Anda di halaman 1dari 9

CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ____________

&_____________ 

(PANTUN)
(KOMPANG DIMAINKAN) – 8 Minit

TUAN-TUAN,PUAN-PUAN DAN PARA HADIRIN SEKALIAN


MENGUMUMKAN PERARAKAN MASUK MEMPELAI YANG DIRAIKAN
__________________________________________DAN PASANGANNYA
_____________________________________ DENGAN DIIRINGI PARA
ROMBONGAN MEMASUKI RUANG UTAMA.

MAJLIS MEMPERSILAKAN AHLI KELUARGA DAN PARA ROMBONGAN


UNTUK DUDUK DI TEMPAT YANG TELAH DISEDIAKAN.DIPERSILAKAN....

(SELAWAT) – 3 Minit
(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin)

(PANTUN)
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Panas kering siapakan tahu


Hujan rintik di Pulau Pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan

Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim………Assalamu `Alaikum W.B.T.

Allah swt berfirman di dalam surah Ar-Rum ayat 21:


Maksudnya:

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu
(wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra
dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan
kesedaran) bagi tanda-tanda orang-orang yang berfikir.

(PANTUN)
Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri


Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati (NAMA AYAH DAN IBU PENGANTIN) selaku tuan rumah
kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini,

yang diraikan pasangan mempelai;  (NAMA PENGANTIN),

yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai,

hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

(PANTUN)
Kalau tidak kerana bulan,
Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan,
Tidak majlis sepermai ini.

Saya, (EMCEE SOFEA) , pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan
SELAMAT DATANG, AHLAN WASAHLAN ke :

Majlis Perkahwinan ;  (NAMA PENGANTIN),

Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakna dan dapat menyerikan majlis kita
pada hari ini.
(PANTUN)
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai


Balai seri buatan Pak Tua
Duduk tersenyum kedua mempelai
Moga hidup sentiasa bahagia.

Bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh :

___(NAMA ORG YG BACA DOA)____________.

Dipersilakan.

*****(BACAAN DOA – 5MINIT)*****


Terima kasih diucapkan kepada ________________ atas bacaan doa sebentar tadi.

(PANTUN)
Orang jauh dikenang-kenang

Hanya terkenang pada yang satu

Mula berkenalan kemudian bertunang

Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin

Mengail patin di tepi titi

Senyum terukir pasangan pengantin

Tanda gembira penuh di hati


Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan dan akhirnya
memutik rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali
pertunangan pada _________________.

Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis
yang penuh berbahagia ini.

*****ACARA MENEPUNG TAWAR & MERENJIS AIR MAWAR*****.

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke ACARA MERENJIS AIR MAWAR.

(MUZIK INSTRUMENTAL PERKAHWINAN DIMAINKAN)


Dengan itu,majlis menjemput :

(Nama dan gelaran dalam keluarga)

Yang pertama –

1. Ayah pengantin pihak perempuan__________

2. Ibu pengantin pihak perempuan___________

3. Bapa saudara pihak perempuan_____________

4. Ibu saudara pihak perempuan_______________

Seterusnya majlis mempersilakan:

1. Ayah pengantin pihak lelaki__________

2. Ibu pengantin pihak lelaki___________

3. Bapa saudara pihak lelaki_____________


4. Ibu saudara pihak lelaki_______________

Seterusnya majlis mempersilakan:

Rakan-rakan atau para tetamu yang sudi menepung tawar dan merenjis air
mawar kepasangan mempelai

Demikianlah tadi, acara  merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli
yang segak dan cantik di singgahsana.

*****MAKAN BERADAB*****

(PANTUN)
Puan dibawa ke Gunung Ledang

Dibawa dengan penuh beradab

Pinggan mangkuk telah terhidang

Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa
hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang
disediakan bagi menikmati hidangan.

(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)

(PENGANTIN DUDUK)

(PANTUN)
Semerbak bunga seroja

Dibelai dara pingitan

Lauk pauk penuh semeja

Jemput mempelai menikmati hidangan


Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama
menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran
tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

(JAMUAN MAKAN - TUNGGU ISYARAT ACARA SELANJUTNYA)


****MAINKAN LAGU ******

****ACARA MEMOTONG KEK*****


Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara memotong
kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

PENGANTIN MEMOTONG KEK

(15MINIT)
Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup
manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut
agama.

(PANTUN)
Tiup serunai di atas kota

Uda memupuk bunga melati

Mula kenal kemudian bercinta

Cinta tersemai di dalam hati

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang
tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan
Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

(PANTUN)
Tanam laguna tumbuh kelapa

Terbit bunga pucuknya mati

Budi semua tak kami lupa

Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum

Melihat laksamana bermain rodat

Senyum-senyum jangan tak senyum

Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa
yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah
wassalamualaikum WBT.

SENARAI LAGU YANG SESUAI UTK MAJLIS PEKAHWINAN

1. Cinta Luar Biasa – Andmesh


2. Bukti – Virgoun
3. Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
4. Sampai ke Hari Tua – Aizat Amdan
5. Sesungguhnya Aku – Alif Satar
6. Terasa Ada – Sufian Suhaimi
7. Cinta Sesungguhnya – Sabhi Sadhi ft Marsha
8. Sempurna – Andra and The Backbone
9. Penghujung Cintaku – Pasha feat Adel
10. Makin Aku Cinta – Krisdayanti ft Anang
11. Kamu yang kutunggu – Rossa dan Afgan
12. Percayalah – Afgan dan Raisa
13. Jodoh Pasti Bertemu – Afgan
14. Terima kasih Cinta – Afgan
15. Teman Hidup – Tulus
16. Sedetik Lebih –Anuar Zain
17. Dia – Anji
18. Tercipta Untukku- Ungu

LAGU KAWEN KLASIK


19. Sudah Kahwin Ke Belum – Ahmad Daud & Rafeah Buang
20. Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak
21. Joget Pengantin Baru – Rafeah Buang
22. DI Hari Persandingan Mu – Yunizar Hussein
23. Kompang Dipalu – Izam Eye & Waheeda
24. Ayahku Kahwin Lagi – L. Ramlee
25. Di Renjis Renjis – M Daud Kilau
26. Sebentuk Cincin Berlian – M. Ishak
27. Kalau Jodoh Tak Kemana – P. Ramlee & Saloma
28. Pengantin Bersanding – R. Ramli

LAGU KAWEN WEDDING ENGLISH

29. Perfect – Ed Sheeran


30. Say You Won’t Let Go – James Arthur
31. You Are the Reason – Callum Scott
32. Make You Feel My Love – Adele
33. A Thousand Years – Christina Perry
34. Beautiful in White – Westlife
35. Can’t Help Falling in Love – Kina Grannis
36. All of Me – John Legend
37. You’re Still the One – Shania Twain
38. When A Man Loves A Woman"- Percy Sledge
39. Everything I Do I Do It For You" - Bryan Adams
40. Marry me –Bruno mars
41. My Love -Westlife

LAGU KAWEN ISLAMIK


42. Baraka Allahu Lakuma – Maher Zain
43. Qissat Al’Oshaq – Humood
44. Masha Allah (Arabic) – Maher Zain
45. For The Rest Of My Life – Maher Zain
46. Selamat Pengantin Baru – Hijjaz
47. Cari Pasangan – Rabbani
48. Isteri Solehah – Nazrey Johani
49. Setanggi Syurga – Inteam

Anda mungkin juga menyukai