Anda di halaman 1dari 141

Hak Cipta SBP Zon

Timur 2007
KEGEMILANGAN
MELAKA
Bab 5


Sejarah: Tingkatan 1
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Objektif Pembelajaran
1. Menghuraikan sistem pembesar
empat lipatan.
2. Menyenaraikan faktor yang
menyumbang kemunculan Melaka
sebagai pusat perdagangan.
3.Menjelaskan hubungan luar kerajaan
Melaka.
4. Menerangkan peranan kerajaan
Melaka sebagai pusat
pengembangan agama Islam dan
kegiatan ilmu.
5. Memahami perluasan kuasa
kerajaan Melaka.
Pada akhir bab ini, kamu akan
dapat:
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Tajuk

1.3 Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

b. Kegemilangan Melaka
i. Sistem pentadbiran
- Sistem pembesar empat
lipatan

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Hasil pembelajaran

Menganalisis Sistem Pembesar Empat Lipatan
di Melaka

Aras 1

1a. Mendefinisikan konsep Pembesar Empat
Lipatan
1b. Memadankan jawatan dan peranan
pembesar di Melaka.

Aras 2

2a. Membuktikan Sistem Pentadbiran
Pembesar Empat Lipatan adalah
sistematik.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Aras 3

3a. Membuat inferens tentang sistem
Pembesar Empat Lipatan dengan sistem
Jemaah Menteri sekarang
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kegemilangan Melaka meliputi bidang
pentadbiran, perdagangan, hubungan luar,
perkembangan agama Islam, kegiatan ilmu,
dan perluasan kuasa.

Kegemilangan Melaka adalah hasil usaha
gigih sultan dan pembesarnya.

Rakyat juga turut berperanan berganding
bahu membantu pemerintah membangunkan
dan memajukan Melaka.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Susunan raja atau sultan yang memerintah
kerajaan Melaka.

1. Parameswara 1400 1414 M
2. Megat Iskandar Shah 1414 1424 M
3. Sultan Muhammad Shah 1424 1444 M
4. Sultan Abu Syahid 1444 1445 M
5. Sultan Muzaffar Shah 1445 1459 M
6. Sultan Mansor Shah 1459 1477 M
7. Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 - 1488 M
8. Sultan Mahmud Shah 1488 1511 M
9. Sultan Ahmad Shah 1511 1513 M

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pentadbiran yang Sistematik

[Sistem Pembesar Empat Lipatan]
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pembesar
Tiga Puluh Dua
Pembesar
Enam Belas
Pembesar
Berlapan
Pembesar
Berempat
Raja/Sultan
Struktur Pentadbiran kesultanan Melayu Melaka berdasarkan Sistem
Pembesar Empat Lipatan
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Bagi melicinkan urusan pentadbiran
kerajaan Melaka, Sultan Melaka telah
mengadakan suatu sistem pentadbiran yang
tersusun dan dikenali sebagai Sistem
Pembesar Empat Lipatan.

Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri
daripada kumpulan pembesar yang menjadi
pegawai tadbir kerajaan Melaka.

Dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan,
sultan mengetuai teraju pemerintahan.

Sultan dibantu oleh empat orang pembesar
yang dikenali sebagai Pembesar Berempat.

Pembesar Berempat terdiri daripada
Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggung, dan Laksamana.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
BENDAHARA TEMENGGUNG LAKSAMANA
SULTAN
Struktur Pembesar Berempat dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan
PENGHULU
BENDAHARI
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar
Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan
Pembesar Tiga Puluh Dua.


Pembesar dalam Sistem Pembesar Empat
Lipatan mempunyai tugas dan
tanggungjawab masing-masing yang perlu
dilaksanakan dengan jujur dan bijaksana.



Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Susun duduk pembesar di balairung seri semasa zaman pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Peranan Bendahara
a. Penasihat raja dalam bidang
pentadbiran.
b. Menteri utama.
c. Ketua turus angkatan perang.
d. Ketua hakim.
e. Pemangku sultan ketika sultan gering
atau keluar negara.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Susunan Bendahara dalam kerajaan Melaka.

1. Tun Perpatih Besar (Seri Wak Raja)
2. Seri Amar Diraja
3. Tun Perpatih Sedang (Seri Wak Raja)
4. Tun Ali (Seri Nara Diraja)
5. Tun Perak (Paduka Raja)
6. Tun Perpatih Putih
7. Tun Mutahir (Seri Maharaja)
8. Paduka Tuan (Bendahara Lubok Batu
/Tepok)

Sumber : Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka,
halaman 168 169.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Peranan Penghulu Bendahari
a. Pemungut hasil atau ufti.
b. Ketua segala Bendahari.
c. Ketua urusetia istana.
d. Ketua segala Syahbandar.

Penghulu Bendahari merupakan jawatan yang
telah diwujudkan oleh Parameswara semasa
memerintah Temasik. Antara tokoh yang
pernah memegang jawatan ini ialah Seri Nara
Diraja Tun Ali.

Sumber : Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka,
halaman 172 199
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Peranan Temenggung
a. Ketua polis dan penjara.
b. Penguasa bandar dan Kota Melaka.
c. Protokol istana.
d. Hakim di darat.

Temenggung adalah jawatan yang diwujudkan
di Melaka. Tokoh yang pernah memegang
jawatan ini ialah Seri Maharaja Tun Mutahir.

Sumber : Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka,
halaman 172 199

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Peranan Laksamana
a. Ketua angkatan laut.
b. Pengawal peribadi raja.
c. Ketua duta.
d. Mengetuai utusan.

Laksamana diperkenalkan semasa
pemerintahan Sultan Mansor Shah. Antara
tokoh yang pernah memegang jawatan ini ialah
Hang Tuah.

Sumber : Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka,
halaman 172 199

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Para pembesar bertanggungjawab
menegakkan dan mempertahankan kedaulatan
sultan dan kerajaan Melaka.

Para pembesar juga telah melaksanakan tugas
dengan jujur dan bijaksana.

Peranan yang dimainkan para pembesar amat
penting sehingga menjadikan Melaka sebuah
kerajaan yang gemilang.

Sokongan padu dan taat setia daripada
pembesar kepada sultan sangat penting untuk
membina kerajaan yang kuat dan maju.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Untuk meningkatkan sokongan tersebut, sultan
telah memberi kuasa kepada pembesar untuk
mentadbir wilayah, sungai atau pulau.

Kawasan pentadbiran pembesar tersebut
dipanggil kawasan pegangan.
PEMBESAR KAWASAN
PEGANGAN
Bendahara Muar dan Bentan
Penghulu
Bendahari
Sening Ujung dan
Kampar
Temenggung Tiada kawasan
pegangan
Laksamana Temasik
Hulubalang Sungai Raya dan
Siantan
Pembesar Melaka dan kawasan pegangannya.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Selain kawasan pegangan yang berada di
bawah kuasa Pembesar Berempat, sultan
Melaka juga melantik pembesar lain seperti
pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk
memungut cukai.

Kawasan memungut cukai ini di panggil
kawasan pemakanan.

Pada lazimnya, pembesar-pembesar akan
datang menghadap dan mempersembahkan ufti
kawasannya kepada sultan.



Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kerajaan Melaka telah memperkenalkan
sistem pentadbiran yang teratur.

Sistem pentadbiran ini diikuti dan diwarisi oleh
kerajaan Melayu yang lain di Semenanjung
Tanah Melayu.

Sistem ini juga dijadikan panduan dan asas
kepada pemerintah sekarang untuk
mewujudkan sistem pentadbiran yang
sistematik.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus
berbangga dengan sistem pentadbiran yang
kita miliki, kerana tanpa sistem pentadbiran
yang cekap, sudah tentu sesebuah kerajaan
menjadi lemah.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pusat Perdagangan
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Tajuk

1.3 Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk :

b. Kegemilangan Melaka
ii. Pusat perdagangan
- Faktor geografi
- Faktor di Melaka
- pentadbiran
- kemudahan
pelabuhan

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Hasil pembelajaran

Memahami kegemilangan Melaka sebagai
pusat perdagangan bertaraf dunia

Aras 1

1a. Menyenaraikan faktor-faktor yang
menyumbang ke arah kemunculan
Melaka sebagai pusat perdagangan.
1b. Menyebut nama negara dan jenis
barangan yang diperdagangkan di
Melaka.
1c. Menyatakan peranan Syahbandar dalam
memajukan perdagangan di Melaka.

Aras 2
Aras 3

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kegemilangan Melaka dalam bidang
perdagangan telah dinyatakan dalam buku
Sejarah Melayu iaitu ;

Melaka segala dagang atas angin dan bawah
angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu
ramai bandar Melaka pada zaman itu.
Sumber : W.G. Shallebear, 1612. Sejarah
Melayu. Edisi 1961, halaman 82.

Pedagang atas angin bermaksud pedagang
yang datang dari negara di sebelah Barat,
manakala pedagang bawah angin pula ialah
pedagang yang datang dari Timur.
Sumber : Kamus Dewan, halaman 63 106.

Hak Cipta SBP Zon Timur
2007
Pusat Perdagangan
[Kedudukan Geografi]
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Semenanjung Tanah Melayu terletak di
pertengahan laluan perdagangan antara
Timur dan Barat.


Peta menunjukkan kedudukan pelabuhan Melaka yang terletak di
tengah-tengah jalan perdagangan antara Timur dan Barat.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kedudukan yang strategik ini telah membantu
Semenanjung Tanah Melayu muncul sebagai
sebuah negara perdagangan sejak 1800
tahun yang lalu.

Begitu juga dengan kedudukan Melaka yang
terletak di pertengahan laluan perdagangan
antara Timur dan Barat telah
membolehkannya mengawal Selat Melaka
yang menjadi laluan kapal dagang.

Oleh yang demikian, Melaka dapat
menguasai perdagangan Selat Melaka.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Para pedagang bukan sahaja tinggal di
pelabuhan Melaka untuk berdagang, malah
untuk mendapatkan bekalan makanan dan
minuman.

Muara Sungai Melaka yang dalam
membolehkan kapal-kapal berlabuh dengan
mudah untuk menurunkan barang dagangan
bagi mendapatkan barang keperluan.
Gambaran pelukis menunjukkan kapal-kapal dagang
berlabuh berhampiran dengan muara Sungai Melaka.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Angin monsun Timur Laut bertiup dari bulan
November hingga April.

Angin monsun Barat Daya bertiup dari bulan
Mei hingga Oktober.

Banjaran Titiwangsa pula dapat menghalang
pelabuhan Melaka daripada tiupan angin
monsun Timur Laut.

Keadaan ini membolehkan kapal dagang
datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka
dengan selamat.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pedagang datang dan pulang mengikut
musim angin monsun.

Pedagang dari Timur datang ketika angin
monsun Timur Laut.

Pedagang dari Barat datang ketika angin
monsun Barat Daya.

Keadaan ini menjadikan pelabuhan Melaka
sebagai pusat tumpuan pedagang dari Timur
dan Barat.

Ketika menunggu peralihan angin monsun,
pedagang akan menjalankan urusan jual beli
di Melaka.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Sementara itu, pedagang Melaka pula
berperanan sebagai orang perantaraan dalam
urusan jual beli barangan di antara pedagang
dari Timur dan Barat.

Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit
bukau menjadi petunjuk kepada pedagang
untuk belayar.

Kapal-kapal dagang yang belayar di perairan
Selat Melaka boleh menjadikan bukit-bukau
tersebut sebagai panduan untuk menuju ke
Melaka.

Selain itu, bukit-bukau menjadi tempat yang
strategik untuk memerhati dan mengawasi
keselamatan Selat Melaka.
Hak Cipta SBP Zon Timur
2007
Pusat Perdagangan
[Pemangkin Kemajuan
Perdagangan di Melaka]
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kemajuan perdagangan di Melaka juga
dikaitkan dengan beberapa faktor yang
mendorong Melaka maju dan menjadi pusat
tumpuan pedagang.

Pemangkin Kemajuan Perdagangan di
Melaka

a. Peranan Syahbandar.
b. Peranan Laksamana dan Orang Laut.
c. Keberkesanan Undang-undang Laut
Melaka.
d. Kemudahan di Pelabuhan.
e. Sistem Cukai dan Surat Kebenaran
Berniaga.
f. Penggunaan Sistem Mata Wang.
g. Pelabuhan Entrepot.
h. Bahasa Melayu sebagai Lingua
Franca.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pemangkin Kemajuan Perdagangan di
Melaka

a. Peranan Syahbandar.

Bagi memastikan kegiatan perdagangan
berjalan lancar, kerajaan Melaka telah
mewujudkan jawatan Syahbandar.

Syahbandar melaksanakan tugasnya sebagai
pengurus pelabuhan yang dapat melicinkan
urusan perdagangan.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Tugas-tugas Syahbandar

a. Mengurus pasar dan gudang.
b. Menjaga kebajikan dan keselamatan
pedagang.
c. Memeriksa alat timbang dan sukat
serta mata wang.
d. Menjadi hakim di Pelabuhan.
e. Menguatkuasakan peraturan keluar
masuk kapal.
f. Menguruskan cukai.

