Anda di halaman 1dari 7

KETIBAAN YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMMAD BIN HAJI HASAN,

MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

(KEBERANGKATAN TIBA YANG TERAMAT MULIA TENGKU BESAR


TAMPIN DAN TERAMAT MULIA DATO’ UNDANG YANG EMPAT)

Lagu kebesaran Negeri Sembilan Darul Khusus

KAIN PELIKAT PANJANG SEMBILAN


PANJANG SERTA KEPALANNYA
PEMIMPIN ADALAH IBARAT INTAN
RAKYAT MENUMPANG SINAR CAHAYANYA

ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HIWABARKATUH DAN


SELAMAT PAGI.

TEBANG MERANTI DI ATAS PERMATANG


TEBANG MARI TIGA MUKA
YANG DINANTI SUDAH DATANG
SAYA CUBA MEMBUKA KATA

ANAK BERUK TERLOMPAT-LOMPAT


LOMPAT MARI DALAM KELADI
CAKAP BURUK JANGAN DIUMPAT
CAKAP BAIK JANGAN DIPUJI

KE BAWAH KAUS YTM DATO’ MENDIKA MENTERI AKHIRULZAMAN


DATO’ HAJI MUSA BIN WAHAB UNDANG LUAK JELEBU

KE BAWAH KAUS YTM DATO’ JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA


SETIAWAN DATO’ HAJI MOHD JAN BIN ABDUL GHANI UNDANG LUAK
JOHOL

KE BAWAH KAUS YTM TUNKU BESAR TAMPIN TUNKU SAYED RAZMAN


BIN TUNKU SYED IDRUS AL QADRI

HAMBA, DATO’ MENJUNJUNG KASIH DI ATAS KESUDIAN KE BAWAH


KAUS YTM DATO’-DATO’ UNDANG DAN YTM TUNKU BESAR TAMPIN
KERANA SUDI HADIR KE MAJLIS SYARAHAN NEGERI SEMBILAN BUAT
KALI KE 2 PADA PAGI INI.
2

YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASSAN MENTERI
BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

YAM TUNKU BESAR SERI MENANTI TUNKU MUKHRIZ IBNI ALMARHUM


TUANKU MUNAWIR DAN YM TUNKU ISTERI

SAYA MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DI ATAS SUDI


YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASSAN MENTERI
BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
YAM TUNKU BESAR SERI MENANTI TUNKU MUKHRIZ IBNI ALMARHUM
TUANKU MUNAWIR, YANG ARIF, SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI, AHLI-
AHLI YANG BERHORMAT, TAN SRI-TAN SRI, DATO’-DATO’, DATIN-DATIN,
TUAN-TUAN, PUAN-PUAN KE MAJLIS SYARAHAN NEGERI SEMBILAN
KALI KE 2 YANG AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR NANTI.

Bacaan doa

Adat bosondi syarak,


syarak bosondi Kitabullah
Adat iolah syarak semato
Adat semato quran dan sunnah
Adat sobonar adat
iolah Kitabullah dan sunnah Nabi
Syarak mengato, adat momakai
Io kato syarak, bonar kato adat
Adat tumboh ee dari syarak
Syarak tumboh ee dari Kitabullah
Bodiri adat kerano syarak

Adat tak lokang dek paneh


Adat tak lapuk dek hujan
Adat berwarikh kepada nabi
Adat berkhalifah kepada Adam
Adat berinduk ke ulama
Adat dianjak layu
Diumbut mati
Adat ditanam tumbuh dikubur hidup
Adat terconteng di lawang
Adat tersurat di kertas
Adat tersirat dalam Sunnah

Apalah tando Melayu bermarwah


Kojo ee membawak faedah
Elok di topi, molek ko tongah
3

Menyobot Allah lidah ee basah

Kok jumpo orang yang lobih tuo mintak nasihat


Kok jumpo hulubalang mintak kuek
Kok menyombah rajo mintak daulat
Kok jumpo guru mintak ilmu
Kok jumpo ulamak mintak doa

Totak buloh panjang sopuloh


Buek menjolok pokok sakat
Angkek tangan jari sopuloh
Doa dimintak biar solamat

Majlis menjemput dan mempersilakan Al-Fadzil Tuan Haji Mad Jusoh bin Sudin Pegawai
Hal Ehwal Agama Islam Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus untuk memimpin
bacaan doa.

Yang dikatokan tahu diri


Tahu hak dan kewajipan
Tahu hutang bosorto boban
Tahu adat jadi pogangan
Tahu syarak jadi sandaran
Tahu sunnah jadi podoman
Tahu pusako jadi warisan
Tahu makno dongan pakaian
Tahu adab dongan sopan
Tahu di mano tompek makan
Tahu di mano tompek bojalan
Tahu hidup bokosudahan
Tahu mati bokokalan

Daun solasih daun koladi


Koladi ditanam di topi tanjong
Tanjong bonamo Tanjong Karang
Karang mengarang sobuah hikayat
Hati kasih korano budi
Budi baik raso nak junjong
Sampai bilo dikonang orang
Konangan sampai di akhir hayat

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadzil Tuan Haji Jusoh bin Sudin Pegawai Hal Ehwal
Agama Islam Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus kerana memimpin bacaan doa.

Kalau duduk mondongar amanah


Yang tosirat jadi tosurat
Yang jauh monjadi dokek
4

Yang torondam buleh diangkek


Yang panjang menjadi singkat
Yang tobontang buleh dilipek
Yang togonggam buleh disukek
Yang culeh monjadi lokek
Yang tolupo monjadi ingat

Botuah duduk mondongar potuah


Fahamnyo dapek makno tododah
Ilmu dapek pongotahuan botambah
Yang sulit monjadi mudah
Yang polek dapek dijamah

Majlis menjemput Yang Berhormat Dato’ Haji Norzam Bin Mohd Nor, Selaku Pengerusi
Jawatankuasa Induk Pesta Persukuan Adat Perpatih dan Masakan Tradisional Negeri
Sembilan 2008 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Peliharolah petuah amanah ini


Pahatkan oleh kito di dalam hati
Kok jago dijadikan tungkek
Kok tidur dijadikan solimut
Kok bojalan jadikan pakaian

Kok kito momogang amanat


Amanat jangan dilupokan
Amanah jangan didiamkan
Adat kito jangan ditinggakan
Posan jangan dilalaikan
Nasihat jangan dilecehkan
Potunjuk jangan diabaikan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Norzam Bin
Mohd Nor, Selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Persukuan Adat Perpatih dan
Masakan Tradisional Negeri Sembilan 2008 di atas ucapan yang telah disampaikan.

Menjemput Yang Berhormat Tuan Mohammad Razi bin Haji Kail Jawatankuasa
Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta
Adat Istiadat Melayu selaku Moderator Kehormat memperkenalkan penceramah
Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Kamaruddin Kachar untuk memulakan Syarahan Negeri
Sembilan “Adat Perpatih dan Dunia Korporat ”.

Yang dikatokan pomimpin


Didahulukan solangkah
Ditinggikan soranting
5

Bokato lidah e masin


Bocakap pintak e kabul
Bagaikan pokok di tongah padang
Tompek beramu bosa dan kocik
Rimbun daun tompek botoduh
Kuek dahan e tompek bogantung
Bosa batang tompek bosanda
Togap urek e tompek bosilang

Elok kain kerano beragi


Elok bonang kerano dipinta
Elok pomimpin kerano bobudi
Elok orang kerano boraka

Elok kain kerano bonang


Bilo dicolup amatlah cantik
Elok pomimpin bedado lapang
Seumur hidup bobuek baik

Apo tando kain polekat


Ragu e halueh bewarno warni
Apo tando pemimpin ummat
Budi e halueh mulio pokorti

Pucuk lakum bungo tepilin


Jalin e indah jurai terjurai
Elok negeri kerano pomimpin
Pomimpin botuah bijak dan pandai

Ambik kapak dongan boliung


Hondak monotak pohon buluh
Datuk Seri Utama di ateh kemuncak payung
Kami di bawah tompang botoduh

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat Tuan Mohammad


Razi bin kail Exco Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
serta Adat Istiadat Melayu selaku Moderator Kehormat untuk memperkenalkan
penceramah iaitu Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Kamaruddin Kachar memulakan Syarahan
Negeri Sembilan “Adat Perpatih dan Dunia Korporat”. Dipersilakan.

Elok mudo menjago amanat


Elok tuo menjago ummat
Banyakkan kasih jauhkan solisih
Banyakkan saudaro, jauhkan sengketo
Banyakkan kawan jauhkan lawan
6

Banyakkan ilmu jauhkan sotoru


Banyakkan kaji jauhkan koji
Banyakkan amal jauhkan bual
Banyakkan musyawarah jauhkan marah
Banyakkan muafakat jauhkan khianat
Banyakkan budi jauhkan dongki

Budi somporono kerano agamo


Akhlak mulio kerano syarak
Tuah togak kerano sunnah
Sifat topuji kerano adat

Elok ilmu diamakan


Elok kojo disolosaikan
Elok nikmat disyukurkan
Elok potuah dijalankan
Elok amanah diturutkan
Elok nasihat dipogunokan
Elok potunjuk diikutkan

Ikan duri dimasak kari


Digoreng jugo ikan sola
Terimo kasih di ateh syarahan yang dibori
Segalo pandangan diambik ikhtiba

Pandangan yang baik kito bosakan


Potuah amanah dimuliokan
Nasihat amanat diingat-ingat
Supaya adat kito bopanjangan
Supayo yang baik bolanjutan
Supayo botuah tidak punah
Amanah tidak musnah
Supayo nasihat mombori manfaat
Supayo amanat mombori berkat

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Mohammad
Razi bin Haji Kail Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan,
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Adat Istiadat Melayu selaku Moderator
Kehormat dan penceramah iaitu Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Kamaruddin Kachar di atas
syarahannya yang bertajuk “Adat Perpatih dan Dunia Korporat”.

Penyampaian cenderamata

MAJLIS MEMPERSILAKAN YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN


HAJI HASSAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
7

UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA PENCERAMAH DAN


MODERATOR KE HORMAT.

DI PERSILAKAN PROF DATO’ DR KAMARUDDIN KACHAR

DI PERSILAKAN YB TUAN MOHAMMAD RAZI KAIL

TERIMA KASIH YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI
HASSAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Santapan di-Raja

KEBERANGKATAN YTM DATO’-DATO’ UNDANG YANG EMPAT,YTM


TUNKU BESAR TAMPIN,MENTERI BESAR DAN YANG AMAT MULIA
TUNKU BESAR SERI MENANTI SERTA DIF-DIF KE HORMAT KE MAJLIS
SANTAPAN

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan Darul Khusus

Yang Teramat Mulia Dato’-Dato’ Undang Yang Empat dan Yang Teramat Mulia
Tengku Besar Tampin meningglkan majlis.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
meningglkan majlis.

Anda mungkin juga menyukai