Anda di halaman 1dari 5

R2PT ACADEMY

PEMETAAN STRUKTUR PASARAN


KAEDAH BRNSEQ
Oleh Jafrid @ Pak Jaf (KamnFx)

PENGENALAN

BRNSEQ merupakan satu kaedah pemetaan yang unik. Anda tidak akan dapat mencarinya di google
mahupun di youtube. Pengasas kepada kaedah ialah Hafnar Hasim. Berasal daripada Kota Belud,
Sabah. Secara amnya, kaedah pengajaran adalah secara bengkel/amali kerana kaedah ini banyak
menggunakan pengiraan. BRN bermaksud Big Round Number dan SEQ ialah Sequence atau lebih tepat
nombor turutan fibonacci. Seorang pelajar beliau yang merupakan seorang MQL4 Coder telah
memudahkan pengiraan tersebut dalam indikator.

Lazimnya kita menggunakan peralatan Fibonacci Retracement atau Fibonacci Expension yang boleh
didapati di MT4, namun BRNSEQ berbeza kerana ia merujuk terus kepada nombor sekuen fibonacci
dalam unit harga bukannya peratus.

Saya tidak mengajar bagaimana membuat pengiraan tetapi saya terus fokus kepada penggunaan
indikator yang lebih mudah kerana semua fungsi pengiraan telah dibuat secara automatik. Pastinya
anda bertuah kerana bersama kami di R2PT Academy.

KOMPONEN BRNSEQ

Komponen Utama BRNSEQ


1. BRN Up Trend Calculation
2. BRN Down Trend Calculation
3. BRN Forward Calculation
4. BRN Bakcward Calculation

Komponen Penting BRNSEQ


1. Geometric C and D
2. Geometric D

1
MAPPING

Setelah anda memasang indikator R2PT-SEQMAPv3 ke chart, anda akan lihat paparan seperti ini.

Anda akan lihat seperti ini, informasi berkenaan pair dan tarikh, Butang Pilihan (Option Button), dan
2 garisan tebal horizontal berwarna kuning. Tanda A, B, C dan D itu adalah “wave” yang telah siap,
dan x ialah price semasa. BRNSEQ Calculation adalah untuk mengenalpasti kitaran Up Trend dan Dn
Trend pair tersebut sudah berakhir atau belum.

2
Secara umumnya, Point D ke C, dan C ke B telah habis kitarannya. Kita ingin menguji, adakah kitaran
B ke A itu sudah tamat kitarannya. B ke A adalah trend menurun, oleh itu kita akan menggunakan
kiraan BRNSEQ-DNTREND-BACKWARD. Tekan butang BRN, DN Trend dan Backward. Kemudian
tarik horizontal line di atas ke Point B, dan tarik horizontal line di bawah ke Point C.

Lihat, bermula dari Point B, price menyentuh line MinSEQ, pullback untuk membuat IP, kemudian
turun semula memecahkan MinSEQ dan terus ke MaxSEQ. Kemudian price naik semula, maka kita
tahu yang kitaran down trend Point B ke A telah tamat. Kita akan membuat pengiraan baru untuk Up
Trend pula. Kita akan uji, adakah Point x sudah menghabiskan kitaran Up Trend.

Anda mungkin tertanya, apa fungsi ExtremeSEQ? Ada situasi di mana price kuat momentumnya,
hingga sampai di price ExtremeSEQ, sekiranya ini berlaku, kita akan menggunakan BRNSEQ-
UPTREND-FORWARD. Dalam kes ini, price tidak menyentuh ExtremeSEQ, oleh itu pengiraan
uptrend kita menggunakan BRNSEQ-UPTREND-BACKWARD. Bermakna juga kita ada Lowest
baharu iaitu di Point A, pindahkan garis horizontal kuning ke Point A.

Price telah memecahkan line MinSEQ, jika merujuk kepada Kitaran BRNSEQ, akan berlaku IP.
Persoalannya di mana jangkaan price IP?? Dari segi SOP, trend berakhir/bermula setelah ada
3
pengesahan 3RP. Saya akan bincangkan 3RP pada tajuk yang lain. Untuk pembelajaran, kita anggap
sahaja telah berlaku di Point x. Untuk pengiraan ini, kita akan gunakan Geometric C & D – DNTREND.

Tekan butang GeoC-DNTREND. Anda akan lihat satu Trendline warna putih. Gerakan bucu bawah ke
Point A, dan bucu atas ke Point x. Anda akan lihat penanda C dan D yang mempunyai price.
Berdasarkan ini, kita menjangkakan bahawa IP akan berakhir di price C-1840.71, dan dijangkakan
akan kembali naik ke D-1895.71.

Bagaimana sekiranya price turun tetapi tidak sampai ke price C-1840.71? Sekiranya price naik semula
(sebelum sampai ke C-1840.71) dan telah ada pengesahan 3RP, maka kita akan menggunakan GeoD-
UPTREND. Katalah, sebagai contoh, price hanya sampai di 1855.50, kemudian naik semula.

Kekalkan bucu atas di Point x, pindahkan bucu bawah ke price 1855.50, kita jangkakan price akan naik
ke price D-1889.01. Jika melepasi harga ini, price akan meneruskan kenaikan ke MaxSEQ.

4
3RP

3RP ialah 3 Reversal Pattern. Apakah dia?


1. Engulfing Bullish/Bearish/Hidden Pattern
2. Divergent/Convergent/Hidden Pattern
3. 1-2-3 Pattern.

Trend akan berakhir sekiranya berlaku salah satu atau dua jenis pattern tersebut, dan akan bermula
satu trend yang baharu. Ketika inilah baru sesuai untuk kita melakukan kiraan semula sama ada
BRNSEQ, GEOCD atau GEOD

Contoh Bullish Engulfing


https://www.dailyfx.com/education/candlestick-patterns/bullish-engulfing.html

Contoh Bearish Engulfing


https://www.dailyfx.com/education/candlestick-patterns/bearish-engulfing.html

Contoh Divergent
https://www.thinkmarkets.com/en/learn-to-trade/indicators-and-patterns/general-patterns/what-is-
bullish-and-bearish-divergence/

1-2-3 Pattern
https://admiralmarkets.com/analytics/traders-blog/price-action-tricks-how-to-trade-1-2-3-patterns

KESIMPULAN

Kaedah BRNSEQ Mapping agak unik, dan terbukti akurasi sekitar 80%. Dengan adanya indikator,
pengiraan menjadi mudah, dan kelihatan secara visual. Anda sering gunakan indikator ini agar lebih
cekap menggunakannya.

Sekian, terima kasih.

Jika anda ingin menggunakan semua fungsi indikator ini, ada perlu memasangnya di Investizo MT4.
Jika anda belum ada acc trading di Investizo, sila daftar di sini :

https://www.investizo.com/?pid=101456

Anda boleh menghubungi kami di

R2PT Academy
Polytechnic Commercial Centre
Harum’mas 118, Block D-25-2nd Floor
88640 Kota Kinabalu, Sabah.

Phone : 088 489 718

https://tinyurl.com/WismaR2PTLocation

Anda mungkin juga menyukai