Anda di halaman 1dari 44

Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

1. Mengangkat atau Pak Ali ke tebing sungai sambil


memegang sesuatu membawa sebatang joran
sambil bergerak ke
tempat lain

2. Membawa sesuatu di Mak Limah berjaja dari rumah ke


atas kepala rumah sambil menjunjung barang
jualannya.

3. Menyandang Budak lelaki itu menggalas


sesuatu pada bahu pelampung getah menuju ke
pinggir laut.

4. Membawa dengan Pak Harun memikul padi yang diisi


meletakkan di atas di dalam guni itu ke rumahnya.
bahu

5. Membawa dengan Encik Rosman mengelek fail ketika


mengepit di bawah menunggu bas tiba.
ketiak

6. Meletak di atas riba Did memangku anak kecil itu


dengan penuh kasih sayang.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

7. Membawa sesuatu di Puan Atikah sedang menatang


atas tapak tangan/ dulang berisi medal untuk
menating dihadiahkan kepada pemenang
pertandingan itu.

8. Mengangkat ke atas Pak Samad menjulang anaknya


ketika meredah sungai itu.

9. Menjinjing/ membawa Suriati keluar dari kedai itu sambil


sesuatu dengan tangan menjinjit beg plastik.
ke bawah

10. Membawa sesuatu Wak Satiman mengandar sayuran


dengan pengandar untuk dijual di pasar tani.
(batang kayu, besi,
atau buluh)

11. Menolak ke hadapan Salim membantu menyorong kerusi


roda yang dinaiki pesakit itu.

12. Memimpin Kamil menuntun basikal di kawasan


sekolah.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

13. Menarik sesuatu Pak Abu menyeret lembu yang mati


dengan bergeser pada itu untuk ditanam.
sesuatu permukaan/
dengan paksa

14. Menggerakkan ke atas Kamil mengangkat kerusi itu untuk


/ menaikkan diletakkan di atas meja.

15. Mengangkat dari Ibu mengangkit periuk besrisi kari


tempat asal itu dengan menggunakan pengalas.

16. Mengangkat dan Lori itu digunakan untuk


membawa ke suatu mengangkut barangan ke rumah
tempat baharunya di taman perumahan.

17. Mengangkat dan Kakak mengalihkan anak pokok


meletakkan di tempa bunga itu ke dalam pasu.
Idin yang hampir/
memindahkan/
mengubah

18. Mengambil sesuatu Puan Seha sedang memetik buah


daripada tangkai/ jambu di belakang rumahnya.
pokoknya

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

19. Memetik/ menarik Did menggunakan galah


sesuatu dengan galah bercangkuk untuk mengait buah
bercangkuk rambutan itu.

20. Menusuk sesuatu Mamat menjolok buah mempelam


dengan galah supaya di hujung dahan itu.
jatuh

21. Memetik atau menggali Jika pelepahnya dibuang,


tanah dengan mudahlah kita mengecop tandan
menggunakan cop buah kelapa sawit itu.

22. Memusing/ memutar/ Beruk Pak Seman sedang memulas


memilin buah kelapa di atas pokok.

23. Memutuskan sesuatu Encik Adrian menggunakan gergaji


dengan alat (gergaji, tangan untuk memotong papan itu.
gunting, pisau)

24. Tetakan yang agak Pak Utih menakik batang kelapa


dalam tetapi tidak bagi memudahkannya memanjat
memutuskan pokok pokok itu.

25. Mencantas supaya Safari merepang pokok hiasan itu


sama rata dengan gergaji mesin.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

26. Memangkas dahan/ Pak Uda mencantas ranting pokok


ranting pokok yang merintangi laluannya.

27. Menumbangkan pokok Dia menebang pokok itu dengan


dengan alat (gergaji, berhati-hati kerana boleh
kapak, parang) mengundang kecelakaan.

28. Menggores sesuatu Pagi-pagi lagi, Pak Seman sudah


permukaan dengan berada di kebunnya untuk
agak dalam menoreh pokok getah.

29. Memecahkan sesuatu Sebilah kapak digunakan untuk


menjadi dua bahagian membelah kayu api itiu.
dengan menggunakan
alat (pisau, kapak,
gergaji)

30. Meratakan atau Pak Mat menarah rumput pada


membersihkan keliling pokok itu dengan
dengan pisau dan menggunakan cangkul.
sebagainya

31. Menghaluskan dan Tok Seman meraut buluh itu untuk


melicinkan dengan dibuat bingkai layang-layang.
pisau dan sebagainya

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

32. Membersihkan ikan Ibu menyiang ikan yang baru sahaja


/membersihkan rumput dipancing oleh ayah.

33. Menghiris tidak Rozina mengelar ikan itu sebelum


sampai putus dilumuri garam dan kunyit.

34. Memenggal /tetakan Dengan pantas, dia memancung


kuat untuk kepala ular yang melulur ayamnya
memutuskan itu.
kepala

35. Menetak sesuatu Peniaga itu mencincang tulang


berulang kali lembu yang hendak dibeli oleh
supaya menjadi pelanggannya.
kecil

36. Membuang / mengopak Masliza duduk di kerusi sambil


/ mengupas buah mempelam.
mengopek kulit

37. Memotong nipis- Salmah menghiris bawang besar


nipis sebagai bahan tumisan sayurnya.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

38. Menghiris nipis- Biasanya, kakaklah yang ditugaskan


nipis merincih bawang untuk dibuat
bahan tumisan.

39. Memotong untuk Mereka melapah lembu yang telah


memisahkan daging disembelih itu di bawah pokok.
dengan kulitnya

40. Mencarik halus-halus Nurul menyiat daging yang telah


dengan tangan, gigi, direbus untuk dibuat serunding.
atau paruh

41. Membelah bahagian Doktor terpaksa membedahh


tubuh budak yang diserang apendiks itu.

42. Mengeruk/ mengikis isi Nenek duduk di atas pengukur


kelapa dengan sejenis sambil mengukur kelapa.
alat pengukur

43. Menyagat/ mengukur Aliha memarut ubi kayu untuk


kelapa dengan parut dibuat penganan.

44. Mengolah makanan Ibu saya sedang memasak makanan


mentah supaya masak di dapur.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

45. Memasak nasi/ Kakak Haslina menanak nasi


memasak santan untuk dengan menggunakan dapur
dijadikan minyak elektrik.

46. Memasak air dengan Abang Yusuff menjerang air yang


menggunakan api/ diisi di dalam cerek itu.
elektrik

47. Mendidihkan bahan Puan Safiah mereneh ramuan ubat


yang dimasukkan ke itu untuk beberapa ketika sebelum
dalam air dengan api boleh diminum.
yang kecil

48. Memasak sesuatu Puan Hazani mengukus pulut untuk


dengan menggunakan sarapan keluarganya.
wap air yang mendidih

49. Memasak dengan Mamak itu sedang menggoreng mi


minyak yang panas yang dipesan oleh pelanggannya.

50. Menggoreng tanpa Kita perlu menyangai kacang tanah


minyak itu supaya mudah dibuang kulitnya.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

51. Mengeringkan Nenek Kiah menyalai ikan yang


dengan cara telah disiangnya di atas pepara.
mengasapi sesuatu

52. Memasak makanan Ibu memanggang ikan di atas bara


dengan cara api.
meletakkannya di atas
bara api

53. Membalik-balikkan Ibu melayur daun pisang yang


sesuatu di atas api agak hendak dijadikan pembungkus
pantas supaya tidak lepat pisang itu.
hangus

54. Menyalakan/ Rahim baru sahaja membakar


memasak sesuatu sampah yang disapunya tadi.
dengan api

55. Mencalarkan/ Fatha menggoreskan anak mancis


membuat garisan untuk menyalakan lilin.

56. Memanaskan Lantaran kesejukan, dia


dengan meletakkan mendiangkan tangannya pada
sesuatu berdekatan unggun api itu.
api

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

57. Menusuk/ Dia menikam perut perompak itu


meradak/ dengan sebilah pisau.
mencucuk senjata
untuk melukai

58. mengoyakkan Ikmal merobek perut harimc itu


dengan sebilah jembia.

59. Memarang/ Cikgu Adnan menetak ular yang


mengayun senjata melulur anak kambingnya.
dengan kuat untuk
melukai

60. Menyelit/ memasukkan Pengantin lelaki itu menyisipkan


di celah sebilah keris di pinggangnya.

61. Mencabut dan Pendekar itu membuka langkah


menarik keluar senjata sambil menghunuskan senjatanya.
daripada sarungnya

62. Menikam atau Hang Nadim berjaya menusukkan


meradak dengan kerisnya ke perut lanun yang
senjata atau benda mengamuk di pekan itu.
tajam

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

63. Melempar/ melontar/ Peserta itu membuat pusingan


membuang sesuatu sebelum membaling tukul besi
dengan gerakan yang dipegangnya.
tangan yang kuat

64. Melempari dengan Dia berlari sambil merejam


batu atau sesuatu lembing itu sekuat hati

65. Membuang ke suatu Did sengaja mencampak begnya


arah ke lantai kena dibayangi rasa
marah

66. Melontar jauh-jauh Penggusti itu menghumban


lawannya ke luar gelanggang.

67. Menepis atau Pendekar Samad menangkis


mengelak pukulan/ serangan padu pencabarnya
serangan musuh dengan bersahaja.

68. Menggerakkan nyiru Puan Rasmah menampi beras untuk


turun naik untuk membuang antahnya.
membersihkan beras/
kekacang

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

69. Menapis dengan Kerja-kerja mengayak tepung itu


menggerakkan ayak ke dilakukan oleh orang perempuan.
kiri dan ke kanan

70. Menghamburkan Pak Uda menabur baja organik di


supaya berselerak/ kebun sayurnya.
menyebar/ memencar/
menyerak

71. Menggerakkan kuali Puan Hanita melenggang kuali


turun naik ke kiri dan berisi tepung cair untuk membuat
ke kanan sarung popia.

72. Mengibas-ngibaskan Wanita itu mengirai kain batiknya


dengan keras/ setelah melalui kawasan yang
mengirap berdebu itu.

73. Mencampakkan/ Pemuda itu menebar jalanya pada


memusing supaya permukaan sungai berarus tenang
kembang/ terbentang itu.

74. Menghancurkan Nenek melenyek ubi rebus dengan


dengan cara menekan senduk untuk dibuat penganan.
dengan sudu atau
senduk

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

75. Menggelek untuk Tukang masak itu sedang


menghancurkan menggiling cili dengan
sesuatu dengan menggunakan batu penggiling.
penggiling

76. Meramas dan Setiap malam, dia menguli tepung


menekan dengan untuk dibuat roti canai pada
tangan untuk keesokan harinya
menyebatikannya

77. Membulat-bulatkan Kakak menggentel tepung


sesuatu pada tapak berintikan gula kabung untuk
tangan dengan hujung dibuat onde-onde.
jari

78. Menggentel dengan Mak Bidan mengupar daun sirih


tapak tangan yang telah dilayur itu supaya
keluar minyaknya.

79. Melakukan gerakan Samad sedang memicit bisa


urut/ menekan sengatan lebah pada lengannya.
supaya keluar

80. Menghentak dengan Pak Malim menggunakan alu untuk


tangan, alu, atau menumbuk padi di dalam lesung
batu supaya hancur tangan itu.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

81. Menepuk atau Ibu menimbuk telur hingga naik


memukul sebelum adunan itu dicampurkan
sesuatu tepung dan gula pasir.
berulang kali

82. Menjalin Nenek Jah mengambil upah


silangmenyilang untuk menganyam tikar untuk
membuat tikar dan menambah pendapatannya.
sebagainya

83. Menyambung sesuatu Kakak menjahit baju yang telah


dengan menggunakan dipotong oleh ibu.
jarum dan benang/ tali

84. Membuat barang "Bukan mudah hendak menenun


tenun daripada songket itu; perlu ada kesabaran
benang dan sutera dan ketekunan," kata Mak Itam.

85. Menjahit bahan Kakak menyulam motif pada kipas


bermotif tertentu pada itu dengan benang emas.
kain dengan benang
emas atau perak

86. Memasukkan benda Rizal mencucuk ketulan daging sate


tajam dengan gerakan dengan sebilah lidi daripada buluh.
yang agak pantas

87. Melukis corak batik Ida mencanting kain itu dengan


pada kain dengan lilin cair untuk membuat lakaran
sejenis alat khas sebelum mewarnainya.
daripada tembaga

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

88. Merapatkan tubuh Budak nakal itu sengaja


hingga tersepit menghimpit saya ke tepi dinding.

89. Menghempap/ Ahli gusti itu menindih lawannya


menekan sesuatu dari untuk memenangi perlawanan.
atas

90. Menempatkan di Ana dan Badrul ditugaskan


antara dua benda mengapit pasangan pengantin itu.

91. Memberi tekanan Pasukan kami mengasak pasukan


kepada sesuatu pihak lawan bagi memudahkan
secara fizikal/ mental penyerang kami melakukan
jaringan.

92. Melakukan aksi untuk Peserta judo itu menang kerana


mematikan pergerakan berjaya mengunci pergerakan
lawan lawannya.

93. Memperaga/ Penggusti itu sengaja


mempertunjukkan mempamerkan tubuh sasanya
sebelum berlawan.

94. Memperlihatkan Pak Mat menunjukkan


sesuatu kepada kehandalannya dengan
seseorang mengangkat batu yang besar itu.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

95. Melilit dan Pak Kasim mengikat mulut guni


menyimpulkan tali berisi padi itu dengan seutas tali.
pada sesuatu

96. Membelit atau Tok Seman melilit semutar di


melingkarkan pada kepalanya sebelum turun ke sawah.
sesuatu benda

97. Mengikat sesuatu Samad menjerut leher ular itu


eraterat dengan tali yang diikatkan pada
sebatang kayu.

98. Membubuh gelang- Pak Hasan menyimpai lidi penyapu


gelang pada sesuatu itu dengan rotan.

99. Mengikat supaya tidak Pak Mat menyimpul tali penyidai itu
terurai/ mematikan pada batang pokok kelapa.
ikatan/ menambat

100. Makan dengan gelojoh Harimau itu terus sahaja


membaham mangsanya sehingga
kenyang.