Setiap Syahbandar ditugaskan menjaga
kumpulan pedagang yang telah ditetapkan.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Syahbandar
I
Mengurus
pedagang
dari Gujerat
SYAHBANDAR
Pembahagian tugas Syahbandar mengikut kumpulan
pedagang.
Syahbandar
II
Mengurus
pedagang
dari China,
Champa,
dan Ryukyu
Syahbandar
III
Mengurus
pedagang
dari
Kalingga,
Pegu,
Benggala,
dan Parsi
Syahbandar
IV
Mengurus
pedagang
dari Pulau
Jawa,
Maluku,
Banda,
Kalimantan,
Borneo,
Pasai, dan
Filipina
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pemangkin Kemajuan Perdagangan di
Melaka

b. Peranan Laksamana dan Orang
Laut.

Laksamana ialah pembesar yang
bertanggungjawab menjaga keselamatan
perairan Selat Melaka.

Tugas-tugas mengawal ini dilaksanakan oleh
Orang Laut.

Keberanian mereka dapat menjamin
keselamatan pedagang dan keamanan
perairan Melaka.

Pedagang berasa selamat berdagang di
Melaka.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pemangkin Kemajuan Perdagangan di
Melaka

c. Keberkesanan Undang-undang Laut
Melaka.

Bagi memastikan aktiviti perdagangan lancar
dan adil, kerajaan Melaka telah menggubal
Undang-undang Laut Melaka.

Terdapat 24 fasal dalam Undang-undang Laut
Melaka yang mengandungi peraturan dan tata
tertib berniaga, cara berjual beli, hukum-hukm
jenayah yang berlaku di kapal, larangan-
larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi
serta anak kapal.

Keadaan ini telah memberi keyakinan kepada
pedagang untuk berdagang.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kiwi merupakan penyewa ruang perahu dan
penumpang yang membawa barang untuk
diperdagangkan.

Ketua segala kiwi ialah mulkiwi.

Sumber : Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia,
halaman 58.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pemangkin Kemajuan Perdagangan di
Melaka

d. Kemudahan di Pelabuhan.

Pemimpin kerajaan Melaka telah bertindak
bijak dengan menyediakan gudang untuk
menyimpan barang serta menyediakan
tempat tinggal kepada pedagang sementara
menunggu pertukaran angin monsun.

Syahbandar pula telah menyediakan kapal,
perahu, jong, lancar, gajah, dan pekerja untuk
mengangkut barangan ke gudang.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Perahu digunakan untuk memunggah barang dari kapal pedagang.
Replika jong yang digunakan untuk mengangkut barang
dari kapal pedagang ke daratan.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Gajah digunakan untuk mengangkut barang dari pelabuhan ke
tempat lain.
Gambaran pelukis menunjukkan golongan kiwi sedang
mengangkut barang di pelabuhan Melaka.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kapal-kapal yang rosak boleh dibaiki di
pelabuhan Melaka.

Kerajaan Melaka menyediakan kemudahan
bekalan makanan dan minuman untuk
pedagang.

Kemudahan prasarana adalah antara faktor
yang menarik ramai pedagang ke Melaka.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pemangkin Kemajuan Perdagangan di
Melaka

e. Sistem Cukai dan Surat Kebenaran
Berniaga.

Kerajaan Melaka mengenakan cukai yang
berpatutan dan adil terhadap pedagang.

Pedagang perlu membayar Panduan (cukai
rasmi) sebelum berjual beli.

Kadarnya berbeza mengikut tempat asal
pedagang.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Sistem ini dinamakan sistem cukai
berkeutamaan atau cukai mengikut tempat.

Pedagang dari Barat seperti India,
Tanah Arab, Siam, dan Pegu
dikenakan cukai sebanyak enam
peratus.
Pedagang yang tinggal tetap di Melaka
dikenakan cukai sebanyak tiga
peratus.
Pedagang dari China dan Jepun tidak
perlu membayar cukai. Mereka
dikehendaki memberi persembahan atau
hadiah kepada Sultan, Temenggung,
atau Syahbandar.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pedagang yang berdagang di Melaka
dikehendaki mendapatkan surat kebenaran
berniaga.

Surat ini dianggap lesen bagi peniaga berjual
beli.

Peniaga perlu membuat bayaran untuk
mendapatkan surat ini.

Peraturan ini bertujuan memastikan urusan
perdagangan berjalan lancar.

Di samping itu, bayaran yang diperoleh
menjadi sumber pendapatan kerajaan.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pemangkin Kemajuan Perdagangan di
Melaka

f. Penggunaan Sistem Mata Wang.

Penggunaan mata wang logam yang
diperbuat daripada timah yang dipanggil
calains dan wang emas tempatan dalam
urusan jual beli telah diperkenalkan di Melaka.


Mata wang yang digunakan semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Di samping itu, mata wang emas, perak, dan
timah yang dibawa dari Pedir, Pasai, dan
Gujerat juga digunakan.

Penggunaan mata wang membolehkan
urusan perdagangan berjalan lancar dan
menggalakkan pedagang untuk berdagang di
Melaka.



Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pemangkin Kemajuan Perdagangan di
Melaka

g. Pelabuhan Entrepot.

Pemerintah Melaka telah menjadikan Melaka
sebagai sebuah pelabuhan entrepot iaitu
pusat pengumpulan barangan dari Kepulauan
Melayu dan pusat pengedaran barangan dari
Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.

Peranan pelabuhan Melaka membezakannya
daripada pelabuhan lain di rantau ini yang
hanya memperdagangkan hasil tempatan.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Peta perdagangan Melaka sebagai pada abad ke-15
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pemangkin Kemajuan Perdagangan di
Melaka

h. Bahasa Melayu sebagai Lingua
Franca.

Bahasa Melayu menjadi lingua franca
(bahasa perantaraan) dalam urusan
perdagangan di Melaka.

Pedagang asing menggunakan bahasa
Melayu apabila berurusan dengan pegawai
dan pedagang di Melaka.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Menurut Tom Pires, di pelabuhan Melaka
biasany terdapat lapan puluh empat bahasa
dituturkan, tiap-tiap satunya berlainan

Sumber : Terjemahan daripada Armando A. Cortesao,
1944. The Suma Oriental of Tome Pires, London, halaman
269.

Walaupun terdapat pelbagai jenis bahasa di
Melaka, namun bahasa Melayu tetap dipilih
menjadi bahasa perantaraan utama di
kalangan masyarakat tempatan.

Ini disebabkan bahasa Melayu lebih mudah
difahami dan merupakan bahasa utama
masyarakat di rantau ini.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Faktor-faktor inilah yang menyebabkan
Melaka maju dan terkenal sebagai pusat
pedagangan di kalangan pedagang dari Timur
dan Barat.

Untuk menjadikan negara kita terkenal
sebagai pusat perdagangan, pemerintah
harus menyediakan pelbagai kemudahan
untuk keselesaan pedagang bagi menarik
mereka datang berniaga di negara kita.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kematangan Hubungan Luar
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Tajuk

1.3 Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk :

b. Kegemilangan Melaka

iii. Hubungan luar

- Hubungan Melaka dengan
kerajaan Melayu yang lain
(hubungan dengan Pasai,
Jawa, Siak dan Kampar)
- Hubungan Melaka dengan
negara luar (hubungan
dengan China, Gujerat,
Siam, Tanah Arab dan
Ryukyu)
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Hasil pembelajaran

Mengetahui kepentingan menjalin hubungan
diplomatik

Aras 1

1a. Menjelaskan konsep hubungan
diplomatik.
1b. Menyenaraikan kerajaan-kerajaan
Melayu lain dan negara-negara luar
menjalinkan hubungan dengan Melaka.
1c. Memerihalkan bentuk hubungan Melaka
dengan kerajaan-kerajaan Melayu lain
dan negara-negara luar.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Aras 2

2a. Menerangkan kepentingan Melaka
menjalinkan hubungan luar.
2b. Membandingkan bentuk hubungan
Melaka dengan kerajaan Melayu dan
negara luar.

Aras 3

3a. Menilai kriteria yang diutamakan oleh
Melaka dalam menjalinkan hubungan
dengan negara luar.
3b. Membuat andaian keadaan negara
tanpa hubungan luar.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Melaka menjalin hubungan luar dengan
kerajaan serantau dan antarabangsa.

Melaka telah menetapkan dasar luarnya
dengan jelas dan tegas supaya setiap
kerajaan yang berhubung dengannya faham
dan tahu akan kedudukan masing-masing.

Keadaan ini bukan sahaja dapat menjamin
keselamatan, malah menjaga kepentingan
perdagangan antarabangsa Melaka.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kematangan Hubungan Luar
[Hubungan Serantau]
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Hubungan Melaka dengan kerajaan serantau.
Kerajaan Melaka menjalin hubungan
diplomatik dan perdagangan dengan Pasai,
Jawa, Siak, dan Kampar.

Menurut Tome Pires, hubungan diplomatik
antara kerajaan Melaka dengan Pasai terjalin
melalui perkahwinan antara sultan Melaka,
Megat Iskandar Shah dengan puteri Pasai.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Hubungan dengan Pasai juga terjalin dalam
bentuk pertukaran pendapat tentang soal-soal
yang berkaitan dengan hukum agama Islam.

Hubungan ini telah mewujudkan perasaan
hormat-menghormati dan tolong-menolong
antara kedua-dua buah kerajaan.

Kedudukan kerajaan Melaka dan Pasai
dianggap setaraf.

Apabila berutus surat, kedua-dua buah
kerajaan tersebut menggunakan istilah salam.

Kerajaan Melaka membantu Pasai
menamatkan keadaan huru-hara dengan
menghantar pembesar dan tenteranya ke
Pasai.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kerajaan Melaka juga menjalin hubungan
perdagangan dengan Jawa, Siak, dan
Kampar.

Jawa membekalkan beras, bahan makanan,
dan rempah.

Siak dan Kampar pula membekalan emas
untuk kegiatan perdagangan dengan kerajaan
Melaka.

Hubungan perdagangan dengan kerajaan
Melaka secara langsung telah memajukan
kegiatan ekonomi di negeri-negeri tersebut.



Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Hubungan kerajaan Melaka dengan Kampar
terjalin apabila kerajaan Melaka
menaklukinya.

Kerajaan Melaka menakluki Kampar dan Siak
untuk menguasai hasil perdagangan negeri
tersebut.

Kerajaan Melaka memberi taraf naungan
terhadap Siak.

Apabila berutus surat ke Melaka, kedua-dua
kerajaan ini menggunakan istilah sembah.

Ini menunjukkan taraf kerajaan Kampar dan
Siak lebih rendah berbanding Melaka.

Kampar dan Siak juga mesti menghantar ufti
ke Melaka dalam bentuk wang atau barangan.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kedudukan dan kebesaran kerajaan Melaka
dapat dilihat ketika sultan Melaka membuat
lawatan ke luar negeri. Misalnya, semasa
Sultan Mansor Shah melawat Majapahit,
baginda turut diiringi raja-raja dari Palembang,
Jambi, dan Lingga.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kematangan Hubungan Luar
[Hubungan Antarabangsa
Melaka]
Hak Cipta SBP Zon Timur
2007
Hubungan kerajaan Melaka dengan China
bermula pada tahun 1404 apabila Laksamana
Yin Ching melawat Melaka.

Sejak lawatan itu, hubungan diplomatik dan
perdagangan antara kedua-dua buah
kerajaan bertambah erat.

Hubungan kerajaan Melaka dengan China
memberi keuntungan kerana kerajaan Melaka
mendapat pengiktirafan daripada China.


Hak Cipta SBP Zon Timur
2007
Hubungan antara kerajaan Melaka dengan
Siam pula bermula apabila kerajaan Melaka
menghantar utusan diplomatik ke Siam yang
terdiri daripada Tun Telanai dan Menteri Jana
Putera.

Kerajaan Melaka mengambil keputusan
berbaik-baik dengan Siam bagi menjaga
kepentingan ekonominya.

Siam membekalkan kayu jati, beras, dan
bahan makanan ke Melaka.



Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Hubungan antara kerajaan Melaka dengan
Ryukyu (Jepun) juga terjalin dalam bentuk
hubungan diplomatik dan perdagangan.

Sultan Mansor Shah pernah mengirim surat
kepada raja Ryukyu utuk memberitahu
tingkah laku pedagang Ryukyu yang
melanggar undang-undang di Melaka.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Petikan surat Melaka kepada raja Ryukyu

Semua utusan dan jurubahasa yang dihantar
selama ini (dari Ryuk-Kyu) tahun demi tahun telah
berkelakuan baik. Tetapi ada di antara mereka,
seorang (atau lebih) telah berkelakuan amat jahat,
tidak mendengar nasihat dan mencuba
memulakan kekacauan. Jelas hal demikian
mendatangkan kesusahan di negeri kami. Kami
meminta bahawa orang-orang berwibawa dihantar
ke sini untuk berhubung dengan kami pada masa
depan. Ini akan memberikan faedah kepada kira
bersama.

