Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS : AFIZAN DAN ANNISYA

-ketibaan mempelai

SHAM ; Minta kerjasama hadirin sekalian bagi memberi laluan kepada jurugambar rasmi bagi kedua
mempelai

Kita mulakan dengan persembahan zikir dari Kumpulan Zikir Wanita Nur Fatehah

Mengumumkan ketibaan , sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan
pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;
Mohammad Afizan bin Sabri dan Annisya bt Mohamad Daud.

(Lagu perempuan bagaikan sakti keluar)

SHAM : Anak Cina memasang lukah


Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

ZANA : Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang dihormati Mohamad Daud bin Abdul Rahim dan Jamaliah bt Kalong, selaku tuan rumah kepada
Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; Mohamad Afizan bin Sabri
dan Annisya bt Mohamad Daud , dif-dif kehormat, ahli keluarga, saudara-mara serta tetamu jemputan
yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

SHAM DAN ZANA : Majlis mengucapkan selamat datang ke Majlis Perkahwinan Saudara Mohamad
Afizan bin Sabri dan Annisya bt Mohamad Daud.

SHAM : Hari ini menugal jagung


Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

ZANA : Di malam hari terang senegeri


Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai
TEKS PENGACARA MAJLIS : AFIZAN DAN ANNISYA

SHAM : Buah rambai tumbuh dihutan


Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat

ZANA : Bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Hamzah bin
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hamzah bin atas bacaan doa sebentar tadi.

Terima kasih diucapkan

SHAM :Mawar merah harum mewangi


Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

SHAM : Hadirin sekalian , marilah kita bersma-sama saksikan video montaj yang disediakan oleh
adik kepada pengantin perempuan , Saudara Mohd Hazwan bin Mohamad Daud buat kedua
mempelai .

Anak Cina mengail patin


Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati.

Kata orang tak kenal maka tak cinta.

SHAM :Baiklah Hadirin Sekalian,


Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, cukup unik, cukup indah pertemuan kedua
mempelai. Dah boleh jadikan satu drama akasia di TV3. Mereka mula berkenalan pada tanggal 19
december 2015. Perkenalan bertemu di Dewan Undangan Negeri Kuching . usik punya usik
perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta dalam hati kedua mempelai
ini.

Saudari Annisya binti Mohamad Daud merupakan anak ketiga dari 5 orang adik beradik dan Saudara
Mohamd Afizan bin Sabri merupakan anak sulung dari 5 orrg adik beradik.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, rombongan pihak lelaki
telah datang merisik pada tanggal 29 may 2016 dan mereka mengikat tali pertunangan dan sekaligus
telah selamat diijab kabulkan sebentar tadi dengan sekali lafaz. Dan pada hari yang penuh bermakna
ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.

ZANA :Tiup serunai di atas kota

Uda memupuk bunga melati

Mula kenal kemudian bercinta

Cinta tersemai di dalam hati


TEKS PENGACARA MAJLIS : AFIZAN DAN ANNISYA

ZANA : Baiklah, bagi tidak membuang masa lagi, majlis kita diteruskan dengan acara menepung
tawar,

Didahului dengan menjemput ayahanda dan ibunda kepada pengantin perempuan, Encik Mohamad
Daud bin Abdul Rahim dan Puan Jamaliah binti Kalong.

Seterusnya, majlis menjemput ayahanda & ibunda kepada pengantin lelaki, Encik Sabri bin Matnor &
Puan Noraini binti Ahmat

Dijemput, nenda pengantin perempuan, Puan Hjh Amisiah binti Hashim.

Seterusnya , nenda Norlizawati Abdullah

Dijemput , nenda Aini binti Hashim

Turut dijemput, nenda pengantin perempuan yang didatangkan khas dari Brunei Darussalam, Cik Aini
Binti Hashim.

Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis
persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.

SHAM : Bagi tidak membuang masa , kita menjemput Puan Hjh Rahmah binti Hj Rahman bagi acara
makan nasi temuan , dipersilakan

Terima kasih diucapkan .

Puan dibawa ke Gunung Ledang

Dibawa dengan penuh beradab

Pinggan mangkuk telah terhidang

Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab.

ZANA : Semerbak bunga seroja


Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan.

dijemput kedua – dua mempelai ke meja santapan pengantin bersama ayahanda dan ibunda serta
nenda masing – masing.
TEKS PENGACARA MAJLIS : AFIZAN DAN ANNISYA

SHAM : Untuk santapan para tetamu


Lauk pauk nasi beriani
Sekali ini kita bertemu
Sudilah menjamah hidangan kami

ZANA : Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama –
sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan
kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang cukup bersejarah ini.

ZANA : Si anak dara memakai lokek,


Lokek tersangkut di hujung julai,
Untuk majlis membelah kek,
Jemput bangun kedua mempelai.

Hadirin yg dimuliakan, kita bertukar gelanggang sekarang ke acara seterusnya iaitu upacara
memotong kek. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kanan pentas untuk upacara
memotong kek.

SHAM : Tanam serai berumpun-rumpun


Disiram air setiap hari
Lamah gemalai hayun tersusun
Maklumlah kan dipanggil raja sehari

Seterusnya , dijemput abang sulung pengantin perempuan bagi ucapan sekalung budi dari wakil
keluarga , iaitu Saudara Mohamad Jaziri bin Mohamad Daud , dipersilakan

Terima kasih diucapkan

ZANA : Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang
tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan
Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam laguna tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati
TEKS PENGACARA MAJLIS : AFIZAN DAN ANNISYA

SHAM :Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa
yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah
wassalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai