Anda di halaman 1dari 6

Skrip

Pengantin
bersedia utk KETIBAAN MEMPELAI MEMASUKI DEWAN
berarak
masuk Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera

Berdiri Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt di atas limpah


bersama kurnia, taufik, hidayah serta inayah dariNya.. dapat kita
rombongan sama-sama berada dalam majlis yang penuh barakah ini.
(belum
berjalan) Bagi pihak tuan rumah bersama, En Abu Bakar Merican B
Mad Ismail Merican dan Puan Norhayati Bt Ahmad
sekeluarga, mengalu-alukan kehadiran para hadirin yang
sudi sama-sama menyerikan majlis perkahwinan Raja
Sehari kita, Muhammad Hamizi Merican B Abu Bakar
Merican dengan Siti Najuwa Bt Md Azmi di dewan yg
permai lagi berkat ini.

Sirih junjung berhias indah,


Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke Dewan,


pasangan pengantin yang cantik lagi menawan, yang segak
lagi bergaya, pasangan Raja Sehari; … Muhammad Hamizi
Merican B Abu Bakar Merican dengan... dan … Siti
Najuwa Bt Md Azmi …

Pengantin Selawat Majlis Perkahwinan


berjalan ke
tengah dewan
Pengantin Selawat
tiba di tengah
dewan dan
berhenti
Pengantin
berjalan Ikan sempilai sesak di lukah
semula Lukah dan bubu di Tanjung Selasih
selapas tamat Pasangan mempelai segak melangkah
selawat Melangkah menuju mahligai kasih

Panas dan kering siapakan tahu


Hujan rintik di Pulau Pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik, samalah padan

Dengan langkah yang penuh tertib. Dengan senyuman


terukir manis. Saling menjeling tanda bahagia…..itulah dia
pasangan mempelai kita … Muhammad Hamizi Merican B
Abu Bakar Merican dengan... dan … Siti Najuwa Bt Md
Azmi . Selamat Pengantin Baru.!

Majlis Membaca Doa

Pengantin Melayang tempua di atas permatang


tiba di atas Berkicau Merbah di hujung muara
pentas dan Pemanis kata selamat datang
sedia utk Awal BismilLah pembuka bicara
santapan
Yang berbahagia, , dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan,
puan-puan, hadirin yg dihormati sekelian, bagi pihak
keluarga En Abu Bakar Merican B Mad Ismail Merican
dan Puan Norhayati Bt Ahmad, kami sekali lagi mengalu-
alukan kehadiran semua tetamu jemputan .Sesungguhnya
kehadiran para tetamu amatlah bermakna dan menambah
seri majlis ini.

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan


dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al
Fadhil Ustaz Muhammad Hafiz B Mazlan………..

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih


kepada Al Fadhil Ustaz Muhammad Hafiz B Mazlan diatas
bacaan doa itu tadi..

Jambangan indah berbunga seroja


Diraut dibelai hiasan taman
Hidangan menyelera penuh semeja
Jemput mempelai santapan berteman

Majlis dengan ini mempersilakan semua hadirin, khususnya


tetamu-tetamu kehormat untuk menemani kedua mempelai
yang diraikan Raja Sehari Muhammad Hamizi dan Siti
Najuwa untuk menikmati hidangan ……….

Dipersilakan …..

Hadirin hadirat sekalian,


Persembahan
Multimedia Sambil Raja & Permaisuri Sehari menikmati santapan dan
tetamu kehormat serta para jemputan menikmati jamuan,
izinkan majlis mencuri sedikit perhatian semua kepada
persembahan multimedia yang mengimbau kisah hidup
Hamizi & Siti Najuwa

Tanggal 23 Julai 1990 lahirlah seorang bayi comel kapada


pasangan bahagia Abu Bakar dan Norhayati.
Anak ketiga daripada 5 adik beradik inimemulakan alam
persekolahan di Taski Abim,
Seterusnya ke Sekolah Kebangsaan Bayan Baru,
Mula meniti alam remaja di Sekolah Menengah Teknik
Tunku Abd Rahman Putra Pulau Pinang,
Dan terus mengorak langkah ke Unisel,
Kini beliau merupakan seorang penyelia tapak binaan yang
Berjaya.

Nama Diberi Siti Najuwa cahaya mata comel kepada


Rosminah bt Abu dan Md Azmi b Md Isa,
Pada 23 Februari 1990 mula membuka mata mengenal
dunia,
Merupakan Anak keempat drpd 7 adik beradik,
Di Sekolah Kebangsaan Naka mula bertatih menuntut ilmu,
Seterusnya ke SMK Naka,
Terus melangkah untuk mencapai impian di IPG Kampus
Bahasa Melayu kuala Lumpur,
Kini beliau merupakan seorang pendidik di negeri
bersejarah Melaka

ucapan famly Tak kan sempurna alu tanpa lesungnya


Dayung juga tidak berguna tanpa perahunya…
Tidak enak hidangan tanpa pemanisnya….
Tidak moleklah seandainya majlis seindah ini, tiada yang
berbicara……

Majlis dengan sukacitanya ingin mempersilakan tuan


rumah, iaitu ayahanda Pengantin Lelaki, En Abu Bakar
Merican, diiringi oleh bonda pangantin lelaki, Puan
Norhayati untuk menyampaikan pesanan dan nasihat
kepada pasangan pengantin dan ucapan penghargaan
kepada sidang tetamu yang hadir. Dipersilakan.

………………

Terima kasih diucapkan kepada En Abu Bakar Merican dan


Norhayati

Memotong
Kek Hadirin yg dimuliakan, demi merakamkan satu memori
indah dan kenangan manis majlis ini kepada kedua
mempelai, majlis diteruskan dengan upacara memotong
kek Selamat Pengantin Baru.

Dipersilakan kedua mempelai Hamizi & Siti Najuwa


berangkat ke pentas utk upacara memotong
kek...dipersilakan

….
Sesi Penutup Demikian tadi berakhirnya acara memotong kek…sekali
lagi tahniah kepada Hamizi & Siti Najuwa …Selamat
Pengantin Baru. Selamat Menempuh Kehidupan berumah
tangga. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh &
solehah….berkekalan hingga ke syurga sana.

Secebis pesanan dari kaum keluarga;

Aduhai Hamizi & Siti Najuwa


Janganlah risau, janganlah gundah,
Ambil yang senang, pilih yang mudah
Ingat Pesan imam, sewaktu berkhutbah
Bersatulah hati walau susah atau payah

Sentiasa tenang di kala susah


Sentiasa waras ketika gundah
Elakkan retak jangan sampai terbelah
Banyakkan sabar banyakkan tabah
Insya Allah rukun damai seisi rumah

Pesanan bukan sekadar madah


Cetusan tulus tidak berbelah
Jangan lupa pesanan ibu dan ayah
Usah disanggah pesanan atuk dan opah
Semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehah
Kami doakan semoga Hamizi & Siti Najuwa
dianugerahkan dengan perkahwinan yang penuh barakah.

Majlis kita masih diteruskan dengan jamuan .

Kepada semua hadirin yang turut menyerikan majlis ini,


ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
kami hulurkan.

Kepada ahli keluarga kedua-dua pihak yang telah


bertungkus lumus dengan persiapan bagi menjayakan
majlis perkahwinan ini, termasuk majlis akad nikah, terima
kasih diucapkan.
Tulus dan ikhlas bagi pihak En Abu Bakar Merican B Mad
Ismail Merican dan Puan Norhayati Bt Ahmad ….Ribuan
ampun dan maaf seandainya majlis yang tidak seberapa ini
terselit sebarang kekurangan dan kecacatan yang tidak
disengajakan….

Terima kasih di atas segala bantuan dan doa semua


sehingga majlis ini dapat disempurnakan….

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian. Salam kemaafan, salam kecerian, dan Selamat


pengantin Baru

Wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai