Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua, nama saya……………………

Sempena Program “Hari Ini Dalam Sejarah” dibawah anjuran Panitia Sejarah SMK Seri Kota,
saya ingin menyampaikan sedikit ilmu mengenai seni bina piramid semasa Tamadun Awal
Mesir Purba di pagi hari yang indah ini.

Mengapa orang zaman dulu membina bangunan berbentuk piramid?

Piramid merupakan satu bina yang sangat mengagumkan serta membingungkan. Kagum
kerana saiznya yang gergasi sementara bingung pula disebabkan usaha kita memahami
bagaimana orang zaman dulu mampu memblna bangunan sebesar itu.

Strukturnya yang sangat kukuh menjadikan piramid mampu bertahan dalam tempoh yang
sangat panjang, dengan binaan yang berupa seperti piramid ditemui di banyak tempat.
Antaranya di Mesopotamia, Mesir, kawasan Mesoamerica, China, Sepanyol, Sudan dan
beberapa lagi tempat. Piramid didirikan oleh masyarakat terlebih dahulu bukan sahaja sebagai
mercu tanda, malahan piramid turut sama dijadikan simbol kemajuan serta kepandaian
masyarakat tersebut. Selain itu, piramid juga dijadikan simbol agama dalam beberapa
masyarakat, dengan bentuk piiamid itu dikaitkan sebagai salah satu cara orang zaman dahulu
menunjukkan rasa berterima kasih kepada Tuhan mereka.

Fungsi Piramid pada masyarakat zaman dahulu kala

Kebiasaannya, piramid dibina di kawasan yang berdekatan dengan sumber alam bagi
memudahkan urusan-urusan masyarakat di situ. Sedikit sebanyak, ini menjadikan piramid atau
bangunan berbentuk piramid yang telah didirikan sebagai pusat kegiatan masyarakat tersebut,
tak kiralah dari segi ekonomi mahupun spiritual. Seperti yang kita semua sudah sedia maklum,
masyarakat zaman dahulu tidak mengehadkan fungsi piramid, dengan setiap piramid
mempunyai fungsi berbeza mengikut rnasyarakatnya sendiri.
Orang Mesir purba membina piramid bagi menjadi makam atau kubur kepada pemerintah
mereka. Orang Mesoamerika pula menjadikan bangunan berbentuk piramid sebagai salah satu
pusat acara menyembah Tuhan mereka. Oleh kerana ketinggian piramid yang dibma, orang
zaman dahulu percaya ketuaketua agarria mereka rnarnpu beikomunikasi dengan Tuhan
mereka lebih dekat, jadi bahagian atas piramid itu dijadikan kawasan pemujaan ritual
masyarakat zaman tersebut. Fungsi sedemikian dapat dilihat di pyramid-piramid yang terletak
di India dan China.

Mengapa bentuk piramid dipilih?

Asal-usul bentuk piramid sebenarnya bukanlah datang daripada imaginasi tanpa asas
masyarakat zaman dahulu. Ilham untuk membentukkan bangunan mereka sama seperti sebuah
piramid berpunca daripada bentuk gunung dan bukit yang mengelilingi kawasan mereka. Ini
memberikan mereka inspirasi bagi meniru 'rekaan' tersebut ke dalam bentuk bangunan. Setiap
piramid yang dibina mempunyai bentuk asas yang sama. Tapaknya berbentuk segiempat sama
dengan empat sisi berbentuk segitiga yang condong. Walau demikian, orang Mesir yang
terkenal dengan piramid mereka, dikatakan mendapat inspirasi daripada seni binaan
masyarakat mereka sendiri yang digelarkan 'mastaba '. Berbeza dengan piramid sebenar,
'mastaba' adalah sebuah binaan yang lebih rendah ekoran bumbungnya yang rata, sesuai dengan
makna namanya iaitu 'tempat duduk' Diperbuat daripada bata tanah liat pada mulanya sebelum
digantikan dengan batu, bentuk mastaba tidak semestinya berbentuk segiempat sama.
Kebiasaannya, paniang mastaba empat kali ganda lebarnya, dengan ketinggian mencecah 30
kaki.

Berikutan pengaruh agama serta kemahuan mahu membina bangunan yang lebih tinggi, bentuk
piramid dipilih berdasarkan kestabilannya. Sisinya yang berbentuk segitiga membolehkan
pengudaraan yang leb¡h baik. Air hujan lebih mudah mengalir ke bawah. Ketinggian yang
berjaya dicapai menjadikan piramid sebagai mercu tanda serta penunjuk lokasi, bagi meneroka
yang tinggal atau datang ke situ. Zaman sekarang, piramid membuktikan satu masa dahulu,
kebolehan manusia dalam membina struktur bangunan yang tinggi sebenarnya sudah mencapai
satu tahap yang mengagumkan, walaupun jika dibandingkan dengan teknologi zaman
sekarang. Atas sebab inilah masih ramai pihak menganggap piramid bukanlah ciptaan manusia,
tetapi sebenarnya dibina oleh nukhluk asing yang datang lebih awal ke bumi berbanding kita.

Anda mungkin juga menyukai