Anda di halaman 1dari 221

Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

PERINGATAN : Nota dan catatan di atas adalah untuk kegunaan peribadi. Kalau ada yang salah,
silap, tak lengkap atau sebagainya, sila cari guru untuk belajar.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Seminar From Zero to Hero ini adalah seminar 2 hari dengan pengisian saham yang lengkap yang
mana anda boleh menjadi Investor yang berhemah dan Trader yang bijak bila pulang dari seminar
tersebut.

http://www.faizalyusup.net/

Ia menggabungkan 3 segmen

• Basic - Seminar Basic Super Investors


• Intermediate - Woksyop Technical Analysis
• Advance - Personal Coaching

Ini bermakna sesi PC ada dalam FZTH. Jadi anda tak perlu hadiri PC lagi selepas itu.

Anda akan belajar dengan FY @ Faizal Yusup satu satunya remisier yang menjadi speaker
Suruhanjaya Sekuriti bersama Zuhri Zain MSTA atau Oppa (Muhamad Firdaus Majid) MSTA, CMT
bagi pengisian Analisa Teknikal.

Sila bawa lap top dan kalau boleh bawa broadband sekali kerana dikhuatiri wifi di lokasi perlahan.
Laptop window based dan punya Software Internet Explorer disarankan. Laptop Apple selalunya
tak sesuai.

Kandungan seminar ini ada di www.seminarsaham.com.my

Jumlah peserta terhad kepada max 50 orang sahaja bukan macam seminar yang beratus ratus
peserta tu.

Anda juga akan mendapat secara percuma

o Kit program
o Khidmat nasihat FY seumur hidup
o Group WhatsApp Ekslusif SuperTrader
o Tip tip pelaburan saham
o Pembukaan akaun CDS, Trading dan Online percuma. Anda perlu membawa ic dan
penyata bank bagi tujuan ini.
o 3 Ebook percuma.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Semua ini dengan harga promosi RM1490 sahaja. Kemungkinan besar ia akan dinaikkan tak lama
lagi. Seminar FZTH dua hari ini sudah memadai untuk menjadikan anda hero dalam pasaran saham
Bursa Malaysia.

http://www.faizalyusup.net/

###############

KELAS LIVE TRADING PERSONAL COACHING

Kandungan :

Top Down Analysis

Macro to Micro

Sentiment Analysis

Fundamental Analysis

Financial Analysis

Quantitative Analysis

Behavioral Analysis

Kepentingan Mosaic Theory

Rational Analysis

Stok selection kaedah IMANTAP yang menggabungkan pelbagai analisis.

Timing kaedah TA

Kesesuaian - Trader dan Investor di Bursa Malaysia iaitu mereka yang sudah pernah melabur
dalam Bursa Malaysia.

Anda cuma perlu menghubungi Encik Ramzi 0173730513 untuk menempah tempat duduk anda.

Yuran masih RM900 untuk kelas sehari.

###################
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

KELAS LIVE TRADING PERSONAL COACHING ADVANCE TA

Kandungan:

Course Outline

Seksyen Pertama: Penggunaan Interactive Chart Kenanga yang Baru

Komponen dalam Interactive Chart

13 TA Alerts yang disediakan oleh Kentrade

Seksyen Kedua: Teori

Falsafah Teknikal Analisis

Pembinaan Carta

Konsep Trend

Moving Average

Indicator – ADX, MACD, Stochastic

Seksyen Ketiga: Praktikal

Memilih Saham

Penapis Utama

Penapis Kedua

Penapis Ketiga

Penapis Keempat

Entry, Exit, Target

System 1: Trend Following

System 2: Short-Term Trading

System 3: Super Long Term Investing


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Seksyen Keempat: Pengurusan Risiko

Kesesuaian : Advance Trader yang punya asas ilmu TA

Anda cuma perlu menghubungi Encik Ramzi 0173730513 untuk menempah tempat duduk anda.

Yuran masih RM900 untuk kelas sehari.

################

Pendaftaran dibuka sekarang!

Cara mendaftar ;

Bayar yuran anda ke akaun Maybank

ADVANCE FORWARD TRAINING AND CONSULTANTS

505103405396

WhatsAppkan bukti pembayaran kepada Puan Azila 0166641755 bagi menempah tempat duduk
anda kerana tempat adalah terhad!

First come First Serve basis!

• Sila bawa lap top bersama dan broadband bersama kerana dikhuatiri wifi di lokasi
perlahan.
• Bawa ic dan penyata bank kalau berhasrat untuk buka akaun CDS bersama FY.
• Yuran CDS RM10.60 dikecualikan bagi semua peserta seminar.
• 3 ebook saham karya FY juga diberikan secara percuma!

Anda juga akan dapat menjadi ahli eksklusif Supertrader di WhatsApp dimana banyak tip saham
yang terkini serta khidmat nasihat berterusan disampaikan.

http://www.faizalyusup.net/

#################
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota Info Grafik.


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Kenapa entry breakout?

Seringkali kita terkeliru bila diajar untuk breakout entry. Breakout yang macam mana? dimana? bila?

Memahami maksud breakout itu sendiri sepatutnya jadi keutamaan semua trader..sebab, bila kita
faham maksud breakout, percayalah, tak perlu pening kepala dengan macam2 teknik yang ada.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Breakout - harga yang tembus ke atas resistance.

Breakdown - harga tembus ke bawah support.

Teorinya, bila harga berjaya tembus resistance, ini menunjukkan supply area tersebut pada waktu itu
sudah kurang atau, demand untuk beli lebih banyak dari supply yang ada. Secara tak langsung, kita
dapat jangkakan price akan teruskan kenaikan sehinggalah bertemu resistance yang seterusnya..

Apa itu resistance - satu area atau harga di mana pembeli awal berniat untuk menjual, pembeli yang
tersangkut pun nak jual (supply). sekiranya mereka2 ini berjemaah ingin menjual pada area tu dan
buyer pula kurang, menyebabkan harga tidak boleh naik lagi...

Satu point penting - harga naik bukanlah sebab buyer atau demand banyak, tetapi lebih kepada
KURANGNYA SELLER yang nak jual..bayangkan, ada banyak buyer nak beli, tapi seller pulak terlebih
aktif..sure tak naik harga tu..

Untuk harga turun - bukanlah sebab seller banyak, tetapi sebab KURANGNYA BUYER nak beli pada
harga yang seller tawarkan..

Berbalik pada breakout tadi, bila saja price berjaya breakout, itu menunjukkan ada minat
belian..yang mana, seller tawarkan pada harga tinggi, tetap ada buyer nak beli..beli, beli , beli sampai
bosan...

oklah..setakat ni dulu..dari nota di atas, nampak senang..tapi tak senang sebenarnya, sebab, dalam
market, ada banyak cik cindy, jorung, smart money, dumb money..semuanya hanya dengan satu
tujuan - MAKE PROFIT - walau dengan apa cara sekalipun..cara baik, cara tamak, cara kedekut, cara
tipu, cara manipulate..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

AYS - tadi malas nak update sebab tengok pattern geng bosi ni, asal ade yang catat untung tinggi,
mulalah naik sepupu sepapatnya..kalau ade yang catat rugi pulak, habis semua kena juai..tapi sebab
FY yang sungguh2 suh tengok, saya update jugaklah..

Hari ni candle gap up dan berjaya breakout trendline..ditambah dengan volume yang lebih tinggi dari
average..positif..semoga minggu depan semakin meriah kaunter ni..

Nota: area gap boleh dijadikan sebagai support


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

KRONO - ramai yang geram, hari2 tanya bila nak naik..nah ambik ko..hahahahah..saya memang tak
suka nak cerita benda yang dah berlaku..yang sudah tu sudah ler..cuma, kita boleh belajar dari sini..

- krono ni memang suka buat gap sebelum nak terbang, boleh tengok dalam bulatan biru tu..
- area consolidate tu memang buat hati tak tenteram, sebab tu trader berpengalaman ajar,
jangan duduk dalam tu, entry bila breakout saja..
- kaunter imantap, uptrend dan tiba2 sedang consolidate, chances untuk naik ke atas lebih
tinggi dari turun balik, tu bukan saya kata, tapi imantap yang kata..
- nampak candle panjang 2 hari berturut2 tu, sebabnya breakout short term resistance dan
juga all time high..supply dah kurang oiiii….
- bila nak jual? bila2 pun boleh..baca annual report terbaru, tengok, boleh simpan lama atau
tak..atau, ikut signal candle, bila candle dah makin kecik bodynyer, maka bersiap2 untuk
ambil profit..
- boleh entry lagi tak? jawapnyer pun boleh, asalkan tau di mana nak cut loss..

akhir kata, saya tujukan lagu ini buat semua


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Apa itu trend? Sila google...

Dalam pasaran saham, hanya ada 3 sahaja trend, samada NAIK, TURUN atau SIDEWAY (bahasa
melayunyer sila google)..

Trend boleh berlaku pada setiap time frame, boleh pada 30 minit, 1 hour, daily, weekly atau monthy.

Perubahan trend berlaku apabila ada ketidakseimbangan pada supply and demand - bahasa
mudahnya, bila ramai gile membeli (price naik) dan tiba2 price berubah arah disebabkan seller pulak
yang ramai (price turun)..dan price dalam keadaan sideway bila yang membeli dan yang menjual
sama banyak..

Setiap kali perubahan trend berlaku, kita boleh lihat akan adanya formasi pada candle, yang
dipanggil swing point / pivot point / reversal formation..

Mengenalpasti titik perubahan trend, kita akan dapat membuat keputusan beli dan jual dengan lebih
yakin dan selamat.

Contoh chart diatas, anak panah merah dan hijau adalah formasi candle di mana trend berubah
arah.

Nota : maaf jika istilah yang saya gunakan sepanjang nota2 sebelum ni tak mengikut
standard..biasalah, belajar koboi memang cam ni..kalau nak lebih tepat istilahnya, sila belajar
dengan mereka2 yang bertauliah..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Chart yang sama tetapi sudah di minimaliskan, tak semak mata nak tengok.

Masih chart yang sama, simple dan nampak pattern..mengenalpasti pattern juga dapat membantu
setiap keputusan yang akan kita buat kemudian
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota selingan

Bekalan kurang tapi permintaan tinggi..baru boleh harga naik..

Contoh yer..saya ada saham A..saya beli pada harga 30 sen dan sekarang saya nak jual harga 40
sen..ada orang beli..saya masih ada baki lagi saham tu, sebab nampak macam banyak permintaan,
saya up kan lagi harga ke 42 sen, pun ade orang beli..baki saham yang saya ada tu saya rasa nak jual
pada harga paling mahal la, 50 sen, pun ade orang beli....akhirnya saham saya tadi habis terjual..

Kemudian - ni yang best...tiba2 saya baru dapat tahu yang saham saya tu sebenarnya bernilai rm 1,
nilai pada masa akan datang...sebab saya dah jual semua, nak tak nak saya kene tunggu harga tu
turun balik kalau nak beli atau saya kene beli balik , tapi pada harga lebih tinggi...so, cerita di atas
tadi, terbalikkan pulak…

Itu lah namanya supply n demand


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota lewat petang

Setiap trend samada up, down atau sideway akan ada momentumnya. Boleh rujuk buku fizik
tingkatan 4 dan 5, apa itu momentum, nak cepat tanye google.

Dari chart di atas, tanpa melihat indikator, kita masih boleh lihat samada sesuatu trend itu masih
kuat atau sudah kurang kuat momentumnya dengan hanya melihat pergerakan high dan low candle
serta support resistance.

Semoga catatan ringkas ini dapat membantu semua


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota ringkas Moving Average (MA)

Secara ringkas, MA atau moving average adalah harga close purata, ikut period yang kita gunakan
(8,20,21,50,100,200). Tanya google kalau nak tau cara kiraan MA.

Cita panjang pun tak guna, sebab meleret2..MA berape nak guna? kat daily atau weekly chart? MA
atau EMA yang bagus?
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Untuk hari ni, saya cuma nak tunjuk cara guna MA 20, MA 50 dan MA 200. Atau lebih senang, apa
yang MA boleh bantu kita.

1. Untuk melihat trend.

- dikatakan jika price close di atas garis MA, trend adalah sihat dan SEDANG atau MUNGKIN akan
naik. Saya gunakan perkataan SEDANG dan MUNGKIN sebab close di atas MA saja bukan penentu
trend menaik. Contoh price hari ni close di atas MA 20 pada daily chart, kita bolehkatakan yang hari
ni bullish berbanding 20 hari yang lepas.

- dan kalau price close di bawah MA, trend SEDANG atau MUNGKIN akan turun.

- kalau bersiar2 sekitar garis MA, kita boleh katakan price sedang sideway.

2. Digunakan sebagai support dan resistance.

- dengan menggunakan period yang sesuai, kita boleh jadikan garis MA sebagai target area support
dan resistance.

- MA yang sering yang digunakan adalah 20, 50 dan 200.

3. Menjadi entry dan exit point.

- selalunya tengok price tu break..kalau breakout ke atas MA, beli dan breakdown ke bawah MA,
jual.

- sebagai pullback entry bila breakout dan price turun semula ke garis MA.

- price yang menghampiri garis MA, dikatakan adalah harga wajar / fair value pada WAKTU ITU.

- period MA tu kena pilih yang sesuai ikut kaunter, yang chart kaunter tu follow.

4. Bersilangnya garis MA

- menunjukkan permulaan sesuatu trend (naik atau turun)

- orang panggil golden/death cross

5. MA adalah lagging / lambat

- memang sifatnya macam tu..sebab cara kiraan pun guna data yang dah lepas.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

6. Price akan mencari MA

- semakin jauh price dari garis MA, semakin kurang momentumnya..dan kita boleh jangkakan price
akan turun mencari MA.

- semakin dekat price ke garis MA, akan ada peluang entry dengan risk yang minimum.

Banyak lagi nak cite, tapi malas lah nak tulis panjang2. Yang penting pointnyer, bukan berape
panjang notanyer.

Cara paling mudah untuk menilai samada kaunter tersebut sesuai untuk kita trade atau tak, adalah
dengan melihat pergerakan price pada garis MA 200.

Price di atas MA 200 - cari entry untuk BUY.

Price di bawah MA 200 - tak perlu trade, hanya monitor saja (kecuali dapat wahyu kata kaunter tu
nak terbang).

Kenapa MA 200? ntah, tanye pakcik google (kemalasan nak menaip, google kan ada)..

Lihat contoh di atas sebagai panduan.

Lain kali kita belajar signal entry dan target profit.


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Sambungan - perhatikan bagaimana ma200 (hijau) menjadi resistance dan ma 50 (biru) menjadi
support..sangat cantik, adakah kebetulan atau memang dirancang?

Tak, bukan kebetulan..setiap kaunter pasti ada penjaga dan ada ramai pemerhati..mereka juga
gunakan garis MA sebagai panduan untuk melihat arah tuju kaunter tu.

Contoh chart diatas juga menunjukkan satu Teori Test, meng test support dan resistance..perhatikan
bagaimana price test area resistance (dalam kes ni ma200) dan belum berjaya tembus..kemudian
price turun dan berjumpa support (ma50).

kita boleh katakan price dalam kedudukan sideway..yang mana, teknik buy area support dan jual
area resistance.

Kebiasaanya (tak pasti sudah ada kajian ilmiah atau tak), kalau sudah test 3 kali, kali ke 4 pasti
berjaya break..kalau kali ke 4 tak berjaya juga, price akan cuba menjauhkan diri dari area tersebut.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Contoh berjaya tembus resistance selepas 4 kali percubaan.


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Contoh gagal tembus selepas 4 kali percubaan – price akan cuba melarikan diri dari resistance.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

KLCI weekly

KLCI weekly - para analisis kata bursa akan trade higher, ada yang kata akan consolidate sebelum
move higher..dari chart di atas sudah sampai area resistance sejak rally dari JAN..kita mengharapkan
agar klci dapat mengumpul momentum dulu sebelum bergerak semula ke atas..untuk trading
individual stok, sila naikkan stop loss masing2 dan ambil profit kalau tak nak emosi diganggu..dan
jangan terlalu ghairah nak beli tanpa sebarang strategi..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota kilat : Contoh risk and reward

Setiap kali nak trading, sebaik2nya kenalah ada strategi..strategi beli di mana, stop dimana, dan nak
jual kat mana..salah satu cara paling mudah adalah dengan membuat plan risk and reward atau lebih
senang ditulis dalam bentuk nombor..seperti 1:2 / 1:3 / 1:4

Maksud 1:2 (risk : reward) adalah, untuk setiap kerugian yang saya sanggup terima, saya nak
rewardsnya 2 kali ganda..

Bila market cantek, rewardnya boleh lah letak lebih dari 2..kalau kurang cantik, 2 sudah mencukupi..

Ada juga yang guna 1:1, kesukaan kaki rempit yang menggunakan modal banyak..mereka tak
perlukan reward tinggi2 sebab hati takkan tenteram bila tengok profit, takut berkurang..

Boleh lihat contoh kaunter di atas, 3 kali keluar masuk dengan purata setiap kali trade dengan profit
sebanyak 12%..senangkan (kalau senang semua dah jadi KAYA melabur di bursa..hahahahaha)
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota sentap

Kenape bulan ramadhan menjadi satu bulan yang amat dinantikan para peniaga, terutama yang
berniaga makanan?

Volume dan demand..Ya betulllll...hotel yang selalunya lengang, akan penuh melimpah2..kueh muih
yang kita tak beli pun pada bulan2 lain akan jadi hot..penjahit baju tak menang tangan nak layan
order..

Begitu juga pasaran saham di bursa..bull market perlukan volume dan demand..manakala bear
market akan dilimpahi supply.

Bagaimana untuk menarik volume atau demand? Kalau pasar ramadhan, akan disediakan tapak
berniaga yang selesa, dan berdekatan dengan perumahan, maknanya senang kepada peniaga dan
memudahkan bakal pembeli..kalau bursa ? easy access to trade, low brokerage fee, education..

Pesanan untuk bakal2 pedagang dan pelabur baru di bursa, berniaga jual beli saham tidak semudah
yang dilihat, dan tidak sesenang seperti yang dilaung2kan..tetapi, peluang untuk membuat
keuntungan tetap ada dan terbuka luas.."plan your own business"
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota ringkas - exit strategy untuk mengambil profit

Ada banyak cara sebenarnya untuk keluar dari trade dan mengambil profit. Salah satu adalah
dengan melihat closing candle.

Strategy - close price hari ini lebih rendah dari low candle semalam

Teori - closing yang lebih rendah dari low candle semalam menunjukkan seller lebih aggresif dari
buyer. Sampaikan seller tak kisah nak jual pada harga yang lebih murah..atau, tiada buyer yang nak
menyokong harga dari terus turun.

Cara ni tak lah perfect, tapi sekurang-kurangnya, kita boleh protect profit yang sudah ada atau
protect capital kita dari terus rugi.

Untuk exit, boleh juga jual separuh, dan biarkan lagi separuh atau jual modal dan let the profit run.

Tips : Cuba terbalikkan nota di atas, ianya juga teknik entry...


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota untuk baca sambil merenung seketika.

Pernahkah kita terpikir, untuk kita beli sesuatu saham, apa yang kita perlukan. Sudah tentu kena ada
akaun cds, dan kenalah ada ongkosnya.

Tu semua orang tau, tapi tahukah anda, untuk kita beli, kita perlukan satu lagi pihak disebelah sana
yang sudi menjual ! Sama juga kalau kita nak jual, mesti ada sebelah pihak yang sudi nak membeli
PADA HARGA YANG SAMA2 SETUJU.

Lihat contengan di atas, dan marilah sama2 menilai, yang mana baik dan yang mana lebih baik.

Lagi satu, apa yang saja yang kita belajar atau diajar, EVERYONE also belajar.

Sekian.

Kredit kepada video di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=gRQ6KgalNc8
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

A trading system has several key components:

- Trade entry rules.

- Position sizing rules to determine how much to bet on each trade. (Position sizing rules are derived
from gambling theory, so the use of the word “bet” is deliberate in this step.)

- Exit rules for winning trades.

- Exit rules for losing trades.

Entry rules are based upon price. Traders often won’t be concerned with anything except price. An
example of a rule may be to buy when prices reach a new 20-day high, or enter short when prices
fall to a new 20-day low. Remember that the initial trade can be long (buying to enter the trade) or
short (selling what you don’t own to enter the trade).

Position sizing means the amount to buy or sell on each trade. The reason for this is very simple – a
single large loss can wipe out years of wins. All too often, traders become overconfident after a few
wins and increase their trade size. When the inevitable loss occurs, given the leverage commonly
employed in trading systems, an account can be destroyed.

Common rules to manage risk are to trade only 2 percent of your account equity on any single
position. This guarantees a large cash reserve is available to cover losses, which will occur.

Failing to define exit rules for handling winning trades is a major problem with trading systems. To
visualize this problem, think of how many people bought Internet stocks in 1999 and had large gains
only weeks later. Some of these people are still holding their near worthless shares because they
didn’t know when to sell and allowed hope to overcome logic in managing their portfolio.

A simple rule to exit winning trades is to sell whenever price falls more than 20 percent from a high
since you entered the trade. While the stock might come back in price, very often it continues to fall.
Systems traders don’t regret those possibly foregone profits because they are following their rules
and are investing their profits somewhere else.

That same idea, selling after a 20 percent decline, can be used to exit losing trades as well. If you buy
something and it immediately falls by that much, you need a 25 percent gain just to break even.
Winners of that size are few and far between, and the market has already told you that you were
wrong when the price moved so much against you.

That is the essence of system trading – listening to the market and never arguing with the market
that you are right and the asset is mispriced. After all, traders realize it is better to make money than
to be right.

Nota : hanya contoh sahaja, bukan trading system sebenar..menunggu sehingga 20% loss kalau trade
tak jadi sangatlah bahaya..berape lama nak cover balik loss tu? dengan modal yang semakin
menciput, tambah lagi modal? beli penny stock dengan harapan boleh naik berkali ganda?
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Penny stock kalau nak trade, pastikan dalam kondisi trending up, indeks bernafas selesa (i dalam
imantap)..dan ingat satu perkara, kalau semua membeli, sape pulak yang menjual? bila pesta
membeli tamat, kat sape kita nak jual pulak?

Selamat berpuasa semua..kalau bulan mulia ni mampu menahan nafsu makan, cuba kawal diri dari
nafsu beli saham pulak..belajar mengawal risiko, protect capital dan take profit..menunggu masa
yang sesuai untuk beli juga satu strategi..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota nasihat: Apa nak buat bila price break cut loss level?

Ikut plan dan strategi masing2. Ada yang akan terus jual, ada yang tunggu dulu, ada yang suka ikut2
orang, dan ada yang tak kan cut, hold sampai lebam katanyer. Semuanya betul, takde yang
salah...sebab duit masing2 kan…yang salah bila hutang contra tak bayar…adoiii..

Kalau rasa tak nak cut, dan nak hold lagi, sekurang-kurangnya carilah sebab atau alasan yang agak
kukuh, bukannya mengharap saje:

- saya hold sebab ada lagi suppport area di bawah cut loss level saya..

- trend kaunter saya masih UP..

- kaunter yang dibeli, tiada masalah pada FA, cuma market kurang bertenaga..

- saya ada banyak duit, takde hal lah kalau tak cut loss (oppssss)..

Untuk traders macam kita (dah tak mampu jual baru jadi investor tegar), untuk MENYELAMATKAN
MODAL, cut loss level mestilah ikut. Kalau dah kata close bawah 20 sen kena jual, jual
saje..macamane kalau naik balik? beli la balik…kannn…cakap senang laaa, nak buatnye belum tentu
jadi..kalau market cantek, memang selalu berlaku lepas jual naik lagi…tapi kalau market tak cantik,
bila tak jual makin turun pulak..disiplin mesti ada..

Pasal jual naik balik tu, pastikan sebelum jual tengok dulu support2 yang terdekat. Selalunya kita
akan dipaksa scara emosi, jual bila nampak candle merah panjang2..sedangkan pada waktu tu, price
sudah menghampiri kawasan support..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Macam nota2 sebelum ni, bukan support tu yang kita nak tengok, tapi APA YANG PRICE DAN
VOLUME buat bila dah sampai area support atau resistance..adakah price nak tembus lagi, atau ada
reversal candle berlaku kat dua2 area tu..

Contoh seperti KUB di atas (contoh saja, bukan suh beli)..dengan menggunakan simple trendline,
sebenarnya sudah boleh keluar lagi awal. sekurang-kurangnya untuk selamatkan capital atau
mengambil profit kalau ada..lepas jual, masukkan dalam wathlist untuk perhatikan sebarang reversal
signal pada area2 yang berpotensi menjadi support/resistance (garis moving average, garis fibonacci,
garis trend)..

Bagi yang terlewat untuk cut loss, perhatikan juga kalau ada rebound dari paras support..maknanya,
price akan sampai satu support, dan dari situ akan naik semula..gunakan peluang tu untuk jual pada
harga yang lebih sedap mata memandang..selagi market tak cun, rebound adalah peluang untuk
menjual, bukannya entry (geng lain pulak entry)..

Nota selitan : Minggu lepas berebut-rebut nak beli pda harga 20 sen, 21 sen bahkan ada yang beli
pada harga 22 sen! Sekarang, barang yang sama price dah 18 sen, kenape tak nak beli lagi???? Turun
lagi sampai 15 sen, kenape nak jual puler??? kata belajar buy low sell high…nampak gaya lebih pada
buy high sell low jer…inilah yang dikatakan GREED and FEAR..maaf kalau terasa..macam di atas tadi,
untuk membeli pun pastikan ada sebab2 atau alasan2 yang kukuh, baru beli..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota : Support and Resistance (S/R)

Cara mudah untuk melihat support and resistance adalah dengan melihat pada interaktif chart.
Mulakan dengan melihat weekly chart terlebih dahulu, sebab S/R nya lebih kuat berbanding daily.

Gunakan horizontal line untuk tandakan pada S/R yang ada. Save chart tersebut. Kemudian baru
tengok daily chart. Dari situ, kita lebih mudah nak menilai pergerakan harga serta mencari entry/exit
sesuai.

Price menghampiri resistance akan lebih menarik penjual

Price yang menghampiri support, kemungkinan besar pembeli akan mula masuk.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota ulangkaji - Perubahan trend.

Dulu kita dah belajar melihat trend. Ada berape trend? UP, SIDE, DOWN.

Dengan memahami ciri2 setiap trend, dengan mudah kita boleh terjemah pada chart. Adakah
kaunter yang kita beli sekarang uptrend, sideway atau downtrend.

Boleh rujuk pada chart di atas untuk melihat secara visual.

UP TREND

price bergerak naik

kenaikan umpama ombak, ada tinggi dan ada rendah

swing point atau paras high/low/higher high/higher low yang semakin tinggi

SIDEWAY

price seperti terkepung

nak naik dihalang resistance yang sama

nak turun dihalang support yang sama


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

DOWN TREND

price bergerak turun

penurunan umpama ombak, ada tinggi dan ada rendah

swing point atau paras lower high/lower low yang semakin menurun

Setiap trend sebenarnya masih boleh buat duit. Cuma tekniknya saja berbeza. Contoh, masa
uptrend, buy breakout atau pullback memang menjadi..sideway pula kena near at support and sell
near resistance.. untuk downtrend, selalunya hit an run masa price rebound..

Rujuk semula chart di atas, perubahan trend juga boleh dikesan lebih awal dengan melihat pada
pergerakan price. Perubahan trend akan / mungkin berlaku bila ciri2 asalnya sudah tidak dipatuhi
oleh price.

Contoh, uptrend yang ciri2 ada HH dan HL, apabila price tidak lagi buat HH tetapi mula buat LH, itu
adalah amaran pertama yang uptrend sudah sampai penghujung. Confirmation perubahan trend
terjadi bila price terus membuat LL dan LH..dan akan berterusan downtrend sehinggalah price mula
membuat ciri2 baru - seperti price tidak lagi buat LL…

Mulai sekarang, boleh semak sendiri kaunter masing2. Adakah masih UP, SIDE, atau DOWN..INGAT,
setiap trend ada tekniknya, jangan main belasah jer..

Semoga bermanfaat..

Nota: Harapan saya supaya nota2 seperti ni tidak menjadi sampah dalam whatsapp masing2.
Biasalah, bende FREE memang orang tak hargai..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota Fibonacci : Konsep asas

Gambar di atas adalah langkah pertama sebelum menarik garis fibo.

Google kalau nak tau apa tu fibonacci (kita ringkaskan fibo lah yer).

Konsep asas garis fibo adalah untuk mencari

- paras support kalau price turun.


- paras resistance kalau price naik.

Perkara pertama yang perlu tau kalau nak lukis fibo, kena pastikan dulu dimana paras tertinggi dan
terendah price pada chart semasa.

Dah jumpa, baru tarik fibo tu. Masalah nya, mana satu paras terendah dengan tertinggi? ingat lagi
nota swing point? swing low dan swing high..

Lagi satu, bila tarik fibo, fibonya terbalik...hehehehe...yang ni saya terangkan dalam nota terakhir
fibo..kalau guna kiraan matematik, menarik fibo tu mesti betul..kalau tak, kompom salah..tapi kalau
hanya berpandukan pada garis2 saje, terbalik pun takpe..yang penting faham apa tujuan fibo dah
memadai.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nak tarik high/low candle atau body candle? yang ni pun sama macam fibo terbalik, tak kisah..cuma
kalau dah konsep fibo tarik dari high ke low atau low ke high, dah tentu kena guna high/low candle
kan..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota Fibonacci : Mencari support area

Tengok gambar di atas..untuk mencari support area, pastikan fibo 0% berada pada paras tertinggi
dan 100% pada paras terendah.

Formula kiraan fibo ni senang jer..contoh kalau nak cari berapa harga pada paras 38.2%

Paras Tertinggi-((Paras Tertinggi-Paras Terendah)*0.382)

1.26 - ((1.26-0.77)*0.382) = 1.073

Sama tak dengan chart? bayangkan kalau fibo nye letak terbalik..kalau orang kata suppport di 38.2%,
kita pun buat kira2, sah tak dapat..tapi takpe, sebab terbalik ke, tak terbalik ke, yang penting
untung..

Garis2 fibo yang selalu kena tengok adalah 38.2%, 50% dan 61.8%

Ada yang kata price akan melantun kalau turun sampai 50%, ade yang pilih 61.8% dan ramai jugak
taksub dengan 38.2%..so mane satu?

Macam saya selalu ulang2 dulu, market ni tak menentu..bukan tugas kita nak kata price mesti
melantun kalau singgah ke fibo2 tu..YANG SEPATUTNYA kita tengok, apa price cuba buat bila sampai
area2 tadi..adakah nampak tanda2 reversal, ada volume tinggi, ada gaya2 mau stop dari jatuh..INI
LEBIH PENTING dari fixedkan dalam kepale kita PRICE MESTI melantun..ingat tu..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Sama juga bila price sampai support resistance..jangan selalu kata "situ lah support terkuat, situlah
resistance terhebat"..salah, salah dan salah kalau selalu fikir macam tu..yang betulnya, cuma
tandakan area2 yang kita rasakan bakal jadi support resistance, kemudian tungggu dan perhatikan
dengan teliti price action bila berada dalam kawasan tu..gunakan indicator untuk menambah
keyakinan..

Berbalik pada gambar dia atas, sangat jelas price tak mampu turun bawah dari 38.2%..kalau sape2
yang bermazhabkan fibo 50% atau 61.8% baru nak take action, ko tunggulah sampai berjanggut..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota Fibonacci : Konsep asas 2

Bila dah jumpa support area, maka terbalikkan pula fibo tu..cari dulu paras tertinggi (100%) dan
paras terendah (0%).
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota Fibonacci : Mencari resistance, target price dan extension.

Rujuk pada gambar di atas.

Kawasan bergaris merah adalah potensi resistance..dari paras support, kita sudah boleh buat target
price pada fibo 38.2%, 50%, 61.8% atau terus ke paras 100% (ikutlah mane suka)..perhatikan juga
price action bila lalu kawasan tadi.

Manakala garisan berwarna biru pula, kita panggil fibonacci extension..selalunya bila price berjaya
lepas paras tertinggi (100%),

Target price adalah pada area 138.2%, 161.8% dan 200%..

Nampak tak, price seperti menghormati setiap garis2 fibo tu..ajaib kan! tak lah, mane ada ajaib..kan
semua orang akan buat garis fibo yang sama, dan semua orang tu mesti ada plan masing2..kalau
ramai setuju kata 38.2% adalah support, maka jadilah dia support..kalau ramai setuju kata nak jual
pada 200%, jadilah resistance..sebab tu saya tegaskan, biar market tentukan..biar market
berbicara..kita cuma bertindak ikut kesesuaian..plan trading tu sangat penting.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota Fibonacci : Fibo terbalik

Kelakar pun ada bunyinya..diulang, kalau kita tak perlu buat kiraan matematik dan hanya melihat
pada garis fibo, nak buat terbalik pun takde hal..

Saya tak panggil terbalik, tapi lebih kepada short cut..kalau tadi, kita perlu 2 kali untuk buat garis
fibo, contoh gambar ni, hanya ekali jer...dapat tau support area dan juga terus dapat target
price..lagi senang..hahahaha..memang short cut..

Saya pilih chart SALUTE sebab chart ni betul2 ikut garis fibo..sejak dari awal IPO lagi...

Kesimpulannya, tak kisah lah nak betul ke, nak terbalik ker, janji konsep melihat price action pada
paras2 fibo tu yang mustahak..

Nota tambahan : semua suka free kan..memang free tu seronok, seronok sampai takde nilai
jadinya..sape yang betul2 hargai obat gigi yang dapat free extra 100ml? Hargailah setiap ilmu yang
dapat..tak perlu nak bandingkan harga sini murah, sana mahal..setiap guru ada kelebihan masing2
dan ada kos yang perlu dibayar..paling penting, bila dah dapat ilmu, cuba amalkan sebaik mungkin..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota Fibonacci - Breakout dan target price guna fibo extension.

Bila jumpa kaunter yang sedang breakout resistance, gunakan fibo extension untuk cari target price.

Pastikan breakout adalah genuine. Ciri breakout genuine

- market sihat

- kaunter imantap (optional)

- close price atas dari resistance, sekurang-kurangnya 2 hari, sebab kalau kurang 2 hari price dah
patah balik ke bawah semula, tak genuine la tu

- volume spike

Semalam lupa nak maklumkan, garis fibo boleh saje guna untuk short, medium atau long term..janji
posisi high dan low nyer sesuai..yang ni memang kena try and error..yang penting, low boleh pilih
mana2 swing low yang ada dan high MESTI tetap..tak boleh high berubah2.

Saya tunjuk beberapa contoh..

Peringatan - guna fibo untuk kegunaan sendiri saja..tak perlu risau nak bagi sama atau setepat yang
mungkin..tujuan hanya untuk mencari target2 yang sesuai untuk kita jual nanti..kalau lepas jual,
price masih terus naik, takpe..yang penting kita follow our own rules, bukan rules ikut-ikutan..suka
hati kitalah kat mane pun nak jual kan..janji masyukkkk..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

kita tengok AYS sampai tak target nanti


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota kilat - cara entry yang digalakkan..

Semoga bermanfaat..tak sempat nak buat nota cara mengukur target profit..hari tu dah buat guna
risk and reward...biasalah...takde mood sebab kaunter tak naik2 lagi...hahahahahahammpeh
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota entry dan exit - signal dari candlestick

Antara soalan yang paling susah nak jawab adalah "camne kaunter ni, nak jual ke nak hold?" Susah
sebab, yang bertanya tu sebenarnya sudah ada jawapan sendiri, dan bila kita bagitau jawapan yang
tak sama dengan apa yang "diharapkan", jiwa jadi kacau.

Plan trading kita boleh sama, tapi cara kita handle emosi, tekanan dan noise tak sama.

Kalau 5 kali trade, dan 5 kali kena cut loss, mesti ada sesuatu yang tak kena dengan cara trading kita.

Dalam trading, perkara2 seperti makin rugi bila tak cut loss, lepas jual naik pulak dia, tak beli dia
naik, bila beli dia turun memang dan akan sentiasa terjadi..hanya dengan disiplin dan plan trading
yang baik saja mampu MENGURANGKAN KERUGIAN dan MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN.

Hari ni kita belajar entry dan exit dengan melihat bentuk candle. Lihat contoh gambar di atas.

Konsep

- entry dan exit bila terjumpa candle2 di atas tu (signal candle).

- sengaja saya tak letak nama sebab menghafal nama sebenarnya tak penting, yang penting kita
FAHAMKAN maksud candle tu.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Saya pecahkan kepada 2 kategori trader, Baru dan Berpengalaman.

Trader Baru

- nampak saja candle2 tu, siap sedia untuk entry (signal candle).

- esok, kalau price break resistance, sudah boleh entry.

- tak kisah nak entry pagi, atau petang, ikut keselesaan masing2.

- dah entry, tunggu dan standby kalau candle2 tadi muncul semula.

- bila dah muncul, standby untuk exit kalau price break support.

- ulang lah banyak kali..senang tak?

Trader berpengalaman

- follow sama macam tadi.

- untuk lebih kenikmatan, boleh lah tengok2 candle tu samada muncul di swing point high/low,
support resistance pada chart atau berhampiran moving average.

- bagi trader yang menggunakan indicator seperti stochastic, macd, boleh gabungkan signal candle
tadi dengan signal buy/sell dari indicator.

- contoh, signal candle muncul dan stochastic oversold, macd nak bersilang, dah boleh standby
entry..terbalikkan kalau nak exit pulak.

Tips

- bila dah jumpa signal candle, buatlah alert pada apps masing2 (bursa station, klse screener dll)

- kalau ada anak2 kat rumah, sekarang kan cuti sekolah..bagi diorang keje sikit..tolong carikan signal
candle..kita balik keje, tanya diorang, ade tak jumpe signal..

- entry atau exit mestilah esoknya atau next candle..kalau esoknya tak break resistance/support, tak
yah buat ape2..move on..

- gabungkan semua nota2 sebelum ni dengan nota hari ni, insya allah, sama2 kita beroleh kejayaan.

Untuk kali ni, saya tak sertakan contoh chart..sebab saya nak semua tengok balik chart masing2 dan
perhatikan betul2, nampak tak reaksi market bila ada signal candle tadi..jangan asyik tengok
portfolio merah hijau, belajar kenal chart tu..

Oh yer, trade lah dengan ZZFY, supaya anda tidak di kick out dari sini..hahahahahaha...jangan
marah..

**Lupe nak tambah - cari kaunter UPTREND dan volumenya sentiasa aktif **
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota pemilihan kaunter - untuk trading atau invest.

Tak semua dari kita mahir dalam membuat penilaian FA setiap kaunter yang ingin kita trade.
Undervalue, overvalue, quantitatif/qualitatif, ratio, projection, money flow, financial dan lain2 -
dengar saje dah pening kepala..

Sebabkan tu, teknikal analisis lebih popular.. senang nak belajar, senang nak dibuat dan hasilnya
nampak lebih cepat..

Market tidak digerakkan oleh FA dan juga tidak bergerak sebabkan TA..pergerakan naik dan turun
harga saham lebih kepada SUPPLY dan DEMAND, TAMAK dan TAKUT..

Bagus macamana sekalipun FA kaunter tu, kalau takde demand dari trader/investor, sure tak
bergerak..

Cantik macamana sekalipun chart kaunter tu, kalau FA nye kelaut, kelaut la jadiknya..

Sebab tu, dengan mem "balance" kan antara analisis FA + TA, setiap trade atau invesment yang kita
buat akan lebih terjamin..

Kali ni saya cuba kenalkan, kaunter yang sepatutnya kita pilih, berdasarkan rupabentuk dan arah tuju
CHART..

"Trend is your friend" - sapa rajin membaca mesti selalu jumpa tagline tu..bila di tanya maksudnya,
semua kata faham, tapi bila suh cari kaunter, hareeemmmmmm...

Saya ringkas kan saja yer..letih nak ulang2..semak balik nota2 lama..dah ada cerita pasal TREND

Pilihan kaunter sepatutnya :

- uptrend, ada higher high, higher low.


- volumenya aktif, bukan kejap ada kejap takde.
- imantap (company untung, dividen dan lain2)
- sesuai guna segala teknik dan penggunaan indicator sangat membantu

Elakkan kaunter seperti :

- downtrend, ada lower high, lower low


- candle rongak2 macam sikat
- volume rendah..kalau spike pun sekali sekala, lepas tu sunyi
- hati2, masa ni indicator selalu bagi false signal
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Masukkan dalam watchlist:

- kaunter yang sideway


- ada ciri2 imantap

Catatan : untuk kaunter sideway, boleh jer trade, tapi TAK SEMUA sideway sesuai..kalau boleh
elakkan juga..buat apa buang masa kat sideway, kalau ada banyak lagi kaunter uptrend..

Boleh tengok contoh2 di bawah.


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Ada ketikanya kita boleh juga cari kaunter yang sedang turnaround - yang mungkin fundamentalnya
semakin bertambah baik atau dalam tema semasa..kaunter2 macam ni, kita tengok pada keaktifan
volume..lagi banyak volume dan aktif lebih baik..menunjukkan ada minat belian pada harga semasa
(mungkin sebab undervalue, kena semak FA kalau rajin)

Macam nota sebelum ni pasal volume, kalau volume mari dan price naik, pasti ada sesuatu..tak
mungkin retailer macam kita ni mampu naikkan kaunter yang sedang tido..KSL sudah buat HIGH,
nampak gaya nak buat lagi HIGHER HIGH..tak silap zz bagi kan haritu...sekurang-kurangnya kita tak
follow mengkhinzir buta, tapi follow dengan penuh iman dan taqwa..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Contoh Overhead Suppy

Yg warna merah tu potensi resistance..

Kemungkinan akan ada ramai seller menanti kat situ..susah nak naik kalau tak ramai buyer tolong
push up..bukan tak boleh beli, beli lah..cuma nak naik maybe tak selancar kaunter2 lain yang kurang
resistance.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota malas - volume dan pengaruhnya pada harga saham.

Volume adalah jumlah saham yang diniagakan pada setiap hari. Kebiasannya volume diplotkan
dalam bentuk bar, dan terletak di bahagian bawah chart.

Bila market tutup, jumlah volume pada hari tu akan memberitahu kita sesuatu. Katakan hari tu
ditutup dan jumlah volume yang diniagakan adalah 500 ribu unit. Maknanya ada 500 ribu unit yang
bertukar tangan.

So ape yang menariknya? Sudah tentu pada harga saham tu diniagakan. 500 ribu unit tadi confirm
ada yang jual pada harga berbeza dan yang beli pada harga berbeza jugak.

Perbezaan harga tadi akan ditandakan pada chart sebagai OPEN, CLOSE, HIGH, LOW.

OPEN - harga mula2 masa market buka

CLOSE - harga terakhir sebelum market tutup

HIGH - harga paling tinggi yang terjadi

LOW - harga terendah yang terjadi

Pening lagi? alaaaaa, 500 ribu unit tadi benda yang sama..tapi bila di lambakkan ke market untuk
jual beli, harganya berubah-rubah, sebab

- ada yang nak beli murah


- ada yang terpaksa beli mahal
- ada yang nak jual mahal
- ada yang terpaksa jual murah
- ada yang langsung tak nak beli dan jual

* Nota asas : Bursa hanya menyediakan tapak untuk jual beli saham..jadi pemilik2 saham yang nak
jual atau bakal pembeli saham yang nak beli akan berkumpul di
bursa..LELONG…LELONG..LELONG…konsepnya tetap sama seperti ratusan tahun dahulu..barang jadi
tumpuan, ramai nak beli dan harga lelongnya pasti naik..barang tak laku, boleh simpan dulu, atau
nak jugak jual kenelah pada harga tawaran yang ada (selalunya murah ler) *

Kenape berubah harganya? sedangkan barang tu tetap sama !!!

"Well, its all about supply and demand” - berape kali mau ulang daaaaaa…

Minat orang, mane lah kita tau kan..mungkin orang tu ada info2 dalaman yang menyebabkan dia beli
banyak, sampaikan harga naik pun dia tetap beli (bullish). Atau, info2 dalaman orang tu kata mesti
jual, jual saje tak kisah berape harga (bearish).

Tapi, dari chart, MINAT JUAL BELI dapat dilihat dengan jelas. Apa sebab dia minat, bukan keje kita
untuk tau. Yang penting, dimana ada gula , disitu ada semut..lagipun kita hanya menumpang
kegilaan orang lain. Orang gila beli kita beli, orang gila jual, kita jual ler…
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Dari kegilaan tadi, maka lahirlah sekelompok bijak pandai yang menentang arus..Bila orang gila
menjual, mereka beli dan bila orang lain gila membeli, dia lah tukang jual.

Tengok contoh chart di bawah..Perhatikan bagaimana price breakout dan disusuli dengan volume
spike akan menolak harga ke atas..Perhatikan juga perubahan price action / pattern price bila price
bergerak naik..

Hari ni tengok sajelah…penat pulak tulis mukadimah panjang2 tadi..


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota volume dan price - mencari low volatility

Sambung sikit pasal volume dan price.

Volatility bermaksud perbezaan harga (yang saya faham dan merujuk pada chart, kalau salah, sila
google, belajar koboi memang camni).

Low volatility bermaksud, perbezaan harga yang kecil, atau dalam julat yang dekat..contoh
sepanjang 2 bulan, price hanya berlegar2 sekitar 20 dan 18 sen.. beza 2 sen saja..

High volatility pulak, dalam 2 bulan, price bergerak paling tinggi 30 sen dan paling rendah 15 sen..15
sen beza tu..

Nama lain untuk low volatility adalah tight range atau sideway..dan kenape perlu ambil lebih
perhatian masa ni?

Secara teorinya, bila price dalam keadaan tight range / sideway, menunjukkan buyer dan seller
bersetuju pada harga tersebut..kedua2 bersetuju secara fundamental, itulah harga sesuai bagi
kaunter tersebut

- Buyer menyokong harga dari jatuh di paras support tetapi tidak mahu membayar harga lebih
tinggi dari paras resistance.

- Seller pula tidak mahu harga lepas dari resistance dan tidak mahu juga menjual lebih murah
dari harga support.

Kalau baca banyak2 kali, mesti perasan, apa lagi nama lain bagi low volatility ni..ya
betul..Accumulation phase.

Apa yang perlu kita perhatikan dan tunggu adalah ABNORMAl ACTIVITY..aktiviti dimana betul2
berlawanan dengan aktiviti harian sebelumnya..tengok chart di bawah..

Abnormal boleh saja terjadi samada price bergerak naik ke atas atau price jatuh ke bawah..dalam
contoh chart, kita melihat price sedang menaik..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Apa menyebabkan price dan volume tiba2 naik mendadak? pasti ada sesuatu berlaku pada kaunter
tersebut, mungkin ada good news, bad news atau ape2 saja yang menyebabkan secara tiba2 minat
tu datang..

Persoalannya, bila berlaku macam tu, sudah bersediakah kita?

Oh yer, pada yang menggunakan bollinger band, low volatility tu berlaku masa bolinger band sedang
mencerut, mengecut..diorang kata, kalau jumpe cerut kecut tu, standby....sebab price bila2 masa
boleh break ke atas atau ke bawah..

Ok..semoga terhibur..kalau pegi kelas mau ribu riban kene bayar..kat sini cukuplah sekadar ucapan
terima kasih dan jangan lupe, trade di kenanga bersama ZZFY..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota maghrib :

Kalau kita rajin mencari kaunter yang baik, insya allah, akan ada entry2 sesuai untuk masuk dan
keluar...perhatikan signal candle, breakout + volume..kan cantik tu..mlm2 nanti saya update cara nak
cari kaunter di hujung minggu..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota untuk hujung minggu - mencari kaunter untuk entry exit

Bulan ni agak rajin pulak menulis..bukan ape, agak sayang bila market "sedang memberi" tapi kita
tak ambil kesempatan cukup2..lagipun nak raya kan..semua nak cari duit raya..pada yang masih
tersangkut, bertabahlah..hari anda akan tiba..hari kami, kami jalan dulu lah yer...

Pasal nak pilih kaunter ni, ada macam2 style..ada yang cari most aktif kaunter dan buat
list..kemudian tengok satu2, short list kan mane yang menarik..dan ada juga guna JSTOCK, masukkan
kriteria yang nak, tekan dan tunggu hasilnya..lepas tu tetap kena pilih yang terbaik..atau, tunggu saja
buy call ZZ dan OPPA, pun boleh jugak..

Tak kisahlah mane2 pun, yang penting, mesti tau kat mane nak entry, kat mane nak jual dan kat
mane nak cut loss..

Saya percaya, setiap orang pun ada list masing2..tapi untuk kali ni, saya cadangkan guna list buy call
yang pernah ZZ, FY dan OPPA bagi dulu..rasenye ade yang kongsikan haritu..tu pun dah cukup
banyak..nak banyak2 lagi buat ape.. kalau masih tersangkut (maaf, saya ungkit pasal tersangkut ni
ada sebabnya..ingat lagi bila FY cerita pasal tukar kuda slow kepada kuda yang lebih aggresif).

Dah ada list, tengok satu2..gunakan WEEKLY CHART..dari itu, carilah signal candle yang kita belajar
hari tu..hahahahahaha...mesti semua kata, ape daa rizq, ingatkan ade teknik ajaib..kawan2, dalam
trading, make it simple as possible,cut your loses early and let your profit run.

Boleh tengok contoh chart di bawah..

Weekly

- cari signal entry


- tandakan entry point, amalkan 1 bid above dari high signal candle
- buat alert..guna klsescreener atau yang seangkatan
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Daily

- tunggu alert atau kalau yang rajin tengok hari2, tunggu sampai price menuju entry point
- selagi price tak cecah entry point tadi, tak perlu buat apa2..
- sebab kita ada 5 hari, tunggu sajelah..
- kalau dalam 5 hari tu langsung tak cecah entry point, tak payah entry..selamat duit..

Take profit

- ikut budi bicara masing2


- nak ikut % ker, nak ikut risk:reward ke atau nak ikut macam saya tunjuk contoh di bawah
pun boleh
- contoh daily tu saya tunjukkan cara take profit..tu daily tau..nak guna kat weekly pun boleh,
maknanya lagi lama boleh hold selagi close candle minggu ni tak rendah dari low candle
minggu lepas..

Ambik masa setengah jam jer dah cukup setiap hujung minggu..kalau jumpe signal cun,
kongsi2kanlah dalam grup..

(Pada yang cekap, patutnya minggu ni dah masyukkkk lepas baca nota signal candle haritu)
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Daily chart - entry dan exit selalunya di sini

Kalau perasan, tecfast weekly tu, minggu lepas pun ade signal candle..

Tambahan : dah lama2 nanti, tau lah korang kat mane signal candle yang sesuai nak pilih..kat
oversold area ka, masa pullback ka..pelan2 kayuh..

Lupalah, pastikan signal candle body nya kecik yer..besar2 tak mau..candle marubozu pun tak sesuai
sebab rakyat malaysia suke ambik profit bila nampak candle tu..

Jangan paksa diri..kalau tak jelas signal candle tu, sila abaikan..cari yang lain..ade pulak nanti semua
candle dibelasah belinyer..masak la kome..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota subuh : kenape mesti uptrend?

Sesungguhnya kaunter uptrend lah paling senang nak buat duit, paling tepat bila guna indikator dan
paling takut orang nak beli, takut dah mahal katenyer...

Sebab apa? takde sebab, memang dah emosi manusia mcm tu..

Tapi, cuba ingat point2 di bawah:

Kaunter yg overallnya downtrend, sebarang rebounce atau lantunan dari support akan ada tekanan
jualan nanti..mane datangnye tekanan ni? dari mereka2 yang tersangkut ler..masing2 dah ready
dengan niat " asal dapat balik modal aku nak jual"..menyebabkan kenaikan harga agak tersangkut2..

Berbeza dengan kaunter uptrend, bila price langgar resistance dan buat pullback, ade yang berebut2
untuk membeli..beli sampai price naik balik melepasi resistance..bukan takde tekanan jualan, tapi
yang dah jual pun sure akan jadi pembeli balik..

Sideway pulak....hari ni entry 20 sen, naik laa jugak paling tinggi 24 sen..minggu depan, eh jadik 20
sen balik..macam tengok bola lawan team pasang bus depan goal..bosannyer...

uptrend, downtrend, sideway semuanya boleh buat duit..soalannya, kenape cari yang susah
sedangkan yang senang dah ada..

salam subuh..

...saya perhatikan indeks dan hampir semua sektor ditutup lebih rendah dari semalam..siap sedia
dan sentiasa alert..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota malam jumaat – sideway itu bosan tapi berbaloi

Contoh sideway boleh dilihat pada chart GADANG..bukan tak boleh trade, tapi sanggup ke tunggu
sambil tengok orang lain kaut untung berkepok2..

Jangan main2 dengan sideway, apetah lagi sideway datang dari uptrend dan kaunter tu potensi FA
nya bagus.

Untuk trade kaunter macam ni, ada 3 cara:

Shor term – buy near support and sell near resistance.

Long term – kumpul sikit2 bila price cecah area support.

Bijak term – masuk lepas breakout resistance.

Kenape bosan tapi berbaloi? Bosan sebab tak syok layan..tapi berbaloi sebab bila price mula
breakout dari paras resistance, ko tengok lah nanti, macam roket oooooo…

Bagaimana nak pastikan sideway tu BERKEMUNGKINAN akan naik dan bukannya turun?

- perhatikan volume masa price singgah di SUPPORT..kalau volume tak tinggi, petanda
baik..teorinya tak ramai panik sambil campak harga..alaaaaa, tak kan tak biasa kot, asal
nampak price merah2 nak jatuh, ramai jiwa kacau..terus jual murah2..padahal price dah kat
support

- volume tinggi area support sambil price turun (nak breakdown pun ada) petanda tak
bagus..pemegang saham beri isyarat dah tak mau pegang lagi saham tu.

- volume tinggi ketika price menuju resistance walaupun tak tembus, petanda baik..buyer
cuba sedut semua seller2 yang ada, tapi belum bersedia nak mark up lagi.

- volume rendah di resistance, tak berapa bagus..seolah2 tiada yang minat nak beli pada
harga tinggi.

Teori dia atas datangnya dari Dr. Thiti Tharasuk pengasas Art Trading Methodology..Terima kasih
buat abang Razali GROUP ST 3 sebab belanja saya..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota support resistance - entry dan exit cara mudah.

Sekitar support adalah yang paling selamat untuk beli saham..tetapi, membeli di sekitar support juga
memerlukan sifat sabar yang tiada batasnya…sebab ape? sebab tak tau bila mau naik..

Bagi mereka2 yang tiada sifat tadi (yang ada pun tak tahan lama, 2-3 hari dah kepanasan), boleh lah
gunakan teknik entry selepas breakout resistance..

Tengok contoh dalam chart di bawah (contoh saja, bukan untuk jual beli).

Interaktif chart dalam platform sebenarnya sangat membantu kita dalam membuat analisis mudah
di mana nak entry dan exit. Agak sayang, tak ramai yang betul2 make use chart tu..semua nak
shortcut..mungkin ada yang tak selesa nak kena buka pc atau laptop, sebab kat henpon tak
boleh..nak untung banyak tapi tak nak usaha lebih sikit..emmmm, macam biasa dengar…

Bagi yang tiada masa untuk melihat waktu market beroperasi, gunakan sedikit masa pada sebelah
malam..buka chart dan perhatikan garis2 support resistance yang sudah ada dalam interaktif
chart..buat alert..tak tau macam mana nak buat alert, boleh tanya kawan2 dalam grup ni.

Nak tengok ape?

- Perhatikan close price hari ni


- Rupa bentuk candle
- Support terhampir
- Resistance terhampir

Dan ingat juga di bawah

Break Resistance - entry atau take profit

Break Support - jual (hadamkan yang ni banyak2 kali)


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota pasal nombor bulat @ round number

Sudah jadi kebiasaan kita, kalau berbicara pasal nombor, lebih mudah menyebutnya dalam rounding
number atau bahasa melayunya nombor bulat.

"Berape harga ko beli motor tu?".."dalam 40k jer" (walaupun harga sebenar adalah 39,560 hengget).

"Semalam wa rempit cecah satu lapan bro, telinga cecah lantai" (padahal meter maksimum pun baru
178).

"Dua singgit, dua singgit", mael.

Kesimpulannya, kita memang sudah biasa membundarkan nombor supaya ianya lebih senang dan
mudah untuk berurusan.

Dalam trading juga sama..nombor2 bulat ni selalunya dipanggil nombor psikologi..sebabnya...lagi


mau tanyer ker?

Contoh nombor psikologi atau nombor bulat tadi (dalam saham) seperti 0.10, 0.30, 0.50, 1, 1.10,
1.20, 1.90, 2, 2.40, 20 dan lain2..yang mana digit terakhirnya adalah 0..

Begitu juga nombor yang berakhir dengan 5..mcm 0.15, 0.25, 0.45, 0.95..kalau 0.105, 0.305 serta
rakan2nya tak berape menjadi.

Kebiasannya nombor psikologi tadi juga menjadi paras support dan resistance..teorinya, trader lebih
senang meletakkan target untuk jual dan beli pada nombor2 psikologi ni..

Contoh:

Harga semasa adalah 0.47..kaunter dalam posisi uptrend..next possible target 0.50 (possible
resistance)

Harga semasa 0.72 dan uptrend,..1st target adalah 0.75 dan sekiranya lepas, sudah boleh target 0.80

Harga semasa 0.47 dan kaunter sedang downtrend, next target adalah 0.45 dan sekiranya tembus,
kemungkinan akan menuju 0.40 (possible support)

Boleh percaya ker? jawapannya terpulang..kalau ramai yang percaya, jadilah..kalau tak, tak jadilah..

Jadi, ape strategi sesuai..macam biasa..sell near resistance, buy near support..

Kalau jangka 50 sen tu bakal jadi resistance, letak lah target jual bawah sikit..letak sell order sekitar
0.48-0.49..

Begitu juga kalau nak entry, standby atas sikit dari support tu..

Konsepnya tetap sama seperti entry dan exit di support resistance..cuma kali ni, kita jadikan
psikologi number tadi sebagai target pilihan..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Selamat mencuba..jangan taksub sangat sebab emosi manusia sentiasa berubah-ubah..dah nama
pun "meramal harga saham"..

Tips : menandakan paras support resistance mengikut history chart adalah lebih kuat berbanding
nombor psikologi..

contoh : nak pegi 70 sen ke tu? 65 sen pun tak lepas lagi abang oiii
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota santai - buy call dari ZZ dalam ST group

Esok bursa cuti, rasa macam tak best jer..sebab duit masih ade dalam tu...hahahahaha..

Sambil perhatikan chart, saya rasa terpanggil nak buat sikit analisis mudah, berkaitan dengan buy
call dari ZZ (oppa dengan fy saya tak buat).

Setakat rekod yang saya dapat (terima kasih pada yang sudi save dan kongsikan tempohari), ada
lebih kurang 35 buy call dari APRIL/MAY 2017..rasanya ada yang tertinggal tapi saya guna data yang
ada sajelah..

Kesimpulan yang saya dapat:

- Stok hit target (1st target saja) - 62.86%


- Stok hit cut loss dan tak hit target - 28.57%
- Stok belum hit target dan cut loss - 8.57%

Stok hit cut loss tu pun ade juga hanya hit saje, belum close bawah cut loss..tapi saya malas nak
asing2kan.

Banyak lagi boleh buat analisis macam:

- tempoh masa dari entry ke target

- peratus hit target 1, 2 dan 3

- peratus stok yang peram lama dengan yang laju geraknya

dan lain2..

Kalau ada sesiape yang masih simpan semua buy call ZZ, sila kongsikan..mungkin kita boleh dapat
pattern menarik..

Tips - saya perhatikan, bukan entry tu yang menarik, tetapi posisi stop loss lah rahsia sebenar..pada
sape yang belum hadir kelas PC, korek2lah rahsia dari ZZ..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota simple short term trading - gabungkan fibo, support resistance dan candlestick signal

Sebelum tu, nak maklumkan lah pada yang masih baru lepas seminar atau kelas ZZFY, apa saja nota
yang saya buat di sini adalah sebahagian dari analisa teknikal untuk berdagang di pasaran saham.
Kalau tak sama dengan apa yang di ajar semasa seminar/kelas, bukanlah niat saya nak buat ajaran
sesat yer..takut ada yang keliru, eh, kenape masa seminar/kelas dulu takde yer benda2 ni..yang tau
boleh lah senyum2..kesian pada yang masih baru..simpan semua nota ni dan satu hari nanti, insya
allah, bila masanya tiba, boleh lah praktik kan.

Untuk kali ni, saya cuba terangkan se simple yang mungkin, menggunakan garis fibo, support
resistance dan candlestick signal yang kita pernah belajar dulu. Boleh lihat contoh chart di bawah.

Harap maklum, setiap orang ada cara masing2 dalam mentafsir chart. Contoh yang saya bagi tidak
semestinya TEPAT, dan tidak semestinya cara orang lain SALAH..asalkan boleh buat untung, kira ok
lah tu..yang penting, kita mampu KURANGKAN KERUGIAN dan LET THE PROFIT RUN..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Mungkin ada yang kata, benda dah jadi senanglah nak buat analisis..Ya betul, memang senang..tapi
percayalah, apa saja yang berlaku di bursa adalah perkara yang berulang-ulang..kenape? adekah
sebab emosi manusia sentiasa senang dijangka? mungkin ya..

Tapi saya lebih yakin dengan satu fenomena ni..fenomena di mana lebih ramai trader yang ada ilmu
dalam analisa teknikal dan analisa fundamental..kalau semua sudah di ajar untuk BUY near
SUPPORT, maka kat support lah akan banyak belian berlaku..sama juga kalau SELL near RESISTANCE,
kalau dah semua di ajar benda yang sama, samalah hasilnya nanti (tolak tepi dulu sindiket, operator
dan lain2)

Sebab tu, untuk trading, kita mesti CEKAP dan PANTAS mengambil setiap peluang..bukannya berape
banyak teknik yang kita tau..yang lambat akan tertinggal (walaupun sudah diberikan peluang
berkali2)..

Boleh lihat contoh chart di bawah untuk chart yang belum bergerak - UNTUK PEMBELAJARAN SAJA –
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota greed and fear

Bila saham sedang naik, sama ada breakout resistance atau


pullback breakout, pasti ada bermacam2 jenis buyer masa
kejadian berlaku..sama juga masa saham sedang turun,
breakdown support, pun bermacam2 seller muncul.

Kali ni saya tertarik untuk melihat gaya beli secara AVERAGE


UP..ramai yang tahu AVERAGE DOWN tapi takut nak
AVERAGE UP..sebabnya takut harga saham yang kita awal2
dah beli jadi makin mahal - profit on paper berkurang..

AVERAGE UP adalah amat digalakkan berbanding AVERAGE


DOWN..bila kita AVERAGE UP, walaupun pada harga yang
lebih mahal, sebenarnya kita menambah koleksi saham yang kita telah ada..

Bagaimana untuk buat AVERAGE UP? Caranya adalah dengan membeli semasa kaunter tersebut
sedang TRENDING UP..beli ketika price breakout atau kalau ada pullback, beli semasa pullback
breakout..

Kebiasaannya, investor atau trader yang bullish pada satu2 kaunter akan AVERAGE UP sampai lah
trend kaunter tu sudah nampak tanda2 nak bertukar arah..

Ok..bukan tu yang saya nak sampaikan..tapi tindakan dari beli secara AVERAGE UP ni juga
menyebabkan ada sesetengah kaunter tu harganya semakin menaik tetapi volume tidak naik
sama..harga keep up, up dan up..pernah jumpe kaunter macam ni? ade tu, lagi2 kaunter yang FA nya
sangat menarik..

Bagi mereka yang memang target long term, tak kisah untuk beli lagi mahal..sebabnya mereka sudah
awal2 lagi balun masa harga masih rendah..sedangkan kita ni trader kecil-kecilan akan selalu
terperangkap di puncak dan mula hilang akal bila price turun sikit demi sikit..

Breakout resistance dengan strong volume serta body candle yang besar..sound familiar? selain
market manipulator, tindakan AVERAGE UP juga salah satu sebab ianya terjadi..

Adakah salah kalau kita AVERAGE DOWN? tak salah pun, tapi perlukan tahap psikologi yang sangat
berlawanan dengan manusia normal..yelah, asal harga turun, beli, turun beli, turun jer beli,
sampailah harga betul2 jumpe lantai sebelum melantun naik semula..memang ada golongan yang
berfahaman macam ni..perlukah kita ikut? boleh, tapi mesti mahir dengan ilmu AVERAGE DOWN
dulu..kalau tak, baik sedekah ke mereka2 yang lebih memerlukan..

Berbalik pada gambar di atas, be fearful when other greedy and be greedy when other
fearful..semua faham maksudnya..cuma saya nak bagi peringatan, "jangan salah tempat yer"..nanti
bila jerung, abang long start beli, kita jadi FEARFUL, tapi bila mereka start jual, kita pulak semangat
GREEDY mari..ape pun tak boleh nanti..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota pantas - Jstock Scanner ZZFY

Maaf kalau gambar tak berape jelas..esok akan dicuba cari resolusi lagi tinggi bagi nampak semua..

Kriteria yang saya guna:

1. EMA 8 berada atas EMA 21

2. Price atas EMA 8

3. Body candle dalam range 3%-8% (boleh ubah)

4. Volume minimum 100K (boleh ubah)

5. Volume spike, lebih tinggi dari 5 hari terakhir (boleh ubah)

6. Range harga (boleh ubah)

7. RSI atas dari 50 (saja letak untuk tengok momentum)

Kriteria terlalu ketat..jadi result sikit, lebih fokus..mungkin boleh kurangkan kriteria kat atas untuk
dapat result yang lebih banyak, as long price masih atas EMA 8 dan EMA 21.

Contoh scan after closing hari jumaat..Nampak bkoon macam best jer..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

JSTOCK sekadar tools untulk filter dari beratus2 kaunter yang ada di bursa dan bukannya penentu
untung rugi.

Masih tetap kena analisis chart dan guna teknik entry/exit yang pernah belajar dulu..orang kata
'berkasih biar seribu, berkahwin maksimum 4 orang"...so portfolio pun tak yah lah lebih dari 4.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota Khas – Contoh cara entry hasil dari ZZFY Scanner

14 Jun adalah hasil scan selepas market tutup.

Entry 1 bid above candle semalam dan hasilnya seperti di bawah.

Nota: Box trading entry pun ada (6 Jun 2017) dan entry ikut signal candle pun ada..macam2 ada..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota swing point - swing high dan swing low

Seperti dalam nota FY dulu2, ada tertulis yang saham tidak akan bergerak secara lurus..tak kira naik
atau turun.

Naik dan turun saham pasti akan ada kawasan2 tertentu menyebabkan harga stop dari naik dan
turun..sebab apa?

Sebabnya sangat mudah..tindakan mengambil profit atau jualan akan menyebabkan kenaikan
terhenti seketika dan tindakan membeli dengan banyak menyebabkan penurunan terhenti
seketika..ini yang kita panggil swing point.

Swing point sangat bagus untuk trader..ianya akan memberikan kita signal awal sama ada trend
hendak berubah atau tidak..lebih awal dapat dikesan, maka lebih cepat tindakan yang boleh kita
ambil..

Untuk kali ni, swing point yang saya nak tunjuk lebih fokus pada formasi candlestick..sebab
candlestick lebih cepat dan lebih senang nak faham berbanding gunakan indicator..bukan indicator
tak bagus, Cuma, tujuan indicator dapat memberikan tambah nilai pada price action atau candlestick
formation..tapi, kalau gabungkan dua2 sekali, insya allah, lebih berkat orag kata..

Sila rujuk pada gambar di bawah..


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Dalam gambar tu, ada beberapa formasi candlestick yang selalunya muncul ketika trend hendak
berubah..kalau ikutkan ada 2 jenis..3 bar reversal dan 2 bar reversal..kali ni saya fokus pada 3 bar
reversal dulu..

Tak perlu nak hafal nama pun setiap formasi tu..sebenarnya hafal nama untuk senang nak
bersembang dengan orang lain..yang penting adalah melihat dengan jelas, apa yang price cuba
sampaikan..

Contoh swing high - potensi price akan berubah dari naik kepada turun..ingat, ianya HANYA
POTENSI, bukan WAJIB turun..perhatikan bagaimana high candle TERAKHIR lebih RENDAH dari high
SEMALAM..dan high SEMALAM lebih TINGGI dari high KELMARIN.

Contoh swing low - apabila low candle TERAKHIR lebih TINGGI dari low SEMALAM..dan low
SEMALAM lebih RENDAH dari low KELMARIN..

Pening nak baca ker? kalau pening tengok gambar kat bawah ni betul2..

Jadi, sila semak kaunter masing2 dan lihat, ade tak formasi candle seperti dalam gambar tu
muncul..kalau ada, siap sedia..jumpa SWING HIGH, siap2 cari support..kalau jumpa SWING LOW, siap
sedia nak masuk..

Sebab bulan ramadhan adalah bulan yang sesuai nak buat pahala banyak2, maka saya terlebih rajin
sudah siapkan indicator SWING HIGH LOW yang boleh digunakan pada JSTOCK..tujuannya adalah
untuk mencari / mengfilter kaunter2 yang cukup syarat2 SWING POINT..

Saya buat 2..ZZFY SWING HIGH dan ZZFY SWING LOW..kenape 2? sebabnya saya nak asingkan dan
lebih cepat nampak beza result..tak perlu scan satu2 indi, JSTOCK boleh run lebih dari 2 indi..jadi
select dua2 indi tu sebelum scan..

Kriteria yang saya guna - boleh ubah ikut citarasa masing2.

- ema20 atas ema 50 (untuk pastikan kaunter tu uptrend)


- price di atas ema50
- volume minimum 100,000 (boleh ubah ikut kesesuaian)
- harga terendah dan tertinggi (ikut suka)

Kelemahan

- mungkin akan ada result dari swing nya tak berapa cun..sebab tu saya suh mahirkan dulu ciri2
swing point tadi..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Peringatan

- sila scan pada hari yang sama saja untuk dapat result yang lebih baik..sebab kalau scan hari
esok selepas market open, resultnya mungkin dah tak sama..
- scan esok, dia akan start compare dengan candle yang akan jadi esok..
- jangan scan pada hari sabtu dan ahad..kalau nak scan juga kene buat sikit
perubahan..biasanya saya buat 2 set, satu untuk SAME DAY, satu lagi CUTI
DAY..hehehehe...saya bagi yang SAME DAY cukuplah..last scan hari jumaat malam..
- boleh guna semasa market open juga..tapi sebab datanya delay dan pagi2 market selalunya
terlebih aktif, scan selepas jam 10/11 pagi..atau semasa sesi rehat 12:30-2:30..nak petang
pun boleh, tapi kalau dah lewat sangat, baik scan lepas market close..terpulang.
- nak dapat result lagi cepat? buat siap2 watchlist kaunter..dan scan pada watchist tu
saje...mane nak dapat watchlist? adeh..dah lama duduk dalam grup, takkan takde lagi
watchlist sendiri..adoiii laaaa...
- -bila dah dapat result, tengok chart dan bandingkan dengan formasi candle2 yang kita dah
belajar tadi..kalau nampak sama dan ada potensi, ape lagi, balun lerrrr..

Selamat mencuba..pada yang belum mahir guna jstock boleh bertanya dengan rakan2 lain.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota terakhir malam ramadhan – box trading / flag breakout

Takut pulak baca tajuk nota kali ni..saya doakan semua dipanjangkan umur dan dilimpahi rezeki yang
halal untuk bulan2 akan datang.

Kali ni saya cuma nak update berkenaan box trading – salah satu cabang dari darvas box teknik..box
trading memang menjadi pilihan lebih2 lagi bila market kurang mantap (indeks bermain dalam
range)..

Konsep asasnya sangat mudah..hanya melihat candle dan volume serta mengira hari yang dijangka
akan berlakunya breakout..dalam gambar saya dah tulis syarat2 asas untuk box trading..ada lagi, tapi
tak perlu lah nak pening2 sangat.

Boleh tengok contoh ANCOM di atas (non-syariah)..bila syarat2 box trading dah mula nampak pada
T0, T1 dan T2, kita sudah boleh bersedia pada T3 dan T seterusnya..kenape T3 dan T4? Sila rujuk
balik nota FY berkenaan T+ dulu..rajin membaca, banyak pengetahuan..malas kalu, malas lah
hasilnya nanti..

Bagaimana nak cari syarat T0? Boleh tengok hari2 pada top gainers/top active kaunter..mesti ada
tu..

Sempena raya akan datang, saya sertakan sekali scanner untuk mencari candle marubozu bersama
volume sebagai syarat pertama box trading..simple jer ni..nak buat yang kompleks nanti tak jumpe
pulak kaunter yang sesuai..

Selamat berhari raya kepada rakan2 ZZFY ST..bila dijalanraya nanti, perhatikan jumlah volume
kereta..sambil tu fikirkan sejenak, kenapa jalan jem? Kenape kereta banyak? Kenape slow bila jumpe
AES? Kenape sebelum sampai RNR, jalan sure jem? Apsal naik bukit jer semua slow (resistance)?
Kenape nak kecing pun susah?
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Dah dapat jawapan, relatedkan dengan trading saham..sama jer tu..contoh saya bagi, kalau tak nak
layan jem, bergerak lebih awal…kalau nak dapat harga yang sesuai, entry dan exit lebih awal (ada
syaratnya kalau nak entry exit awal, jangan main balun jer)..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota teori High Volume sekitar support area

Perasan tak pattern seperti di bawah? Pattern di mana terdapat volume tinggi dan price melonjak
naik di sebelah kiri chart dan kemudian price turun semula dan terus turun sambil membuat
accumulation phase.

Ya betul..memang ada..mungkin teorinya seperti dibawah ni.


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota ulangkaji – pattern malu2 nak break resistance

Kenape drb tak terus naik, tapi nampak mcm malu2 nak naik?..ade nampak candle hitam panjang
sebelah kiri tu dengan volume paling tinggi?

Sekarang price singgah semula ke area yang sama..teorinya, seseorang sedang meng TEST kot2 ade
lagi saki baki yang masih ade dalam candle hitam tu..kalau ade, kita boleh nampak price turun
dengan volume..buat masa sekarang, volume pun kurang, tanda2 takde lagi seller yang minat nak
jual pada area tersebut..teorinye lah..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota lukis melukis trendline di hari raya ke-2.

Melukis garis trendline pada chart adalah salah satu asas dalam analisa teknikal. Jika garis trendline
berjaya dilukis dengan kemas dan teratur, KEBARANGKALIAN untuk mencari entry dan exit amat
tinggi.

Trendline boleh digunakan pada UPTREND dan juga DOWNTREND. Asas menarik trendline adalah
seperti berikut:

Uptrend

- Cari sekurang2nya 2 HIGHER LOW candle dan sambungkan kedua2 HIGHER LOW tersebut.
Lebih banyak HIGHER LOW yang bersambung, maka lebih VALID garis trendline tu.
- Secara teorinya, garis ini akan menjadi SUPPORT area dahulu, sekarang dan MUNGKIN AKAN
DATANG.

Downtrend

- Cari sekurang2nya 2 LOWER HIGH candle dan sambungkan kedua2 LOWER HIGH tersebut.
Lebih banyak LOWER HIGH yang bersambung, maka lebih VALID garis trendline tu.
- Secara teorinya, garis ini akan menjadi RESISTANCE area dahulu, sekarang dan MUNGKIN
AKAN DATANG.

Trendline juga boleh dibahagikan kepada 2, MAJOR dan MINOR trendline. Beza antara MAJOR dan
MINOR terletak pada jarak masa titik2 tersebut bertemu.

MAJOR TRENDLINE menunjukkan long term trend chart tersebut. Selagi price berada di atas MAJOR
TRENDLINE, trend kaunter masih kuat (samada UP atau DOWN). Manakala MINOR TRENDLINE
adalah short term trend yang berlaku dalam tempoh masa lebih singkat.

Ok. Nak buat ape lepas lukis trendline? Disebabkan fungsi trendline sama seperti support dan
resistance, trendline dapat membantu kita untuk membuat plan trading yang sesuai. Buy near
support and sell near resistance. Atau bagi investor, follow your chart trend juga sama dengan follow
your trendline.

Kalau tulis panjang2 memang payah. Nak susun ayat bagi seringkas yang mungkin takut tak sampai
pulak.Jadi, tengok sajelah gambar2 di bawah ni.

Oh yer, lagi sekali saya tekankan, setiap orang ada cara masing2. Tidak semestinya cara saya tunjuk
ni mesti betul. “As long as make money, lukis lah kot mane pun”, saya akan ingat pesan ZZ ni sampai
bila2.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Sambungkan low yang nampak jelas pada chart

Lihat contoh dibawah pula, ada beberapa siri HIGHER LOW yang boleh ditarik untuk dijadikan
support trendline juga. Kali ni, titik sentuhan lebih banyak.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Kali ni, kita lihat bagaimana sekiranya kedua2 trendline tadi dilukis pada chart. Nampak sesuatu yang
menarik tak?

Kalau 3 gambar di atas focus pada support area saje, trendline yang sama juga boleh dilukis untuk
menunjukkan area resistance. Saya cuma copy support trendline pada gambar kedua tadi dan letak
pada paras tertinggi candle (HIGHER HIGH).

Nampak menarik kan. Selalunya pattern macam ni kita panggil PRICE CHANNEL.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Saya gabungkan kesemua trendline tadi, dan cuba membuat sedikit analisis berdasarkan apa yang
saya nampak.

Begitulah caranya. Ada banyak lagi contoh penggunaan trendline, pelan2 kita belajar sama2. Kalau
semua nak tunjuk selonggok, nanti kompom ilmu tak sampai.

Catatan : Kadang2 price tak mau pun pegi ke area yang kita dah tandakan. Macam contoh future
support kat atas tu, tak semestinya price akan ke situ ..mungkin dia akan terus naik..atau mungkin
juga price boleh sampai tapi langsung tak stop, siap breakdown lagi. Apa saja yang bakal terjadi,
sekurang-kurangnya kita sudah BERSEDIA.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Sambungan semalam

Yang semalam adalah daily chart. Sebagai trader, tumpuan juga perlu diberikan pada time frame
yang lebih tinggi. Untuk itu, melihat WEEKLY CHART juga AMAT DIGALAKKAN, lebih2 lagi kalau DAILY
CHART nya terlalu banyak noise.

Nampak tak yang support untuk kaunter di atas semakin menaik? Dan sudut kenaikan juga tidak
terlalu menegak. Volume juga sekata (walaupun jumlah volume sejak akhir2 ni agak berkurang, lain
kali kita cerita pasal volume divergence).

Apa kesimpulan dari contoh chart macam ni? Yes, kaunter adalah uptrend dan terdapat banyak
sokongan belian dari pelabur.Bila ada banyak sokongan belian, SUDAH PASTI fundamental kaunter di
atas sangat BAGUS atau setidak-tidaknya ada ciri2 IMANTAP.

Tugas kita akan menjadi mudah bila jumpa kanter macam ni. Nak study FA jadi lebih senang dan
sebarangsignal dari TA juga akan memberikan peluang untuk buat keuntungan. Gabungan FA + TA
sememangnya sangat2 membantu.

Boleh naik lagi? Boleh jer..

Atau dia dah sampai puncak? Boleh sajer..

Semoga selamat menempuh jem di highway. Kalau tak jem, bukan raya namanya.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Sambung lagi sikit - melukis Down Trendline

Saya nak sambung sikit..rasa macam tak senang hati ni kalau buat nota tersekat2..

Semalam, garis trendline lebih fokus kepada mencari support. Macamane pulak kalau nak cari
resistance?

Masih guna konsep yang sama, cari high atau lower high yang jelas nampak pada chart, dan
sambungkan kesemua tu menjadi satu garisan. Perlukan sekurang-kurangnya 2 titik untuk membuat
garis. Kenape 2 titik? Cuba buat garis guna 1 titik jer, boleh tak?

Contoh gambar di bawah, ada 2 cara untuk kita tarik garis down trendline (garis warna merah). Yang
mane satu lebih betul? Bagus soalan tu. Ni pi tanya, boleh balun ke kaunter ni, adoiiii...

Mane satu yang betul, tidak menjadi masalah besar. Kalau ikut contoh, dua2 tu pun betul. Yang
menjadi masalah adalah bagaimana cara kita nak terjemahkan garis2 tu dalam plan trading nanti.

Untuk contoh gambar di atas tu, kita boleh kata harga sekarang terperangkap di antara BUYER dan
SELLER. Candle juga semakin kecil (rujuk nota low volatility). Buat masa sekarang, belum nampak
pemenangnya, walaupun BUYER nampak agak kuat pada 3 candle terakhir (ada volume masuk).

Pernah dengar orang kata melihat chart umpama melihat pertarungan antara 2 pihak? Sape lebih
kuat, dia akan control the movement. Sekarang nampak dah kan, cara sesuai untuk kita melihat arah
tuju chart..apa yang kita perlu cari adalah, siapa yang akan menang nanti..we will follow the
winners..bursa takde short sell, jadi kenalah tunggu BUYER menang..tapi ade juga yang tunggu
SELLER menang, sebabnya dia nak beli lagi murah dari harga semasa..i likeeeeee..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

...tunggu kejap...apa kata kalau saya lukis macam di bawah ni.

..mungkin di weekly chart seperti ni

macam bendera !!!!!


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota Financial Quarter dan Result / Announcement.

Monthly chart di atas saya tandakan untuk Financial Quarter serta bulan bila result dibuat.

Biasanya result akan keluar 2 bulan selepas tarikh berakhirnya quarter tersebut.

Contoh:

31 JUL 2016 adalah 1 QR (Tahun Kewangan 2017) dan laporan kepada Bursa/Pelabur dibuat pada 29
Sept 2016 – 2 bulan lewat.

Nak buat ape? Takde ape pun, saje suka2..kebiasaannya, apa saja news/announcement, price sudah
bergerak dulu..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota Chart Pattern.

Terdapat 2 kategori chart pattern

1. Reversal

- trend akan berubah arah

2. Continuation

- trend akan diteruskan

Untuk kali ni, tak mau cite pasal jenis2 pattern, sebab banyak dan ambil masa nak buat
penerangan..kena buat pelan2.

Dikatakan, hasil dari emosi investor/trader atau market player, akan terhasilnya pattern2 chart. Dan
pattern2 ini telah didokumentasikan oleh pakar2 terdahulu. Maka, lahirlah pattern dengan pelbagai
gelaran seperti triangle, flag, rounding bottom, cup and handle, head and shoulder dan macam 2
lagi.

Siap ada statistik lagi, pattern mana yang kuat/lemah dan pattern mana yang boleh buat duit (ni
paling penting, kalau pandai lukispattern tapi tak pandai bikin duit, ape pun tak boleh)..sehinggakan
ada yang berkebolehan meramal lebih awal, apa pattern akan terjadi.

Pernahkah kita bertanya, kenapa pattern selalu ada? Apa sebab? Adakah human behavior tidak
pernah berubah atau ianya SUDAH DIMANIPULASIKAN ! Kalau market itu random, kenape flag
pattern masih ada? Kenapa BOX TRADING masih wujud? Apa manusia semua tak belajar dari
kesilapan ker??? Adoii, panjang ooo kalau nak berbahas pasal MANIPULASI ni. Apa saja terjadi,
“WELCOME TO THE SYSTEM"
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Tapi takpe, sebab MANIPULASI lah menyebabkan kita boleh MENYELIT seketika untuk membuat
keuntungan atau merana kerugian.

Berbalik kepada topik asal. Chart pattern terjadi disebabkan oleh pertarungan diantara SELLER
dengan BUYER.eh, macam sama jer ! memang sama la tuan2 dan puan2 semua. Kat bursa cuma ada
3 kategori, SELLER, BUYER dan YANG TAK BUAT APA2.

Rujuk pada gambar di atas.

Setiap kali price sampai resistance, seller ambil alih dan menolak ke bawah..dan bila price sampai ke
bawah, buyer pulak ambil alih sambil menolak semula price ke atas. Pertarungan antara 2 penjuru ni
akan ada pemenangnya nanti..pemenangnya dapat dilihat pada area mane price tu berjaya
break..semakin kecil volatility price, semakin HAMPIR kita akan dapat tau sape menang nanti.

Kalau price break resistance, sudah pasti buyer yang menang..dan kalau price break support, seller in
control..hasil dari break tadi, akan menarik lebih ramai para trader untuk join sama (samada nak beli
atau jual).

Jadi, bagaimana nak trade chart pattern? Simple..hanya tunggu dan lihat siapa yang menang..takde
cara lain dah, itu saja..

Catatan : Seperti teknik2 lain, maka akan wujudlah segelintir bijak pandai, yang mana mereka
membeli/menjual lebih awal sebelum pattern siap..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota awan nano.

Takdenye awan nano dalam teknikal analisis saham. Nama betulnya ICHIMOKU CLOUD. Tapi ramai
yang panggil awan nano jer.

Tadi OPPA share webminar pasal awan ni. Tu yang terasa macam nak buat nota sikit pasal awan
nano (ichimoku).

ICHIMOKU CLOUD terdiri dari beberapa moving average yang digabungkan, maka terhasilah seperti
gambar di bawah.

Nampak macam pening. Memang pening pun...hahahahahahahaha...tapi kalau betul2 nak jadi
chartist tersohor (gelaran untuk mereka2 yang pakar dalam menganalisa chart), kenalah belajar
semua garis2 yang bersilang2 tu.. setiap garis ada maksudnya dan setiap warna awan pun ada
maksudnya. Maksudnya silalah google sendiri. Lain platform, mungkin warna-warnanya tak sama
(tapi konsep tetap sama).

Konsep asas awan ni

- adalah trend following indicator

- untuk melihat trend chart samada BULLISH atau BEARISH

- menjadi SUPPORT dan juga RESISTANCE


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Sebagai trader jalanan, kita nak santai2 saje bila trade. Maka, paparan default tadi kita perlu ubah,
tinggalkan awan saja, seperti di bawah.

Nampak lebih meyakinkan. Betul tak? Lepas tu nak buat apa?

1. Bila price berada di ATAS awan, chart adalah BULLISH atau UPTREND.

- awan akan jadi potensi SUPPORT area.

- hanya perlu cari posisi untuk entry BUY.

2. Bila price berada di BAWAH awan, chart adalah BEARISH atau DOWNTREND.

- awan akan jadi potensi RESISTANCE area.

- kalau boleh elakkan dari trade.

- perlukan teknik yang sesuai kalau nak bermain di bawah awan.

3. Bila price berada di DALAM awan, chart adalah NEUTRAL

- price bila2 masa boleh naik atau turun semula.

- bumbung awan akan jadi resistance

- lantai awan akan jadi support.

4. Ketebalan awan menggambarkan betapa kuatnya SUPPORT atau RESISTANCE.


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Ada sesuatu yang sangat menarik bila guna awan ni. Dipanggil BREAKOUT/BREAKDOWN AWAN.

1. Bila price datang dari BAWAH awan, masuk ke dalam awan dan kemudian BREAKOUT resistance –
signal buy,

- tanda2 permulaan trend menaik.

- selalunya price akan teruskan kenaikan, tak semua tapi kebanyakkannya lah.

- seperti breakout yag lain, resistance boleh dijadikan sebagai support atau cut loss level.

2. Bila price datang dari ATAS awan, masuk ke dalam awan dan kemudian BREAKDOWN support -
signal sell

- tanda2 trend menurun dah nak mula.

- biasanya memang akan terus turun.

- dan selalunya price cuba test semula support awan tadi (yang dah bertukar jadi resistance), kalau
tak lepas, alamatnya bye2 ler..

Kalau tak berape faham, boleh rujuk pada contoh2 di bawah.

Semoga terhibur.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota pendek – struktur asas perubahan trend.

Selain menggunakan indicator (MA, awan nano dan lain2), dengan melihat struktur high low chart
juga dapat membantu kita mengenalpasti sebarang perubahan trend.

Tak berapa nak ada idea untuk menulis. Jadi tengok sajelah 2 gambar di bawah.

Selamat malam.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota : Perbezaan antara RETRACE dan REBOUND

Ada sedikit perbezaan di atara kedua2 di atas.

Dalam kondisi UPTREND

RETRACE

- pergerakan harga yang MELAWAN arah pergerakan ASAL.

- price sedang berehat dari kenaikan

- selalunya disebabkan oleh aktiviti mengambil profit

REBOUND

- pergerakan harga yang MENERUSKAN arah pergerakan ASAL

- nak start engine orang kata

- aktiviti pembelian yang semakin aggresive

Kalau kondisi DOWNTREND maksudnya jadi terbalik

RETRACE

- pergerakan harga yang MELAWAN arah pergerakan ASAL.

- price sedang berehat dari menurun

- ada aktiviti pembelian tetapi tidak se aggrasive UPTREND

REBOUND

- pergerakan harga yang MENERUSKAN arah pergerakan ASAL

- nak break support la tu

- selalunya disebabkan oleh aktiviti mengambil profit (teknik jual beli ketika downtrend)
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Boleh rujuk gambar rajah di bawah

Untuk apa nak bezakan kedua2 istilah di atas?


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Kalau kita guna teknik tarik fibo, istilah yang selalu digunakan adalah WEAK dan STRONG. Boleh jadi
weak retrace atau weak rebound dan strong retrace atau strong rebound.

Akan bersambung kemudian..tungguuuuu


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota kalau nak kekal lama dalam trend.

Haritu kita dah belajar melihat struktur asas perubahan trend. Sekarang, kita belajar pula melihat
bagaimana nak kekal lama dalam trend.

Masih menggunakan konsep yang sama, dengan melihat di mana letaknya low dan higher low untuk
chart UPTREND dan melihat high dan lower high untuk chart DOWNTREND.

Kadang2, kalau guna chart candlestick tak berapa nak nampak. Jadi saya cadangkan tukar dulu chart
menjadi LINE CHART. Dari situ boleh nampak jelas di mana letaknya LOW dan HIGH tadi. Bila dah
jumpa, tandakan area LOW dan HIGER LOW yang nampak jelas (significant)

Tengok contoh kat bawah nanti.

Dah siap tandakan, baru tukar balik ke chart candlestick (LINE CHART kita tak boleh nampak emosi
semasa).

Lepas tu?

Untuk UPTREND, selalunya price TAK KAN break low sebelumnya.

Kalau break, menunjukkan uptrend MUNGKIN dah sampai penghujung, akan bertukar ke SIDEWAY
dulu atau bertukar ke DOWNTREND.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Untuk DOWNTREND, terbalikkan saje cerita di atas.

Apa beza cerita hari ni dengan melukis garis trendline?

Takde beza, sama saja cuma ada sesetengah chart yang agak sukar nak lukis garis trendline. Jadi,
dengan memahami STURKTUR CHART juga dapat membantu kita untuk kekal lama dalam trend.

Semoga terhibur.

Catatan: Nak belajar lebih mendalam, boleh datang kelas ADNVANCE TA yang OPPA buat. Kalau dia
tak nak ajar, report kat bos.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota Investor vs Trader

Apa beza di bawah?

Investor

Setelah buat kajian dan assumption yg menyeluruh berdasarkan fundamental, saya nak invest
kaunter A pada Jan 2016 dengan target investment saya mencapai 100% dari modal mula.
Alhamdulillah, by end Dec 2016, investment saya capai target 100%.

Trader

Berdasarkan ilmu teknikal yang saya ada, saya dpt mengesan perubahan minat belian pada kaunter
A (sama dengan di atas) pada May 2016..Saya mula membeli dan membuat target untuk mengikut
trend sampailah ada tanda2 trend nak berubah. Alhamdulillah, by end of Dec 2016, sudah nampak
tanda2 trend nak habis, dengan keuntungan hampir 100%.

Sebenarnya, dua2 kategori di atas sangat memerlukan diantara satu sama lain..Trader perlukan
Investor untuk menjaga dan menolak harga..Manakala Investor perlukan Trader sebagai liquidity -
senang nak jual nanti.

Catatan : Lebih kurang sama jer macam Loan ASB vs Simpan Sendiri..gaduh2 macamane pun, asal
untung kira wokayyyy..

boleh follow INVEST since NOV 2016 atau TRADE since APR 2017 - pilihan di tangan anda

Kesimpulan : Jangan kecam cara orang berurusniaga dalam bursa malaysia. Masing2 objektifnya
sama - nak untung walaupun cara berbeza
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota - Trendline sebagai teman setia anda.

Sambungan kepada kisah trendline yang duu, hari ni saya nak berceramah sedikit berkenaan
trendline teman setia anda.

Seperti biasa, trendline adalah alat bantu untuk kita melihat arah pergerakan harga pada chart.
Samada trend sedang menaik atau menurun, trendline dapat membantu memberikan gambaran
secara visual serta memberikan kita peluang untuk entry dan exit trade.

Contoh chart di bawah adalah chart yang trend nya adalah menaik. Yang menurun lain kali la buat.
Perasaan malas masih ada.

Macam biasa, sila perhatikan chart dan cuba cari swing point sebanyak yang boleh. Untuk chart yang
trending up, kenalah cari swing point low. Pada yang tak berapa faham apa maksud swing point low,
boleh rujuk gambar di atas tu. Seolah2 price bila sampai situ, dia dah tak mau turun ke bawah lagi.

Lepas tu? ape lagi, tariklah trendline..bagi kene sebanyak yang mungkin point2 tadi. trendline yang
kuat perlukan sekurang2 nya 3 point yang bersentuh..lagi banyak lagi bagus orang kata…tapi nak
tarik trendline ada adab dan tatasusila nyer..jangan main hantam jer tarik..walaupun ada yang kata,
tak kisah pun tarik lagu mana, asalkan faham apa yang nak di cari..betul, saya setuju..tapi sebaik-
baiknya biarlah nampak kemas sikit..sedap mata kita dan orang lain memandang.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Rujuk pada chart di atas, yang bergaris hijau saya jadikan major trendline (dari NOV 2016 -
SEKARANG). Ni untuk contoh yang saya buat yer..lain orang lain ceritanya..kalau tak sama
pandangan, carilah yang boleh mendatangkan duit..gaduh2, kutuk2 pun tak guna kannnnn…

Perhatikan kawasan bertanda bulat biru. Sesuatu yang menarik terjadi bila price secara tiba2
menjauhkan diri dari trendline hijau. Kemungkinan minat belian sudah datang. Untuk short term
trader, masa ni lah sesuai nak balun dan ride the trend until bend..pandai cakap, tapi bila bend
sampai, ape pun tak buat…hahahahaha..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Sekarang kita fokus dulu pada short term trader kaki balun dulu. Macam biasa, cari swing point low
sebagai guide untuk kita ride the trend. Ikut macam contoh gambar di atas.

Ok. mesti ada yang tanya, benda dah jadi boleh lah buat..macam mana kalau SEBELUM KEJADIAN.
sama saja sebenarnya. kalau masuk awal, boleh tunggu swing point low muncul sekurang2 2..kenape
2? cuba lah lukis trendline guna 1 point jer. boleh? berapa kali mau tanye daaaaaaaaa..atau untuk
kaki swing, bila nampak swing low (rujuk nota candle formation), mas tulah sesuai entry..

Selepas entry dan dah jumpe short term trendline, jadikanlah trendline sebagai teman setia
anda..dengan berbekalkan ilmu breakdown trendline, silalah ambil profit..nak jual semua pun boleh,
nak jual separuh pun boleh..tak kisah mane2 pun boleh..yang tak boleh, entry bila price breakdown
trendline..cubalah entry…takde sape nak marah punnnn..gambar di atas boleh dijadikan rujukan..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Ni gambar last..maka tamatlah kisah hari ni - trendline sebagai teman setia andaaaaaaaa..sekian

Aduh..letih betul menaip ni. Bukan letih tekan2 keyboard sebenarnya, tapi letih memikirkan ape
yang nak disampaikan..belum tau lagi ade yang nak baca atau tak..atau ada yang baca, tapi tak cuba
nak fahamkan..yang tak faham, sila cari guru..yang dah faham, boleh bantu mereka2 yang
memerlukan..

Lagi satu, teknik rahsia cakerawala tujuh petala langit sekalipun tak kan menjamin kejayaan dalam
berdagang saham..sebabnya mudah saje..kalau orang lain tak tau teknik tu, macamana harga nak
gerak..lagi ramai tau teknik tu, lagi senang la price nak gerak bang oiiiii….ada sistem yang mengajar
buy on breakout, ada sistem yang mendetect smart money, ada sistem yang on the spot buy sell,
ade yang guna teknik candle, ade sistem berteraskan indikator (stochastik cangkuk buy, tapi kalau 2
orang jer tau teknik ni, agak2 price nak naik tak?)..semua sistem2 ni lah yang mencorakkan chart
yang kita pandang hari2..kadang2 tak perlu pun nak berahsia sangat teknik yang kita ada..kita
untung sebabkan timing cantek, dan ada disiplin ( saya pun disiplin kurennggggggg)…

Semoga terhibur.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota gridline pada chart

Selalu nampak tapi jarang nak guna. Kalau tak salah saya gridline mewakili paras harga mengikut
nombor bulat. Dalam chart nexus atau interaktif chart, gridline ni boleh diubah skalanya.

Untuk hari ni, saya nak tunjukkan bagaimana gridline boleh membantu kita dalam menentukan AREA
support dan resistance. saya besarkan huruf AREA sebab support dan resistance sebenarnya
bukanlah nombor mutlak. Ianya adalah kawasan atau area di mana berlakunya aktiviti jual beli yang
boleh menyebabkan perubahan trend.

Bila price sedap2 naik dan tiba2 stop dari naik, kita jangkakan kawasan / area tersebut muncul ramai
seller. Dan kalau seller lebih2 pulak semangatnya, kemungkinan harga tidak akan naik, tetapi mula
turun semula (trend berubah).

Sama juga bila price sedang elok menurun, tiba2 datang ntah mana buyer masuk, habis dibalunnya
semua stok yang ada. Maka, kita jangkakan price yang sedang tergolek sudah stop dari bergolek
(support area). Kemungkinan trend akan berubah - itupun kalau buyer memang ada niat nak naikkan
harga semula..kalau tak, terkono lah kita..

Kadang2, agak sukar nak buat garis support dan resistance, ada yang candlenya berekor,
bertoncet..jadi gridline dapat membantu tak banyak, sikit pun jadik lah.

Saya sertakan beberapa contoh penggunaan gridline seperti gambar di bawah.

Nasihat - gridline hanya bantuan, bukan penentu naik dan turunnya harga. Lain chart lain jugak skala
gridline nya.

Semoga terhibur.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota swing buy zone

Pada yang berminat untuk swing sesuatu kaunter, selain dari menggunakan kaedah fibonacci, ada
satu lagi teknik mudah untuk melihat di mana kawasan yang sepatutnya menjadi tumpuan kaki
swing. Sebelum tu, ingin saya maklumkan, nak swing sesuatu kaunter bukanlah kene simpan sampai
5-6 bulan. Bukan tak boleh, tapi rasanya macam ramai yang salah faham, swing tak wajib pun
simpan lama.

Swing adalah nama lain bagi teknik membeli ketika price sedang membuat retracement atau
pullback. Nanti tengok balik nota lama pasal jenis2 trader. Bila position dan momentum trader
sudah masuk, kaki swing dengan sifat sabarnya (sabarlah sangat punnnn), untuk menunggu ketika
trader2 lain sudah menjual pegangan masing2 atau kaki yang terperangkap kat puncak dan jual
sebab tengok orang lain pun jual (rugi lah selalunya).

Sudah sifat semulajadi chart, pergerakan naik bukannya terusssssss lurus macam pembaris..Dalam
perjalanan ke atas, pasti ada trader2 yang akan mengambil profit..dan waktu ketika turunnya harga
akibat profit taking tadi, akan menjadi tumpuan para swing trader pulak..

Tempoh pegangan kaki swing juga biasanya tidak terlalu lama..mungkin 2 hari, seminggu, sebulan
atau 3 bulan.. bergantung pada tahap kebijaksanaan kaki swing tersebut..kalau dah lama sangat,
rasenya title swing tu dah boleh tukar jadi investor. Target profit juga mudah, selalunya mereka akan
mencari harga tertinggi sebelumnya (swing high).

Ok. Selain dari menggunakan support resistance, fibonaci, indicator (stochastic, macd), antara
langkah awal bagi menentukan BUY ZONE adalah dengan menggunakan 2 moving average. Selepas
berlakunya golden cross (sila google), kebiasaannya akibat dari aktiviti profit taking tadi, price akan
menurun dan memasuki BUY ZONE tersebut. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kedua
kepada mereka2 yang belum lagi masuk..kekekekeke…kenape nak bagi peluang pulak? sebabnya,
lagi ramai yang masuk lagi bagusssssss…thats the other side of the story..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Untuk contoh ni saya gunakan 2 moving average, 10 MA dan 30 EMA..kenapa pilih yang ni? yang lain
tak boleh ke? Jawapannya boleh saje. Nak gunakan macam ZZ ajar pun boleh 8 EMA dengan 21
EMA..KONSEP TETAP SAMA..

Saya galakkan untuk yang nak belajar swing , rujuk pada website di bawah.

http://www.swing-trade-stocks.com/traders-action-zone.html

Saya gunakan 10 MA dan 30 EMA untuk sama dengan contoh2 dalam website tersebut.

Biar chart berbicara..orang nak tengok chart, tulis panjang2 pun bukan nak bace…hahahahaha
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

beberapa contoh yang sedang atau akan berlaku


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Kalau nak swing, TOLONG cari kaunter IMANTAP atau yang ade minat belian…pi swing kaunter kak
cindy, tau la jawabnya nanti.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Persoalannya, macam mana nak cari kaunter2 yang sedang dalam BUY ZONE? Ada 2 cara, pertama
dengan membuat sendiri watchlist (imantap mungkin) dan tunggu saja peluang BUY ZONE. Atau
yang kedua, menggunakan scanner..suruh scanner tu tolong carikan kaunter2 yang sedang berada
dalam posisi BUY ZONE.

Macam biasa, saya dah buat simple scanner untuk JSTOCK. Nak ke? Kalau nak sila bantu like dan
share page FY di facebook. Sebarkan..kalau rasa susah nak buat, takpelah...

Tak semua entry swing akan menghasilkan profit. Cut loss tetap kena jaga...semoga terhibur
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota mencari kaunter yang sedang atau baru nak aktif.

Untuk kali ni, saya nak kongsikan satu lagi scanner yang codenya sangatlah simple. Saya namakan
ZZFY 18D DAILY.

Konsepnya sama seperti teknik breakout 20 days. Untuk scanner ni saya pilih 18 hari. Kenapa bukan
20 hari?

Pada sesiapa yang pernah subscribe IVSA chart, mesti tau apa itu '18 day line change’. Screaner yang
hari2 kita akan dapat dari IVSA chart. Dari situ, ade beberapa syarat yang perlu diikut sebelum boleh
entry.

Mengikut konsep IVSA, mereka bukan nak jadi "smart money", tapi lebih kepada "follow smart
money”. Smart money bergerak, waktu tu adalah masa sesuai untuk join. Masih ingat lagi nota
berkenaan market phase atau fasa market? Kalau tak ingat takpe, sebab saya pun tak ingat dah buat
ke tak..hahahahahahahahahahah…
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Gambar di atas merujuk kepada fasa2 pergerakan harga saham. Bulat purple tu menandakan
perubahan dari phase 1 kepada phase 2. Sangat jarang kita akan dapat duduk dalam bulat purple tu.
Dan phase 2 adalah masa yang teramat sesuai untuk kita trading. Gunalah ape saje teknik, insya
allah, boleh buat duit. Selalunya kita akan terperangkap di phase 3. Duduk situ lama2 dengan
harapan akan ada sinar. Last, bila distribution dah habis, masuk la pulak phase 4. Yang ni lagi best,
macam air terjun dia jatuh. Yang kat sini pun ramai jugak terperangkap, kononnya akan ada
rebound. Untuk perbandingan live chart, cuba bandingkan gambar di atas ni dengan chart CONNECT.

18d line change bermaksud, price breakout dari harga tertinggi dalam tempoh 18 hari. Kenapa 18
hari dan tak 20 hari? Yang tu boleh tanya diorang lah. Teorinya, apabila price sedang consolidate dan
tiba2 last candle berjaya breakout dari area tu dan disertai oleh volume yang baik, menandakan
smart money sudah mula berminat memasuki phase 2 atau selalu yang kita dengar adalah markup
phase. Nampak keyword di atas tu, “mula berminat”..Maksudnya ada tanda2 dah nak mula, tapi
belum tentu dia nak teruskan..Kadang2 diorang test dulu bagi volume kaw2 tinggi, dan kemudian
duduk diam2..sampailah masa yang sesuai (masa ni ramai retailer yang terbeli kat atas dah mula
gelisah bila tengok price turun sikit demi sikit) baru diorang start markup semula.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Balik semula pada scanner kita tadi. Dengan konsep ivsa buat, maka saya cuba masukkan ke dalam
jstock. Saya tau, memang sudah ada scanner 20D Breakout kat luar tu. Cuma yang ni saya ubahsuai
sikit sajer. Ada la tambah min volume dan price change. Kalau tengok sangat simple jer pun. Betul
atau tak ianya sama dengan ivsa screaner, tu saya tak pasti.

Ceritanya sekarang, lepas scan dan dapat result, macamana nak trade? Yang tu lain kali lah saya cite.
Guna teknik yang zz ajar pun dah ok tu.

Mohon rakan2 dalam grup bantu rakan2 lain yang kurang mahir guna jstock. Kalau rajin, letak la
result scan hari2.

Oh ya. Sekarang kan musim game kentrade. Ni lah masa sesuai nak test teknik masing2. Lepas saje
scan dan jumpa kaunter yang minat, ape lagi, belasah jer lahhhh..1 juta wang untuk dihabiskan...

Peringatan:

Tak semua result yang keluar sesuai untuk masuk lagi. Mungkin price sudah berhari2 naik. Jadi, kena
tengok chart betul2.

Gabungkan 18D DAILY + ZZFY SCAN DAILY, mungkin akan dapat entry terbaik.

kalau tak nak pening kepala, bila dapat result, cari ciri2 IMANTAP. Kaunter IMANTAP yang ada niat
nak bergerak adalah lebih baik dari kaunter IMANTAP yang sedang tidoooo.

JANGAN TANYA SAYA MACAMANA NAK GUNA JSTOK. FULL STOP.

Bonus - dalam folder yang sama ada satu file, rekod semua result scan dari 28 JUN - 4 AUG
2017..Saya dah sort mengikut abjad dan tarikh..Kalau rajin , boleh ler back test.

Semoga terhibur.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota - Kadang2 berbicara tu lebih mudah..

Bila harga saham naik, disuruhnya hold lagi..bila saham dah jatuh, disuruh holdnye lagi..

Plan dari 1 minggu, bertakau jadi 1 bulan, dilanjutkan jadi 6 bulan..sudahnya dah lebih 1 tahun..atas
alasan investment maaaaa..

Sape yang nak invest lama2 tapi takde untung sila angkat tangan? Kalau tak untung, bukan invest
namanya...

Disuruh hold lagi katenye kaunter invest lama2 akan naik..kalau turun, sila topup..amboi, senang
nyer cakap..what if we already fully invest? nak topup pakai ape?

Nak tunggu berape lama lagi baru boleh tuai hasil invest tu? baik labur ke asb, sah2 dpt dividen
every year.

Semuanya mesti ada plan..nak raya pun kita dah siap2 plan, bila nak balik kampung, bila nak balik
rumah semula..bila nak beli baju rayenye dan bila nak melaramnye..

Kalau rasa tak selesa, jual saja sahamnya tu..tak perlu nak ikut orang lain..orang lain tak sama
peel..ade yg tak kisah, turun pun turun lah sebab duit nyer dah berkepok2..

Kalau yakin nak hold, hold saje..tapi, cuba carikan sebab2 kenapa boleh hold..kalau tak jumpe sebab,
tak kan nak hold jugak..

Saya pun sama macam orang lain..bukannye selalu untung pun dan tak semuanya rugi..at least, saya
guna duit yang memang bukan keperluan harian..kalau naik sahamnya, seronok, kalau turun, hilang
selera makan jap..

Samada kita trader atau investor, pastikan sudah ada plan masing2..

Semoga terhibur.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Tiada nota - cuma tambahan scanner.

Hari ni saya nak kongsikan lagi scanner untuk mencari bentuk2 candlestick.

ZZFY Doji

- akan cuba cari bentuk2 doji.

ZZFY WHITE SMALL CANDLE dan ZZFY BLACK SMALL CANDLE

- candle yang bodynya lebih kecil dari range high dan low hari tu..

- white tu hijau dan black tu merah. jangan keliru pulak.

- nanti kat sini boleh jumpe hammer dan hanging man.

dan yang terakhir adalah

ZZFY SPINNING TOP

- candle yang selalunya akan beri tanda2 mau reversal.

- dua2 warna pun ada sekali.

- saya dah cuba scan, yang ni memang lama giler nak habis..mungkin pengiraannya agak berbelit-
belit kot..

Bagi menjimatkan masa, saya sangat CADANGKAN agar scan pada watchlist dalam jstock masing2.
Lagipun, saya percaya watchlist yang dibuat mestilah kaunter2 yang korang dah study..cuma nak cari
entry dan exit jer pun..

Semoga terhibur.

Peringatan am:

- Saya tak letak sebarang kriteria dalam tu..jadi scanner akan belasah saja mane2 kaunter..hati2
dalam memilih nanti.

- Scan ikut watchlist lebih afdal.

- Ubahlah ikut suka hati..tapi kalau lari resultnya, jangan tanya saya pulak.

- Sebarang sumbangan amatlah digalakkan sebagai motivasi diri..bursa station saya pun dah nak
expired ni..hahahahahahaha
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Lihat contoh2 bergambar di bawah untuk melihat hasil result.


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Semoga terhibur.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota bump & run reversal - berkawan dengan trendline

Selamat menyambut kemerdekaan, salam aidiladha dan enjoy cuti panjang sempena 145 pingat
emas.

Nota hari ni dibuat atas sebab saya free dan dijangka market akan kembali bersemangat bulan
depan, walaupun semangatnya tidaklah sehebat awal dan pertengahan tahun 2017.

BUMP & RUN FORMATION (BARF) atau BUM & RUN REVERSAL (BARR) adalah salah satu pattern
pada chart yang diasaskan oleh Thomas Bulkowski. Nak baca lebih lanjut boleh refer pada link di
bawah:

http://stockcharts.com/school/doku.php?id=chart_school:chart_analysis:chart_patterns:bump_and
_run_reversal_reversal

Sesuatu yang menarik dengan pattern ni, ianya dapat memberikan kita gambaran ke mana arah tuju
harga pada chart semasa. Adakah akan meneruskan kenaikan, menari2 ketam atau terjunam emas
pandalela (pingat emas yang paling ditakuti dalam pasaran saham).

Ada 3 phase (fasa) dalam pembentukan pattern BARR ( saya guna BARR la yer, sebab di hujungnya
pandalela dah sedia nak melompat)..

Fasa LEAD-IN - satu fasa dimana price memulakan momentum kenaikan..tetapi kenaikan tidak lah
terlalu mendongak, sedap2 mata memandang orang kata..PEAK atau puncak tertinggi pun taklah
terlalu tinggi..di sini kita boleh mula melukis garis trendline selepas adanya minimum 2 titik swing
low…ianya juga akan menjadi aras support yang berterusan.

Fasa BUMP - disinilah bermulanya fasa kenaikan yang mendadak atau dipanggil impulsive wave..dan
ianya akan disokong oleh volume masuk yang tinggi..sudut kenaikan trendline pada chart juga sudah
semakin mendongak..ini disebabkan optimism dari buyer yang mula menggila..buyer in control..tapi
macam biasalah, setiap kenaikan pasti akan berjumpa satu titik di mana price akan berhenti seketika
dari naik…dipanggil PEAK..dalam bahasa melayu puncak kot..sebabnya seller pulak in control..bump
phase akan berterusan selagi ada buyer yang masih optimism..bump phase akan mula hilang
momentum apabila buyer sudah semakin bosan membeli, maka terjadilah FALLING PEAK ( puncak
yang menurun).

Fasa RUN - name pun run, ni bukan run ke atas yer, tapi run for your life…bila price sudah break
trendline Lead-in phase tadi, takde makne lagi menaruh harapan untuk naik..adalah lebih baik keluar
dari situ, dan tunggu semula kitaran baru (Lead-in)..

Semua fasa2 di atas boleh terjadi tak kisah mane2 time frame sekalipun…samada monthly, weekly,
daily, 60m, 30m…
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Boleh lihat contoh chart di bawah nanti.

Jadi, macamana nak lukis trendline? Seperti melukis pattern pada chart (triangle, flag, rounding),
tidak ada syarat sah wajib untuk melukis..semuanya bergantung pada seni dan pemahaman
masing2..yang ada cuma guide saja supaya garis trendline tu tak jadi syok sendiri..lagipun, tujuan
utama memahami fasa2 di atas tadi, lebih kepada MEMBANTU kita dalam membuat sebarang
keputusan untuk entry, take profit dan exit..

Sempena hari cuti, kalau free belek2 lah chart masing2 dan perhatikan chart anda dalam fasa yang
mana satu..buat dulu trendline, tandakan fasa dan kongsikan..bagi semua orang tengok dan semua
orang boleh bincang dan kongsikan pendapat..kasi grup aktif sikit…takdelah asyik letak

“KRONO”, “SUPERLON” - nama kaunter saje letak…ingat orang lain ade super power ker boleh faham

“ZZ, MYEG ok ke tak?”, “IQGROUP boleh hold lagi ker?” - cuba bagi sikit penerangan kat mana entry
dan stop loss sebelum beli, boleh jugak rakan2 lain nak bantu jawabkan.

“HUAAN canak naik tuuuu”, “PALLETE macam best jer” - yang naik memang best…lebih best kalau
kongsikan pendapat kenape nampak best..

“boleh masuk ke tak ni”, “jom masuk” - disiplin mesti ada kalau nak masuk..guide dari buy call dah
diberi, sila ikut secara berilmiah, bukan mengkinzir buta..

saya percaya, ramai ahli grup yang masih baru dan kurang yakin untuk beli atau jual..dan saya
percaya juga ada ramai yang sudah mahir dan mantap teknikal tradingnya..kalau semua membantu
satu sama lain, takdelah grup SUPER TRADER hanya sekadar memenuhkan memory henpon
masing2..

Dan kalau nota hari ni ada kesalahan pada penerangan tentang fasa2 tadi, saya mohon maaf..

Semoga Terhibur..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

konsep yang sama boleh diguna pakai untuk kaunter2 yang downtrend yang mungkin nak buat
perubahan trend.

UPDATE : ade yang degil, naik balik pulak tu…kekekekekeke


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota Guppy Count Back Line - entry dan stop loss/protect profit

Agak lama tak menulis…hati ada sikit senang jadi saya ambil sikit masa untuk buat nota
pendek..Guppy CBL (count back line) adalah salah satu teknik yang sesuai untuk mencari entry dan
stop loss/protect profit semasa permulaan trend (up atau down)

Kalau ikut rules dari Mr. Guppy, panjang sangat nak tulis..Jadi saya ringkaskan saja..dan saya
ubahsuai sikit supaya lebih mudah faham.

- Sesuai untuk kaunter yang trending saja…yang boleh dilukis trendline.

- Pemahaman berkenaan trendline, swing point dan candle amat diperlukan..kalau tak faham tiga ni,
agak sukar nak apply.

- Disiplin.

- Cuba try test.

- Boleh buat untuk mane2 timeframe pun..lagi tinggi time frame lagi bagus..

- Ingat, takde sistem pun yang perfect..tapi sekurang-kurangnya kita tau apa yang kita buat.

Entry

- pastikan sudah ade down trendline.

- cari lower candle yang paling rendah..atau kita panggil swing low.

- tandakan sebagai 1.

- count back semalam yang high candlenya lebih tinggi dari hari ni…tandakan 2.

- cari lagi satu candle yang high nya lebih tinggi dari high semalam..tandakan 3.

- Entry kalau price CLOSE atas dari high candle nombor 3 tadi.

Exit

- kalau tadi guna high candle, sekarang guna low candle..stepnya sama macam atas tadi.

Kalau tak faham sila tengok contoh di bawah.

Sebab nota pendek, pendek sajelah cerita hari ni..cuba buat pada chart masing2, dan ajak rakan2
semak.

Semoga terhibur.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota pantas : kalau jumpe candle melotop, low candle jadikan support..break support sila jual
dulu.

latihan...cuba buat garis support kat candle yang ade icon "M" @ melotop...anak panah hijau tu
break bangsa2 doji.

tambahan - kalau price asyik nak menuju support jer, maknenye ade yang tak kena..sama ada seller
lebih ramai atau buyer dah bosan..atau, ade buyer yang memang tunggu price break support dan
mantul balik...macam candle hammer hari tu (krono).
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

kenape saya pilih candle melotop? saje nak tunjuk yang buyer ramai dlm tu..kalau ramai2 dalam tu
pun tak mampu nak halang price dari turun lagi, maka bukan genuine buyer...diorang beri gelaran
wonderpet...
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Kenapa mesti melotop?

tu salah satu cara nak cari kaunter dari beribu kaunter yg ada..

cuba tengok, sebelah mane yang lebih seronok untuk trade


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

sebab tu saya scann kaunter melotop sajer...kebarangkalian untuk dia naik tu ade sebab ade buyer
masuk...dah entry, support kena jaga...bab jaga support ni yang ramai gagal ikut
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

ini pun salah satu cara untuk buat support resistance..dengan mencari titik dimana swing high dan
swing low terjadi...ade banyak cara entry kata situ

tapi nota hari ni lebih tertumpu pada candle panjang dan volume tinggi - sebab ada ramai buyer
dalam tu...lagi tinggi price naik , lagi panjang candle dan volume pun makin tinggi, sudah kena siap
sedia...sebab mungkin wonderpet pulak yang ramai...siap sedia maksudnya, kena jaga support.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

ade juga yang bijak ambil peluang...entrynya ketika price buat swing low..selalu orang sebut "tunggu
retrace" yang macam ni lah...atau ade yang panggil swing entry...mane2 care sekalipun, asalkan
boleh untung, kira ok ler tuuuuu...
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota pendek - konsep exit dulu dan re-entry kemudian.

Sebagai trader (termasuk investor mungkin), konsep exit dulu kalau dirasakan perlu mengikut situasi
semasa dan re-entry kemudian bila masanya tiba adalah satu lumrah. Yang menjadi masalah, bila
kita dengan degilnya tak mau exit bila di suruh, tapi dalam masa yang sama masih merungut kenapa
saham tak naik2.

Dan juga perasaan takut untuk re-entry semula , takut terkono lagiiii..lagi tak masuk, lagi naik, ngam
masuk, esok terjun ammmm..

Tidak pernah menjadi kesalahan pun mengambil tindakan exit atau protect capital ataupun
mengambil untung awal. Market sentiasa ada dan peluang sentiasa terbuka.

Sekian. Boleh lihat contoh di bawah. Ambik konter mat saleh jap..saje nak bikin panasssss…

Semoga terhibur.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota entry melotop.

Mood saya masih baik..jadi saya nak cerita sikit pasal melotop ni.

Selalu nampak melotop..tapi takde sorang pun tanye, nak buat ape dengan melotop? Saya tau ada
juga yang tanya, tapi sebab lebih banyak sembang dalam grup, kadang2 terlepas pandang soalan2
baik macam ni.

Sedikit penerangan untuk scanner melotop.

Konsep asasnya sama dengan breakout harga tertinggi dalam tempoh 18 hari/ candle..dan breakout
tersebut datang dengan volume lebih banyak dari 5 hari sebelumnya..saya ada tambah satu lagi
kriteria simple, supaya melotop tu tak kerap keluar…kalau kerap keluar dah tak special laaaaah..

Cara entry, saya gunakan contoh dari sistem IVSA CHART..boleh tengok gambar di bawah.

Secara ringkas:

1. Selepas jumpa candle melotop, tandakan high candle tu..Entry pada esok KALAU
price naik 1 atau 2 bid dari high semalam atau 0.5% (high semalam * 1.005) .
Maksimum entry 5% (high semalam x 1.05)..kalau terlambat abaikan..
2. Stop Loss - pada support terdekat atau gunakan trailing stop loss..nanti saya
tunjuk cara guna trailing stop loss yang paling simple.
3. IVSA menggalakkan kita untuk kekal dalam trade sampai stop loss atau sudah
sampai target sekitar 10%-15%..ambil profit bila dah sampai target..atau selagi
trailing stop tak kena, boleh hold saja…
4. Amat digalakkan untuk mengambil sebahagian profit bila sudah mencecah
20%..bakinya “LET THE PROFIT RUN”
5. Disiplin..Kalau kena ambik profit, sila ambil…kalau kena stop out, sila out..jangan
nak membongak derr..
6. Kesihatan market juga mempengaruhi gaya trading kita..market sihat boleh buy
and hold…market sakit, hit and run sajer..

Founder IVSA sendiri kata sistem dia winning rate sekitar 50%-60%..jadi, jangan terlalu taksub lepas
entry…bagus macamana sekalipun company yang kita beli, kalau takde disiplin dan plan trading,
jangan mimpi nak dapat untung yang konsisten..nampak tu, KONSISTEN..bukannya nak untung
banyak dalam tempoh 2-3 hari..betul, boleh jer untung cepat, tapi selalunya untung tu masuk balik
ke bursa..

Saya bagi contoh di bawah.


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Pada yang guna bursa station atau shreainvestor, sangat mudah nak buat arrow macam tu..secara
visual, kita akan nampak lebih jelas dan memudahkan untuk buat analsisi..bagi yang takde, terpaksa
guna cara manual..

Saya cadangkan guna garis MA dan set menjadi MA 18, Type High..bila scan dan jumpe candle
melotop, sila semak pada chart..tengok candle yang baru melotop tu masih baru atau sudah jauh
dari MA 18 tadi..kalau boleh, kita nak entry seawal mungkin, bukan selepas 2-3 hari candle melotop
muncul…boleh tengok contoh di bawah..

Untuk trailing stop loss , gunakan MA 18 tadi sebagai stop loss point..kekal dalam trade selagi price
tak close bawah MA 18 tadi..mudah kannnnn…dah jadi nampak mudah, masa belum jadi ni yang
payah, dah entry, lepas tu price tak naik2, berpeluh sudaaaaa….hahahahahaha…

Kaunter yang nak tranding up, selalunya takkan break MA 18 tu dalam tempoh terdekat..Kalau break
ke bawah jugak, maknenye dia belum ready nak up..atau dia sedang sideway..

Kenapa 18, tak boleh ke nak guna 5, 10, 20, 30, 50, 100??? ntahlah, saya pun takde jawapan…kalau
nak guna MA lain pun takde masalah…nanti dalam scanner melotop tu tukarlah dari 18 ke hari2 yang
u all suka..kalau tak jadi jangan cari saya…

Kalau dapat kaunter imantap, pasti berbaloi..

Digalakkan entry esok, sebab nak pastikan price ada usaha nak ke atas...kalau dpt kesan awal, nak
entry terus pun boleh, siap2 buat stop loss...saya lebih suka entry eaok, sebab mlm nanti saya ada
banyak masa nak double check

Semoga terhibur.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota selitan :

Menggunakan simple trendline juga boleh mengesan sebarang perubahan pada supply &
demand..juga mebantu untuk enter dan exit trade.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Kalau ade holding power, cubalah entry awal..kalau takde, lebih baik tunggu breakout.

Semua tu contoh saje...takdelah nanti bila beli, tak tau pasai apa beli...kalau beli, harga makin turun,
ape nak buat? kalau naik, apa nak buat?
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Sambungan nota pagi tadi - apa plan trading tu???

Plan trading paling mudah adalah,

saya nak beli saham ABC pada harga sekarang 0.50 sen ..saya sanggup rugi kalau tak jadi dan exit
trade pada harga 0.48 sen..

untuk jual dengan untung, kalau tadi saya sanggup rugi 2 sen, saya nak untung 3 kali ganda..maka
target jual saya 2 sen x 3 = 6 sen..

saya akan jual dengan untung pada harga 0.50 sen + 0.06 sen = 0.56 sen...tak payah pening2
kepala....kalau 10 kali masuk trade, 10 kali asyik jual rugi, maknanya pasti ada yang salah kat
pemilihan saham atau timming tak cantek...

masa tu barulah belajar sungguh2 teknikal analisis...bila dah pandai dan rasa nak lebih advance,
belajar pulak fundamental analisis...kita dulu pun lepas lahir, merangkak, sebelum jalan dan berlari...

semoga terhibur.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota singkat - Entry support atau breakout

Bila kita entry pada paras support tanpa sebarang signal entry, janganlah mengharapkan akan terus
naik dengan kadar segera..memang dah lumrah alam macam tu..

Dan kalau entry breakout, potensi untuk naik dalam masa terdekat lebih baik..sebabnya, kaunter
sudah ada tanda2 nak naik..tapi jangan abaikan stop loss kalau trade tak jadi..

Jadi, bagaimana nak gabungkan dua2 tu?

Cari area support, dan tunggu breakout, samada break candle doji ka, break 5 candle terakhir ka,
break downtrendline ka..janji dia ade break sesuatu...

semoga terhibur..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota bottom scanner - kalau naik alhamdulliah, kalau tak naik, diam2 sudaaaaa..

Ada banyak kaunter untuk di study semalam. Rasanya mungkin ramai yang dah tengok dan sudah
buat pemilihan. Memandangkan sekarang musim penny cap ayam, maka banyak la kaum2 mereka
kat scanner tu.

Seperti nota sebelum ni, bermain di bottom area perlukan tahap kesabaran yang tinggi..lebih2 lagi
kalau chartnya belum ada trend atau kita panggil sideway..sideway juga boleh jadi fasa
pengumpulan dan boleh juga fasa pengagihan.

Bagi yang sanggup tunggu, kaunter2 di bottom area sangat sesuai..beli senyap2 dan tunggu sampai
dia melotop..bila nak melotop, itu tak pasti, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin hujung tahun,
mungkin tahun depan dan mungkin tak melotop langsung..

Untuk yang 2 hari beli dah kepanasan menunggu, tak sesuai langsung guna teknik ni..

Walaupun beli di bottom, support area tetap kena tengok..break support sila keluar..

Hari ni saya listkan konter yang dirasakan MUNGKIN nak melotop..kalau tak banyak, sikit untung pun
jadilah..

INGAT - semuanya super penny..seperti tajuk di atas, kalau tak jadi, diam2 sudaaaa..

Yang takde dalam ni tapi ade semalam, boleh tengok2 kemudian..yag IMANTAP tu boleh beli dan
simpan selagi SUPPORT tak bocor.

Semoga terhibur.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota Melotop - Dari 2-13 OKTOBER 2017

Banyak pulak konter melotop bulan ni..ada yang baru bermula, ade yang hujung2 nyawa dan ada
yang "ape pun tak boleh". Sebelum saya tunjukkan konter melotop, saya tunjukkan dulu maksud2
arrow hijau yang ada dalam chart tu nanti..sebab malam ni citer pasal melotop, abaikan yang
sebelum melotop tu..

Memandangkan saya boleh scan bukan saja melotop pada last candle, nak cari melotop samada
3,5,10,100 hari lepas pun boleh..membolehkan saya buat back test secara visual dengan
mudah..agak2 kalau market bosan, saya cari kaunter yang melotop 3 hari sebelumnya, lepas tu buat
box trading...hahahahahaha...

Ok..ade banyak chart kat bawah ni..boleh layan sampai tidooo..paparan hanya tunjuk 15 candle
terakhir dan saya bulatkan candle melotop bermula 2 OKTOBER ke atas sahaja..yang baru melotop
jumaat lepas saya tak masukkan

Semoga terhibur..

Ps - nasib baik team ayam tak kene ayam tadi..team syaitonn dah lupe camne nak score goal..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Sambungan semalam.

Kita dah tengok cara beli ikut candle melotop..dan kalau perasan, melotop hanya permulaan trend
saja..lepas tu dah takde..maknanya kaunter sudah kepanasan (uptrend establish)..benda kalau dah
panas memang nak melayang jer..

Macamana nak trade konter2 kepanasan ni? ada 2 cara.

Tapi sebelum tu kena pastikan EMA 8 atas EMA 21 dan dua2 EMA ni berada di atas Life Line (nanti
rujuk gambar). Kaunter pun volume mesti adalah..Kalau volume ciput, abaikan..

1. Buy on breakout.

Entry samada breakout downtrendline atau breakout resistance atau breakout signal candle.

2. Buy on deep / pullback entry.

Bila price masuk celah2 antara EMA 8 dan EMA 21, cari candle bullish untuk entry.

Stop Loss

Cari support terhampir atau gunakan Life Line tadi sebagai support pun boleh.

Nasihat.

Jangan takut pada ketinggian..yang tinggi boleh tinggi lagi…janji tau mana nak keluar kalau plan
trade tak jadi.

Untuk minggu ni, kita dah belajar entry melotop dan entry konter uptrend. Entry bottom atau saya
panggil pendam perasaan lain kali cite. Sebab perasaan yang terpendam tiada sapa yang
tau…hahahahahah
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Buy on Breakout

Buy on deep / pullback


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

bergantung pada cara kita trade dan plan exit kalau trailling support bocor, boleh pilih mana2
support seperti di atas..semoga terhibur.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota on homily position.

Sebelum ni, saya ade tunjuk salah satu indicator yang ada di dalam software homily yang dipanggil
HOMILY POSITION. Jadi hari ni saya cuma nak tunjuk beberapa contoh dari Homily dan contoh kalau
kita buat sendiri. Setting garis2 tu sila cari nota di atas2..usaha tangga kejayaan.

HOMILY POSITION lebih sesuai digunakan untuk kaunter yang trending sahaja..yang jalan ketam tak
sesuai..ada 3 garis utama, Short-Term , Medium-Term dan Life Line.

Diringkaskan, selagi Life Line berada di bawah candle dan arahnya mendongak ke atas, chart dikira
bullish..segala signal buy adalah valid untuk entry. Trade ikut arah Life Line..cara2 nak gunanya boleh
rujuk video kat bawah ni nanti.

https://youtu.be/q-ZplMcyQE4

Nasihat saya, sebelum nak subscribe, mahirkan dulu teknik ni..semua orang dalam grup rasanya ZZ
dah ajar..garis2 tu setting terus kat platform kenanga (atau mana2 charting software)…sayang kalau
dah ade teknik, tapi tak nak di asah kemahirannya..

Semoga terhibur dan selamat hari Deepavali.


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

** Kemungkinan garis2 tu bukan setepat dengan homily, tapi konsepnya tetap sama **
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Nota khas krono – swing sampai QR

Saya kumpulkan cerita pasal krono, sejak 8/9/2017 sampailah qr keluar pada 2/11/2017..sebab
sepanjang tempoh ni, krono ada macam2 emosi..semoga boleh dijadikan panduan untuk trade2
kaunter lain.

krono - next support level 0.905 atau 0.90 sen.


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

dari sini, krono kuat lagi atau tak?

ade hantu kat 1.04 krono.


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

krono - saya target akan ada heavy seller kat area bulat merah tu nanti.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

nampaknye krono cuba buat lagi sifat2 dia...doji muncul sebelum melotop...saya tak kata dia nak
naik, tapi boleh cuba..kalau jadi, jadilah..kalau tak jadi, diam2 sudaaaaa...stop loss kan ade.

** kalau bentuk candle kekal sampai petang macam ni..kalau berubah, mungkin tak jadi.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

kalau takde volume lebih dari average, krono tak sesuai entry..lack of buying interest.

baru valid...mane pulak datang volume ni.


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

lama dah tak update krono..candle hitam ni nampak kepenatan.


Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

target krono saya dari cerita lepas sampai takat ni saja..lebih dari ni kena buat trailing stop..
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

krono - trade ikut arah purple line. bukan saya kata, homily yang kata. kalau subscriber follow beli
bila dapat signal, pasti naik..tapi kalau subscribe saje tapi tak beli, camne nak naik...itu logik yang
paling senang.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

nampaknye melotop krono ade follow up..1.13 sudah jadi new support kalau candle close atas dia.

kalau tak berjaya, jadi double top..dan peluang entry semula kalau price turun ke sekitar 1.0 - 1.10

kalau tak turun, teknik buy on breakout..atau buy kalau price test semula support baru.

ni cerita sekarang...nikmatnya entry masa di bawah, tapi sakitnye menunggu...kalau entry breakout
cepatnya naik, tapi sakitnya kalau tak jadi..

update krono - terserlah kedegilannya..boleh apply box trading untuk 5 candle terakhir.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

Krono sebelum QR release.

Krono selepas QR release…swing trade untuk 15%-20% reward dalam tempoh 1 bulan.
Nota Teknikal Group ST ZZFY Update 5 NOV 2017

To be continue….

PERINGATAN : Nota dan catatan di atas adalah untuk kegunaan peribadi. Kalau ada yang salah,
silap, tak lengkap atau sebagainya, sila cari guru untuk belajar.

Anda mungkin juga menyukai