bahasa Melayu moden. Jangan gunakan ayat bahasa klasik lagi kerana akan ditolak 50% markah. 2. Pastikan jumlah isi cukup seperti diminta berdasarkan jumlah yang diberi di kanan soalan. Jangan berpuas hati memberi satu isi dan mengharapkan pemeriksa memberi markah yang banyak.

3. Gunakan ayat yang lengkap semasa menjawab. Jangan gunakan kaedah 'point form' atau terus memberi isi tanpa mengulas ayat daripada soalan. 4. Jika soalan "berdasarkan pendapat anda" atau soalan yang tidak dirujuk pada petikan, binalah isi sendiri tanpa merujuk petikan diberi. Biasanya ada satu soalan berbentuk umum begini dalam setiap petikan soalan yang diberi. 5. Amalkan menggunakan "satu ayat, satu isi" atau maksimum "satu ayat, dua isi" untuk jawapan anda. Untuk ayat baru/ sambungan isi, gunakan penanda wacana yang sesuai. 6. Jaga struktur ayat, ejaan dan aspek tatabahasa dalam ayat jawapan anda. Selalunya jika terlalu banyak kesalahan, markah akan ditolak 50% daripada jumlah markah.

7. Bagi soalan aspek komsas (nilai/ persoalan/ pengajaran/ bahasa) pastikan: i. Jika soalan berbunyi "nyatakan" atau "berikan" : anda hanya perlu menyenaraikan nilai/ persoalan/ pengajarannya sahaja tanpa memberi contoh atau huraian. ii. Jika soalan berbunyi "Jelaskan/ huraikan/ bincangkan/ terangkan" : anda perlu menulis nilai/ persoalan/ pengajaran dan sebagainya serta memberi contoh atau huraiannya sekali. Jika tiada huraian diberi, anda hanya akan diberi 1/2 markah. Jika anda hanya memberi contoh tetapi tidak menulis nilai , tiada markah akan diberi. ANALISIS NOVEL TINGKATAN 4 Ke Arah SPM

JAWAPAN

1
(i) Novel Azfa Hanani

(a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah:

1.

Kita hendaklah sedia berkorban demi kesejahteraan orang lain. Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai arwah adiknya, Tengku Murni setelah Tengku Mazran berjanji

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-

novel yang berikut:

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (ii) PAPA(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (iii) Renyah karya Gunawan Mahmood (iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

untuk menanggung kos perubatan penyakit sepupunya Zurina.

Kita perlu berusaha untuk memperbaik kelemahan diri. Contohnya, Azfa Hanani yang belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun

(a) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. (b) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan daripada novel tersebut.

di Institut Lingua Franca bagi mengatasi kelemahannya dalam bahasa Inggeris.

(b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah: Kehilangan anak tersayang yang menyebabkan penderitaan batin. Contohnya, Datin Maziah yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadisnya, Tengku Murni telah meninggal dunia dalam kemalangan menghadapi tekanan jiwa.

(ii) Novel PAPA(akhirnya kau tewas jua!) (a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah: Janganlah membelakangkan aspek kesihatan dalam memenuhi keinginan mahu mendapatkan zuriat. Contohnya, Intan Maliana yang ingin memenuhi impian suaminya Jeffri, membelakangkan risiko yang bakal dihadapinya memandangkan dia pernah mengalami komplikasi yang teruk semasa

Perhubungan yang terhalang kerana perbezaan darjat. Contohnya, perhubungan antara Tengku Murni dengan Ekran tidak direstui oleh keluarga Tengku Murni dan Tengku Muzaffar berusaha untuk memisahkan hubungan mereka. Keluarga Tengku Murni menganggap Ekran berasal dari keluarga yang susah kerana sikap merendah diri Ekran.

melahirkan Intan Julia.

Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepercayaan yang diberikan untuk melaksanakan sesuatu tugas. Contohnya, Jeffri telah melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa dengan menjaga Intan Julia dengan sebaik-baiknya semasa isterinya koma dan dia juga telah menjaga isterinya yang koma dengan baik walaupun terpaksa meninggalkan beberapa aktiviti yang sering dilakukannya semasa isterinya sihat.

(iii) Novel Renyah (b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah: Kasih sayang suami kepada isteri. Jeffri sangat mengasihi isterinya. Demi kasih sayangnya, Jeffri sanggup menjaga isterinya yang sakit di rumah. (a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah: Jangan mengamalkan rasuah untuk hidup senang. Contohnya, Hasnol yang kesempitan wang menerima rasuah sebanyak RM300 ribu daripada Tengku Munir bagi mempengaruhi jabatan tender agar meluluskan tender-tendernya. Hasnol Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Ketabahan Jeffri diuji ketika isterinya koma. Dia tidak berputus asa berusaha untuk mengubati isterinya supaya pulih seperti sediakala. Ketabahan Jeffri juga jelas semasa menghadapi kematian anak kembarnya. Kita hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan bersungguhsungguh supaya dapat mencapai kejayaan. Contohnya, Amera yang menjalankan tugasnya sebagai pendidik dengan penuh dedikasi sehingga dipilih sebagai Tokoh Pendidik Cemerlang Negeri. bernasib malang, apabila Tengku Munir tidak berpuas hati dan melaporkan hal itu kepada Menteri Besar yang akhirnya Hasnol ditahan atas kes rasuah.

(b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah: Golongan muda yang terlibat dalam kegiatan dakwah secara melulu. Contohnya, Mukhlis yang menyertai kegiatan dakwah tanpa ilmu yang mencukupi sehingga terjebak dalam masalah kehidupan.

(iv) Novel Melunas Rindu (a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah: Kita mesti taat dalam mengerjakan suruhan Tuhan. Contohnya, Fuad yang tidak pernah meninggalkan solat walaupun ketika bermusafir. Dia juga rajin membaca al-Quran dan solat secara berjemaah.

Sikap tamak yang menguasai diri sehingga terlibat dalam rasuah. Contohnya, Hasnol yang kesempitan wang akhirnya menerima tawaran sebanyak RM300 ribu bagi membantu Tengku Munir mendapatkan tendernya.

Kita mestilah sentiasa berusaha bagi mencapai sesuatu yang diinginkan. Fuad telah berusaha untuk mencari ibu kandungnya melalui keluarga sebelah ibu kandungnya sehingga bertemu dengan ibu kandungnya semula.

(b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah: Cinta adik-beradik terjalin akibat tidak mengenali asal usul. Fuad terpaksa menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya ialah adiknya sendiri.

Ke Arah SPM

2. Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang


berikut: (i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (ii) PAPA(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (iii) Renyah karya Gunawan Mahmood

Bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan. Fuad menjalankan tugasnya sebagai guru sandaran dengan penuh dedikasi.

(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(a) Latar tempat merupakan ruang sesuatu peristiwa itu berlaku serta dapat mencerminkan perwatakan sesuatu watak. Jelaskan latar tempat dalam novel yang telah anda pelajari.

(b) Huraikan secara ringkas bahagian peleraian novel yang telah anda kaji.

JAWAPAN Ke Arah SPM

(b) Peleraian novel ini ialah: Keluarga Datin Maziah datang ke rumah pak long Hanani. Mereka memberitahukan rahsia bahawa merekalah yang menjadi punca kemalangan sehingga menyebabkan kematian ibu dan bapa Hanani. Mereka berjanji akan akan menebus dosa itu dan akan memberikan kasih sayang kepada Hanani. Hanani diterima semula tinggal di banglo Datin Maziah. Kali ini dia tidak perlu menyamar sebagai Nini lagi. Sementara itu, Hari Sumbangsih berjaya mengumpulkan sebanyak RM16 655.00. Iskandar pula terbunuh dalam kemalangan dan Laili yang membonceng motosikal itu cedera parah. Semasa Hanani ke rumah Ekran, dilihatnya Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan sebuah gerai.

2
(i) Novel Azfa Hanani (a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah: Di Sekolah Menengah Sri Diah : Sekolah lama Hanani yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumahnya. Di Sekolah Menengah Taman Sari : Tempat Hanani belajar semasa dia menyamar sebagai Tengku Murni. Di Hotel Universe : Tempat Hanani diajar oleh Tengku Mazran caracara untuk makan, minum, dan bertutur apabila berhadapan dengan Tengku Maziah. Di Institut Lingua Franca : Tempat Hanani belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Di banglo Datin Maziah : Tempat Tengku Maziah dan Datuk Tengku Makmur tinggal bersamasama dengan anak-anaknya dan tempat Hanani menyamar sebagai Tengku Murni.

Akhirnya, Hanani mendapat tahu akan latar belakang keluarga Ekran yang sebenarnya.

(ii) Novel PAPA(akhirnya kau tewas jua!) (a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah: Di rumah Jeffri di Kelana Jaya Tempat Jeffri dan keluarganya serta Mak Cik Noraini pembantu rumah mereka tinggal dalam suasana yang harmoni. Di Sekolah Menengah Seri Gading Tempat Julia belajar dan tempat Intan Maliana menjadi guru Matematik. Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Tempat Intan Maliana melahirkan anak kembarnya dan dirawat semasa dia dalam keadaan koma. Di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Tempat Julia dan rakan rapatnya Rasylanmeneruskan pengajian selepas tamat sekolah menengah. Di Restoran Starbucks Coffee di Mid Valley Tempat Julia dan Rasylan kunjungi untuk minum dan di sinilah jugalah mereka terserempak dua kali dengan papa Julia minum bersama Aisyah.

(b) Peleraian novel ini ialah: Kematian Mama amat menyedihkan Julia dan buat pertama kalinya papa menangis.

(iii) Novel Renyah (a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah: Di rumah Datuk Dolhi : Tempat Datuk Dolhi dan isterinya berbincang tentang anak-anak. Di Bukit Serakah : Tempat Datuk Dolhi dan Albert Lee berjoging. Di Wisma Dolhi-Albert Lee Holding : Tempat beroperasinya perniagaan Datuk Dolhi. Di Jepun : Tempat Wahi belajar serta tempat Datuk Dolhi bercuti selama dua minggu. Di Teratai Inn : Tempat Hasnol berjumpa dengan Tengku Munir berkaitan dengan tender Jambatan Kota yang bernilai RM80 juta. Di Kelab Mawar : Tempat Amera bertemu dengan lelaki yang meminatinya, iaitu YB Wahab. Di Lapangan Terbang Narita : Tempat Wahi menjemput ayahnya yang datang dari Malaysia. Di kawasan hutan di Sarawak : Tempat Ilham menghasut orangorang asli supaya menunjuk perasaan terhadap penerokaan hutan dan pembalakan.