101. Memasukkan sesuatu Setelah dipujuk, barulah Kamal


ke dalam perut melalui hendak menelan ubat itu.
kerongkong

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

102. Menelan tanpa Ularsawa itu sedang melulur anak


mengunyah kambing Pak Hasan.

103. Mengemam/ menahan Adik mengulum tablet demam itu


atau membiarkan kerana rasanya seperti gula-gula.
sesuatu berada di
dalam mulut

104. Menarik dengan paksa Anak lembu itu sedang meragut


atau dengan kekuatan rumput di padang.

105. Menyerang/ Tanpa diduga, ular itu terus


melakukan gerakan memagut kakinya.
makan dengan
menggunakan mulut

106. Menyerang/ Ayam itu sedang mematuk


melakukan gerakan makanan yang ditabur di halaman
makan dengan rumah.
menggunakan paruh

107. Mengerip/ menggigit Fasya mendapati tikus sedang


berdikit-dikit dengan mengerit pakaian yang
menggeserkan gigi disimpannya di tepi katilnya.

108. Memalu/ mengenakan Asyik benar pemuda itu memukul


sesuatu yang keras gendang bagi mengiringi
dengan kuat persersembahan tarian singa.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

109. Menghempas/ Petani itu sedang membanting padi


menghempuk sesuatu di sawahnya.
dengan kuat

110. Menimpakan Pokok kelapa itu tumbang lalu


sesuatu dengan menghempap bumbung rumahnya.
kuat

111. Menghempuk/ Budak nakal itu menghempas


menjatuhkan pinggan yang dipegangnya ke
sesuatu dengan lantai.
kuat

112. Meleperkan dengan Pembuat roti canai itu sedang


menekan atau memenyek adunan tepung
menindih sesuatu sebelum menebarnya.

113. Meletakkan kaki pada Budak itu sengaja memijak rumput


sesuatu yang baru ditanam oleh pekerja
sekolah.

114. Mencecah/ Inilah kali pertama dia


menginjak kaki menjejakkan kakinya di bangunan
KLCC.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

115. Menyepak/ Mokhtar mengerahkan seluruh


merembat/ memukul tenaganya lantas menendang bola
dengan kaki itu ke pintu gol lawannya.

116. Menggerakkan badan Penyerang itu menggelecek


ke kiri dan ke kanan beberapa orang pemain
ketika membawa bola pertahanan sebelum merembat
dengan kaki untuk bola ke pintu gol.
mengelirukan lawan

117. Menyepak atau Penjaga gol itu menguis bola


menepis ke tepi sepakan penyerang lawan keluar
daripada gawangnya.

118. Membungkus/ melilit Aman membalut luka di jari adiknya


bahagian tertentu dengan secebis kain.
dengan kain/ kertas

119. Membedung/ Ibu membarut tubuh adik selepas


membalut perut atau mandi.
tubuh

120. Mematahkan supaya Adik sedang melipat kain yang


bertangkup diambil dari ampaian.

121. Melekatkan benda Pandai besi itu menyalut sarung


dengan sesuatu keris dengan perak.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

122. Menyalut logam yang Tukang emas itu menyadur cincin


nipis pada logam yang tembaga dengan emas sembilan.
lain

123. Mengasah alat/ Pak Tua sedang mencanai mata


menggelek adunan parang sebelum turun ke kebun
supaya nipis dan rata pisangnya.

124. Menitik/ mengetuk Pandai besi itu sedang menempa


logam untuk dijadikan spring kereta untuk dijadikan
senjata parang.

125. Menegah / tidak Anggota polis segera menghalang


membenarkan penunjuk perasaan itu daripda
melakukan sesuatu bertindak liar.

126. Menghalang Pemeras ugut itu sengaja


dengan cara menghadang kami untuk
mendepangkan mendapatkan wang.
tangan

127. Menyokong/ Kayu jati itu digunakan untuk


menunjang dengan menggalang landasan kereta api.
sesuatu

128. Merentang kedua-dua Pelari itu mendepangkan


belah tangan tangannya apabila sampai di
luruslurus kiri dan garisan penamat.
kanan

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

129. Menghalang dengan Pagar keselamatan itu dibina bagi


meletakkan sesuatu menyekat kemasukan pendatang
sebagai pemisah tanpa izin ke negara kita.

130. Sesuatu yang Sebatang pokok kelapa tumbang


diletakkan merintangi sungai itu.
melintang

131. Melepasi sesuatu Dia berjaya melintasi garisan


tempat/ lalu di.../ penamat tepat pada masa yang
merentasi ditentukan.

132. Menempuh kesukaran Aku terpaksa meredah hutan yang


untuk melepasi dipenuhi onak dan duri itu.
kawasan atau keadaan
tertentu

133. Melintasi kawasan Kamal merenangi sungai itu


berair dengan cara walaupun airnya sangat dalam dan
berenang. berarus deras.

134. Bergerak di sepanjang Pengakap itu berjalan menyusuri


laluan/ mengikut tepi denai yang dirintis oleh rakannya
yang terdahulu.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

135. Menyampaikan Ketua pasukan kami memberi


sesuatu kepada cenderamata kepada ketua
seseorang pasukan lawan.

136. Menggolekkan Penjaga gol itu meleretkan bola


sesuatu kepada pemain pertahanannya.

137. Membuang ke atas Pengadil itu melambung bola untuk


memulakan perlawanan.

138. Menerima dengan Ana menyambut bola yang


tangan dilontarkan oleh rakannya.

139. Gerakan seperti Pemain itu melibas bola takraw


menyebat sama ada yang diumpan kepadanya.
dengan tangan atau
dengan kaki

140. Menarik dengan kuat Wak Jamil menyentap jerat tali


dan cepat untuk menumbangkan lembu itu.

141. Memusingkan Pihak polis segera mengilas tangan


tangan ke belakang perompak itu lalu menggarinya.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

142. Menyiku / Milah menyigung muka pemuda


menghentak dengan yang nakal itu.
siku

143. Menyentuhkan anggota Pak Mat menggeselkan badannya


badan mengenai di bucu tiang untuk menghilangkan
sesuatu rasa gatal.

144. Memandang/ Saya sempat melihat orang


menggunakan mata memetik daun teh di tanah tinggi
untuk mengetahui itu.
sesuatu

145. Berpaling/ memusing Did menoleh ke belakang kerana


muka untuk melihat terdengar bunyi dentuman yang
kuat

146. Mengerling/ melihat Nani menjeling ke arah pemuda


dengan ekor mata yang tidak dikenalinya itu.

147. Mengintip/ melihat Tina mengintai di sebalik tirai


dengan sembunyi- untuk melihat tetamu yang datang
sembunyi ke rumahnya.

148. Menjengah/ melihat Kamil menjenguk melalui tingkap


dengan menghulurkan rumahnya kerana terdengar suara
kepala orang memanggilnya.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

149. Memandang dengan Nenek Kiah menatap gambar


teliti/ lama-lama cucunya sambil menitiskan air
mata kerinduan.

150. Memerhatikan sesuatu Pegawai tentera itu meninjau


dari tempat yang keadaan di sempadan dengan
tinggi/ jauh menggunakan teropong.

151. Memandang ke atas Samad mendongak untuk melihat


peserta payung terjun itu terjun
dari sebuah kapal terbang.

152. Melihat dengan ekor Did melirik ke arah adikny kerana


mata/ mengerling/ tidak berpuas hati dengan
menjeling sikapnya yang kurang sopan itu.

153. Mengelipkan sebelah Dia tersenyum sambil


mata untuk memberi mengenyitkan matanya kepadaku.
isyarat

154. Membuka mata luas- Puan Ratna menjegilkan matanya


luas kerana memarahi anaknya yang
degil itu.

155. Mencuci/ Ibu sedang membasuh pakaiam di


membersihkan sesuatu bilik air.
dengan

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

156. Mencuci untuk kali Kini, giliran adik membilas kain-kain


kedua dan seterusnya yang baru dicuci oleh ibu.
sehingga bersih

157. Mengalirkan turun/ ke Ibu mencucurkan air ke atas


bawah sayuran yang sudah dibasuh itu.

158. Memegang- Nek Leha meramas kelapa untuk


megang dan mendapatkan santannya.
memicit

159. Memeras/ memicit Ibu memerah santan itu ke dalam


untuk mengeluarkan penapis plastik.
air/ santan

160. Mengesat, melumas, Tina menyapu minyak wangi ke


melumur, pergelangan tangannya.
membersihkan dengan
alat

161. Membersihkan Ibu menggosok lantai bilik air


denggan cara dengan berus.
menggeserkan
sesuatu/ menyeterika
pakaian

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

162. Menggosok supaya Abang menggilap kasut yang


berkilat hendak dipakai ke majlis temu
duga nanti.

163. Menggosok supaya Salman menggenyeh matanya


hilang gatal atau pedih beberapa kali kerana berasa gatal.

164. Menggosok dengan Mak Limah menyental periuk yang


kuat dipenuhi jelaga itu.

165. Menyapu atau Kakak menggunakan mop untuk


mengeringkan dengan mengelap lantai itu.
kain dan sebagainya

166. Menjirus/ Setiap pagi, abang akan menyiram


mencurahkan air pada pokok-pokok bunga di halaman
sesuatu rumah

167. Menyimbur/ Pak Long menyimbah kotoran


mencurahkan air pada badan lembu itu dengan
dengan gerakan yang sebaldi air.
kuat

168. Memercikkan sedikit Tetamu itu merenjiskan air mawar


air kepada pasangan pengantin itu.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

169. Keluar dengan Air menyembur daripada batang


memancut paip besar yang bocor itu.

170. Mengambil/ Kanak-kanak istimewa itu


mendapat sesuatu menerima hadiah daripada
yang diberikan seorang dermawan.

171. Menerima/ Olahragawan itu merangkul lima


menggondol hadiah/ pingat emas dalam acara balapan.
memeluk

172. Membawa Kakak merangkum pakaian kotor


dalam pelukan itu untuk dibasuh di bilik basuhan.
tangan

173. Menyangkutkan Tetamu itu mengalungkan pingat


sesuatu pada leher kepada juara acara larian itu.

174. Melekatkan/ Marina menyematkan rozet


mencantum sesuatu kepada tetamu kehormat itu.
dengan penyemat

175. Mengurniai/ memberi DYMM Sultan Pahang telah


sesuatu sebagai berkenan menganugerahkan
anugerah pingat kebesaran kepada pegawai
itu.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

176. Membuka dengan cara Orang itu terpaksa mengopak


merosakkan pintu kerana kunci rumahnya
hilang.

177. Menuil/ mengungkil/ Pak Abu mengumpil batu yang


menggerakkan sesuatu besar itu dengan sebatang kayu.
dengan menggunakan
tuas

178. Menghancurkan/ Adik tidak sengaja memecahkan


menyebabkan sesuatu pinggan nasi yang dibawanya.
menjadi berkecai

179. Rosak sama sekali/ Banjir telah memusnahkan


membinasakan/ beberapa buah rumah.

180. Merobohkan/ Sebuah jentolak digunakan untuk


merosakkan dan meruntuhkan bangunan usang itu
menjatuhkan

181. Mengunyah serta Abang makan nasi berlaukkan ikan


menelan makanan sungai dan sambal petai.

182. Meneguk/ menyedut Salman menghirup air kopi panas


dan menelan benda untuk menghilangkan
cair rasa mengantuk.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

183. Merasa atau Asyik benar budak kecil itu


mengambil makanan menjilat aiskrim yang dibeli
dengan lidah bapanya.

184. Makan lauk sahaja/ Adik meratah lauk sahaja tanpa


menundukkan lawan menyentuh nasi yang
dihidangkan.

185. Menyedut/memasukkan An menghisap air di dalam botol


sesuatu ke dalam mulut itu dengan straw.
atau hidung dengan
tarikan udara

186. Melumatkan makanan Payah benar datuk mengunyah


dalam mulut dengan daging kerana datuk tidak bergigi.
gigi

187. Mencapai atau memaut lbu memegang tangan adik


dengan eraterat ketika melintas jalan.
tangan

188. Mengusap/ menyentuh Nek Bedah membelai rambut


dengan perasaan kasih cucunya dengan penuh
sayang kemesraan.

189. Menggerakkan tangan Rafiq memandu keretanya


turun naik untuk perlahan-lahan sambil melambai
mengucapkan selamat mesra.
jalan/ selamat tinggal

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

190. Menyentuh dengan Rina mencuit belakang rakannya


hujung jari untuk bertanyakan sesuatu.

191. Memberi isyarat Sudah beberapa kali saya


memanggil dengan menggamit budak itu namin dia
menggerakkan tidak melihatnya
keempat-empat jari
tangan

192. Menembusi barisan AN terpaksa menguak sampah


dengan menolak atau yang merintanginya pada
menarik ke kiri dan ke permukaan sungai itu.
kanan

193. Memimpin kanak- Kakak menatih adik dengan berhati-


kanak untuk berlatih hati di ruang tamu.
berjalan

194. Bergerak dengan Adik saya sudah pandai mengesot


menggeserkan untuk mengambil barang
punggung mainannya.

195. Pergerakan badan Bayi itu menjulur untuk


kanak-kanak sebelum mendapatkan ibunya.
boleh merangkak

196. Berjalan dengan Bayi itu sudah boleh merangkak


menggunakan tangan dengan pantas.
dan lutut

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

197. Berbaring dengan dada Anggota tentera itu meniarap


dan perut ke bawah untuk memulakan serangan
terhadap pihak musuh

198. Berbaring dengan dada Mayat itu ditemui dalam keadaan


dan perut ke melentang dengan matanya
atas ditutup.

199. Terlepas ke bawah/ Pencari petai itu terjatuh kerana


gugur/ luruh terpijak dahan yang rapuh.

200 Bergerak dengan Kereta itu terbabas lalu terjunam


kepala dahulu ke dalam gaung.
mengarah ke bawah

201. Tersungkur/ tertiarap/ Budak yang mengigau itu jatuh


terlungkup/ jatuh tersembam di atas lantai.
dengan muka dan
dada menghempap
sesuatu

202 Terjelepok/jatuh Budak itu jatuh terduduk daripada


dengan punggung basikal yang ditungganginya.
dahulu mengenai
sesuatu

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

203 Tergolek/ Pemuda itu jatuh terguiing di


berpusing pusing laluan yang sempit itu ke tebing
ke hadapan sungai.

204 Meletakkan Nenek duduk di kerusi itu sambil


punggung di atas meraut lidi kelapa.
sesuatu

205 Duduk dengan melipat Pengantin lelaki duduk bersila


dan menyilangkan sementara menunggu majlis
kaki pernikahan berlangsung.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

206 Duduk dengan Pengantin perempuan duduk


melipatkan kaki ke bersimpuh menanti majlis
arah yang sama (kiri/ berlangsung.
kanan) dengan sebelah
tangan menupang
.
tubuh

207 Duduk dengan Tidak elok duduk berlunjur di


menghulurkan hadapan orang tua-tua.
kaki

208 Bertinggung/ duduk Pak Tua mencangkung sambil


dengan kaki melipat memegang ayam jalak
tetapi punggung tidak kesayangannya.
mencecah sesuat
.

209. Duduk dengan Bapa bersandar pada dinding


meletakkan belakang rumah sambil mengipas tubuhnya.
badan pada sesuatu

210. Bertelut/ berdiri di Hang Tuah melutut di hadapan


atas lutut sultan lalu berdatang sembah.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

211. Bau yang tidak sedap Bangkai ayam di tepi jalan itu
(seperti bangkai) berbau busuk dan dihurungi lalat

212. Haring/ bau busuk air Bilik air itu berbau hancing kerana
kencing tidak dibersihkan.

213. Perat/ pering/ bau Minyak yang sudah tengik itu tidak
minyak yang sudah elok digunakan untuk menumis
lama disimpan lagi.

214. Bau tidak enak pada Basuhlah ikan sungai dengan asam
ikan basah jawa untuk menghilangkan
(terutamanya ikan hanyirnya.
sungai)

215. Bau tidak sedap kerana Ini beras tahun lepas; patutlah
sudah usang/ lapuk berbau hapak.

216. Makanan yang Kari semalam itu tidakboleh


menjadi busuk kerana dimakan lagi kerana sudah basi.
disimpan lama/ tidak
diperhangat

217. Tanya jawab untuk Pihak wartawan mengadakan


mendapatkan berita temu ramah itu untuk
atau maklumat mendapatkan maklumat lanjut
tentang penemuan makhluk ganjil
itu.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

218. Perjumpaan yang telah Mereka mengadakan temu janji itu


ditetapkan masa dan di sebuah restoran terkenal.
tempatnya

219. Tanya jawab antara Temu duga itu diadakan untuk


majikan dengan mengisi kekosongan jawatan
pemohon kerja pengurus di syarikat itu.

220 Bersemuka/ Tidak ada apa-apa yang saya


berjumpa dengan bincangkan dengan tokoh korporat
seseorang itu; sekadar temu muka sahaja.

221. Lanjut usia/ sudah Pak Karim memang sudah tua; jalan
lama hidup pun bertongkat.

222. Panjang masanya/ Kukur kelapa merupakan


tidak moden barangan lama yang sukar
ditemukan sekarang.

223. Sudah terlalu lama/ Halaman rumah usang itu dipenuhi


tidak berseri sarang labah-labah.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

224. Benda lama/ purba Harga pasu antik buatan China itu
yang sangat tinggi mencecah puluhan ribu ringgit.
nilainya

225. Dahulu/ masa Masyarakat zaman silam


lampau/ yang telah menggunakan kulit haiwan sebagai
berlalu pakaian.

226. Sangat menarik Bunga yang berkembangan di


apabila dipandang taman itu memang cantik.
(perempuan/
bangunan

227. Benda kecil yang cantik Wah, comelnya budak yang sedang
(budak/ gadis/ haiwan) didukung oleh kakak itu!

228. Kacak/ segak/ rupa Did peragawan; kenalah tampan


yang menawan (lelaki) dan bergaya.

229. Rupawan (wanita) Wajah anak Pak Haji Rahman


sungguh jelita.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

230 Membujur/ lurus dari Kamil berdiri tegak ketika lagu


atas ke bawah Negaraku dimainkan.

231. Menyimpang dari arah Kaki baju itu sengaja dipotong


yang lurus serong bagi menambah
kecantikannya

232. Membengkok atau Tali ampaian daripada dawai


melengkung/ tidak memang melentur ketika cuaca
tegang panas.

233. Senget/ miring Tiang bendera itu senget kerana


tapaknya tidak kukuh.

234. Mendatar/ lurus dari Kekisi pagar itu dipasang melintang


kiri ke kanan dan rapat-rapat

235. Terletak memanjang ke Penampan simen itu dipasang


hadapan membujur bagi memudahkan air
mengalir.

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

236. Kain alas tilam Ibu sedang membuka kain cadar


untuk dibasuh.

237. Kain penutup tingkap Rumah itu kelihatan ceria setelah


atau pintu tingkapnya dipasang dengan kain
langsir.

238. Kain selimut Ibu menyelimut anaknya dengan


kain gebar kerana cuaca pada
malam itu agak dingin.

239. Kain tabir/ kain yang Tok Bilal sedang menarik tirai yang
dipasang labuh bagi memisahkan jemaah lelaki
menyekat ruang denganjemaah perempuan.

240 Tirai yang diperbuat Pekedai itu memasang tepi


daripada bilah rotan, kedainya.
buluh, dan sebagainya

241. Anyaman mengkuang/ Dinding rumah tradisional itu


buluh/ daun nipah diperbuat daripada kajang.
digunakan untuk atap
atau pelindung
daripada panas

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

242. Binaan kecil merintangi Titi itu dibuat daripada batang


sungai untuk kelapa sahaja.
menyeberangi sungai

243. . Binaan titi yang besar Pembinaan jambatan itu menelan


untuk menyeberangi belanja yang besar.
sungai

244. Jambatan di atas jalan Melintaslah dengan menggunakan


raya untuk pejalan kaki jejantas supaya selamat.
melintas jalan

TAHUN 6/SKT 1/2016


Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

245. Jalan raya yang dibina Kereta bapa saya melalui jejambat
melintasi jalan lain untuk sampai ke lebuh raya utama.
seperti jambatan

246. Kain penutup kepala Nenek Kiah memakai sigar ketika


perempuan ketika ke turun ke sawah.
sawah/ ke kebun

247. Kain pelilit kepala Pak Senik melilit semutar sebelum


oleh orang lelaki turun ke laut.

248. Kain yang dililit di Serban yang dipakai oleh Tuan


kepala (seperti yang Haji Bakhir itu dibeli di Madinah.
dipakai oleh haji dan
sebagainya)

249. Kain panjang untuk Nyonya Tan memakai kebaya dan


menutup kepala/ leher/ mengenakan selendang pada
disandang pada bahu bahunya.

250 Kain pelilit kepala yang Kuldip Singh kelihatan segak


dipakai oleh orang Sikh dengan turban berwarna hitam.

40 imajwa72@gmail.com Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

251. Kain penutup muka Gadis Arab itu memang sentiasa


yang dipakai oleh berpurdah jika keluar dari
orang perempuan rumahnya.

252. Tidak keras Kek yang dijual oleh Puan


Hamimah memang lembut.

253. Benyek/ benyai/ Nasi yang ditanak oleh adik lembik


terlalu lembut kerana terlebih air.

254. Tidak rangup/ Jika dibiarkan terdedah lama,


seakanakan liat kerepek ubi itu akan lemau dan
kerana sudah tidak sedap untuk dimakan lagi.
dimasuki angin

255 Masih basah/ belum Kain di jemuran itu belum boleh


kering diangkat kerana masih lembap.

256 Lembut/ gebu/ tidak Ubi kayu yang direbus itu sudah
keras kerana sudah empuk dan boleh dimatikan
masak apinya.

41 imajwa72@gmail.com Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

257. Cukup masak Kecur air liur saya melihat buah


(buahbuahan) rambutan yang masak ranum itu.

258. Belum masak benar/ Buah yang mengkal itu perlu


setengah masak diperam supaya cepat masak.

259. Terbakar Ubi yang dibakar itu hangus; sukar


menjadi hitam hendak dimakan lagi.

260 Keluar dari tempat Matahari terbit menyebabkan


yang terlindung persekitaran menjdi cerah.

42 imajwa72@gmail.com Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

261. Mulai terbit/ mulai Fajar menyingsing


terang (fajar)/ hilang/ menandakan telah masuk waktu
lenyap (kabus/awan) Subuh.

262. Keluar/ naik ke Buaya yang dicari-cari itu timbul di


permukaan air permukaan air.

263. Bergerak ke hadapan Nazmi tampil ke pentas untuk


membaca ikrar murid sempena
Majlis Penyerahan Ilmu itu.

264. Keluar dengan tiba- Tiba-tiba, wajah yang menakutkan


tiba itu muncul di hadapan kami.

265 Syak wasangka/ Pasangan suami isteri itu bergaduh


perasaan tidak elok akibat cemburu yang keterlaluan.
akibat kurang percaya
terhadap suami atau
isteri
.

266 Berniat jahat didorong Timbul perasaan dengki di hatinya


oleh perasaan iri hati apabila melihat rakannya berjaya.
atau cemburu

43 imajwa72@gmail.com Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
Kata Hampir Sama Maksud

Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

267. Perbuatan jahat untuk Memfitnah merupakan perbuatan


menganiaya/ khianat yang amat dimurkai Allah.
mendatangkan
kecelakaan kepada
orang lain

44 imajwa72@gmail.com Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

Anda mungkin juga menyukai