Anda di halaman 1dari 29

LAPORAN PERCUMA:

Noor Shufaad Md Norani


Oleh:
Admin www.melakafx.com
www.shufaad.com
Kata-kata aluan daripada Syukor Hashim,
Admin Jutawanemas.com

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada


Allah SWT kerana dengan limpah
rahmatNya ebook saudara Shufaad ini
dapat disiapkan.

Tahniah saya ucapkan kepada saudara


Shufaad kerana sanggup berkongsi ilmu
analisis teknikal menggunakan perisian
Meta Trader 4.

Saudara Shufaad merupakan mentor saya


di dalam bidang analisa teknikal
menggunakan perisian Meta Trader4. Beliau merupakan seorang
usahawan sepenuh masa dan juga mengajar kelas forex di Melaka.
Jadi beliau merupakan orang yang berkebolehan mengajar anda
teknik-teknik analisis teknikal sehingga anda semua boleh
menguasai ilmu ini.

Untuk pengetahuan anda semua, kebolehan membuat analisisi


teknikal harga emas memberikan kelebihan tambahan kepada
pelabur-pelabur emas. Ini kerana dengan menggunakan analisis
teknikal ini anda boleh melihat trend harga emas dengan mudah
serta boleh menjangkakan pergerakan harga emas pada masa akan
datang.

Ini membolehkan anda mengenal pasti “buying opportunity”


(peluang membeli emas dengan banyak apabila harga emas jatuh
dengan banyak). Anda juga boleh melihat momentum pergerakan
harga emas serta membuat ramalan pergerakan harga emas.

Saya percaya ilmu analisis teknikal ini sangat menarik dan perlu
dikuasai oleh mereka yang benar-benar meminati pelaburan emas.
Praktikkan ilmu yang anda pelajari ini bagi menjana keuntungan
yang lumayan dengan emas.

Sekian, terima kasih.

Syukor Hashim
Admin
www.jutawanemas.com
SMS: 013-2126999
Kata-kata aluan daripada penulis.

Salah satu kemahiran yang perlu ada pada setiap pelabur emas
ialah kemahiran membuat analisis teknikal. Ini kerana trend
pergerakan harga emas lebih mudah dikesan dan dianggar apabila
menggunakan tools yang betul. Pada masa kini kemahiran
membuat analisis teknikal boleh dikuasai dengan menggunakan
perisian MetaTrader4.

Jika anda mahir menggunakan perisian MetaTrader 4 maka anda


boleh menggunakan ia untuk melihat buying opportunity (peluang
membeli banyak emas apabila harga turun, melihat support

Sebelum kita mengetahui bagaimana untuk membuat analisa


teknikal pergerakan emas, kita harus memahami apakah yang
menggerakkan harga emas tersebut. Maksudnya, kita harus faham
faktor-faktor luaran yang boleh mempengaruhi peningkatan atau
penurunan harga emas di pasaran dunia.

Secara fundamentalnya, harga emas di pasaran banyak di


pengaruhi oleh permintaan dan penawaran, kaitan dengan komoditi
lain, kestabilan politik dan juga pengaruh mata wang utama dunia
iaitu USD.

Anda perlu memahami kesemua hubung kait ini kerana harga emas,
seperti juga harga komoditi yang lain, sentiasa berubah-rubah.
Dengan adanya pengetahuan fundamental ini, ianya kemudian
boleh di terjemahkan ke dalam bentuk analisis teknikal (carta) yang
seterusnya mampu mempengaruhi keputusan untuk membeli atau
menjual emas.

Anda juga perlu faham sekiranya anda berhasrat untuk menjadikan


emas fizikal sebagai satu simpanan tetap, anda tidak boleh melihat
kemungkinan keuntungan dalam masa terdekat. Hard asset
investment ini biasanya akan mengambil masa minima 1 sehingga 4
tahun (jangka pendek), 5 sehingga 10 tahun (jangka sederhana)
dan 10 tahun ke atas (jangka panjang).

Pemerhatian anda terhadap keadaan ekonomi, politik dan bencana


alam mampu menjadikan keputusan anda untuk membeli emas
lebih signifikan dan menguntungkan.
Selamat membaca!

Noor Shufaad bin Md Norani


http://www.melakafx.com
http://www.shufaad.com
TAJUK 2: ANALISIS TEKNIKAL

Sebelum anda membuat analisis teknikal anda sendiri, apa kata


anda lihat carta pergerakan emas yang saya ambil dari laman web
http://www.kitco.com.

Buat pengetahuan anda juga, laman web ini merupakan sumber


utama berita dan perkara-perkara yang berkaitan dengan emas
terutama sejarah harganya.

Gambar rajah 9: Pergerakan harga emas untuk 5 tahun

Gambar rajah 10: Pergerakan harga emas untuk 1 tahun


Gambar rajah 11: Pergerakan harga emas untuk 6 bulan

Berdasarkan kepada ketiga-tiga carta di atas, kita dapat melihat di


dalam tempoh 5 tahun ini sahaja, harga emas telah pun meningkat
dari USD430.30 kepada USD1256.50/oz. Ini merupakan
peningkatan sebanyak USD826.2 atau 292%.

Sehingga saya menulis ebook ini, harga emas di tutup pada aras
USD1228.00/oz pada 20 Ogos 2010. Penurunan yang amat sedikit
adalah biasa bagi mana-mana komoditi pun. Ia juga berlaku ketika
anda bermain Forex.

Jadi bagaimana Analisis Teknikal ini dapat membantu anda ?

Secara ringkasnya, Analisis Teknikal akan mencatatkan pergerakan


harga semasa dan yang telah lepas berdasarkan kepada masa
sambil memberikan gambaran pergerakan harga di masa hadapan.
Dengan adanya pengetahuan pergerakan harga ini, anda akan
dapat membuat keputusan berdasarkan kepada :

• Bila anda patut Beli (Buy) dan Jual (Sell) dan


• Bila anda patut keluar (exit) dari order anda.

Anda juga perlu memahami bagaimana untuk menggunakan tools


dan indicator yang di sediakan di dalam platform MetaTrader 4
untuk membuat analisis ini.

Membuat analisis teknikal bukanlah berdasarkan kepada andaian.


Gabungan kemahiran menggunakan tools dan indicator dan juga
kepekaan anda terhadap faktor-faktor fundamental akan
memastikan anda dapat membuat analisis dengan lebih baik.
2.1 MEMUAT TURUN PERISIAN METATRADER 4

Bagi mendapatkan platform untuk membuat analisa, anda


hendaklah melayari mana-mana broker forex yang sah dan
berdaftar yang ada di Internet. Untuk tujuan ini, saya
menggunakan broker FxPro.

Buat pengetahuan anda, broker ini mempunyai reputasi yang hebat


apabila memenangi beberapa pengiktirafan seperti Best Forex
Broker 2008, Best Forex Broker 2009, Best Global Trading Platform
2010 dan Fastest Growing Global Forex Broker 2010 selain telah
menjadi penaja kepada pasukan bola sepak Fulham dan Aston Villa
dari Liga Perdana Inggeris dan juga penaja kepada pasukan Virgin
F1 Racing.

Hebat bukan?

Jadi, apa kata anda ikut langkah-langkah berikut:

1. Layari laman web http://www.fxpro.com untuk memuat turun


platform Meta Trader 4

2. Kemudian klik pada butang Downloads seperti yang anda lihat


di atas.
3. Seterusnya anda hanya perlu klik pada butang Download untuk
pilihan FxPro Client Terminal.

4. Klik pada butang Save File untuk menyimpan fail setup tersebut.

5. Proses ini akan mengambil masa yang sangat singkat. Namun


begitu, ia juga bergantung kepada kepantasan line Internet di
rumah atau pejabat anda. Setelah file tersebut selesai di muat
turun, tibalah masanya untuk anda memasang atau install platform
tersebut di komputer anda.

6. Kebiasaannya semua file yang telah di muat turun akan di


simpan di dalam folder Download di komputer anda. Anda hanya
perlu double click pada ikon fxpro4setup.exe dan ikut segala
arahannya.
7. Pastikan anda memilih English (United States). Tekan butang
Next.
8. Klik Next

9. Jangan lupa untuk tandakan pada kotak Yes, I agree with……….


10. Seterusnya, perisian akan mencadangkan tempat di mana
proses instalasi akan di adakan. Kebiasaannya ialah seperti di
bawah. Klik Next.

11. Kekalkan nama seperti yang di cadangkan, FxPro – MetaTrader.


Klik Next.
12. Tekan butang Next untuk memulakan proses instalasi. Mudah
kan?
13. Klik Finish untuk terus melancarkan program ini.
2.2 MEMULAKAN PROGRAM META TRADER 4

1. Ini adalah antara muka pertama yang anda dapat lihat selepas
anda melancarkan program MetaTrader 4.

Antara muka asal Meta Trader 4.

2. Anda boleh klik Login atau Cancel pada antara muka login yang
ada. Ia tidak akan memberi sebarang kesan kerana anda belum lagi
membuka sebarang akaun.
Seterusnya klik pada File > Open an Account
3. Masukkan maklumat seperti di bawah. Tandakan sahaja pada
kotak I agree to Subscribe….dan klik pada butang Next.

4. Di dalam skrin ini, anda akan dapat melihat Trading Servers yang
ada. Perhatikan bahawa kedua-duanya ialah Demo Server, Demo1
dan Demo2. Klik butang Next untuk langkah seterusnya.
5. Pendaftaran akaun baru anda telah tamat. Anda akan mendapat
Login dan Password anda sendiri. Sekali lagi, ini hanyalah akaun
Demo jadi tak perlulah simpan. Ia akan auto upload setiap kali anda
memulakan program MetaTrader ini. Klik Finish.

6. Anda akan melihat akaun baru anda telah di wujudkan. Anda


juga akan dapat melihat ada 4 carta di sebelah kanan anda. Tiada
carta GOLD kan? Yang ada cuma carta untuk Forex. Selepas ini kita
akan masukkan carta GOLD pula.
Gambar: Yang ada cuma carta forex.

7. Klik File > New Chart > Metals > GOLD


8. Double klik pada carta GOLD yang anda lihat untuk
membesarkan carta tersebut. Selain itu, anda juga klik pada butang
Navigator dan Terminal untuk mendapat full chart view.

Terminal

Navigator

a) Function Bar

c) Bar Chart

b) Time Frame

d) Price Level
2.3 CUSTOMIZING META TRADER 4

1. Sekarang, Klik Kanan pada carta GOLD > Properties dan anda
akan melihat tetingkap Properties GOLD,H1.

2. Di sini kita akan membuat sedikit pengubahsuaian dari segi


warna. Tukarkan skema warna seperti yang saya lakukan. Klik OK.

Skema
warna yang
perlu diubah
Hasilnya, screen anda akan kelihatan seperti ini.

3. Selain dari menukar warna, ada beberapa bar yang mengandungi


fungsi-fungsi penting yang perlu anda ketahui.

Bar chart Candlestick Line chart Zoom In Zoom Out

Auto Scroll Chart Shift Indicators Periods Templates


4. Anda boleh mencuba untuk menggunakan mana-mana fungsi
pada bar yang ada. Klik sahaja dan anda akan dapat lihat
perubahannya. Matlamat utama penggunaan fungsi ini ialah agar
carta Gold anda mudah di baca dan tidak menyakitkan mata.

Menurun

Menaik

Sekarang anda akan dapat melihat carta yang lebih besar dan
mudah di lihat berbanding yang sebelum tadi.
• Candlestick yang berwarna Hijau maksudnya ialah pergerakan
harga yang sedang menaik,
• manakala Candlestick berwarna Merah bermaksud sedang
menurun. Mudah?

5. Selain dari memaparkan harga semasa, perisian ini juga mampu


menyimpan dan memaparkan pergerakan harga emas di masa
lepas. Maksudnya, anda juga boleh melihat harga emas tertinggi
dan terendah pada minggu lepas, bulan lepas, 3 bulan lepas, tahun
lepas dan tahun sebelumnya juga.

Untuk tujuan ini, anda hanya perlu menggunakan fungsi:


• Candlestick
• Zoom out
• Auto Scroll dan Chart Shift
Hasilnya ialah seperti carta di bawah:

Time Frame = Monthly

Anda dapat lihat bagaimana harga


emas naik pada tahun 2007
Berdasarkan graf, data yang di kemudian jatuh dengan banyak
simpan di dalam perisian Meta pada 2008 sebelum kemudiannya
Trader ini bermula dari 1 Januari menyambung momentum menaik.
2001.
Dengan menggunakan fungsi Zoom Out , saya dapati data yang
di kumpul bermula dari 1 Januari 1992 sehingga Januari 2010.
Ini bermakna anda telah pun mempunyai set data yang berusia
18 tahun!
Untuk melihat tarikh yang terkini, anda perlu menggunakan time
frame yang lebih kecil. Contohnya, H4, H1 dan boleh juga M30.

13 Sep = Tarikh
17:00 = Masa*

*Masa yang di paparkan ialah masa server. Jika anda ingin


mendapatkan masa yang betul, anda perlu menambah 6 jam dari
masa server.
6. Anda juga boleh mendapatkan dengan tepat tarikh dan masa
bagi setiap Candlestick dengan menggunakan butang Crosshair.

Crosshair

Cara menggunakannya: Klik, dan gerakkan tetikus kepada mana-


mana Candlestick yang anda inginkan.

Candlestick Menaik ini


berlaku pada 21
September 2010, jam
21:00.
2.4 MENGGUNAKAN HISTORY PRICE SEBAGAI PANDUAN
MERAMAL PERGERAKAN HARGA EMAS.

Setelah anda mengetahui bagaimana Meta Trader mampu


menyimpan rekod berkenaan harga tertinggi dan terendah untuk
satu tempoh yang lama, anda juga perlu memahami dengan jelas
bagaimana mahu memanipulasikan harga-harga tersebut.

Harga-harga ini di gelar History Price.

Bagaimana untuk mengenal pasti History Price?

1) Dapatkan harga tertinggi dan terendah bagi time frame yang


anda pilih. Contohnya,pada time frame H1 saya dengan
mudah boleh mengenal pasti harga emas tertinggi dan
terendah pada waktu semalam.
2) Gunakan garisan Horizontal Line untuk menandakan harga
tertinggi dan terendah tersebut.

Horizonal Line

Harga tertinggi pada Harga terendah pada


27 September 2010 28 September 2010
ialah $1299.91 per ialah $1282.32 per
ounce. ounce.
Bagi tujuan analisis, anda memerlukan lebih banyak garisan harga
tertinggi dan terendah. Lihat contoh di bawah:

Carta Gold 1 hour (H1)

Carta Gold 4 Hour (H4)


Carta Gold Daily (D1)

Carta Gold Weekly (W1)


Mengapa History Price adalah sangat penting?

1) Di dalam kajian Teknikal Analisis, harga yang pernah di cecah


atau di lawati oleh komoditi ataupun currency, akan di lawati
semula pada satu ketika nanti. Oleh yang demikian, harga itu
akan menjadi satu titik penting sama ada untuk Beli (Buy)
atau Jual (Sell).
2) Dengan mengetahui History Price, kita juga secara tidak
langsung akan dapat belajar tentang apa yang menggerakkan
harga emas, ataupun juga di sebut sebagai cause and effect
faktor. Ini kerana Teknikal Analisis adalah kesan dari
Fundamental terhadap emas.
3) History Price ialah asas kepada indicator-indikator yang
sangat berguna di dalam Teknikal Analisis. Antaranya ialah
Fibonacci level, Pivot level, Trend Trading, De Mark Trendline
Trading dan banyak lagi.
4) Jikalau anda sudah mahir di dalam mengenal pasti History
Price, di tambah pula dengan kemahiran memahami
Candlestick Pattern (Bull, Bear dan Reverse) , anda tidak
perlu lagi menggunakan mana-mana indicator lain!. Teknik ini
merupakan suatu teknik yang sangat hebat dan digunakan
oleh para profesional di dalam membuat analisis teknikal.
Dapatkan versi penuh ebook ini sekarang:

Lawati www.jutawanemas.com atau emelkan

Anda mungkin juga menyukai