(iv) Novel Melunas Rindu (b) Peleraian novel ini ialah: Wahi pulang dari Jepun dengan isterinya, Yuka seorang warga Jepun. Wahi dilantik sebagai pengarah syarikat menggantikan Datuk Dolhi yang bersara. Datuk Dolhi berehat mencari ketenangan sambil berdoa agar anakanaknya diberikan hidayah. (a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah: Di Danau Seberang : Tempat tinggal Pak Ismail, Mak Salamah, dan Fuad Di Sekolah Menengah Seri Setia : Tempat Fuad bertugas sebagai seorang guru sandaran. Di Kuantan Rumah ibu Farhana Di Sungai Ruan : Tempat Fuad dibesarkan oleh bapa saudarnya, Peter Lim. Di Lembah Klau : Tempat asal ibu kandung Fuad. Di Kampung Sedili : Tempat tinggal kakak kepad aibunya, Mariah. Di Restoran Terapung di Taman Syahbandar : Tempat Fuad dan Farhana singgah untuk meraikan hari lahir Farhana. Di Pantai Batu Buruk : Tempat Fuad menenangkan jiwanya. Di Hospital Tengku ampuan Afzan : Tempat ibu Farhana, Mariana dirawat kerana penyakit lelah.

(b) Peleraian novel ini ialah: Fuad dan Farhana terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adikberadik. Fuad membawa ibu kandungnya serta ibu dan bapa angkatnya ke Makkah. Sewaktu hendak berangkat ke Makkah, Robert Lim datang untuk mengucapkan selamat jalan.

Ke Arah SPM

3 Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang


berikut:

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (ii) PAPA(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (iii) Renyah karya Gunawan Mahmood (iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(a) Huraikan klimaks novel yang telah anda kaji. (b) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan empat nilai murni yang terkandung dalam novel tersebut.

Jawapan Ke Arah SPM

3
(i) Novel Azfa Hanani (a) Klimaks novel ini ialah: Klimaks dalam novel ini bermula pada Hari Sumbangsih diadakan. Pada hari itu, Hanani berpeluang bersemuka dengan Ekran dan mendengar penjelasan daripada Ekran tentang hubungannya dengan Tengku Murni terputus atas sebab-sebab tertentu. Hanani juga diberitahu tentang dompet Tengku Murni yang ada pada Ekran. Melalui diari Tengku Murni, Hanani mendapat tahu bahawa hubungan Ekran dan Tengku Murni terputus disebabkan oleh Tengku Muzaffar yang menghalang hubungan tersebut demi menjaga nama baik keluarga meraka. Hanani berasa terhina lalu terjadi pertengkaran antara mereka. Pertengkaran itu menyebabkan Datin Maziah mengetahui tentang penyamaran Hanani. Akibatnya Hanani ditampar dan dihalau oleh Datin Maziah.

(b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah: Bertanggungjawab Contohnya, sikap pak long dan mak long Hanani yang menjaga dan menyekolahkannya walaupun mereka sendiri hidup dalam kesempitan. Prihatin Contohnya, Tengku Mazran dan isterinya Safinaz yang membantu pak long Hanani dengan membiayai kos perubatan Zurina. Merendah diri Ekran bersikap merendah diri walaupun keluarganya berada. Berdikari Ekran menjual burger.

(ii) Novel PAPA(akhirnya kau tewas jua!) (a) Klimaks novel ini ialah: Klimaks cerita ini bermula semasa Julia mengajak papanya bersembahyang maghrib secara berjemaah.Selepas bersembahyang bersama, mereka menjenguk mama di biliknya. Setelah ditegur oleh suaminya,mama mula membuka mata dan mula bercakap. Pada masa itu, semua ahli keluarganya ada di sisi.Walau bagaimanapun, air muka mama berubah tatkala melihat Aisyah yang berada di sisi suaminya.Jeffri yang dalam keadaan serba salah itu akhirnya menjelaskan hal yang sebenar. Intan Maliana berasakecewa dan akhirnya meninggal dunia.

(b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah: Bertanggungjawab Jefri bertanggungjawab membawa Mak Cik Noraini tinggal bersamanya setelah keluarganya meninggal dunia dalam kemalangan. Prihatin Datuk Mustakim sanggup mengambil Rasylan dari rumah JKM menjadi anak angkatnya. Kasih sayang Jefri sangat mengasihi keluarganya. Dia sanggup membawa isterinya balik dari hospital untuk membolehkannya menjaga isterinya. Berhati mulia Julia tidak membenci Rasylan walaupun dia tahu bahawa Rasylan berasal dari JKM.

(iii) Novel Renyah (a) Klimaks novel ini ialah: Klimaks dalam novel ini bermula pada majlis pernikahan Amera. Di majlis ini, Datuk Dolhi bertemu dengan rakannya, Ustaz Wahab dan bercerita tetang Mukhlis. Mereka mencari Mukhlis tetapi gagal sehinggalah mendapat berita bahawa Mukhlis menjadi tidak siuman dan cuba menyerang tuk guru dan kini merayau-rayau sambil membawa pedang. Sementara itu, Hasnol didesak oleh Tengku Munir supaya meluluskan semua tendernya dan gesaan ini menyebabkan Hasnol berasa tertekan kerana dia tahu bahawa dia tidak dapat berbuat demikian. Walau bagaimanapun, Hasnol meneruskan percutian dengan keluarganya. Tengku Munir yang tidak berpuas hati melaporkan kepada Menteri Besar. Akhirnya Hasnol ditahan semasa pulang dari percutian. Dani pula ditahan oleh polis kerana terlibat dalam penagihan dadah. Berita penangkapannya disiarkan dalam akhbar yang menyebabkan imej Datuk Dolhi terjejas. Ilham dianggap pengkhianat

negara kerana memburuk-burukkan negara berkaitan dengan isu pembalakan. Semua kejadian yang dialami oleh anak-anak Datuk Dolhi menaikkan kemarahan Albert Lee dan mahu merampas tampuk penguasaan dalam syarikat.

(b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah: Kasih sayang Albert Lee tetap meluangkan amsa bersama-sama dengan isteri dan anak-anaknya walaupun sibuk dengan urusan perniagaannya. Patriotik Datuk Dolhi yang menggunakan kereta buatan Malaysia walaupun dia mampu untuk menggunakan kereta mewah yang diimport. Ketabahan Datuk Dolhi tetap tabah menghadapi pelbagai musibah angkara perbuatan anak-anaknya.

Kerajinan Datuk Dolhi rajin membaca pelbagai bahan bacaan bagi memantapkan ilmu keusahawanannya.

(b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah: Dedikasi Contohnya, Fuad yang sangat berdedikasi sewaktu menjalankan tugasnya sebagai tenaga pengajar.

(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (a) Klimaks novel ini ialah: Klimaks dalam novel ini bermula apabila berlakunya pertengkaran antara Cikgu Farhana dengan Cikgu Zamani. Pertengkaran ini telah mengganggu perasaan Fuad sehingga dia mengambil langkah drastik dengan menyusul Farhana ke Kuantan yang pulang kerana melawat ibunya di hospital. Sewaktu di hospital, Fuad terbaca nama ibu Farhana yang sama dengan nama ibu kandungnya. Hal ini menyebabkan Fuad menyelidiki latar belakang ibu Farhana. Kemusykilannya terjawab apabila bapa kandungnya Robert Lim sampai di hospital dan mengesahkan bahawa ibu Farhana itu ialah ibu kandung Fuad.

Bekerjasama Contohnya, Fuad dan Farhana sentiasa bekerjasama dalam meningkatkan pencapaian murid-murid mereka dalam Bahasa Inggeris. Bertindak secara rasional Contohnya, Fuad dan Farhana reda menerima hakikat bahawa mereka adik-beradik, walaupun mereka saling mencintai. Prihatin Contohnya, Fuad yang prihatin terhadap kesusahan keluarga Peter Lim dan keluarganya yang akhirnya membantu menanggung segala perbelanjaan persekolahan anak-anak Peter Lim.

PANDUAN PENULISAN KARANGAN (Bahagian 2)

Format Pendahuluan Memperlihatkan kematangan Markah berdasarkan skema yang dinyatakan.(akan dibincangkan) Isi Isi yang baik dan tidak berputar-belit Tekankan cara penyampaian isi atau tajuk dan teknik anda memperkenalkan (mengemukakan) isi anda. Huraian berserta contoh yang konkrit Semakin bertambah panjang anda semakin mantap penyampaian. (mengelakkan markah berkurangan) Gunakan bahasa mantap Elakkan menggunakan kata pinjaman seandainya perkataan asli wujud Mantapkan ayat dengan perbendaharaan kata yang dapat menunjukkan kekuatan bahasa. Penutup. Menggambarkan pendirian dan juga keseluruhan karangan yang dihasilkan. Lahirkan juga kenyataan yang bernas yang dapat menunjukkan kita adalah kreatif dan kritis Isu-isu menarik ( Bincangkan bersama Guru anda yang sememangnya berpengalaman) Contoh soalan karangan. Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkahlangkah yang sesuai untuk mengatasinya.

Format penulisan : bebas/ tidak terikat dengan mana-mana format penulisan Isu utama : generasi muda kurang semangat kebangsaan Kehendak soalan : sebab-sebab remaja kurang semangat kebangsaan langkah-langkah mengatasinya Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Perkara ini menjadi lumrah terutamanya dalam kalangan generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba menyelami punca-punca berlakunya masalah ini dan sekaligus merangka langkah-langkah yang efektif untuk membendungnya. [ 4 ayat / lebih kurang 74 p.p] [merangkumi definisi , golongan sasaran/muda,fokus kepada kehendak soalan] Punca-punca utama yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat nasionalisme dalam diri ialah ( ISI 1) mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. H1 (mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti [CONTOH] Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela,Rentap dan lain- lain lagi) H2 (Hal ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai). H3 ( Lagipun negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat.) H4 ( Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini ). [K1] Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenangan hidip yang dirasai dan dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang

lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam diri mereka. (Isi-H1-C-H2-H3-K1 lebih kurang 115 p.p) PW [ Di samping itu], kita dapati ( Isi 2) [sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara] kita juga kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara]. Mengapa dikatakan begitu? H1(Perhatikan saja kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menulis atau mengira ataupun ringkasnya 3M ) H2 (lanjutan daripada KBSR Kementerian Pendidikan melaksanakan pula Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993.) H3 Keduadua kurikulum ini menjurus kearah kecemerlangan dalam pepeperiksaan) H4 ( Melalui KBSR murid-murid tahun tiga telah diberi peluang menduduki Penilaian Tahap Satu (UPTS). Sebagai imbuhannya murid-murid yang lulus cemerlang berpeluang melangkau kelas) H5 (Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij seperti [ CONTOH ] Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Menengah barasrama penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya) Dalam pada itu , H6 (perkara yang menghairankan kita mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar kurang di beri penekanan oleh Kememterian Pendidikan.) [K1] Jadi, dalam hal ini pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan? ( Isi- H1-H2-H3-H4-H5-C-H6-K1 lebih kurang 130 p.p) PW [Sehubungan itu],/ekoran itu /lantaran itu /namun demikian H1 ( Kita tiidak menafikan matapelajaran Sejarah dan Pendidikan moral diajar kepada para pelajar. Walau bagaimanapun kepentingan kedua-dua matapelajaran ini masih menjadi tanda tanya) H2 ( Bagaimanakah kalau seseorang pelajar itu gagal dalam matapelajaran sejarah? Apakah yang terjadi kepada pelajar yang hanya lulus di peringkat minimum dalam matapelajaran Pendidikan Moral ?) H3 ( Mengapa tetap dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam kedua-dua mata-mata pelajaran lain.) H4 ( Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya di peringkat yang lebih

tinggi.) H5 ( Kesan daripada sistem pendidikan sedemikianlah menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Kalau mereka belajarpun ibarat melepas batuk di tangga sahaja) [K1] Jelas di sini, sistem pendidikan tidak mantap merupakan satu elemen nipisnya semangat nasionalisme dalam kalangan generasi masa kini . ( H1/P-H2/H-H3/9-H4/10-H5/11-K1 Lebih kurang 155 p.p) Walau bagaimanapun / namun begitu Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Begitulah juga dengan masalah kurangnya semangat, nasionalisme di kalangan generasi muda ini. Bagi menagani kemelut ini, Kementerian Pendidikan wajar menubuhkan jawatan kuasbagi (Isi 3) mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara ini. H1 ( para pelajar akan didedahkan sejak dan peringkat sekolah rendah dan berterusan hinggga ke peringkat pengajian tinggi.) [CONTOH] Mata pelajaran sejarah dan mata pelajaran pendidikan Moral patut diberikan kedudukan istimewa menerusi kurikulum baru nanti) H3( Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan mata pelajaran kenegaraan kepada mahasiswa dan mahasiwi di Unuversiti adalah sangat wajar dan patut di puji). [K1] Ringkasnya ,langkah membaiki kurikilum memang wajar dan bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. (Isi-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 144p.p ) PW [ Selain itu, (ISI 4) media massa baik media bercetak mahupun eletronik ] memainkan peranan penting ke arah melahirkan masyarakat yang cintakan negara. [ CONTOH] RTM contohnya, H1 ( boleh menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan.) H2 ( Langkah Kementerian Penerangan menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsur penerapan semangat kebangsaan adalah bertepatan sekali. Contohnya [ CONTOH ] inisiatif Dato' Jin Shamsuddin mengusahakan filem bertajuk Pasir Salak patut diberi pujian H3 (Apabila Filem ini ditayangkan kepada orang ramai sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan minda golongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu

berjuang untuk mencapai kemerdekaan.) H4 (Golongan muda juga dapat melihat denagn lebih dekat keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa penjajah.) [K1] Jesteru itu, langkah positif yang di mainkan oleh media Massa diharapkan dapat memberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negara sendiri. (ISI-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 115 p.p) Konklusinya / oleh itu,. [PK] Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab dan tidak boleh sama sekali memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Memandang ringan gejala ini akan membawa kesan buruk kepada Negara. Kita harus ingat bahawa pemuda hari ini adalah bakal menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak, bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang berganti. Oleh itu kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa. (4 ayat, lebih kurang 72 p.p)

KOLEKSI SOALANSOALAN NOVEL SPM 2011

KOLEKSI SOALAN-SOALAN NOVEL SPM 2011 LATIHAN 1 4(a) Membaca sesebuah novel akan meninggalkan kesan dalam kalangan pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan cara watak utama Berjaya menimbulkan kesedaran tersebut. ( 7 markah) (b) Sisipan teknik plot merupakan aspek penting dalam pembinaan sesebuah novel yang menarik. Huraikan teknik imbas kembali dan monolog dalaman yang terdapat dalam dua buah novel yang anda pelajari. ( 8 markah ) LATIHAN 2 4(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perselisihan pendapat yang berlaku antara watak-watak dalam novel tersebut. ( 7 markah ) (b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan pengorbanan yang telah dilakukan oleh satu watak bagi setiap novel. ( 8 markah )

LATIHAN 3 4(a) Keberanian merupakan sebahagian daripada nilai yang dikemukakan oleh pengarang. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan nilai keberanian . ( 7 markah ) (b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, nyatakan watak sampingan yang mempunyai kaitan yang rapat dengan watak utama. ( 8 markah )

LATIHAN 4 4 (a) Watak sampingan memainkan peranan penting dalam jalinan cerita dalam novel yang anda kaji. Huraikan perwatakan dua watak sampingan yang anda pilih. (7 markah) (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan konflik yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut. ( 8 markah)
TATABAHASA BAHASA MELAYU (Vol.6)juga soalan novel

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. (i) insentif (ii) intensif (iii) aspirasi (iv) inspirasi (v) interaksi (vi) interpretasi [ 6 markah ]

(b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Pisahkan subjek dan predikat ayat-ayat tersebut. (i) Mereka tidak mampu menyiapkan kertas projek tersebut. (ii) Penduduk di kawasan kejiranan saya sedang bermesyuarat untuk mengadakan kerja-kerja amal. (iii) Sungguh cantik baju yang dipakai oleh Mak Munah. [ 6 markah ] (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan -kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Jurujual itu sedang mengetengahkan kaedah penggunaan alat perapi rambut agar pembeli tahu selok belok merapi rambut yang betul. (ii) Usaha membenteras va ndalisme perlu dilakukan secara terusan oleh semua pihak. (iii) Projek pembinaan lebuhraya itu telah tergendala akibat kegawatan ekonomi pada akhir tahun 1990an lagi. [ 6 markah ]

(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahankesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Kedua ibu bapa Azman tidak mampu menghantarnya yang tepok itu ke sekolah khas kerana sewa bulanannya terlalu tinggi. (ii) Masalah pengurangan ozon telah membimbangkan dunia berikutan berlakunya pencairan ais pada kawasan kutub. (iii) Walaupun sibuk, Ahmad tetap mengulang kaji pelajaran oleh sebab banyak isu yang belum dia kuasai. [ 6 markah ] (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang bercetak tebal. (i) Pada awalnya pasangan kembar itu bergaduh, tetapi akhirnya mereka berbaikbaik semula. Benarlah kata orang, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. (ii) Perangai anak itu kasar seperti perangai bapanya juga. Tepatlah kata peribahasa, bagaimana tepuk, begitulah tarinya. (iii) Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulang ke tempat asalnya, bak ka ta peribahasa setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua. [ 6 markah ]

Soalan 4 : Novel [ 15 markah ] Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari. (i) Renyah (ii) Sutera Dalam Lukisan

TATABAHASA BAHASA MELAYU (Vol.5) juga soalan novel

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat daripada setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(a) Pengarang sering memaparkan kritikan sosial dengan mengetengahkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Huraikan dua kepincangan yang berlaku dalam masyarakat berdasarkan novel yang telah anda pelajari. [7 markah] (b) Latar masa merupakan aspek penting dalam sebuah novel. Huraikan tiga latar masa dan peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang anda pelajari. [8 markah]

(i) tulus - telus (ii) seloroh - seluruh (iii) cocok - cucuk [6 markah] (b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut. Suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan isu vandalisme. Vandalisme ialah kegiatan merosakkan harta benda awam. Perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh remaja yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai strategi dilaksanakan bagi mengatasi masalah itu. Strategi itu membuahkan hasil. Strategi itu mengambil masa yang lama. Kini, timbul satu masalah baru dalam kalangan remaja. Masalah yang dimaksudkan ialah gengsterisme.

[6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari lalu. (ii) Dalam majlis itu, berbagai-bagai persembahan telah diada sempena hari keputeraan baginda yang ke 52 tahun.

(iii) Kapal yang sedang berhenti di pelabuhan itu akan meneruskan perjalanan ke Eropah di dalam masa satu jam setengah dari sekarang. [6 markah] (e) Baca peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian bina ayat daripada setiap daripadanya. (i) seperti lembu dicucuk hidung (ii) duduk sama rendah, berdiri sama tinggi (iii) biar mati anak, jangan mati adat [6 markah]

Soalan 4 : Novel (iii) Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindar diri daripada perbuatan yang mengaibkan mereka. [6 markah] [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut : (d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa spesies burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun. (ii) Pesilat itu melenting ke kiri dan kanan sebelum menerpa ke arah pihak lawan. (i) Renyah (ii) Sutera Dalam Lukisan (a) Huraikan dua peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam salah satu novel yang anda kaji. [7 markah] (b) Bandingkan watak utama melalui mana-mana dua buah novel yang anda kaji. [8 markah]

TATABAHASA BAHASA MELAYU (Vol.4) juga soalan novel

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 Markah ] Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) gembar-gembur (ii) hitam-legam (iii) kusut-masai (iv) semak-samun (v) lintang-pukang (vi) kering-kontang (6 markah) (b) Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut. Warga tua ialah golongan berusia 50 tahun ke atas. Mereka melalui pelbagai perkembangan. Perkembangannya termasuk yang pahit dan manis. Warga tua akan mengalami banyak perubahan secara fizikal. Mereka juga mengalami perubahan kognitif. Tubuh mula menyusut, rambut gugur, reput tulang dan masalah deria.Sepatutnya mereka dihormati. Seterusnya disayangi dan didampingi. Ada dalam kalangan masyarakat moden hari ini menganggap warga tua sebagai beban. (6 markah)

(i) Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar terpaksa ditunda kerana Pengetua terpaksa menghadirkan mesyuarat yang penting. (ii) Puan Fatimah sedang menyiapkan deraf ucapan wakil rakyat yang akan merasmi bangunan baru sekolah. (iii) Abdullah tidak terasa penat walaupun memandu dalam kesesakkan jalan raya setiap kali pergi dan balik kerja. (6 markah) (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Pemenang perlawanan menggubah bunga dikehendaki naik ke pentas untuk menerima hadiah. (ii) Cerpen yang ditulis oleh saya telah disiarkan dalam ruangan `Sudut Kreatif majalah Dewan Siswa. (iii) Berjuta ringgit dibelanjakan oleh Kementerian Pelajaran kerana membiayai pembangunan ICT di sekolah-sekolah. (6 markah) (e) Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. (i) Sebulat suara (ii) Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengardengar. (iii) Bagai lalang ditiup angin (6 markah)

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Soalan 4 : [ 15 Markah ] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Renyah (ii) Sutera Dalam Lukisan (a) Pengarang sering kali mengetengahkan persoalan kepincangan masyarakat dalam sesebuah novel. Huraikan dua kepincangan masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. ( 7 Markah ) (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. ( 8 Markah )

Tatabahasa Bahasa Melayu dalam SPM 2011 (volume 3) juga soalan novel

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan (a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan nama khas. i. tawar / tawar-menawar ii. simpang / simpang-penerang iii. turun / turun - temurun .............................[6 markah] (b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian pisahkan ayat-ayat dalam petikan kepada enam ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya. Pembangunan Malaysia yang pesat telah menarik kemasukan pekerja asing. Mereka datang kerana negara kita aman dan menawarkan peluang pekerjaan yang banyak. Mereka memperoleh gaji yang lumayan kerana mereka sanggup bekerja keras. .............................................................................[6 markah]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. i. Pekerja-pekerja itu sedang memperlebarkan lebuhraya menghala ke Kuala Lumpur dengan tekun. ii. Pegawai dari institusi pendidikan swasta diundang sebagai penal dalam sesi wawancara yang bertajuk Menggunakan Komputer Dalam E-Pembelajaran. iii. Teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu kemistian dalam penghidupan manusia moden hari ini. ..............................................................................[6 markah]

tiga peribahasa atau kata-kata hikmat yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza. ............Asma dan Dira ialah dua orang sahabat karib yang sentiasa melakukan sesuatu perkara bersama-sama sejak di bangku sekolah. Mereka berjanji untuk mengeluarkan modal sebanyak RM 10,000.00 seorang. Tetapi malangnya setelah semua persediaan dilakukan oleh Asma, tiba-tiba Dira menarik diri dan membatalkan perjanjian tersebut. Asma yang telah bersedia dari segi mental dan fizikal serta modal yang mencukupi berasa kecewa akan tindakan Dira. Akhirnya, Asma telah menyewa sebuah restoran yang strategik kedudukannya dan berpotensi untuk maju jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh. [6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Sejak dari peristiwa itu, Norisah tidak pernah menengok ibunya di kampung. ii. Kita mestilah saling bantu-membantu untuk menghasilkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. iii. Idwal menerangkan tentang faedah aktiviti kitar semula yang dapat mengatasi masalah kekurangan tapak penghapusan sampah. ..............................................................................[6 markah] (e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan

Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab kedua-dua soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang pernah anda pelajari. (i) Renyah (ii) Sutera Dalam Lukisan (a) Setiap novel mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri. Nyatakan dua perkara yang anda anggap menarik tentang sebuah novel yang anda kaji. ............................................................[7 markah] (b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan tema yang terdapat dalam novel-novel tersebut. .....[8 markah]

Tatabahasa Bahasa Melayu dalam SPM 2011 (volume 2) juga soalan novel

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) perilaku (ii) prabayar (iii) poliklinik (iv) pancaindera (v) prokerajaan (vi) pascamerdeka....................................[6 markah] (b) Tulis semula cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya. Cikgu Ani : Kenapa awak tak datang latihan bola jaring petang semalam? Sara : Sssaya... minta maaf cikgu. Saya ada hal penting di rumah. Cikgu Ani : Patutnya awak beritahu saya lebih awal. Taklah saya tertunggu-tunggu awak. Sara : Er...! Saya betul-betul dalam kecemasan. Cikgu Ani : Sebenarnya apa yang berlaku, Sara? Sara : Mak saya tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dibawa ke hospital.[6 markah]

boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Darah merah manusia mengandungi pigmen hemoglobin iaitu molekul protin yang besar dan amat penting dalam penghidupan. (ii) Kitar semula dapat menjimatkan kegunaan sumber semulajadi di samping menjamin kebersihan alam sekitar. (iii) Sastrawan mendapat kepuasan dan keseronokkan jika buah fikiran mereka dihargai oleh masyarakat. .....................................................................[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Novel itu mempamerkan tema permasalahan sosial di dalam kalangan remaja di ibu kota. (ii) Guru menyapa perlakuan pelajarnya yang agak kurang sopan bila bercakap dengan orang yang lebih tua. (iii) Bersesuaian dengan kedudukan kampung kami di kawasan lapangan padi, semua para petani mengusahakan sawah yang diwarisi turun-temurun.(6 markah)

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak

(e) Baca ayat yang mengandungi peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa lain yang setara maksudnya dengan peribahasa tersebut. (i) Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan seperti cincin dengan permata kerana kedua-duanya sama cantik dan sama padan. (ii) Sikap Liza yang melupakan jasa ibu angkatnya Marina, tidak ubah seperti ulat lupa akan daun kerana dia sanggup mengikut ibu kandungnya berpindah ke luar negara. (iii) Walaupun Tan Sri Johan telah dilantik menjadi Pengerusi Syarikat Daya Maju yang terkenal di Asia Tenggara, beliau masih mengamalkan sikap rendah diri dan senang bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. [6 markah] Soalan 4 (a) : Novel [15 markah ] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Renyah (ii) Sutera Dalam Lukisan

Tatabahasa Bahasa Melayu dalam SPM 2011 (volume 1)

Tatabahasa Bahasa Melayu dalam SPM 2008 Latihan Soalan 3(a) 1. Bina ayat dengan perkataan yang berikut tanpa menambah atau menggugurkan imbuhan bagi setiap perkataan yang berikut: (i) lebaran (ii) lebarkan (iii) dilebarkan (iv) melebarkan (v) perlebar (vi) memperlebar Soalan 3(b) 1. Menganalisis Ayat Nyatakan jenis ayat di bawah ini sama ada ayat aktif transitif, ayat aktif tak transitif atau ayat pasif. (i) Baju itu masih belum berjahit lagi. (ii) Dia suka bergurau. (iii)Dia keletihan setelah penat bekerja. (iv)Mereka suka membaca buku. (v) Dia teringat akan isterinya di hospital. (vi) Hazami teringat oleh ibunya di kampung. 2. Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif. (i) Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datu`. (ii) Saya membeli buku itu di kedai koperasi . (iii) Kami akan membantu guru pada hari pendaftaran pelajar baharu itu nanti.

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan nilai kebijaksanaan. [7 markah] (b) Watak sampingan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan plot sesebuah novel. Huraikan dua perwatakan bagi satu watak sampingan dalam dua buah novel yang anda pelajari. .......................................................[8 markah]

3. Menukarkan Ayat Pasif kepada Ayat Aktif Tukarkan ayat-ayat pasif. di bawah ini kepada ayat aktif (i) Kursus itu akan saya jalani pada minggu depan. (ii) Peperiksaan itu akan kami duduki pada bulan Jun nanti. (iii) Kita tuntut kemerdekaan daripada penjajah. 4. Menyambungkan ayat Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk. Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mewujudkan forum. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah mewujudkan forum . Kedua-dua pihak membincangkan langkah untuk menangani gejala samseng .Gejala samseng itu kini menular di sekolah. Pihak polis sedang membincangkan kaedah terperinci untuk mengekang gejala samseng berkenaan. Pihak Kementerin Pelajaran sedang membincangkan kaedah terperinci untuk mengekang gejala samseng berkenaan. Dato` Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan sesuatu. Kementerian itu sudah mengenal pasti kumpulan kongsi gelap. Kongsi gelap itu melakukan kegiatan merekrut pelajar sekolah. Pelajar sekolah menyertai kumpulan terbabit.

6. Menukarkan Ayat Cakap Ajuk kepada Ayat Cakap Pindah Tukarkan ayat-ayat di bawah ini daripada ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah. "Saya dapati kamu telah melakukan satu kesalahan yang amat besar hari ini," Pengetua mula membuat tuduhan terhadap Faizal yang masih terpinga-pinga. "Tidak Cikgu! Saya tak buat apa-apa kesalahan," Faizal cuba mempertahankan diri. "Cikgu Aziz pengsan, kamu tahu?" tanya Pengetua.

Soalan 3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan Dalam ayat-ayat di bawah ini, terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. i. Percikkan bunga api itu dilihat sungguh indah pada malam sambutan Hari Kemerdekaan Negara. ii. Zarul Amin berbaring keletihan setelah pulang daripada menjaja ais krim. iii. Saya tidak dapat dengar apa-apa yang diperkatakan oleh Salmah kerana suasana hangar bingar. Soalan 3(d) Kesalahan kata/istilah dan bahasa Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Kontingen negara akan menghantar satu pasukan peninju muda yang paling handal sekali di negara kita dalam kejohonan tinju peringkat amatur di Bangkok, Thailand . (ii) Petunjuk-petunjuk perasaan yang menentang campur tangan Amerika di negara Iraq itu sedang berarak di jalan rayajalan raya di seluruh negara. (iii) Penyanyi yang menagih dadah itu akan diletakkan di bawah perhatian pihak polis selama dua setengah tahun.

5. Memisahkan Ayat Pisahkan ayat-ayat di bawah ini kepada 4 ayat dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya. Pasangan suami isteri yang menghadapi tuduhan mengambil deposit secara haram berjumlah RM1.22 juta daripada orang ramai itu telah melantik peguam bela bagi mengendalikan penggulungan hujah kes mereka di Mahkamah Sesyen pada hari ini.

Isi tempat kosong di bawah ini dengan peribahasa yang sesuai. Soalan 3(e) Peribahasa 1.Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini. Hidupnya begitu sukar untuk diteruskan kerana dia terpaksa bekerja pada setiap masa untuk sesuap nasi. Untuk meneruskan kehidupan, dia terpaksa bekerja kerana tanpa usaha rezeki tidak akan menjelma. Apabila sudah mendapat rezeki, dia perlu berusaha dengan lebih gigih lagi kerana rezeki yang sedikit tidak akan menjadi banyak atau bertambah jika dia tidak melipatgandakan usaha. [ 6 markah ] 2. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat ini. (i) Saya yakin bahawa kamu akan berjaya kerana jika kamu berusaha dengan bersungguh-sungguh kejayaan sudah pasti menjadi milik kamu. Kata Cikgu Haris kepada Wati. (ii) Kita hendaklah berjuang hingga titisan darah yang terakhir demi negara yang tercinta ini. (iii) Dia terpaksa berada di perantauan untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya. [ 6 markah ] Soalan Contoh 3 Bina ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah ini. (i) Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. (ii) Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. (iii) Indah khabar daripada rupa [ 6 markah ] Soalan Contoh 4 (i) Orang yang selalu mengikut kemahuan orang lain. _____________________________________________. (ii) Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. ______________________________________________ . (iii) Sesuatu perkara yang muncul terlalu banyak pada sesuatu masa. ________________________________________________ . [ 6 markah ] Soalan Contoh 5 Berikan maksud setiap peribahasa di bawah ini. (i) Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat (ii) Bagai kaca terhempas ke batu. (iii)Lintah darat [ 6 markah ]

SOALAN PERIBAHASA (2011)

Peribahasa - Latihan 10 Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja. (i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri. (ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas. (iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.

Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi. Aspek: Peribahasa (soalan) Dikirim oleh monasrim pada 09:50 Peribahasa - Latihan 7

Aspek: Peribahasa (soalan) Dikirim oleh monasrim pada 09:56 Peribahasa - Latihan 9 Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah. (i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang. (ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa. (iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif. Aspek: Peribahasa (soalan) Dikirim oleh monasrim pada 09:53 Peribahasa - Latihan 8 (iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada. Aspek: Peribahasa (soalan) Dikirim oleh monasrim pada 09:48 (ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri. Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut. (i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguhsungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.

Peribahasa - Latihan 6 Lengkapkan peribahasa yang berikut. (i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian (ii) Banyak udang, banyak garam

(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama mereka. Aspek: Peribahasa (soalan) Dikirim oleh monasrim pada 09:42

(iii) Lain hulu lain parang Peribahasa - Latihan 4 (iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain (v) Tak tumbuh tak melata (vi) Ada ubi ada batas Aspek: Peribahasa (soalan) Dikirim oleh monasrim pada 09:45 Peribahasa - Latihan 5 Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di bawah. (i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya. (ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat. Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan barubaru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi. Aspek: Peribahasa (soalan) Dikirim oleh monasrim pada 09:37 5.1.08 Peribahasa - Latihan 3 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan setiap situasi tersebut. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain. (ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di tempatnya. (iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat. Aspek: Peribahasa (soalan) Dikirim oleh monasrim pada 08:47 Peribahasa - Latihan 2 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini. Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra. Aspek: Peribahasa (soalan) Dikirim oleh monasrim pada 08:43 9.11.07 Peribahasa - Latihan 1

Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai. i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa ..... ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad. iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu .....

CERPEN ISRAK ( SATU LATIHAN)

Mikraj. Kalau tersilap jolok, pasti terjolok sarang itu. Bahaya. (Dipetik daripada Israk oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.) Latihan: 1)Mengapakah Israk sepatutnya menghormati Wah? 2)Pada pendapat anda, wajarkah seseorang memberikan nasihat kepada orang yang lebih tua daripadanya? 3)Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

Arahan: Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti, rayu Mikraj. Tak perlu! Israk mengayun kata-kata. Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abang terlalu berlagak akhirakhir ini? Suara Mikraj makin lama makin meninggi. Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang? Saya kasihan melihat Wah. Abang menghina, mengeji, menyakiti Wah. Paha kanan tercubit paha kiri turut berasa sakit. Abang sedar tak, Wah lebih tua daripada abang! Aku cukup pantang kalau diherdik oleh budak kecil! Saya ajak pa dan ma bawa abang balik kampung semata-mata mahu abang mengenali Wah yang membela abang sejak berusia satu hari lagi. Abang tahu, Wah benar-benar terhiris sewaktu atuk Perth bawa abang lari. Sejak itu abang langsung tak mengenali Wah. Saya mahu abang belajar erti kepayahan, kekecewaan, dan ketabahan seorang wanita. Wah orangnya ..., butir bicara Mikraj diiringi mutiara mata. Sudah hujan, perli Israk. Abang jangan terkejut kalau saya mampu membuat abang menangis nanti! Israk bersahaja. Dia mencapai gitarnya lalu lagu sumbang itu kembali beralun. Perasaan meluat mula bersarang dalam kalbu

LATIHAN KOMSAS F4 DAN F5

PUISI TRADISIONAL PANTUN 4 KERAT ( JENAKA DAN SINDIRAN) Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.) Latihan 1) Nyatakan sindiran yang terdapat dalam rangkap pertama dan rangkap kedua syair ini. 2) Sila nyatakan tiga cara bagaimana orang bawahan dapat membuktikan kemampuan mereka. 3) Berikan tiga pengajaran yang terdapat didalam pantun tersebut. 4) Soalan bonus untuk pelajar perempuan (lelaki pun boleh juga): Pada pendapat anda, wajarkah pelajar lelaki belajar memasak sejak kecil? PUISI TRADISIONAL GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM

Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai membaca kitab.

Ambil segulung rotan saga, Suruh diambil mari diurut; Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang, Hinggap menghisap bunga layu; Hati di dalam menaruh bimbang, Melihat ikan memanjat kayu.

Lebat sungguh padi di paya, Kayu tumbang tepi pangkalan; Hairan sekali hati saya, Burung terbang disambar ikan.

Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Cahari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat. Cahari olehmu akan guru, Yang boleh tahukan setiap seteru. Cahari olehmu akan isteri, Yang boleh menyerahkan diri. Cahari olehmu akan kawan, Pilih segala setiawan. (Petikan daripada Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) Latihan: 1) Berikan dua kebaikan yang dapat diperoleh orang yang pandai memilih sahabat dan guru. 2) Seseorang lelaki itu perlu bijak dalam memilih calon isteri. Nyatakan tiga ciri seseorang calon isteri yang baik. Soalan bonus bagi pelajar perempuan: Nyatakan sepuluh ciri seseorang calon suami yang baik! :) 3) Sila kemukakan empat gaya bahasa yang terdapat dalam gurindam tersebut.

SAJAK HARGA REMAJA Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta maruah atau madu ajaran dari ilmu susah

Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu

Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju Rahman Shaari (Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Bahagian Latihan: "Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju" Latihan 1: Berikan maksud rangkap pada petikan di atas Latihan 2: Pada pandangan anda, apakah kesan yang berlaku sekiranyan remaja gagal mengisi usia remajanya dengan perkara-perkara yang berfaedah. Sila nyatakan empat kesan tersebut. Latihan 3: Jelaskan tiga mesej penyajak kepada remaja seperti yang terkandung dalam rangkap ketiga sajak Harga Remaja.

SAJAK DI PERPUSTAKAAN "DI PERPUSTAKAAN" Melangkah ke ruangmu Satu pertukaran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu hening di sini Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala runduk meneliti Mata dan fikir bersebati Maju ke ruang buku Terlalu kerdil aku di sini Terapung di laut ilmu Tercurah berzaman Dalam tak terselam Betapapun kulayari Bahtera ilmu di sini Tak terteroka Yang akan kucatat Hanya setitik dari tinta Yang akan kupetik Hanya sebiji dari mutiara Engkau adalah pusaka moyang Gedung peradaban insan Terhimpun berzaman Bersemadi di sini Aku adalah pelayar yang dahaga Di dada samudera Tak berpantai Betapapun kuteguk darinya Dahaga tidak pernah langsai

Soalan petikan: a) Berikan maksud Satu pertukaran yang kontras (rangkap 1, baris 2) (2 markah) b) Mengapakah penyajak menyifatkan dirinya kerdil apabila berada di perpustakaan? (3 markah)

SAJAK MAHSURI Sajak Mahsuri

Arahan: Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Selendangmu mengibar di pantai menyambut tetamu pulau setiamu menjadi lagu nyanyian ombak pagi rambutmu menjadi jalur hitam terapung di laut malam air matamu dingin embun jatuh di tujuh telaga dendam tujuh keturunan melengkung tujuh tanjung putihlah pulau ini disimbah darah suci Mahsuri sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi kerana tanpamu Langkawi tidak sebegini.

Soalan komsas: c) Jelaskan dua persoalan dalam sajak. (4 markah) d) Nyatakan empat nilai murni yang dipaparkan oleh penyajak. (4 markah)

Soalan KBKK e) Huraikan dua cara bagi menarik perhatian orang ramai mengunjungi perpustakaan awam. (4 markah) f) "Kempen membaca hanya akan berkesan jika terdapat kemudahan perpustakaan yang mencukupi."

Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup dia hanya bermula dengan khayalan seorang seniman pun kata orang Mahsuri pernah hidup tetapi bahasa seorang pencerita membuat dia lebih hidup dari kehidupannya

LATIHAN KOMSAS F4 & F5

sastera yang mewarnai tanah air kerana tanpa Mahsuri Langkawi tidak sebegini bererti. Mahsuri membesarkan Langkawi sastera membesarkan tanah air.

Antologi Harga Remaja Puisi Tradisional Pantun Empat Kerat (Budi) ARAHAN: Sila baca pantun dibawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan latihan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. AYAT ANDA SENDIRI!

Sebuah sajak yang sangat indah ciptaan Zurinah Hassan (Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput; Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak tersebut.

Soalan latihan: Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama; Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meniggalkan nama.

1) Berikan maksud rangkai kata disimbah darah suci dalam sajak ini. 2) Sekiranya anda menjadi pemimpin di Pulau Langkawi, apakah usaha yang akan anda lakukan untuk memajukan lagi sektor pelancongan pulau tersebut? Sila berikan empat usaha yang bakal anda lakukan. 3) Berdasarkan sajak Mahsuri, nyatakan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. 4) Jika anda pernah bercuti di Pulau Langkawi, apakah tempat paling indah yang pernah anda lawati disana?

Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit bila kan hilang, itu menjadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun. (Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Latihan 1) Berikan maksud sebagai hutang seribu tahun"_____________________________________________ __________________ 2) Kemukakan pandangan anda tentang tiga kebaikan yang diperoleh orang yang berbudi atau berjasa_____________________________________________ __________________ 3) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam Pantun Empat Kerat (Budi)_____________________________________________ ___________________

DIRGAHAYU BAHASA CERPEN PUNGUT@ZAHARA@YAP SIEW HONG

Cerpen Pungut @ Zahara @ Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed) SINOPSIS Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil dari keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia. TEMA Kesabaran seorang ibu angkat (Mak Timah) menjaga anak yang cacat anggota (Pungut)

PERSOALAN 1. Persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial. 2. Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit. 3. Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir Tuhan. Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat. 4. Persoalan kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan. Mak Timah selalu berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil nyawanya kerana dia tahu tidak ada sesiapapun akan memelihara Pungut. PLOT Secara keseluruhannya, plot cerpen ini disusun secara kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Pembaca diperkenalkan dengan watak Pungut yang bertingkah laku seperti orang kurang upaya dan dijaga keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa. (ii) Perkembangan Mak Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan mengambil anak Siew Lan yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah kerana tidak sampai hati apabila mengetahui bayi itu akan dibuang.

(ii)

Konflik Konflik timbul apabila anak Mak Timah mula bertengkar tentang Pungut dan mencadangkan agar Pungut dihantar ke rumah kebajikan.

(iii)

Peleraian Mak Timah terus menjaga Pungut dan berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu sebelum dirinya. TEKNIK PLOT 1. Pemerian Dia tergigil-gigil. Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk, berdenggung-denggung. Kepalanya di geleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan dengan pantas. Kemudian dia meluru masuk bilik 2. Monolog Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, fikir Mak Timah. 3. Dialog Mengapa Bik? Mak Timah bertanya. Siew Lan. Jawabnya lambat. 4. Imbas kembali ..Mak Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun lalu

WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama 1. Mak Timah Perempuan tua Selalu sakit-sakit Ibu angkat Pungut Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidup. Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan minium dan kencing berak Pungut walaupun dia tidak bermaya kerana sakit. Watak Sampingan 2. Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong Berusia 24 tahun. Cacat fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu) dijangkakan tidak hidup lama oleh doktor. Anak angkat Mak Timah. Bertubuh sangat kecil (pekak dan bisu). 3. Bibik Nenek Pungut. Berbangsa Cina peranakan. Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial.

LATAR Latar Masa 1. Tahun 1957 ketika Pungut dilahirkan 2. 24 tahun selepas Pungut dewasa Latar Tempat 1. Rumah sewaan Bibik tempat tinggal Mak Timah 2. Rumah lelaki anak bongsu Mak Timah. Latar Masyarakat 1. Masyarakat majmuk (bangsa Cina dan Melayu) . terdapat keluarga Siew Lan an keluarga Mak Timah. 2. Masyarakat yang percaya kepada bomoh (ramalan Loktang). Bibik amat percaya dengan ramalan Loktang tentang Siew Lan. 3. Masyarakat yang simpati terhadap golongan kurang upaya. Mak Timah kasihan dengan nasib Siew Lan yang akan di buang lalu sanggup memeliharanya GAYA BAHASA 1. Kata ganda Contoh: digeleng-gelengkan 2. Bahasa pasar Contoh: sueh, loktang 3. Sinkope Contoh: nak, kau 4. Personifikasi Contoh : kelakuannya tak ubah macam wayang patung

NILAI 1. Nilai kasih sayang, contohnya seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut. 2. Nilai keikhlasan, contohnya Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas. 3. Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya, contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut. 4. Nilai setiakawan, contohnya semangat setiakawan di antara iaitu Mak Timah bertegur sapa dengan Bibik. 5. Nilai hormat-menghormati iaitu anak-anak Mak Timah menghormati pendirian emak mereka.

dirgahayu bahasa Hikayat Siak


Prosa Tradisonal (Hikayat Siak) SINOPSIS Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada Sultan Palembang. Tuan Bujang dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja Alang. Di Pagar Ruyung, Tuan Bujang telah ditabalkan sebagai Yamtuan Sakti. Tuan Bujang juga telah diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan kesultanan Johor. Tuan Bujang telah diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda Penangguk . Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar oleh orang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak menyerang negeri Johor. Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang Johor. Daheng Parani telah membuat perjanjian sekiranya baginda berjaya menawan Johor, maka baginda akan menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daheng Parani dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda. Sepucuk surat telah dihantar kepada Yang Dipertuan Johor memaklumkan bahawa paduka anakanda Marhum Mangkat Dijulang ingin menuntut bela atas kematian ayandanya. Berita kedatangan Yang Dipertuan Raja Kecik anakanda Marhum Mangkat Dijulang di negari Johor menjadi perbualan rakyat. Bagi membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum Mangkat Dijulang , rakyat Johor telah meminta supaya baginda menawarkan air masin menjadi air tawar. Dengan izin-Nya, maka air masin telah bertukar menjadi

PENGAJARAN 1 Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja, contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun. 2. Kita mestilah ikhlas memberikan pertolongan, contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa. 3. Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya, contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut. 4. Kita hendaklah mengamalkan setiakawan, contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik. 5. Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa, contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat.

Latihan 1. Siapakah nama sebenar Pungut? 2. Berikan dua nilai dalam cerpen Pungut@Zainab@Yap Siew Hong. Monday, July 11, 2011

air tawar. Rakyat Johor terus bersorak dan menyebut Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha Mulia. Baginda juga bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan daulat. Baginda kemudian menyerang Johor. Yang Dipertuan Johor bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung lama Bendahara. Sesampai Yang Dipertuan Raja Kecik ke dalam Kota Johor, baginda telah masuk ke istana. Baginda hairan kerana tidak ada Bendahara di dalam Istana. Baginda dimaklumkan bahawa Bendahara sudah melarikan diri. Yang Dipertuan Raja Kecik dimaklumkan bahawa bondanya Encik Apung telah meninggal dunia. Baginda berasa sugul dengan berita tersebut. Baginda telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama Tengku Tengah tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah. Akhirnya baginda berkahwin dengan Tengku Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

PERSOALAN 1. Persoalan kesabaran akan membuahkan kejayaan. 2. Persoalan kebenaran tetap terbukti apabila tiba masanya.

WATAK DAN PERWATAKAN 1. Yang Dipertuan Raja Kecik. Keturunan Raja Johor Nama asalnya Tuan Bujang. Berkahwin dengan Tengku Kamariah Ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah. Berani Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah. Gigih Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang.

TEMA Pengembaraan anak raja. Yang Dipertuan Raja Kecik telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang sehinggalah baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor.

LATAR Latar Masyarakat 1. Golongan masyarakat feudal Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. 2. Golongan masyarakat istana. Contoh: Masyarakat yang tinggal di istana .

Gaya bahasa 1. Penggunaan bahasa Arab Contoh: Allah Taala, 2. Penggunaan bahasa istana Contoh: Patik, baginda,hulubalang, titah 3. Penggunaan kata ganda Contoh: Kaya-kaya, besar-besar,masing-masing NILAI 1. Nilai kegigihan Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang. 2. Nilai keberanian Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah.

Latar Masa 1. Latar masa tidak dinyatakan dengan terperinci namun peristiwa berlaku pada zaman Kesultanan pemerintahan Raja Siak. Latar Tempat 1. Rawas Contoh: Tempat Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. 2. Siak Contoh: Tempat Yang Dipertuan Raja Kecik tetapi tiada siapa mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nahkhoda Penangguk. 3. Johor Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik telah ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

3. Nilai ketaatan Contoh: Rakyat negeri Johor menunjukkan taat setia kepada Yang Dipertuan Raja Kecik setelah mengetahuai baginda ialah keturunan raja.

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.

dikenang. Rangkap 4 Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan mereka berterusan ke akhir hayat. Tema Kelebihan mempunyai budi pekerti yang baik Persoalan 1. Persoalan budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia. 2. Persoalan ketinggian nilai budi. 3. Persoalan kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan.

2.Kita janganlah cepat berputus asa sekiranya gagal dalam sesuatu hal.

3. Kita hendaklah patuh akan perintah ketua.

LATIHAN Bentuk 1. Terdiri daripada empat rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara tiga hingga lima. Anak itik terenang-renang (tiga perkataan) Jika tak kenang kepada saya (lima perkataan) 4. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata. Terang bulan terang di paya (9 suku kata) Orang yang mati meninggalkan nama (11 suku kata) 5. Rima akhir pantun ini ialah abab 6. Bentuk pantun ini terikat dengan puisi tradisional. Gaya Bahasa 1. Asonansi - Terang bulan terang di paya - pengulangan vokal a 2. Aliterasi Orang yang mati meninggalkan nama. pengulangan konsonan g 3. Kata ganda - Anak ikan terenang-renang 4. Sinkope Jika tak kenang kepada saya 5. Repitasi - Terang bulan terang di paya Nilai 1. Nilai menghargai budi.

1. Nyatakan perkara sakti yang perlu dilakukan bagi membuktikan bahawa Tuan Bujang ialah keturunan Sultan Johor. 2. Sebutkan tiga keturunan raja Bugis yang ingin menyerang Johor.

HARGA REMAJA PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

Puisi Tradisional (Pantun Empat Kerat (Budi)) Maksud Rangkap 1 Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut. Rangkap 2 Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia. Rangkap 3 Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap

Budi yang ditabur oleh seseorang akan dikenang walaupun orang itu telah tiada. 2. Nilai keihlasan. Keikhlasan menghulurkan budi kepada insan lain. Pengajaran 1. Kita haruslah berbudi kepada orang lain agar disanjung oleh masyarakat. 2. Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sejahtera. 3. Kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hubungan berkekalan.

HARGA REMAJA PUISI SITI SIANAH (SYAIR)

Puisi Tradisional (Syair Siti Sianah) Maksud Rangkap 1 Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya. Rangkap 2 Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya. Rangkap 3 Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka. Rangkap 4 Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias. Rangkap 5 Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu. Rangkap 6 Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka. Rangkap 7 Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki. Rangkap 8 Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan

Latihan 1. Berikan maksud rangkap kedua bagi Pantun Empat Kerat (Budi) Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama, Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama. 2. Huraikan tiga ciri Pantun Empat Kerat.

alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui Allah. Rangkap 9 Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak. Rangkap 10 Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini. Rangkap 11 Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.

Ianya elok tiada tandingnya (9 suku kata) Sesetengah perempuan terlalu janggalnya (11 suku kata) 5. Rima akhir syair ini ialah aaaa 6. Syair ini adalah puisi terikat. Gaya Bahasa 1. Asonansi - Pengulangan huruf vokal - Sesetengah perempuan perangainya cela pengulangan vokal e 2. Aliterasi - Melihat laki-laki ditampakkan muka pengulangan konsonan ki 3. Kata ganda - dibelek-belek, berjela-jela 4. Simile - Seperti taji berandam di keningnya , Seperti buaya besar mulutnya 5. Bahasa klasik - molek, cemara, intan serudi dan sempolah 6. Peribahasa - makan angkat Nilai 1. Nilai kesopanan Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai. 2. Nilai kesederhanaan Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri. 3. Nilai ketaatan kepada agama. Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama. 4. Nilai kesyukuran. Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.

Tema Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri. Persoalan 1. Persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak. 2. Persoalan ketaaatan kepada Allah. 3. Persoalan kesan buruk perjudian. 4. Persoalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Bentuk 1. Terdiri daripada sebelas rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah kata. mudah-mudahan dilepaskanlah (2 perkataan) kaki dan tangan lengan dan jari (6 perkataan) 4. Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata.

Pengajaran 1. Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain.. 2. Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah. 3. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran. 4. Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat. Latihan 1. Nyatakan sifat-sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah 2. Berikan dua persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah.

Tema Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri. Persoalan 1. Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan 2. Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan . 3. Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga. Bentuk 1. Terdiri daripada satu rangkap. 2. Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris. 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 4. Dagang lalu ditanakkan (3 perkataan) Tiada kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan) 4. Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata. Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata) Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata) 5. Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac 6. Seloka ini berbentuk bebas. Gaya Bahasa 1. Asonansi - Anak pulang kelaparan - a diulang 6 kali 2. Aliterasi- Anak dipangku diletakkan - k diulang 4 kali 3. Sinkope - Beras habis padi tak jadi ( baris 8) 4. Anafora - Anak pulang kelaparan Anak di pangku diletakkan 5. Penggunaan peribahasa - Kera di hutan disusui 6. Hiperbola - Tiada kayu rumah diruntuhkan

HARGA REMAJA PUISI SELOKA EMAK SI RANDANG

Puisi Tradisional (Seloka Emak Si Randang) Maksud Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabishabisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.

Nilai 1. Nilai kebijaksanaan. Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan 2. Nilai bertanggungjawab. Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak. 3. Nilai berbudi Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada.. Pengajaran 1. Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan lebih harmoni. 2. Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan yang buruk. 3. Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.

HARGA REMAJA PANTUN EMPAT KERAT 9JENAKA DAN SINDIRAN) Puisi Tradisional

Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran) Maksud Rangkap 1 Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur. Rangkap 2 Jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti dia akan ditertawakan. Rangkap 3 Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya telah hilang Rangkap 4 Perasaan bimbang apabila seseorang yang melakukan sesuatu di luar berkemampuan. Rangkap 5 Perasaa hairan yang timbul apabila orang bawahan berjaya mengambil alih kuasa daripada seseorang pemimpin yang berpengaruh. Tema Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa.

Latihan 1. Apakah tema seloka Emak Si Randang? 2. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam Seloka Emak Si Randang

Persoalan 1. Persoalan tanggungjawab seorang isteri terhadap urusan rumah tangga. 2. Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan. 3. Persoalan pemimpin yang kehilangan kuasa. 4. Persoalan kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa . 5. Persoalan musibah yang berlaku akibat kelalaian.

Bentuk 1. Terdiri daripada lima rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5. kupu-kupu terbang melintang (3 perkataan) kalau tak pandai menumbuk sambal (5 perkataan) 4. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata. Apa guna berkain batik (9 suku kata) Apalah guna beristeri cantik (11 suku kata) 5. Rima akhir pantun ini ialah abab kecuali rangkap kedua, abac 6. Pantun ini adalah puisi terikat. Gaya Bahasa 1. Asonansi - Kalau tidak memakai capal pengulangan vokal a 2. Aliterasi - Melihat ikan memanjat kayu pengulangan konsonan m 3. Sinkope - Kalau tak pandai menumbuk sambal 4. Personikasi Ikan kering lagi ketawa Mendengar tupai membaca kitab 5. Unsur alam Haiwan ikan, tupai, harimau, kambing, burung, kupu-kupu Tumbuhan rotan,saga Nilai 1. Nilai bertanggungjawab Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan baik. 2. Nilai kegigihan Seseorang yang gigih berusaha bagi mencapai matlamatnya. 3. Nilai rasional Seseorang yang rasional dalam melakukan sesuatu perkara.

Pengajaran 1. Kita haruslah bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih harmoni. 2. Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah. 3. Kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak mendatangkan masalah kepada orang lain. Latihan 1. Berikan dua persoalan yang dikemukakan dalam Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran). 2. Nyatakan tiga pengajaran berdasarkan Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran).

HARGA REMAJA PUISI GURINDAM 12 FASAL KEENAM

Puisi Tradisional (Gurindam 12 Fasal yang Keenam) Maksud Rangkap 1 Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang. Rangkap 2 Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan setiap kemusykilan. Rangkap 3 Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami. Rangkap 4 Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan Tema Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi. Persoalan 1. Persoalan kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan. 2. Persoalan kebijaksanaan dalam memilih guru . 3. Persoalan kepentingan mempunyai isteri yang setia

Yang boleh tahukan tiap seteru (5 perkataan) 4. Terdiri daripada sembilan hingga sebelas suku kata. Yang boleh dijadikan ubat ( 9 suku kata) Cahari olehmu akan isteri ( 11 suku kata) 5. Rima akhir syair ini ialah aa 6. Bentuk gurindam ini terikat dengan puisi tradisional. Gaya Bahasa 1. Asonansi - Cahari olehmu akan sahabat pengulangan vokal a 2. Aliterasi - Yang boleh menyerahkan diri - pengulangan konsonan n 3. Sinkope - Cahari olehmu akan sahabat (rangkap 1 baris 1) 4. Penggunaan kata klasik : cahari 5. Penggunaan bahasa kiasan - Yang boleh menyerahkan diri (mahu menurut kata suami) Nilai 1. Nilai kebijaksanaan. Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat kepadanya. 2. Nilai ketaatan. Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami. 3. Nilai keikhlasan Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan.

Bentuk 1. Terdiri daripada empat rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada dua baris. 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara empat hinggalima. Cahari olehmu akan sahabat (4 perkataan)

Pengajaran 1. Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang. 2. Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat membimbing kita. 3. Seseorang suami haruslah bijak memilih isteri yang setia agar perhubungan mereka berkekalan. Latihan 1. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu memilih sahabat yang baik? 2. Berikan dua nilai yang terdapat dalam Gurindam 12 Fasal yang Keenam

HARGA REMAJA SAJAK MENGINTAI RUANG INSAF

Mengintai Ruang Insaf ( Sajak Tingkatan 4) (Shukri Abdullah)

MAKSUD Rangkap 1 Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya dari rahmat Allah s.w.t. Rangkap 2 Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran dari Ilahi. Rangkap 3 Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya. Rangkap 4 Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar dari api neraka.

TEMA Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat.

PERSOALAN 1. Persoalan fitrah manusia yang sering melakukan kesilapan dalam hidup.. 2. Persoalan keinsafan yang wujud dalam diri manusia apabila menyedari kesilapan masa lalu. 3. Persoalan keinginan untuk kembali mendapat keampunan dan rahmat Allah. 4. Persoalan kesukaran mendapat rahmat Allah akibat berterusan melakukan dosa dalam hidup.

3. Pengulangan konsonan k Contoh : kerap kakiku tersadung selirat akar (rangkap 2, baris 2) 4. Dialog Contoh : Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan? 5. Asonansi :pengulangan vokal i Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup. (rangkap 2, baris 1)

BENTUK 1. Terdiri daripada empat rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada empat baris, rangkap kedua ada enam baris, rangkap ketiga terdiri daripada lima baris manakala rangkap keempat terdiri daripada tiga baris. 3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas abab,abcdbe,aabcd dan abb. 5. Sajak ini berbentuk bebas.

6. Pengulangan vokal u Contoh : masih terbuka ruang untuk (rangkap 3, baris 4) 7. Metafora Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup (rangkap 2, baris 1) 8. Hiperbola Contoh : Tubuhku tercalar duri pidana (rangkap 2, baris 3) 9. Penggunaan bahasa asing. Contoh : Rabb (bahasa arab) 10. Sinkope Contoh : Kerap kakiku tersadung selirat akar.

NADA Melankolik. GAYA BAHASA

NILAI 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : tubuhku tercalar duri pidana. 2. Aliterasi :pengulangan konsonan n Contoh : Tanpa kembali ke tunjang makna (rangkap 3 baris 2) 1. Nilai keinsafan, contohnya timbulnya perasaan insaf yang mendalam untuk bertaubat akibat kesalahan masa lampaunya. 2. Nilai rasional, contohnya penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya. 3. Nilai kesedaran, contohnya penyajak sedar dirinya telah melakukan banyak kesalahan.

HARGA REMAJA SAJAK TIBA WAKTUNYA

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu. 2. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu. 3. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu. 4. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.

Tiba Waktunya (Ghazali Lateh) MAKSUD Rangkap 1 Arus globalisasi telah berlaku dengan pantas meliputi pelbagai bidang. Oleh itu, manusia perlu merebut peluang yang ada selari dengan perubahan zaman. Rangkap 2

Soalan 1. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini. 2. Nyatakan dua faktor yang boleh mendorong seseorang itu insaf. Wanita tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang bakal menimbulkan kekeliruan untuk membuat pilihan kerana akan merugikan masa. Perkara yang lebih penting ialah wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri dan keluarga. Rangkap 3 Penyajak menyarankan agar wanita zaman siber berani meluahkan idea ke tengah arena negara. Penglibatan wanita dalam pelbagai bidang mampu memacu negara mencapai wawasan. Rangkap 4 Mereka perlu keluar daripada kongkongan kedaifan dan meleraikan semua yang mengelirukan. Mereka juga perlu berani, berkeyakinan tinggi, tabah di samping menjaga budi pekerti serta hebat semua bidang. Rangkap 5 Penyajak mengajak wanita supaya mengangkat martabat

mereka dengan kekuatan akal dan tenaga fizikal. Dengan berbekalkan keimanan dan kecekalan, penyajak menyarankan wanita menggerakkan keupayaan maksimum. Rangkap 6 Sekaranglah masanya untuk wanita berada di puncak pentas dunia.

3. Jumlah patah kata antara tiga hingga enam. 4. Jumlah suku kata antara tujuh hingga empat belas. 5. Rima akhirnya bebas : aabcc, aaaaabb, abcc, aabbbb, aabbb dan aa. 6. Sajak ini berbentuk bebas.

TEMA Usaha mengangkat martabat wanita. NADA Patriotik PERSOALAN GAYA BAHASA 1. Persoalan persaingan manusia dalam mengejar kemajuan pada zaman moden. 2. Persoalan keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup. 3. Persoalan peranan wanita dalam masyarakat. 4. Kepentingan wanita menjadi seorang yang berani. 3. Aliterasi :pengulangan konsonan n Contoh : merebut tunas-tunas harapan yang hijau 4. Asonansi :pengulangan vokal u Contoh :dari putik dan pucuk berembun kemilau 5. Sinkope. Contoh : kautanya 6. Hiperbola. Contoh : angin musim semakin deras dan ganas 7. Metafora Contoh : tunas-tunas harapan 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : dari putik dan pucuk berembun kemilau 2. Kata ganda. Contoh : tunas-tunas, gerak geri, sisa-sisa.

BENTUK 1. Terdiri daripada enam rangkap. 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama mengandungi lima baris, rangkap kedua mengandungi tujuh baris, rangkap ketiga mengandungi empat baris, rangkap keempat mengandungi enam baris,rangkap kelima mengandungi lima baris dan rangkap terakhir mengandungi dua baris.

Soalan 8. Imajan / simbolik. Contoh : persada dunia ( puncak kejayaan) 9. Inversi Contoh : usah kautanya persoalan dilemma 1. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Tiba Waktunya. 2. Nyatakan dua nilai yang dapat dipetik dalam sajak ini.
HARGA REMAJA SAJAK MAHSURI

NILAI 1. Nilai keberanian. Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam pelbagai bidanguntuk pembangunan negara. 2. Nilai kecekalan. Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang. 3. Nilai keyakinan diri. Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus perdana dalam hidup. 4. Nilai berpandangan jauh. Setiap individu perlu berpandangan jauh untuk mencapai matlamat hidup.

Mahsuri (Zurinah Hassan) MAKSUD Rangkap 1 Sajak ini mengisahkan tentang diri Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi lagenda di Pulau Langkawi. Mahsuri digambarkan sebagai lambing wanita yang setia tetapi telah difitnah akibat hasad dengki dan dendamnya terhadap orang yang menzalimi dirinya. Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna putih ketika dia dibunuh telah menjadi lagenda. Setelah tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri tujuh keturunan, kini langkawi telah membangun dengan pesat dan maju. Rangkap 2 Penyajak menzahirkan pertikaian beberapa pendapat tentang kewujudan Mahsuri kerana ada yang mengatakan kisah Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman.Namun realitinya kisah Mahsuri itu benar dan keunikan Mahsuri itu telah digarapkan dalam karya sastera dan akhirnya menjadikan lagenda itu lebih mahsyur. Lagenda inilah yang menjadi batu loncatan kepada kemajuan Langkawi. Hasil karya sastera telah memperkasa dan memartabatkan kesusasteraan tanah air tercinta.

PENGAJARAN 1. Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam zaman moden ini demi kejayaan diri sendiri. 2. Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan hidup. 3. Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia. 4. Wanita hendaklah berusaha mengangkat martabat mereka dengan berbekalkan kekuatan mental dan fizikal.

TEMA Sejarah dan sastera yang begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi Negara.

NADA Melankolik.

PERSOALAN 1. Persoalan fitnah dalam kalangan masyarakat. Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang menimpa dirinya. Disebabkan itu warna darahnya yang mengalir telah menjadi putih.

GAYA BAHASA 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : air matamu dingin embun. 2. Aliterasi :pengulangan konsonan m Contoh : rambutmu menjadi jalur hitam (rangkap 1 baris 5)

2. Persoalan sumpah dan dendam. Kezaliman yang berlaku ke atas dirinya telah menimbulkan dendam sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan. 3. Persoalan sastera dan sejarah. Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi hasil sastera yang bernilai. 4. Persoalan mengharumkan nama Negara di persada dunia. Lagenda Mahsuri telah memahsyurkan nama Langkawi diserata dunia.

3. Asonansi :pengulangan vokal u Contoh : menyambut tetamu pulau 4. Metafora Contoh : terapung di laut malam (rangkap 1, baris 6) 5. Hiperbola Contoh : melengkung tujuh tanjung (rangkap 1, baris 10) Putihlah pulau ini (rangkap 1, baris 11) 6. Sinkope Contoh : kerana tanpamu

BENTUK 1. Terdiri daripada dua rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada enam belas baris manakala rangkap kedua ada sebelas baris. 3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas iaitu abbaccdedfaaaaba dan abbaccdeeed. 5. Sajak ini berbentuk bebas. 7. Personifikasi Contoh : nyanyian ombak pagi (rangkap 1, baris 4)

HARGA REMAJA SAJAK DI PERPUSTAKAAN

NILAI 1. Nilai menghargai. Sejarah dan sastera perlu dihargai sebagai warisan negara yang bernilai tinggi.

Di Perpustakaan (Shafie Abu Bakar)

MAKSUD 2. Nilai kesetiaan. Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya. 3. Nilai patriotisme. Perasaan cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya. 4. Nilai kreativiti penulis.Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi hasil sastera yang indah. Rangkap 1 Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah. Rangkap 2 Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mugkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia. Rangkap 3 Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diterokainya.

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana kedua-duanya mempunyai kebaikannya kepada pembangunan negara. 2. Janganlah kita suka menfitnah seseorang tanpa usul periksa. 3. Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara. Soalan 1. Nyatakan tema sajak Mahsuri. 2. Nyataka dua faktor Pulau langkawi popular sebagai destinasi pelancongan negara.

TEMA Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu.

PERSOALAN 1. Persoalan pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan. 2. Persoalan tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya. 3. Persoalan cinta akan ilmu pengetahun.

Contoh :Dahaga tak pernah langsai (rangkap 3, baris 6) Pengulangan vokal i Contoh : hanya sebiji dari mutiara (rangkap 2, baris 12) 4. Anafora pengulangan perkataan pada awal baris Contoh : Di puncak sepi Di sana sini (rangkap 1, baris 7-8) 5. Metafora Contoh : Di dada samudera (rangkap 3, baris 3) Bahtera ilmu (rangkap 2, baris 7) 6. Sinkope Contoh : Melangkah ke ruangmu Yang akan kucatat 7. Personifikasi Contoh : Ke kedinginan yang menerpa 8. Imejan Contoh : Gua pendeta bersemadi. (rangkap 1, baris 6)

BENTUK 1. Terdiri daripada tiga rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada sepuluh baris, rangkap kedua ada lima belas baris dan rangkap ketiga terdiri daripada enam baris. 3. Mengandungi antara dua hingga lima patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas abccdddddd, abacdbbefegehcc,, abbaba. 5. Sajak ini berbentuk bebas.

NADA Sinis NILAI GAYA BAHASA 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : Gua pendeta bersamadi. 2. Aliterasi :pengulangan konsonan n Contoh : Ke kedinginan yang menerpa (rangkap 1 baris 4) Pengulangan konsonan t Contoh : satu pertukaran yang kontras 3. Asonansi :pengulangan vokal a 1. Nilai kerajinan, contohnya rajin menuntut ilmu. 2. Nilai ketekunan, contohnya tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan. 3. Nilai bertanggungjawab contohnya berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan.

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu. 2. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu. 3. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu. 4. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.

Di Perpustakaan (Shafie Abu Bakar)

MAKSUD Rangkap 1 Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah. Rangkap 2 Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mugkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia. Rangkap 3 Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diterokainya.

Soalan 1. Mengapakah penyajak berasa kagum apabila melangkah ke ruang perpustakaan? 2. Nyatakan dua kepentingan perpustakaan kepada masyarakat.

TEMA Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu.

PERSOALAN 1. Persoalan pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan. 2. Persoalan tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya. 3. Persoalan cinta akan ilmu pengetahun.

Pengulangan vokal (i) Contoh : hanya sebiji dari mutiara (rangkap 2, baris 12) 4. Anafora pengulangan perkataan pada awal baris Contoh : Di puncak sepi Di sana sini (rangkap 1, baris 7-8) 5. Metafora Contoh : Di dada samudera (rangkap 3, baris 3) Bahtera ilmu (rangkap 2, baris 7) 6. Sinkope Contoh : Melangkah ke ruangmu Yang akan kucatat 7. Personifikasi Contoh : Ke kedinginan yang menerpa 8. Imejan Contoh : Gua pendeta bersemadi. (rangkap 1, baris 6)

BENTUK 1. Terdiri daripada tiga rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada sepuluh baris, rangkap kedua ada lima belas baris dan rangkap ketiga terdiri daripada enam baris. 3. Mengandungi antara dua hingga lima patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas abccdddddd, abacdbbefegehcc,, abbaba. 5. Sajak ini berbentuk bebas.

NADA NILAI Sinis 1. Nilai kerajinan, contohnya rajin menuntut ilmu. 2. Nilai ketekunan, contohnya tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan. 3. Nilai bertanggungjawab contohnya berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan.

GAYA BAHASA 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : Gua pendeta bersamadi. 2. Aliterasi :pengulangan konsonan n Contoh : Ke kedinginan yang menerpa (rangkap 1 baris 4) Pengulangan konsonan t Contoh : satu pertukaran yang kontras 3. Asonansi :pengulangan vokal a Contoh :Dahaga tak pernah langsai (rangkap 3, baris 6)

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu. 2. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu. 3. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu. 4. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.

Soalan 1. Mengapakah penyajak berasa kagum apabila melangkah ke ruang perpustakaan? 2. Nyatakan dua kepentingan perpustakaan kepada masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai