Anda di halaman 1dari 10

NOTA GURU:

Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman
dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan
kesabaran
Surah Al-Asar ayat 1 hingga 4

Rasullulah s.a.w berpesan : Bersedialah


1. Masa hidup sebelum mati
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa muda sebelum tua
4. Masa kaya sebelum miskin
5. Masa senang sebelum susah

Oleh itu pelajar-pelajar harus membuat persediaan diperingkat awal bagi memudahkan mereka
menghadapi peperiksaan pada peringkat akhir. Penggunaan masa yang bijaksana membolehkan
pelajar mendapat kejayaan cemerlang pada masa hadapan. Ada pelajar yang belajar 5 jam sehari
tetapi merasa seolah-olah tidak mendapat apa-apa. Ada pelajar pula yang 2 jam sehari tetapi
mendapat keputusan yang cemerlang. Perbezaan di antara individu ini adalah kualiti masa yang
digunakan.

Modul Pengurusan Masa Tingkap Johari

SEGERA

Penting dan segera Tidak penting


dan segera

PENTING TIDAK
PENTING
Penting dan tidak Tidak penting dan
segera tidak segera

TIDAK
SEGERA
Cara-cara bagi mengurus masa :

1. Senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.


2. Susun aturkan segala aktiviti berdasarkan kepentingannya
3. Elakkan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.
4. Agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.
5. Buat jadual berdasarkan masa yang diperuntukkan
6. Disiplinkan diri dengan melakukan semua aktiviti yang ditetapkan.

Empat Perkara Berkaitan Prinsip Asas Pengurusan Masa :

1. Mengubah tabiat lama yang negatif


Tabiat lama selalu juga disebut sebagai habit. Tabiat yang negatif mesti dibuang dari ianya
berada dalam diri. Jika selama ini kita merupakan seorang yang selalu menangguhkan kerja
maka kita perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Misalnya sebagai pelajar, tugas
yang diberi oleh guru perlu kita siapkan secepat mungkin. Selalunya kita menangguhkan
tugasan dan menyiapkan secara `minit terakhir' kadang-kadnag hingga larut malam, yang
terlebih teruk lagi apabila kita meniru kawan tanpa mendapat apa-apa pengajaran langsung.
Maka tabiat seumpama ini perlu diubah. Tabiat ini adalah tabiat negatif yang begitu dominan
dalam diri pelajar.

Oleh sebab itu kita mesti mengubah tabiat ini supaya kita lebih awal menyiapkan tugas-tugas
agar pada waktu yang lain kita dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada aktiviti
mentelaah pelajaran. Kita belajar semestinya lebih awal bukan melaksanakannya pada saat-
saat akhir.

Kita lihat kebanyakan orang mengatakan perasaan tertekan bila mendengar tentang
peperiksaan. Ini semua sebenarnya hasil daripada tidak membuat persediaan pada peringkat
awal. Kadang-kadang ini memberi kesan yanga lebih teruk jika kita merasa bahawa kita sudah
tuada masa untuk memberi tumpuan pada pelajaran. Tabiat ini perlu diatasi untuk berjaya.

Tabiat yang baik ialah apabila kita sentiasa melaksanakan tugas-tugas sekolah, mengulangkaji

2
pelajaran dan bertindak pada saat yang awal. Elakkan dari melakukan perkara-perkara yang
tidak baik dan melakukan pada "minit terkahir".

2. Komunikasi
Komunikasi adalah faktor yang amat penting dalam pengurusan masa. Komunikasi juga
memberikan implikasi yang besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan berkesan dan
terbaik.

Kita sering membazirkan masa kita, kerana kita sering berkomunikasi dengan cara yang tidak
baik. Sebagai contoh: Semasa guru tiada di dalam kelas, kita sering berbual-bual kosong
dengan kawan-kawan tentang hiburan, dan perkara-perkara yang sia-sia yang mana ianya
tiada kaitan langsung dengan pelajaran. Semasa ketiadaan guru juga kita sering bercerita
tentang hal orang lain yang tidak memberi faedah dalam pelajaran. Ini sebenarnya satu
pembaziran masa yang amat ketara dan begitu merugikan. Ramai pelajar tidak mengetahui
dan menganggap ini satu perkara yang ringan. Jika diterliti kita banyak membuang masa di
dalam sehari tanpa mengaitkan perkara yang kita bualkan itu dengan pelajaran. Kita
sepatutunya melakukan tugas-tugas pada masa terluang agar bila pulang ke rumah dapat kita
membuat kerja-kerja yang lain atau mengulangkaji pelajaran. Ini sebenarnya tidak memberi
tekanan dan bebanan di rumah nanti.

Ramai antara kita mengatakan masa tidak cukup.Sesungguhnya masa mengcukupi tetapi cara
kita menguruskan masa yang menyebabkan kita rasa masa tidak mencukupi. Sebagai contoh
lagi, semasa berada di dalam bas atau tempat menunggu bas kita sering marasa bosan.
Kerana apa? kerana 30 minit misalnya adalah begitu lama untuk kita sampai ke rumah atau ke
tempat yang dituju.Sepatutnya semasa di dalam bas atau tempat menunggu bas, kita
menggunakan peluang ini untuk kita mengingat fakta atau apa yang diajar oleh guru. Pada
masa ini juga kita boleh membaca nota-nota kecil agar masa di dalam bas dan sebagainya
digunakan dengan berkesan dan terbaik.

Darii segi komunikasi perkara yang penting juga adalah atentang perasaan malu. Ramai
dikalangan kita yang bijak berkomunikasi dengan akawan-kawan tentang hal-hal yang tidak
berlaitan dengan hal pelajaran. Namun kelemahan komunikasi kita adalah kerana jarang sekali
kita menggunakan kelebihan komunukasi ini untuk bertanya kepada guru-guru atau rakan
tentang topik yang tidak diketahui. Kenapa ini berlaku? Sebenarnya terdapat dua perkara yang

3
berlaku iaitu wujudnya komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal (komunikasi
dalam diri).

Sebagai contoh apabila kita ingin bertanya guru, sebenarnya ini adalah satu perkara yang baik.
masalah yang wujud adalah apabila komunikasi intrapersonal negatif. Komunikasi
intrapersonal hadir dalam diri. Komunikasi intrapersonal seolah-olah mengatakan bahawa
soalan ini soalan bodoh. Jika kita bertanya, mungkin kawan-kawan menganggap kita pelajar
lemah. Mungkin juga menyebabkan orang lain memandang serong kepada kita. Ini yang
membuatkan halangan dalam membantu kita bermotivasi untuk belajar. Maka penggunaan
komunikasi intrapersonal yang negatif ini perlu dilawan dan ditentang.

Oleh itu gunakan komunikasi interpersonal (bertanya guru) dengan sebaik mungkin. Dengan
membuangkan komunikasi intrapersonal yang negatif itu maka akan wujudlah keyakinan dalam
diri

3. Penumpuan
Selalunya kita akan merasa bosan dan jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan
pelajaran. Apabila guru dan rakan-rakan bercakap tentang pelajaran kita sememangnya jarang
memberi tumpuan.Tetapi apabila kawan-kawan menceritakan tentang perkara yang kita minati
seperti hiburan dan sebagainya, semuanya itu kita dapat berikan tumpuan walaupun kita dalam
keletihan.Oleh sebab itu ubah suasana supaya kita dapat memberikan konsentrasi pada
pelajaran. Jika guru sedang memberikan pengajaran, berikan tumpuan. Gangguan yang lain
perlu dielakkan.

4. Rehat
Manusia perlu rehat di dalam setiap perkara. Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan
dengan tidur. Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup.

Kita sering mrenganggap bahawa tidur yang cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan.
Dalam hal ini terdapat banyak definasi tentang berapa jumlah masa untuk tidur yang baik
dalam setiap hari. Sebenarnya apabila kita berbicara tentang tidur maka kita harus faham
bahawa tidur juga memerlukan kualiti. Maksudnya kita tidur atau berehat adalah apabila kita
bebar-benar terasa bahawa kita perlu tidur. Kadang-kadang kita lihat ramai orang mengatakan
bahawa mereka perlu tidur pada petang selama 3 jam dan waktu malam selama 8 jam. Ini

4
adalah kaedah yang tidak begitu baik. Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu tidur dengan
berkesan.

Sebagai contoh; kita perlu berehat selama 15 minit pada waktu tengahari bertujuan
menyegarkan kembali daripada keletihan. Setelah itu kita akan lebih bertenaga dan segar.
Pada malamnya pula kita tidur umpamanya pada 11.30 malam dan bangun pada awal pagi
dan setelah kita menunaikan solat subuh, maka kita mempunyai masa sekurang-kurangnya 30
minit untuk membaca buku-buku pelajaran. Kadang-kadang kebiasaannya pada waktu
senggang seumpama ini (selesai solat subuh) sebelum bersiap-siap pada waktu pagi selalunya
kita tidak menggunakan waktu ini untuk belajar, tapi kita melakukan perkara yang sia-sia.
Ramai pakar mengatakan bahawa belajar waktu pagi baik untuk mentelaah pelajaran
mengingat. Pengurusan waktu rehat dengan tidur adalah penting untuk kita belajar dengan
lebih berkesan.

Jelaslah kepada kita sekarang bahawa prinsip asas kepada pengurusan masa perlu diketahui
oleh kita. Dengan yang demikian maka kita akan lebih bijak untuk mendisiplinkan diri dan
membuat jadual waktu untuk aktiviti Pembelajaran.

Berdasarkan kepada perbincangan tadi maka dapat disimpulkan di sini bahawa pengurusan
masa yang baik adalah penggunaan masa yang berkualiti. Kualiti masa dicapai dengan adanya
prinsip asas bagi kita menguruskan masa. Justeru itu aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan dan penuh bermakna.

Huraian prinsip asas dipetik daripada :


Membina Kendiri Unggul Berkarisma
Amer Shakir Zainol
Kaunselor UiTM Segamat.

5
Prinsip-prinsip umum jadual waktu

1. Realistik dan fleksibel


2. Jadualkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pemikiran dan tumpuan yang lebih pada ketika
fikiran anda paling cergas
3. Sesuaikan aktiviti dengan tempoh masa yang ada
4. Senaraikan aktiviti mengikut keutamaan
5. Wujudkan time cushion
6. Peruntukkan juga masa untuk aktiviti-aktiviti yang lain selain belajar seperti tidur, rekreasi dan
sebagainya
7. Mulakan tugasan yang panjang lebih awal daripada tarikh untuk dihantar.
8. Bahagikan projek yang panjang kepada bahagian-bahagian yang lebih pendek dan jadualkan
bahagian-bahagian itu.

Kelebihan-Kelebihan Pembinaan Jadual Waktu

Jangka masa pendek

1. Membantu anda melakukan perkara-perkara yang lebih penting


2. Membantu anda mengelakkan perangkap masa
3. Membantu anda menjangka peluang-peluang yang ada
4. Memberi anda kebebasan dalam kawalan masa
5. Membantu anda mengelakkan konflik masa
6. Membantu anda supaya tidak merasa tidak bersalah
7. Membantu anda membuat penilaian tentang kejayaan anda
8. Membantu anda melihat gambaran keseluruhan
9. Membantu anda melihat gambaran yang lebih luas
10. Membantu anda bagaimana untuk belajar secara smart, bukan kuat belajar

Jangka Masa Panjang


1. Mempelajari kemahiran pengurusan masa sekarang akan membantu anda menghadapi masa
hadapan
2. Mempelajari bagaimana untuk menguruskan masa sekarang akan membentuk tabiat dan
kemahiran yang boleh anda gunakan di luar waktu sekolah

6
Lampiran 1
Contoh Jadual Harian Isnin hingga Jumaat

Masa Senarai aktiviti


5.00 5.30 pagi Bangun tidur
5.30 6.30 pagi Solat subuh
7.10 7.15 pagi Bersedia ke sekolah
7.15 2.00 ptg Waktu akademik
2.00 3.15 petang Solat/ makan/ bersedia untuk prep
3.15 4.30 petang Kelas persediaan
4.30 5.30 petang Solat Asar sedia untuk riadah
5.30 6.15 petang Riadah
6.15 7.10 malam Makan, sedia untuk solat dan kelas prep
7.10 8.00 malam Solat Maghrib
8.00 10.00 malam Kelas persediaan
10.00 10.30 malam Solat Isyak
10.30 11.30 malam Minum malam
11.00 11.20 malam Sedia membaca al-Quran
11.30 malam Lampu kamar dipadamkan

7
Lampiran 2
Contoh Jadual Harian Sabtu hingga Ahad

Masa Senarai aktiviti


5.00 5.30 pagi Bangun tidur
5.30 7.00 pagi Solat subuh dan Kuliah Subuh
7.00 7.30 pagi Sarapan Pagi
7.30 9.00 ptg Gotong-royong Asrama
9.00 pagi 12.30 tgh Bersedia untuk prep/Ulangkaji pelajaran : Bio, Fizik & Math Tamb
12.30 1.00 petang Makan tengah hari
1.00 2.00 petang Solat Zuhur
2.00 6.00 petang Keluar ke bandar/Solat Asar dan aktiviti bebas
6.00 7.00 malam Makan malam dan sedia untuk solat
7.00 9.00 malam Solat Maghrib dan Solat Isyak
9.00 11.00 malam Prep/Aktiviti bebas : Matematik, English
11.00 11.20 malam Sedia membaca al-Quran
11.30 malam Lampu kamar dipadamkan

8
Lampiran 3

Contoh Jadual Mingguan :

Tempoh Masa Tarikh Perlu


Kod Tugasan Mengikut Keutamaan
Diberi Dihantar
HW Folio Sejarah 3 hari 4 April 2009
HW Soalan Ulangkaji Matematik 4 hari 5 April 2009
KOQ Folio Kelab Kebudayaan 5 hari 6 April 2009
P Perbincangan Kajian Saintifik 6 hari 7 April 2009

Kod :
HW - Tugasan yang diberikan oleh guru untuk kerja rumah
P - Tugasan sendiri (Ulangkaji/latihan sendiri/perbincangan dengan rakan di
rumah/asrama yang berkaitan dengan pelajaran
KOQ - Aktiviti Kokurikulum (Kelab/ Persatuan/Sukan & Permainan di sekolah)
U - Aktiviti Umum /Riadah (membantu keluarga/permainan dengan kawan/berjalan
dengan keluarga /tuition/mengaji Quran/ kelas Agama/ Perbincangan &
Perjumpaan dengan kawan di luar, dll

Lampiran 4
Contoh Jadual Bulanan

9
Bulan : Februari 2009

Minggu Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad


(Alfa/Beta)
1

2 3 4 5 6 7 8
Alfa Quiz Bio H/W PI

9 10 11 12 13 14 15
Beta HR Tenis Persatuan Kadet Outing
BM Bomba
16 17 18 19 20 21 22
Alfa Jumpa
Kaunselor
23 24 25 26 27 28
Beta Folio Pulang Pulang
Chem bermalam bermalam

Nota :

Isikan aktiviti-aktiviti penting seperti menyerahkan tugasan, ujian, seminar serta aktiviti
kokurikulum.

10

Anda mungkin juga menyukai