Terjemahan daripada A. Kobatad dan M. Matsuda(eds.), 1909.
Ryukyuan Relations with Korea dan South Sea Countries. Kyoto :
Kawakita Printing.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Balasan surat raja Ryukyu kepada Sultan
Mansor Shah membuktikan raja Ryukyu
menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan
Melaka serta dengan peraturan dan undang-
undang Melaka.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Petikan jawapan raja Ryukyu

Pada tahun lepas, seorang daripada orang kami
sengaja menyalahi undang-undang anda dan
berkelakuan jahat. Kami berasa terkejut
membaca surat anda, dan seterusnya mengambil
tindakan yang sewajarnya. Sekiranya pada masa
depan utusan-utusan kami tidak menghormati
peraturan-peraturan kelakuan yang normal, kami
meminta anda melaporkannya kepada kami; kami
akan menghukum mereka. Kami berharap, tanpa
menyusahkan kita, kita dapat bekerjasama dan
mengikat tali persahabatan yang abadi.

Terjemahan daripada A. Kobatad dan M. Matsuda(eds.), 1909.
Ryukyuan Relations with Korea dan South Sea Countries. Kyoto :
Kawakita Printing.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Hubungan antara kerajaan Melaka dengan
Gujerat terjalin melalui kegiatan perdagangan.

Pedagang Gujerat membekalkan kain kepada
Melaka dan memerlukan rempah dari
Kepulauan Melayu.

Pedagang Gujerat juga menyebarkan agama
Islam di Melaka.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Peta menunjukkan hubungan perdagangan antarabangsa Melaka
pada abad ke-15.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pedagang dari Tanah Arab yang berdagang
di Melaka membeli emas dan rempah dari
Kepulauan Melayu serta kain sutera dan teh
dari China.

Mereka juga turut mengembangkan ajaran
agama Islam di Melaka.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pusat Pengembangan
Agama Islam
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Tajuk

1.3 Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

b. Kegemilangan Melaka

iv. Penyebaran Islam

- Melaka sebagai pusat
penyebaran Islam
- Cara Melaka
menyebarkan Islam ke
negara lain di Asia
Tenggara
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Hasil pembelajaran

Mengetahui keunggulan Melaka sebagai pusat
penyebaran Islam

Aras 1

1a. Menceritakan kedatangan Islam ke
Melaka
1b. Menyenaraikan faktor-faktor
perkembangan agama Islam di Melaka
1c. Menceritakan peranan Melaka dalam
proses Islamisasi di Asia Tenggara
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Aras 2

2a. Membandingkan teori-teori kedatangan
Islam ke Melaka
2b. Menghubungkaitkan kegiatan
perdagangan dengan penyebaran Islam
2c. Membincangkan keberkesanan
Islamisasi di Melaka

Aras 3

3a. Menilai usaha-usaha kerajaan
menerapkan nilai-nilai Islam di Malaysia
3b. Menjana idea tentang peranan Malaysia
dalam memartabatkan Islam di peringkat
antarabangsa
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah
Melayu yang menerima agama Islam ialah
Kedah dan Terengganu.

Penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris,
Kedah, membuktikan negeri Kedah menerima
agama Islam sekitar abad kesembilan.

Manakala penemuan batu bersurat di Kuala
Berang, Terengganu, membuktikan agama
Islam sudah bertapak pada abad ke-13.

Di Melaka pula, agama Islam mula bertapak
pada abd ke-15 apabila Megat Iskandar Shah
memeluk agama Islam.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pusat Pengembangan Agama
Islam
(Kedatangan Agama Islam
ke Melaka)
Hak Cipta SBP Zon Timur
2007
Peta kedatangan dan perkembangan agama Islam di Asia Tenggara
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Terdapat pelbagai cara agama Islam
disebarkan di Melaka.

Antaranya termasuklah melalui perkahwinan
sultan Melaka, Megat Iskandar Shah dengan
puteri raja Pasai yang telah memeluk agama
Islam.

Menurut Hikayat Raja-raja Pasai dan
Bustanus Salatin, agama Islam disebarkan di
Melaka oleh Mubaligh Arab yang bernama
Syeikh Abdul Aziz dari Makkah.

Beliau telah berjaya mengislamkan Raja Sri
Maharaja, pembesar, dan rakyat Melaka.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pedagang Islam dari Arab dan India juga
memainkan peranan penting membawa Islam
ke Melaka.

Di samping berniaga, mereka turut
menjalankan kegiatan dakwah.

Ada di kalangan mereka yang berkahwin
dengan penduduk setempat.

Oleh yang demikian, agama Islam dapat
disebarkan di kalangan masyarakat Melaka.

Pedagang Islam juga membawa bersama-
sama mereka ahli agama untuk membantu
menjalankan kegiatan dakwah.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Perkembangan agama Islam juga dikaitkan
dengan sifat agama itu sendiri yang meliputi
semua aspek kehidupan.

Antaranya ialah toleransi, adil, dan rasional.

Aspek-aspek ini telah menarik minat golongan
istana untu menganut agama Islam.


Hak Cipta SBP Zon Timur
2007
Pusat Pengembangan Agama
Islam
(Keunggulan Melaka sebagai
Pusat Penyebaran Agama
Islam)
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat
penyebaran dan pengajian agama Islam.

Melaka menjadi tempat pertemuan ulama dan
pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab
dan Pasai.

Ulama menjadi guru untuk mengajar ilmu
agama kepada sultan, pembesar serta rakyat
Melaka.

Pendakwah pula menjalankan kegiatan
dakwah kepada seluruh rakyat Melaka.

Pendakwah bersedia dan sanggup berkorban
untuk dihantar keluar Melaka demi
menyebarkan agama Islam.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pemerintah Melaka juga menyediakan tempat
tinggal kepada pendakwah.

Agama Islam cepat berkembang di Melaka
disebabkan oleh peranan raja Melaka itu
sendiri.

Baginda menyambut baik kedatangan agama
Islam dengan menganuti agama tersebut.

Tindakan baginda diikuti oleh pembesar dan
rakyat Melaka.

Hak Cipta SBP Zon Timur
2007
Untuk mendalami ilmu pengetahuan, Sultan
Mansor Shah telah menghantar Tun Bija
Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal
agama.

Sultan Melaka turut menyokong dan
melibatkan diri dalam usaha mengembangkan
agama Islam.

Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah,
diwujudkan beberapa institusi agama seperti
masjid, madrasah, dan surau.

Institusi agama ini menjadi tempat
mempelajari agama Islam dan membaca kitab
suci al-Quran.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Melaka juga terkenal sebagai pusat pengajian
ilmu tasawuf.
(Tawawuf ialah ajaran untuk mengenal
Tuhan dan mendekatkan diri kepada-
Nya.

Antara ahli tasawuf yang terkenal di Melaka
ialah Abdul Karim al-Jili.

Beliau telah mengaran kitab Insan al-Kamil.

Istana Melaka juga menjadi tempat
menterjemah, menyadur, dan menyimpan
kitab-kitab agama Islam.

Di istana Melaka, terdapat perpustakaan dan
tempat menjalankan kerja-kerja menterjemah
dan menyadur kitab-kitab agama Islam.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Antara kitab yang telah diterjemah ialah
Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat
Muhammad Ali Hanafiah.

Sultan Melaka telah menerapkan nilai Islam
seperti musyawarah dalam urusan
pentadbiran.
Replika istana Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah
yang menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan bahan-
bahan penulisan Islam.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Gambaran pelukis menunjukkan sultan dan pembesar Melaka
sedang berbincang.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pusat Pengembangan Agama
Islam
(Kegigihan Melaka Menyebarkan
Agama Islam ke Asia Tenggara)
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Penyebaran agama Islam ke rantau Asia
Tenggara dilakukan melalui perdagangan,
tentera upahan, penaklukan, peranan ahli
agama, perkahwinan, dan peranan
pemerintah Melaka sendiri.

Melaka merupakan pusat perdagangan
antarabangsa dan menjadi tumpuan
pedagang asing. Ramai pedagang asing
berdagang di Melaka. Apabila mereka
pulang, mereka menyebarkan agama Islam di
tempat asal mereka.

Kerajaan Melaka mempunyai ramai tentera
upahan dari Jawa. Semasa berkhidmat
dengan Melaka, ada di kalangan mereka
memeluk agama Islam. Mereka turut
menyebarkan agama Islam apabila pulang ke
tanah air.
Hak Cipta SBP Zon Timur
2007
Kerajaan Melaka mempunyai jajahan takluk
yang luas. Semasa pemerintahan Sultan
Mansor Shah yang dibantu oleh Bendahara
Tun Perak, jajahan takluk Melaka semakin
luas dan meliputi Pahang, Terengganu,
Kelantan, Rokan, serta Inderagiri.

Kebanyakan raja di negeri taklukan Melaka
turut memeluk agama Islam.

Tindakan ini dilakukan bagi menjamin
keselamatan negeri serta menunjukkan taat
setia yang tidak berbelah bahagi kepada
sultan Melaka.
Hak Cipta SBP Zon Timur 2007
Penyebaran agama Islam ke rantau Asia
Tenggara turut dilakukan oleh mubaligh, ulama,
dan ahli sufi.

Pendakwah dari Melaka telah menyebarkan
agama Islam sehingga ke Pulau Jawa,
Kalimantan, dan beberapa bahagian di selatan
Filipina.

Mereka berdakwah dengan cara berhemah dan
tidak memaksa.

Keadaan ini telah menarik minat masyarakat
bukan Islam menganuti agama tersebut.
Hak Cipta SBP Zon Timur 2007
Islam juga tersebar melalui perkahwinan
politik antara putera atau puteri sultan Melaka
dengan putera atau puteri raja kerajaan lain.

Misalnya, perkahwinan antara puteri Sultan
Mansor Shah dengan putera raja Siak secara
tidak langsung telah menyebarkan agama
Islam di Siak.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pemerintahan Melaka juga memainkan
peranan penting dalam membantu
perkembangan agama Islam di Asia
Tenggara.

Sultan Alauddin Riayat Shah misalnya, telah
menghantar ahli agama untuk mengajar raja-
raja dari Pahang, Kampar, dan Inderagiri
dalam hal ehwal agama.

Pemerintah Melaka juga turut memberi
galakan dan dorongan kepada pendakwah
untuk menyebarkan agama Islam.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh
pemerintah Melaka telah menyebabkan
agama Islam berkembang di Asia Tenggara.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pusat Pengembangan Agama
Islam
(Sinar Islam di Melaka)
Hak Cipta SBP Zon Timur
2007
Perkembangan Islam di Melaka telah
meninggalkan beberapa kesan yang boleh
dibanggakan.

Kesan yang jelas ialah kewujudan institusi
kesultanan yang menggantikan sistem beraja.

Gelaran raja digantikan dengam sultan.
Sultan Muhammad Shah merupakan raja
Melaka yang pertama menggunakan gelaran
sultan.

Dalam urusan pemerintahan, ulama
memainkan peranan penting dalam
pentadbiran negeri Melaka. Mereka
menasihati sultan dalam hal ehwal
pemerintahan supaya memerintah dengan
adil dan saksama.

Hak Cipta SBP Zon Timur 2007
Dalam bidang perundangan, undang-undang
fikah (Syariah) jelas mempengaruhi Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka. Antaranya, hukum yang berkaitan
dengan minum arak, berzina, dan membunuh.

Masjid dan madrasah dijadikan pusat
pengajian agama Islam.

Pengajian al-Quran dijadikan asas sistem
pendidikan di Melaka.

Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu dan
lingua franca.

Tulisan jawi diperkenalkan dan digunakan
secara meluas.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Petikan Hukum Kanun Melaka
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Masjid Tengkera di Melaka yang pernah digunakan sebagai pusat
pengajian agama Islam semasa zaman kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka.
Mimbar di dalam Masjid Tengkera menunjukkan keindahan
senibina Islam.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Menara azan Masjid Tengkera
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Agama Islam juga telah mempengaruhi
budaya hidup masyarakat Melaka.

Contohnya, dalam bidang kesenian, kesan
pengaruh Islam dapat dilihat pada corak
ukiran di kubah masjid, mimbar, mihrab,
menara azan, tempat berwuduk, madrasah,
batu nisan, dan sebagainya.

Terdapat juga tulisan khat dan ukiran yang
berbentuk corak bunga dan geometri serta
ayat-ayat al-Quran atau hadis.

Selepas kedatangan agama Islam, amalan
masyarakat Melaka banyak dipengaruhi oleh
unsur Islam seperti mengadakan upacara
khatam al-Quran, majlis kesyukuran, dan
kenduri arwah.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pusat Kegiatan Ilmu
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Tajuk

1.3 Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

b. Kegemilangan Melaka
v. Pusat kegiatan intelektual
- Peranan istana sebagai
pusat kegiatan intelektual
- Peranan pemerintah
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Hasil pembelajaran

Menghargai ilmu dalam kehidupan

Aras 1

1a. Mendefinisikan konsep intelektual
1b. Menyenaraikan peranan istana sebagai
pusat intelektual
1c Menyatakan peranan bahasa Melayu
sebagai bahasa lingua franca
1d. Menamakan hasil kesusasteraan Melayu
zaman Kesultanan Melayu Melaka
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Aras 2

2a. Mengkategorikan hasil penulisan zaman
Kesultanan Melayu Melaka
2b. Membuktikan berlakunya penambahan
huruf dalam tulisan jawi untuk
disesuaikan dengan bahasa Melayu.
2c. Membincangkan peranan pemerintah
dalam usaha memperkembangkan
kegiatan intelektual

Aras 3

3a. Membuat justifikasi tentang peranan
istana sebagai pusat kegiatan intelektual
3b. Membincangkan usaha-usaha kerajaan
dalam memartabatkan Bahasa Melayu
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Perkembangan perdagangan turut
meningkatkan kegiatan ilmu di Melaka.

Selain kitab agama, pedagang Arab telah
membawa hasil kesusasteraan mereka.

Golongan cerdik pandai akan menyalin,
menterjemah dan menyadur karya-karya ini.

Dengan kedatangan agama Islam di Melaka,
konsep devaraja dimansuhkan.

Pemerintah diberi gelaran sultan.

Konsep sultan ini menjelaskan bahawa sultan
adalah zulillahi-filalam (wakil Allah dibumi).

Sumber : Tamadun Islam di Malaysia, halaman 84 85.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pusat Kegiatan Ilmu
[Peranan Istana sebagai Pusat
Kegiatan Ilmu]
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,
istana merupakan pusat perkembangan ilmu.

Istana menjadi tempat perkumpulan golongan
cerdik pandai yang terdiri daripada jurutulis,
pengarang, dan ulama.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Jurutulis
a. Mengarang surat rasmi raja.
b. Menggubal perjanjian.
c. Menjadi guru kepada anak-anak
raja.

Pengarang
a. Mengarang sejarah.
b. Menghasilkan pelbagai jenis
kesusasteraan.
c. Menyusun salasilah raja.
d. Mencatat diari istana

Ulama
a. Menulis dan menterjemah kitab agama
Islam.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Di samping hikayat, terdapat juga karya
undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka
dan Undang-undang Laut Melaka.

Hukum Kanun Melaka mula digubal semasa
pemerintahan Sultan Muhammad Shah,
kemudian dilengkapkan semasa
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, dan
disusun semula semasa pemerintahan Sultan
Mahmud Shah.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Susunan raja atau sultan yang memerintah
kerajaan Melaka.

1. Parameswara 1400 1414 M
2. Megat Iskandar Shah 1414 1424 M
3. Sultan Muhammad Shah 1424 1444 M
4. Sultan Abu Syahid 1444 1445 M
5. Sultan Muzaffar Shah 1445 1459 M
6. Sultan Mansor Shah 1459 1477 M
7. Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 - 1488 M
8. Sultan Mahmud Shah 1488 1511 M
9. Sultan Ahmad Shah 1511 1513 M

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Karya Sastera
Terjemahan
Karya Sastera
Saduran
a. Hikayat Amir
Hamzah
b. Hikayat
Muhammad Ali
Hanafiah
c. Hikayat Iskandar
Zulkarnain

a. Hikayat Bulan
Belah
b. Hikayat Nabi
Bercukur
c. Hikayat bakhtiar
d. Hikayat Nabi
Wafat
e. Hikayat Nabi
Yusof
Karya terjemahan dan saduran
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Istana Melaka juga dijadikan tempat
menyimpan buku-buku yang ditulis oleh
penulis tempatan.

Buku-buku penulis tempatan dan asing
menjadi khazanah kerajaan.





Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Selain itu, istana Melaka juga menjadi tempat
mengadakan perbincangan dan perdebatan
alim ulama mengenai hal agama.

Contohnya, mereka membahaskan kitab
Darul Mansum yang menjadi kitab utama
yang berkaitan dengan aspek-aspek
ketuhanan.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kedatangan agama Islam ke Melaka telah
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu pengetahuan.

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
persuratan dan bahasa perantaraan dalam
kegiatan dakwah.

Tulisan yang digunakan ialah tulisan jawi.

Tulisan jawi ditambah dengan lima huruf yang
berasaskan huruf Arab iaitu ca , nga ,
pa , ga , nya .

Huruf-huruf jawi
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Perluasan Kuasa
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Empayar Melaka pada zaman keagungannya.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Tajuk

1.3 Kesultanan Melayu Melaka

Subtajuk

b. Kegemilangan Melaka
vi. Perluasan kuasa
- Cara-cara perluasan
kuasa
- - Kebijaksanaan pemimpin

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Perluasan Kuasa
[Cara-cara Perluasan Kuasa]
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Melaka berjaya membentuk sebuah empayar
yang agung melalui penaklukan, perkahwinan,
dan kerelaaan raja negeri lain untuk menjadi
naungan Melaka.

Bagi menjamin keselamatan, kemakmuran, dan
keutuhan, kerajaan Melaka telah menakluki
beberapa buah kerajaan.

Antara kerajaan yang ditakluki oleh Melaka
ialah Kampar dan Pahang.

Kejayaan ini disebabkan oleh kebijaksanaan
sultan Melaka dalam mengatur strategi serta
dibantu oleh askar yang berani dan sanggup
berkorban.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Terdapat juga pemerintah yang rela bernaung di
bawah kerajaan Melaka.

Antaranya ialah Jambi dan Lingga.

Raja-raja yang berada di bawah naungan
Melaka biasanya ditabalkan oleh sultan Melaka.

Perluasan kuasa empayar Melaka juga
dilakukan melalui perkahwinan.

Putera dan puteri sultan Melaka akan
dikahwinkan dengan putera dan puteri raja
negeri lain seperti Pahang, Kelantan dan Siak.

Perkahwinan ini dapat mengukuhkan hubungan
persaudaraan antara kedua-dua buah kerajaan.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kerajaan Melaka turut memberi bantuan
kepada kerajaan lain yang menghadapi huru-
hara dalam negeri.

Kerajaan Melaka telah membantu raja Pasai,
sultan Zainal Abidin yang hendak digulingkan
daripada takhta.

Melaka turut membantu Pasai mengalahkan
kerajaan Aru yang mengancam Pasai dan
Melaka.

Dengan itu, kekuasaan Melaka diakui oleh
Pasai walaupun kedudukan Pasai dianggap
setaraf dengan Melaka.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Perluasan Kuasa
[Kebijaksanaan Pemimpin]
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kejayaan Melaka membentuk sebuah empayar
yang luas disebabkan oleh kebijaksanaan
sultan dan pembesar.

Usaha perluasan kuasa bermula semasa
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.

Baginda berjaya menguasai Pahang, Inderagiri,
dan Kampar.

Sultan Muzaffar Shah bertindak bijak dengan
menghantar Tun Perak bagi menghadapi
serangan Siam terhadap Melaka.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Baginda juga menjalin hubungan diplomatik
dengan China.

Melalui hubungan ini, kedudukan Melaka bukan
sahaja diiktiraf oleh sebuah kuasa besar yang
kuat seperti China, malahan kerajaan lain di
rantau ini.

Sultan Muzaffar Shah juga bijak menyelesaikan
perbalahan antara orang Melayu dengan orang
India-Muslim di istana.

Dengan itu, baginda dapat menumpukan usaha
meluaskan kuasa kerana tidak menghadapi
masalah dalam negeri.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Selepas kemangkatan Sultan Muzaffar Shah,
usaha perluasan kuasa telah diteruskan oleh
pengganti baginda iaitu Sultan Mansor Shah.

Baginda berjaya menguasai Bernam dan Perak
di Semenanjung Tanah Melayu serta Siak di
timur Sumatera.

Dengan usaha baginda, Pahang, Kampar, dan
Inderagiri berjaya dihalang daripada
membebaskan diri daripada penguasaan
Melaka.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Selepas kemangkatan Sultan Mansor Shah,
tampuk pemerintahan kerajaan Melaka diterajui
oleh Sultan Alauddin Riayat Shah.

Baginda seorang pemimpin yang warak dan
sangat mementingkan pentadbiran negara.

Buku Sejarah Melayu menggambarkan Sultan
Alauddin Riayat Shah sebagai seorang yang
gagah.

Adapun akan Sultan Alauddin itu terlalu
perkasa, (tiada berbagai) pada zaman
itu.
W.G. Shellabear, Sejarah Melayu, halaman 171.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Sultan Alauddin Riayat Shah sangat mengambil
berat tentang keamanan dan keselamatan
dalam negeri.

Baginda menyamar menjadi rakyat biasa untuk
membanteras kejadian jenayah.

Keamanan dalam negeri membolehkan baginda
menumpukan sepenuh masa dan tenaga
kepada usaha-usaha perluasan kuasa.

Semasa hendak berperang dengan Aru, Sultan
Alauddin Riayat Shah telah memilih hulubalang
yang gagah dan berani seperti Laksamana
Hang Tuah bagi menghadapi tentangan
tersebut.

Akhirnya, kerajaan Melayu Melaka memperoleh
kemenangan dan Aru dapat dikuasai.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Usaha memperluasa kuasa kerajaan Melaka
turut dibantu oleh pembesar yang berwibawa
dan cekap.

Salah seorang pembesar tersebut ialah
Bendahara Tun Perak.

Semasa menjadi penghulu Klang, Tun Perak
berjaya menghalang serangan Siam pada
tahun 1445.

Tun Perak mengarahkan pengikutnya
membawa keluarga masing-masing berpindah
ke Melaka.

Ini dapat menaikkan semangat tenteranya
untuk mempertahankan Melaka.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Ketika Tun Perak menjadi Bendahara Melaka
pada tahun 1456, Siam sekali lagi menyerang
Melaka. Bendahara Tun Perak mengarahkan
supaya askarnya menggunakan perahu kecil
sebagai muslihat perang.

Ini menyukarkan pihak Siam untuk
mengejarnya.

Mereka juga mengikat jamung di pokok bakau
bagi mengelirukan tentera Siam seolah-olah
Melaka mempunyai bilangan tentera yang
ramai.

Akhirnya, tentera Siam terpaksa berundur dan
kembali ke Siam.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Bendahara Tun Perak jua berjaya menguasai
Pahang yanng pada masa itu berada di bawah
kekuasaan Siam.

Bendahara Tun Perak sangat Setia kepada
Sultan Melaka.

Hal ini terbukti apabila Bendahara Tun Perak
tidak menuntut bela apabila anaknya Tun Besar
dibunuh oleh putera Sultan Mansor Shah, iaitu
Raja Muhammad.

Kata Bendahara Tun Perak,

Adat hamba Melayu tidak pernah
derhaka, tetapi akan kita bertuankan
seorang ini, janganlah.
W.G. Shellabear (ed.), Sejarah Melayu,
halaman 123.

Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Bendahara Tun Perak hanya meminta supaya
Sultan Mansor Shah tidak melantik Raja
Muhammad menjadi pengganti sultan.

Raja Muhammad kemudiannya dihantar ke
Pahang dan menjadi raja di sana.

Tindakan Tun Perak ini dapat mewujudkan
keamanan dalam negeri serta mengekalkan
kesetiaan rakyat Melaka.


Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Ciri-ciri kepemimpinan yang cemerlang seperti
berwawasan, mempunyai strategi dan bertindak
bijak, serta taat setia kepada raja dan pemimpin
negara boleh mewujudkan kegemilangan dan
kekuatan sesebuah kerajaan.

Perluasan kuasa memberi beberapa kesan
terhadap kerajaan Melaka.

Melalui dasar perluasan kuasa ini, Melaka
menerima pelbagai ufti sama ada dalam bentuk
wang, barangan atau ketenteraan.

Dengan menguasai kerajaan di pantai timur
Sumatera dan semua kerajaan di Semenanjung
Tanah Melayu, kerajaan Melaka dapat
mengawal perairan Selat Melaka.

Bekalan barangan juga sentiasa diperoleh
daripada negeri jajahan dan naungan.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Dasar perluasan kuasa juga telah
membolehkan Melaka mengembangkan ajaran
agama Islam ke kawasan yang dikuasainya.

Dengan itu, agama Islam tersebar luas di
Kepulauan Melayu.
Kawasan Jajahan
Takluk
Bentuk ufti
Klang, Bernam, Perak,
dan Jugra
40 000 calains
Kampar, Inderagiri,
dan Pahang
40 kati emas setahun
Lingga, Rokan,
Tunggal, dan Rupat
40 buah perahu dan
lancara bersama
hulubalang
Ufti yang diterima oleh kerajaan Melaka daripada jajahan
takluknya.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kejayaan Melaka membentuk sebuah empayar
yang luas merupakan penyambung keagungan
kerajaan Srivijaya.

Melaka muncul sebagai kuasa teragung di Selat
Melaka.

Kejayaan ini adalah disebabkan Melaka
mempunyai ramai pemimpin yang bijak dan
berwawasan, serta mendapat sokongan
daripada rakyat, dan tentera yang gagah dan
setia.

Melaka bukan sahaja dapat menguasai politik
tanah jajahannya, tetapi turut memajukan
ekonomi kawasan tersebut.
Hak Cipta SBP Zon
Timur 2007
Kita seharusnya berbangga dengan
kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Melaka.

Usaha pemimpin yang telah membawa pada
kegemilangan Melaka haruslah dihargai.

Sebagai rakyat, kita hendaklah setia kepada
raja dan negara.

Sikap taat kepada ajaran agama dan
mengamalkan tolerasni beragama juga perlu
dalam sebuah masyarakat yang berbilang
kaum seperti Malaysia.

KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai