Anda di halaman 1dari 2

Mari kita berdoa untuk gereja kita, tanah air kita dan marilah kita berterima

kasih atas berkat Tuhan kepada kita.

Allah yang mahakuasa bapa surgawi kami, engkau telah berjanji melalui anak
mu yesus kristus untuk mendengar kami apabila kami berdoa dalam iman.
Kami berdoa ya Tuhan agar kurniakanlah kebijaksanaan kepada yg memerintah
dan memimpin Negara ini.
Begitu juga dengan negara2 lain. Agar mereka terus berada dalam jalan
keadilan dan kedamaian.
Agar semua orang akan saling menghormati dan bekerjasama demi kebaikkan
rakyat
Tuhan kami mengisytiharkan kestabilan politik, pemimpin yg adil, teguh dan
bertggjwb di Negara Malaysia ini.

Tuhan dalam belas kasihan mu. Dengarlah doa kami.

Tuhan perkasakanlah bishop Donald, penolong2nya dan paderi2 di diosis.. Agar


mereka dpt melaksanakan kerja mu yg luas di ladang. Terus lindungi mereka
daripada yg jahat dan berikan mereka kekuatan untuk terus berkerja hari demi
hari. Begitu juga kami juga berdoa untuk Rev Melter Jiki Tais ketua di Diosis
Asia Tenggara ini, agar dapat diberikan kebijaksanaan dan agar semua
perancangan yang telah diatur akan berjaya dengan baik dan selari dengan
firman mu Ya Tuhan.

Tuhan dlam belas kasihan mu. Dengarlah doa kami

Kami ingin berdoa juga untuk Masalah pandemik Covid 19 di seluruh dunia.
Kami tau kami belum lagi menang dalam menangani Virus ini, khususnya di
Malaysi. Oleh itu, Kami masih lagi berusaha dengan bersungguh2 semuanya
kerana berkat kekuatan dan pengaharapan dari mu. Dengan peningkatan
jumlah kes covid setiap hari terutamanya di sabah dan semenanjung. Kami
benar2 mengharapkan belas kasihan dari mu ya Bapa, agar kamu dapat terus
patuh pada SOP agar penularan virus ini dapat dikurangkan.

Kami masih lagi ingin berdoa untuk para jururawat, doctor, barisan hadapan di
seluruh dunia yg bertungkus lumus semasa menyelamatkan orang yg
menghidap virus ini. Berkatilah mereka agar kesembuhan itu terus menyertai
mereka.
Kurniakanlah rahmat kepada kami, keluarga, sahabat handai, saudara mara,
dan jiran2 kami supaya kami dapat melayani Kristus dalam pelayanan kami
semasa sendiri. Kami juga dapat saling mengasihi seperti dia mengasihi kami.
Pulihkan lah semua orang yg menderita pada jasmani, jiwa mahupun rohani.
Berikanlah mereka ketabahan dan pengharapan semasa dalam kesulitan.
Berikanlah juga keriangan akan keselamatan mu.
Bapa yang maha pengasih, terimalah doa ini. Dalam anak mu Yesus kristus,
juruselamat kami. AMEN

Anda mungkin juga menyukai