Anda di halaman 1dari 23

RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TINGKATAN 3

Tingkatan
Tarikh
Masa
Tempat

Tema: Percapaian Kendiri


Tajuk: Potensi Diri

Hasil Pembelajaran:

Pengetahuan:
Mengenalpasti potensi yang ada pada diri

Kemahiran:
Menyatakan cara-cara untuk memanfaatkan potensi diri.

Nilai:
Menyatakan nilai yang perlu ada untuk menjamin kejayaan dalam sesuatu kerjaya yang
diceburi.

Aktiviti:

1. Sebagai set induksi, guru menunjukka gambar Nicol David dan Mawi dengan
menanyakan kepada pelajar adakah mereka mengenali dua orang tokoh tersebut.
2. Guru menerangkan kepada melajar tentang bakat serta potensi diri yang ada pada dua
orang tokoh tersebut sehingga menyebabkan mereka berjaya dalam bidang masing-
masing.
3. Guru mengarahkan pelajar mengenalpasti potensi diri yang ada pada setiap individu dan
seterusnya memanfaatkan potensi serta bakat yang ada pada mereka untuk memajukan
diri masing-masing.
4. Secara rawak, guru mengarahkan pelajar menceritakan bakat yang ada pada dirinya
serta menhubungkaitkan dengan cita-cita.
5. Guru membuat kesimpulan dengan menekankan pentingnya seseorang pelajar itu
memanfaatkan potensi diri yang ada pada diri mereka.

Nilai: “Pelajar Berpotensi, Melaksanakan Misi”.

Bahan Mengajar: White Board, Marker.

Catatan: P&P berjalan lancar.

Refleksi :
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 3

Tingkatan
Tarikh
Masa
Tempat

Tema: Percapaian Kendiri


Tajuk: Kerjaya Masa Depan.

Hasil Pembelajaran:

Pengetahuan:
Menyatakan kerjaya yang sesuai dengan diri yang ada di luar dan dalam negara.

Kemahiran:
Menyenaraikan cara untuk menrealisasikan kerjaya yang menjadi pilihan

Nilai:
Menunjukkan keyakinan diri untuk menerokai kerjaya yang diminati.

Aktiviti:

1. Sebagai set induksi, guru menunjukkan gambar-gambar yang berkaitan dengan kerjaya.
2. Guru bertanya kepada pelajar tentang cita-cita pada masa depan yang diimpikan oleh
setiap pelajar.
3. Guru mengedarkan borang yang memerlukan pelajar mengisi pilihan kerjaya yang
diimpikan sama ada di dalam atau di luar negeri.
4. Setelah pelajar menyiapkan kerja mengisi borang tersebut, guru mengarahkan pelajar
menceritakan kepada kelas tentang pilihan kerjaya masing-masing.
5. Guru membuat kesimpulandengan memberi perangsang bahawa untuk menrealisasikan
impian itu bukannya senang dan memrlukan kegigihan serta pengorbanan dari pelbagai
aspek.

Nilai: “Pelajar Berpotensi Teras Pembangunan Negara”.

Bahan Mengajar: White Board, Marker.

Refleksi :
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 3

Tingkatan
Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran

Tema: Percapaian Kendiri


Tajuk: Mengenal keupayaan diri

Hasil Pembelajaran:

Pengetahuan:
Mengenalpasti kelayakan akedemik dan kelayakan ikhtisas yang diperlukan mengikut kerjaya
yang berbeza.

Kemahiran:
Menyatakan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu kerjaya.

Nilai:
Menunjukkan keyakinan diri untuk meneroka kerjaya yang diminati.

Aktiviti:

1. Guru membawa pelajar ke makmal komputer untuk melayari internet.


2. Guru mengarahkan pelajar membuka laman web yang tertentu bagi pelajar melayari
serta menerokai peluang kerjaya yang pelajar minati
3. Antara laman web tersebut adalah seperti laman web Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam, Jabatan Perkhidmatan awam dan sebagainya.
4. Guru memberi bimbingan dengan menjawab segala kemuskilan yang pelajar hadapi.

Nilai: “Pelajar Berpotensi, Melaksanakan Misi”.

Bahan Mengajar: Komputer, internet

Refleksi :
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 3

Tingkatan
Tarikh
Masa
Tempat

Tema: Percapaian Kendiri


Tajuk: Membuat Resume

Hasil Pembelajaran:

Pengetahuan:
Mengetahui cara-cara menyediakan resume untuk permohonan sesuatu jawatan.

Kemahiran:
Menyatakan kemahiran yang diperlukan untuk menyediakan resume.

Nilai:
Menunjukkan keyakinan diri untuk memohon kerjaya yang diminati.

Aktiviti:

1. Sebagai set induksi, guru menunjukkan keratan-keratan akhbar yang terkandung iklan-
iklan jawatan kosong kepada pelajar
2. Guru juga menunjukkan contoh resume yang diperlukan untuk memohon sesuatu
jawatan kosong tersebut.
3. Pelajar diarahkan untuk cuba membuat resume sendiri untuk dihantar kepada sesuatu
agensi.
4. Guru membuat penilaian dan kesimpulan.

Nilai: Kerjaya cemerlang,masa depan gemilang.

Bahan Mengajar: contoh resume, keratan iklan dalam akhbar.

Refleksi :
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 3

Tingkatan
Tarikh
Masa
Tempat

Tema : Pencapaian Kendiri


Tajuk : Keputusan yang bijak yang adil
-Tindakan yang bertanggungjawab

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;

1. mengetahui bahawa setiap keputusan yang dibuat dalam semua situasi mempunyai kesan dan
akibat terhadap diri dan orang lain
2. Berkemahiran menjejaki rantaian kesan dan akibat daripada sesuatu keputusan
3. Membuat keputusan yang bijak dan adil serta bertanggungjawab dalam semua situasi
4. Prihatin tentang kesan keputusan yang diambil terhadap orang lain
:

LANGKAH AKTIVITI

1. Guru menceritakan tentang satu situasi tentang dilema ketua pengakap dalam membuat
keputusan mendaki gunung ketika cuaca buruk.
2. Guru memberi masa selama 5 minit untuk pelajar membuat keputusan sama ada ingin
meneruskan pendakian atau tidak
3. Guru membahagikan kumpulan pelajar kepada 2 kumpulan yang bersetuju dan tidak bersetuju.
4. Guru meminta ahli kumpulan berbahas tentang keputusan yang diambil. Setiap ahli kumpulan
akan menyatakan hujah secara bergilir-gilir antara dua kumpulan.
5. Rumusan.

Nilai : Bijak membuat keputusan

Refleksi:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 3

Tingkatan
Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran

Tema : Hubungan Kekeluargaan


Tajuk : Tanggungjawab dijaga, Keluarga Sempurna

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;

(P) Menyatakan tanggungjawab terhadap keluarga.


(K) Mencadangkan cara-cara untuk menjalinkan hubungan yang erat dalam keluarga
(N) Mengamalkan sikap bertanggungjawab sebagai anggota keluarga

BBB : White board, marker, kertas mahjung

LANGKAH AKTIVITI:

Langkah 1
Guru menceritakan tentang tanggungjawab sebagai salah seorang ahli keluarga serta cara-cara
menunaikan tanggungjawab sebagai ahli dalam sesebuah keluarga.

Langkah 2
Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas
mahjung dan maker.

Langkah 3
Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan peranan serta tanggungjawab pelajar sebagai seorang
anak dan sebagai ahli sesebuah keluarga serta cara-cara untuk menjalinkan hubungan yang erat dalam
keluarga. Hasil kerja di tulis pada kertas mahjung.

Langkah 4
Guru meminta ahli kumpulan membentangkan hasil yang telah dibincangkan

Langkah 5
Rumusan.

Nilai : Bertanggungjawab dalam keluarga

Catatan: Pembentangan berjalan lancar

Refleksi: Hampir kesemua pelajar tahu dan dapat menjelaskan tentang tanggungjawab dalam keluarga
serta cara-cara untuk menjalinkan hubungan yang erat dalam keluarga.
RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TING. 3

Tingkatan 3R
Tarikh 24/02/2016
Masa 12.25-1.35
Tempat Kelas
Kehadiran 21/21

Tema : Hubungan Kekeluargaan


Tajuk : Kepekaan Terhadap Keperluan Keluarga

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;

(P) Menyatakan cara-cara untuk membantu keluarga dari segi mental dan fizikal
(K) Menerangkan cara-cara untuk membantu ahli keluarga dari segi emosi dan rohani
(N) Memberikan penghargaan kepada ibu-bapa

BBB : White board, marker, kertas mahjung

LANGKAH AKTIVITI:

Langkah 1
Sebagai set induksi, guru menunjukkan gambar seorang anak memeluk seorang ibu. Guru menceritakan
tentang cara-cara atau keperluan setiap ahli keluarga untuk memenuhi dalam pelbagai aspek seperti dari
segi mental, fizikal, rohani dan emosi.

Langkah 2
Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas
mahjung dan maker.

Langkah 3
Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan peranan serta tanggungjawab pelajar sebagai seorang
anak dan sebagai ahli sesebuah keluarga serta cara-cara untuk membantu setiap ahli keluarga dari
pelbagai sudut iaitu fizikal, mental, rohani dan emosi.

Langkah 4
Guru meminta ahli kumpulan membentangkan hasil yang telah dibincangkan

Langkah 5
Rumusan.

Nilai : Bertanggungjawab dalam keluarga

Catatan: Pembentangan berjalan lancar

Refleksi:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TING. 3

Tingkatan
Tarikh
Masa

Tema : Hubungan Kekeluargaan


Tajuk : Keluarga Selamat Hidup Sejahtera

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;

(P) Menyatakan cara-cara untuk menjaga keselamatan keluarga.


(K) Menjelaskan perkara yang perlu dilakukan apabila keluar dari rumah.
(N) Menjaga tingkahlaku demi maruah keluarga.

BBB : White board, marker, kertas mahjung

LANGKAH AKTIVITI:

Langkah 1
Sebagai set induksi, guru menceritakan bagaimana seorang anak yang ditangkap polis dan ibu bapa
anak tersebut dipanggil untuk melihat keadaan anak mereka. Guru mengaitkan cerita tersebut dengan
jatuhnya maruah ibu bapa disebabklan oleh sikap anak mereka.

Langkah 2
Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas
mahjung dan maker.

Langkah 3
Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan serta menyatakan cara-cara untuk menjaga keselamatan
keluarga, menjelaskan perkara yang patut atau tidak patut dilakukan serta caracara menjaga tingkahlaku
demi menjaga maruah keluarga.

Langkah 4
Guru meminta ahli kumpulan membentangkan hasil yang telah dibincangkan

Langkah 5
Rumusan.

Nilai : Maruah Keluarga Tanggungjawab Bersama.

Catatan: Pembentangan berjalan lancar

Refleksi:

Hampir kesemua pelajar tahu dan serta dapat menjelaskan cara-cara menjaga keselamatan keluarga dan
menjaga maruah keluarga.
RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TING. 3

Tingkatan
Tarikh
Masa

Tema : Hidup Bermasyarakat


Tajuk : Kesejahteraan Alam Tanggungjawab bersama

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;

(P) Menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.


(K) Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan penjagaan alam
sekitar
(N) Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar

BBB : White board, marker, kertas mahjung

LANGKAH AKTIVITI:

Langkah 1
Sebagai set induksi, guru menunjukkan gambar sungai yang tercemar. Guru memberi peluan kepada
pelajar untuk pelajar memberi ulasan secara umum apakah mereka tahu tentang pencemaran tersebut.

Langkah 2
Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas
mahjung dan maker.

Langkah 3
Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan serta menyatakan bagaimana pemeliharaan serta
pemuliharaan alam sekitar serta menyenaraikan peranan serta tanggungjawab agensi yang berkaitan
dengan penjagaan alam sekitar.

Langkah 4
Guru meminta ahli kumpulan membentangkan hasil yang telah dibincangkan

Langkah 5
Rumusan.

Nilai : Kesejahteraan Alam Tanggungjawab Bersama.

Catatan: Pembentangan berjalan lancar

Refleksi:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TING. 3

Tingkatan
Tarikh
Masa

Tema : Hidup Bermasyarakat


Tajuk : Sayangi Alam Kita

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;

(P) Menyatakan jenis-jenis pencemaran alam dan bencana alam.


(K) Menyenaraikan kesan pencemaran alam dan bencana alam.
(N) Menyatakan cara-cara untuk menghargai alam sekitar

BBB : White board, marker, kertas mahjung

LANGKAH AKTIVITI:

Langkah 1
Sebagai set induksi, guru perkataan Hari Bumi dan bertanya kepada pelajar tentang kefahaman sedia ada mereka
berkaitan Hari Bumi. Seterusnya guru mengaitkan pentingnya penjagaan alam sekitar bagi memastikan
kesejahteraan bersama.

Langkah 2
Guru membahagikan pelajar kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas mahjung dan
maker.

Langkah 3
Setiap kumpulan jenis pencemaran atau bencana alam yang berlaku di negara. Pelajar jugadikehendaki
membincangkan serta menyatakan punca-punca berlakunya sesuatu pencemaran atau bencana lam, kesan-kesan
serta cara pengawalan dan cara mengatasi masalah tersebut.

Langkah 4
Guru meminta ahli kumpulan membentangkan hasil yang telah dibincangkan

Langkah 5
Guru membuat rumusan serta ulasan berkenaan atau berdasarkan dengan hasil pembentangan setiap kumpulan
tersebut

Nilai : Kesejahteraan Alam Tanggungjawab Bersama.

Catatan:

Refleksi:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TING. 3

Tingkatan
Tarikh
Masa

Tema : Warisan Kepelbagaian Budaya Di Malaysia


Tajuk : Adat Resam Warisan Kita

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;

(P) Menyatakan cara-cara amalan adat resam dalam kehidupan harian


(K) Menyenaraikan adat resam pelbagai kaum
(N) Melahirkan perasaan bangga dan keunikan dan kekayaan warisan budaya Malaysia

BBB : White board, marker, kertas mahjung, gambar.

LANGKAH AKTIVITI:

Langkah 1
Sebagai set induksi, guru menunjukkan gambar pengantin sedang bersanding di atas pelamin.

Langkah 2
Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas
mahjung dan maker.

Langkah 3
Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan serta menyatakan adat resam kaum-kaum yang terdapat
di Malaysia dari pelbagai aspek.

Langkah 4
Guru meminta ahli kumpulan membentangkan hasil yang telah dibincangkan

Langkah 5
Guu membuat penilaian serta rumusan dan juga memberi peneguhan.

Nilai : Adat Resam Melambangkan Bangsa.

Catatan: Pembentangan berjalan lancar

Refleksi:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TING. 3


Tingkatan
Tarikh
Masa

Tema : Warisan Kepelbagaian Budaya Di Malaysia


Tajuk : Adat Resam Warisan Kita

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;

(P) Menyatakan cara-cara amalan adat resam dalam kehidupan harian


(K) Menyenaraikan adat resam pelbagai kaum
(N) Melahirkan perasaan bangga dan keunikan dan kekayaan warisan budaya Malaysia

BBB : White board, marker, kertas mahjung, gambar.

LANGKAH AKTIVITI:

Langkah 1
Sebagai set induksi, guru menunjukkan gambar pengantin sedang bersanding di atas pelamin.

Langkah 2
Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan
kertas mahjung dan maker.

Langkah 3
Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan serta menyatakan adat resam kaum-kaum yang
terdapat di Malaysia dari pelbagai aspek.

Langkah 4
Guru meminta ahli kumpulan membentangkan hasil yang telah dibincangkan

Langkah 5
Guu membuat penilaian serta rumusan dan juga memberi peneguhan.

Nilai : Adat Resam Melambangkan Bangsa.

Catatan: Pembentangan berjalan lancar

Refleksi:

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TING. 3

Tingkatan
Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran

Tema : Warisan Kepelbagaian Budaya Di Malaysia


Tajuk : Pantang Larang Pelbagai kaum

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;

(P) Menyatakan beberapa pantang larang pelbagai kaum


(K) Menjelaskan asal usul pantang larang secara umum
(N) Menghormati pantang larang pelbagai kaum

BBB : White board, marker, kertas mahjung, gambar.

LANGKAH AKTIVITI:

Langkah 1
Sebagai set induksi, guru menyebut perkataan pantanglarang dan meminta reaksi daripada
pelajar supaya menjelaskan maksud perkataan tersebut.

Langkah 2
Guru menerangkan lepada pelajar terdapat pelbagai pantano larang yang diamalkan oleh
pelbagai kaum di negara kita. Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan. Setiap
kumpulan dibekalkan dengan kertas mahjung dan maker.

Langkah 3
Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan serta menyatakan pantano larang kaum-kaum
yang terdapat di Malaysia dari pelbagai aspek.

Langkah 4
Guru meminta ahli kumpulan membentangkan hasil yang telah dibincangkan

Langkah 5
Guu membuat penilaian serta rumusan dan juga memberi peneguhan.

Nilai : Masyarakat Berbudaya Hidup Sejahtera.

Refleksi:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TING. 3
Tingkatan
Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran

Tema : Warisan Kepelbagaian Budaya Di Malaysia


Tajuk : Hidup Dikandung Adat

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;


(P) Menyatakan kepentingan menghormati adat dan pantang larang masyarakat pelbagai
kaum
(K) Menjelaskan cara-cara menunjukkan cara-cara menunjukkan perasaan bangga dan
keunikan serta kekayaan adat dan pantang larang pelbagai kaum
(N) Menunjukkan perasaan bangga akan kepelbagaian adat dan pantang larang
masyarakat.

BBB : White board, marker, kertas mahjung, gambar.

LANGKAH AKTIVITI:
Langkah 1
Sebagai set induksi, guru menyebut perkataan pantanglarang dan meminta reaksi daripada
pelajar supaya menjelaskan maksud perkataan tersebut.

Langkah 2
Guru menerangkan lepada pelajar terdapat pelbagai pantano larang yang diamalkan oleh
pelbagai kaum di negara kita. Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan. Setiap
kumpulan dibekalkan dengan kertas mahjung dan maker.

Langkah 3
Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan serta menyatakan pantano larang kaum-kaum
yang terdapat di Malaysia dari pelbagai aspek.

Langkah 4
Guru meminta ahli kumpulan membentangkan hasil yang telah dibincangkan

Langkah 5
Guu membuat penilaian serta rumusan dan juga memberi peneguhan.

Nilai : Masyarakat Berbudaya Hidup Sejahtera.


Catatan: Pembentangan berjalan lancar

Refleksi:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
.
RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TING. 3

Tingkatan
Tarikh
Masa

Tema : Warisan Kepelbagaian Budaya Di Malaysia


Tajuk : Hidup Dikandung Adat

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;

(P) Menyatakan kepentingan menghormati adat dan pantang larang masyarakat pelbagai kaum

(K) Menjelaskan cara-cara menunjukkan cara-cara menunjukkan perasaan bangga dan keunikan
serta kekayaan adat dan pantang larang pelbagai kaum

(N) Menunjukkan perasaan bangga akan kepelbagaian adat dan pantang larang masyarakat.

BBB : White board, marker, komputer, internet.

LANGKAH AKTIVITI:

Langkah 1
Sebagai set induksi, guru menyebut perkataan ‘adat’ dan ‘pantang larang’ meminta reaksi daripada
pelajar supaya menjelaskan maksud perkataan tersebut.

Langkah 2
Guru menerangkan lepada pelajar terdapat pelbagai adat serta pantang larang yang diamalkan oleh
pelbagai kaum di negara kita contohnya adat yang berkaitan dengan kelahiran, perkahwinan dan
kematian.

Langkah 3
Guru mengarahkan pelajar mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan dengan adat dan
pantang larang masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dengan cara melayari internet. Antara adat-adat
tersebut ialah yang berkaitan dengan adat kelahiran, adat perkahwinan dan adat kematian

Langkah 4
Secara rawak, guru meminta pelajar menerangkan secara lebih terperinci tentang hasil maklumat yang
telah diperolehi.

Langkah 5
Guru membuat penilaian serta rumusan dan juga memberi peneguhan.

Nilai : Masyarakat Berbudaya Hidup Sejahtera.

Refleksi:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TING. 3


Tingkatan
Tarikh
Masa

Tema : Malaysia Negara Berdaulat


Tajuk : Jentera Pentadbiran Negara

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;

(P) Menyatakan peranan dan tugas badan perundangan , eksekutif, dan kehakiman.

(K) Membina struktur dan carta organisasi jentera pentadbiran negara.

(N) Membantu pihak kerajaan dengan menyokong dengan program yang dijalankan.

BBB : White board, marker, komputer, internet.

LANGKAH AKTIVITI:

Langkah 1
Sebagai set induksi, guru menunjukkan gambar Yang di Pertuan Agong sambil meminta reaksi
daripada pelajar supaya menjelaskan apakah yang mereka tahu tentang tugas serta peranan
Yang di-Pertuan Agong.

Langkah 2
Guru menerangkan kepada pelajar terdapat beberapa badan yang merangkumi jentera
pentadbiran negara iaitu badan perundangan, eksekutif, dan kehakiman.

Langkah 3
Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan. Guru mengarahkan setiap kumpulan
mberbincang dan menerangkan tentang fungsi serta peranan Yang di-Pertuyan Agong, Badan
Perundangan, Badan Eksekutif, dan Badan Kehakiman.

Langkah 4
Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil tugasan tersebut. Soal jawab berlaku serentak.

Langkah 5
Guru membuat penilaian serta rumusan dan juga memberi peneguhan.

Nilai : Kestabilan negara impian bersama.

Refleksi:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TING. 3


Tingkatan
Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran

Tema : Malaysia Negara Berdaulat


Tajuk : Perundangan

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;

(P) Menyatakan fungsi badan perundangan di negara kita.

(K) Menerangkan cara-cara ahli Dewan Rakyat di pilih di negara kita.

(N) Mengamalkan sikap muafakat sebelum membuat keputusan.

BBB : White board, marker, komputer, internet.

LANGKAH AKTIVITI:

Langkah 1
Sebagai set induksi, guru menyebut perkataan Suruhanjaya (Pilihanraya SPR) dan meminta
maklum balas dari pelajar. Interaksi berlaku secara spontan. Guru mengaitkan dengan langkah
pengajaran yang seterusnya.

Langkah 2
Guru menerangkan kepada pelajar tentang sisten demokrasi berparlimen yang diamalkan di
negara kita dalam memilih ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli Parlimen.

Langkah 3
Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diarahkan membuat
perbincangan berdasarkan 4 tajuk iaitu Parlimen, Yang Dipertuan Agong, Dewan Rakyat dan
Dewan Negara.

Langkah 4
Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil tugasan tersebut. Soal jawab berlaku serentak.

Langkah 5
Guru membuat penilaian serta rumusan dan juga memberi peneguhan.

Nilai : Negara Berdemokrasi Kearah Kegemilangan.


Refleksi:

RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TING. 3


Tingkatan
Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran

Tema : Malaysia Negara Berdaulat


Tajuk : Sistem Kehakiman di Negara Kita

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;

(P) Menyatakan peranan dan fungsi sistem kehakiman di negara kita.

(K) Mengemukakan cadangan tentang cara-cara mahkamah berfungsi.

(N) Menyatakan unsur-unsur keadilan dan keampunan dalam sistem kehakiman negara

BBB : White board, marker.

LANGKAH AKTIVITI:

Langkah 1
Sebagai set induksi, guru menyebut perkataan Undang-undang. Interaksi berlaku serentak.
Guru menerangkan terdapat beberapa jenis makkamah yang terdapat di negara kita.

Langkah 2
Guru memberi gambaran bagaimana sesebuah mahkamah berfungsi dan proses berlakunya
perbicaraan.

Langkah 3
Guru menetapkan kepada pelajar supaya mengadakan satu sesi perbicaraan yang merangkumi
situasi yang berlaku di mahkamah. Pelajar diminta melakukan lakonan yang berkaitan dengan
situasi di mahkamah tersebut.

Langkah 4
Guru membuat penilaian dan kesimpulan serta memberi peneguhan.

Nilai : Negara Berdemokrasi Kearah Kegemilangan.

Refleksi:

RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TING. 3


Tingkatan
Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran

Tema : Malaysia Negara Berdaulat


Tajuk : Ahli Parlimen Muda

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;

(P) Menerangkan proses dan fungsi Parlimen

(K) Membuat simulasi perbahasan ala parlimen

(N) Menghormati keputusan majoriti Parlimen

BBB : White board, marker.

LANGKAH AKTIVITI:

Langkah 1
Sebagai set induksi, guru menyebut perkataan Parlimen. Interaksi berlaku serentak. Guru
menerangkan terdapat beberapa jenis persidangan yang terdapat di negara kita termasuklah
persidangan di Parlimen.

Langkah 2
Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mewakili pihak kerajaan dan satu
kumpulan mewakili pihak pembangkang. Seorang murid dilantik sebagai Yang di-Pertua
Parlimen.

Langkah 3
Guru menetapkan kepada pelajar supaya mengadakan satu sesi perbahasan yang merangkumi
situasi yang berlaku di parlimen. Pelajar diminta melakukan lakonan yang berkaitan dengan
situasi di Parlimen tersebut.

Langkah 4
Guru membuat penilaian dan kesimpulan serta memberi peneguhan.

Nilai : Negara Berdaulat, Rakyat Sejahtera.


Refleksi:

RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TING. 3


Tingkatan
Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran

Tema : Cabaran Masa Depan


Tajuk : Ancaman Dalaman dan Luaran

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;

(P) Menyatakan maksud dan ciri keamanan dalam sesebuah negara.

(K) Menyenaraikan kepentingan keamanan negara dan sejagat.

(N) Menyatakan cara-cara memupuk keamanan dalam kalangan masyarakat pelbagai


kaum.

BBB : White board, marker, kertas mahjung.

LANGKAH AKTIVITI:

Langkah 1
Sebagai set induksi, guru menunjukkan beberapa gambar dari keratan akhbar yang
menggambarkan keamanan sesebuah negara dan gambar yang berkaitan dengan sebuah
negara yang tidak aman seperti negara yang terlibat dengan perperangan. Interaksi berlaku
serentak. Guru mengaitkan dengan hasil perbincangan dengan langkah pengajaran seterusnya.

Langkah 2
Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diagihkan dengan beberapa tajuk
iaitu kepentingan keamanan, cara-cara mengekalkan serta memupuk keamanan, ciri-ciri
sebuah negara yang aman dan rumusan keseluruhan. Pelajar diarahkan membuat nota di
kertas mahjung.

Langkah 3
Pelajar membentangkan hasil perbincangan dan kerja kumpulan dibantu oleh guru.

Langkah 4
Guru membuat penilaian dan kesimpulan serta memberi peneguhan.

Nilai : Negara Aman, Rakyat Sejahtera.

Refleksi:

RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TING. 3


Tema : Cabaran Masa Depan
Tajuk : Tangani Ancama Dadah

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat;

(P) Menyatakan cadangan yang sesuai untuk menangani ancaman najis dadah.

(K) Menyenaraikan faktor-faktor ancaman najis dadah dalam negara kita.

(N) Menyatakan Kesan-kesan najis dadah terhadap kesejahteraan sesebuah negara.

BBB : White board, marker, kertas mahjung.

LANGKAH AKTIVITI:

Langkah 1
Sebagai set induksi, guru menunjukkan beberapa gambar dari keratan akhbar yang
menggambarkan ancaman najis dadah terhadap negara. Interaksi berlaku serentak. Guru
mengaitkan dengan hasil perbincangan dengan langkah pengajaran seterusnya.

Langkah 2
Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diagihkan dengan beberapa tajuk
iaitu faktor-faktor pengaruh najis dadah, kesan-kesan akibat najis dadah, langkah-langkah
mengatasi masalah gejala najis dadah dan rumusan keseluruhan. Pelajar diarahkan membuat
nota di kertas mahjung.

Langkah 3
Pelajar membentangkan hasil perbincangan dan kerja kumpulan dibantu oleh guru.

Langkah 4
Guru membuat penilaian dan kesimpulan serta memberi peneguhan.

Nilai : “Dadah Musuh Negara, Perangi Dadah”

Refleksi:

RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


TINGKATAN 3
Tingkatan
Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran

Tema: Hubungan Kekeluargaan


Tajuk: Gejala sosial dan jenayah dikalangan remaja

Hasil Pembelajaran:

Pengetahuan:
Mengenalpasti tingkah laku gejala sosial serta jenayah dikalangan remaja yang mencemarkan maruah
keluarga

Kemahiran:
Menghuraikan tingkah laku serta gejala sosial dan jenayah dikalangan remaja yang mencemarkan maruah
keluarga

Nilai:
Mengamalkan tingkah laku yang mementingkan nilai-nilai murni serta meningkatkan maruah keluarga

Aktiviti:

Set Induksi
Sebagai set induksi, guru memilih serta memanggil tiga orang pelajar lelaki secara rawak untuk
melakonkan aksi mat rempit dan lumba haram. Sesi perbincangan serta soal jawab berlaku secara
serentak. Seterusnya, guru mengaitkan dengan tajuk yang ingin disampaikan pada sesi
pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Langkah 1
Guru mengedarkan kertas edaran yang mengandungi maklumat serta keratan akhbar yang
menggambarkan remaja yang terlibat dengan gejala-gejala negatif, jenayah dan perlakuan tidak
bermoral. Sesi perbincangan berlaku serentak serta mendapat maklum balas dari pelajar.

Langkah 2
Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan. Kumpulan 1 dan 2 dikehendaki melakonkan
perkara-perkara atau gejala negatif remaja masa kini manakala kumpulan 3 dan 4 dikehendaki
melakonkan sikap positif serta wajar dicontohi sebagai seorang yang bergelar remaja.

Langkah 3
Guru mengedarkan kertas mahjung dan marker kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan
dikehendaki membuat perbincangan berdasarkan tajuk yang diberi dan ditulis pada kertas
mahjung tersebut. Antara tajuk perbincangan tersebut iaitu:

Kumpulan 1: Faktor-faktor berlaku gejala negatif / jenayah dikalangan remaja.


Kumpulan 2: Kesan-kesan gejala negatif / jenayah dikalangan remaja
Kumpulan 3: Langkah-langkah mengatasi gejala negatif / jenayah dikalangan remaja
Kumpulan 4: Rumusan keseluruhan dan harapan.

Langkah 4
Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas. Soal
jawab serta perbincangan berlaku secara serentak.

Penutup
Guru meminta pelajar dengan memilih secara rawak untuk membuat rumusan tentang
pembelajaran tersebut dan seterusnya guru membuat rumusan keseluruhan serta membuat
penilaian tentang hasil pembelajaran. Guru memberi tugasan sebagai kerja rumah iaitu
mengarahkan pelajar mencari maklumat tentang “Kepentingan Budi Bahasa” untuk
dibincangkan pada minggu berikutnya. Guru mengucapkan terima kasih diatas kerjasama pelajar
yang melibatkan diri dalam aktiviti P&P.

Pedagogi: Menjana idea, perbincangan, penerangan

Nilai: Hindari jenayah, menjaga maruah, berhemah tinggi, sayangi keluarga, berdisiplin

Bahan Mengajar: White Board, Marker, kertas mahjung.

Catatan:

Refleksi :

Anda mungkin juga menyukai