Anda di halaman 1dari 5

Teks Ucapan Perkahwinan: Bapa pengantin Hj. Majelan b. Hj.

Kassim
Bersempena Resepsi Persandingan anak perempuan: Anakanda Nur Liyana
Ezzati dan pasangannya Alif Fahmi b. Zahari

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Selamat datang kami ucapkan


Rombongan pengantin lelaki yang diraikan
Alhamdulillah selamat dalam perjalanan
Dengan tangan terbuka kami alu alukan

Yang jauh kita dekatkan


Yang dekat kita rapatkan
Yang rapat kita satukan
Yang dah bersatu biarlah berkekalan

1. Yg dimuliakan, Ayahanda Mertua Hj. Awg. Saed serta isterinya


2. Yg dimuliakan, Besan saya En. Zahari dan Pn. Shamsiah

3. Yg. Berbahagia Datu’ Sapuan dan isterinya


4. Yg. Berbahagian Datin Aishah dan suaminya
5. Yg. Berbahagian Datu’ Safri Ali dan isterinya
6. Tuan-tuan/puan-puan, semua ahli keluarga, Gb2, rakan2 guru, sahabat2
dan saudara-saudari sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya, saya
sekeluarga melaksanakan majlis perkahwinan anak saya pada pagi ini.Terima
kasih kepada semua hadirin sekalian kerana melapangkan masa ke majlis
perkahwinan anak saya pada pagi ini.

Nyiur gading puncak mahligai


Buat ketupat berisi inti
Majlis yang dinanti sudahpun sampai
Kehadiran tuan puan amat bererti

Buat ketupat berisi inti


Santapan puteri muda remaja
Semoga majlis bertambah berseri
Kita doakan hingga ke akhirnya
Hadirin yang dihormati sekalian,

Sesungguhnya majlis yang begitu indah dan bermakna ini pastinya tidak akan
bermakna tanpa bantuan dan sokongan dari insan – insan teristimewa
khususnya isteri saya dan keluarga saya yang sanggup bersusah payah agar
majlis ini dapat dilaksanakn dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama membantu
merealisasikan majlis perkahwinan ini .

Banyak ubi perkara ubi


    Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
    Budi baik dikenang orang

Tenang-tenang air laut


    Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
    Budi baik rasa nak junjung

Kepada semua yang penyumbang idea dan tenaga, tiada kata secantik bahasa
yang dapat saya katakan selain dari budi baik akan dikenang sampai ke mati.

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Hadirin yang dihormati sekalian,


Kepada rombongan pengantin lelaki/perempuan, saya ingin mengucapkan
selamat datang dan terima kasih kerana sudi menerima anak saya menjadi
menjadi sebahagian daripada ahli keluarga baru tuan.

Bauhulu kuih traditional


Mangkuk timah penuh sarat
Kalau dahulu tidak kenal
Sekarang beramah semakin erat

Kini anak kita telah disatukan


Kini kita sudahpun berbesan
Sekadar mengerat satu pertalian
Semoga berkekalan ke akhir zaman

Bagi kami keluarga di sini


Terimalah dengan ikhlas anak kami
Bimbinglah dia sebagai anak sendiri
Moga moga segala usaha diberkati

Sesungguhnya dengan rasa amat besar hati, kami sekeluarga juga menerima
kehadiran tuan dengan penuh rasa gembira dan penuh kesyukuran.

Hadirin yang dihormati,


Kini izinkan saya menitipkan beberapa rangkap pantun khusus untuk kedua
pasangan pengantin iaitu anankanda kami berdua;

Dengar ya, ini pesanan dari ayah dan ibu.

Amat garang datuk bentara


Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah senang

Tertunai sudah hajat kamu berdua


Bermulalah alam berumah tangga
Pahit dan maung akan kamu rasa
Pandai pandailah kamu berdua menjaganya

Ingatlah wahai pengantin lelaki


Isteri adalah amanah ilahi
Jangan diabai tanggungjawab diberi
Jadilah kamu suami mithali

Walaupun isteri cantik jelita


Apalah ertinya tidak berbahasa
Didiklah bimbinglah biar sempurna
Kelak bahgia kamu berdua

Feringgi melanggar Inderagiri


Lalu dibedil oleh laksamana
Suami ibarat kepala negeri
Hendaklah adil lagi saksama

Pergi berzanji di pekan pagoh


Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong

Dalam gelap durian gugur


Dikumpul dapat berpikul-pikul
Kalau tersilap boleh ditegur
Jangan pula dipukul-pukul
Kepada ister jangan pula lupa
Kini kamu sudah berpunya
Taatlah kamu pada suami tercinta
Jangan sesekali kamu cuba menderhaka

Makan dan pakai mesti kamu jaga


Banyak bersabar jangan cepat kecewa
Jangan bertindak tanpa iusul periksa
Banyak cerita hanya fitnah belaka

Perkara kecil jangan diperbesarkan


Bumi yang mana tak ditimpa hujan
Banyak bersabar dan selalu memaafkan
Rumahtangga akan kekal aman

Malam hari memasang damar


Menangkap ikan di tepi titi
Suami isteri mesti bersabar
Kekal rukun damai dihati

Dengarlah ini ayah berpesan


Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan

Wahai anakanda berdua,

Kedua orang tua jangan dilupai


Ingatlah segala lelah mereka selama ini
Wang dan pangkat tidak bererti
Jika hati mereka kamu sakiti

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dikesempatan ini juga, saya dan ahli keluarga ingin memohon beribu kemaafan
andaikata sepanjang majlis ini berlangsung, terdapat ketidaksempurnaan dari
segi bahasa, tuturkata, tingkah laku mahupun layanan yang membuatkan para
hadirin merasa kurang selesa. Sesungguhnya segala kelemahan dan kekhilafan
itu datangnya dari diri saya sendiri dan yang baik itu, segalanya dari Allah s.w.t.

Jika ada kesilapan kami


Kami menyusun sepuluh jari
Janganlah disimpan di dalam hati
Semua itu kelemahan kami.
Kami doakan agar selamat pulang nanti
Dijauhkan Allah segala aral yang menanti
Jangan gopoh biar berhati-hati
Panjang umur kita jumpa lagi

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai