Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN

TEKS PENGACARA MAJLIS


KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI
SEMPENA PERSARAAN
_________________________________________________

Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna
kita raikan Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan
------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------BismilLahir
Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha
Yang Dihormati
Yang Diraikan
Seterusnya, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan ,
________________________________________

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh:
Ustaz_____________________________________________________
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Ustaz __________________atas bacaan doa itu tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
baktimu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan sumbangan
yang ditaburkan oleh Yang Diraikan ___________________________
sepanjang perkhidmatan beliau di SK KKB DUA.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang


Berusaha ___________untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang _________atas ucapan yang telah


disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Buah mengkudu buah bidara


Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada


Yang Diraikan _________________________________
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Diraikan __________________atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai


tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini
iaitu _________________________

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan kepada YANG BERUSAHA untuk mengiringi Yang
Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman untuk menerima cenderamata
kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-


wakil

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan


khusus untuk Yang Diraikan ______________________________Majlis
merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan
_______________________atas kesudian menerima cenderamata itu
tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang
Berusaha _____________________________________ mengiringi
Yang Diraikan __________________________ sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan ____________________kerana sudi untuk bersama kita pada
hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang
Diraikan _____________________bertambah ceria dan bahagia di
dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
Kasih Disemai Bakti Dituai ini.

Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka khusus buat


yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman.

Assalamualaikum pembuka bicara


Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram pagi yang hiba
Bagai mengerti gelodak jiwa

Abang nazri panggilan mesra


Pekerja am yang banyak berjasa
berkhidmat bukan sebentar cuma
Tiga dekad begitulah lama

Dari muda hingga berusia


Menjalankan tugas dengan setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek kami semua

Sudah biasa kita dengari


patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama dengan yang ini
Tak mungkin ada galang ganti

Kenangan manis kekal selamanya


Jasamu tak mungkin dilupa
Pemergianmu kami redha
Sudah suratan berpisah akhirnya
Sampai di sini seloka kami
Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim terus terpatri
Biarpun abng nazri tiada di sisi

Ampun dan maaf kami pinta


Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

Semoga abng nazri sihat sejahtera


Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin


memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum
bersurai, kita akan menyaksikan upacara menanam pokok sebagai
tanda ingatan kita yang tidak akan luput terhadap yang diraikan
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai