Anda di halaman 1dari 6

TEKS EMCEE

MAJLIS PERSANDINGAN
AINA DAN RAFFIZAL
1. GET READY NAK SANDING

(PANTUN)

Sirih junjung berhias indah,

Sekacip pinang pembuka kata,

Bunga manggar kilau bercahaya,

Datang berkunjung ke majlis meriah,

Sejarah terukir nilai permata,

Lembaran sejarah kini bermula.

2. (MUZIK KOMPANG DIMAINKAN) – 8 Minit

3. MUZIK CAKLEMPONG DI MAINKAN

(MEMPELAI DAH STANDBY NAK MASUK DEWAN)

sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak
lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;

SITI NUR AINADIRAH BINTI MOHD KHAIDIR

DAN PASANGAN

RAFFIZAL BIN KUTAN

(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin.)

- MUZIK CAK LEMPONG MASIH DIMAINKAN EMCEE MENERUSKAN MAJLIS DENGAN


BACAAN PANTUN)

4, 5, 6, 7 (PANTUN)

Anak Cina memasang lukah

Lukah dipasang di Tanjung Selasih

Pasangan pengantin segak melangkah

Mara menuju mahligai kasih


Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis

Harap semua berikan perhatian

Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim

Assalamu `Alaikum W.B.T.

(PANTUN)

Di malam hari terang senegeri

Memberi cahaya di tengah balai

Majlis indah bertambah seri

Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati EN. MOHAMAD KHAIDIR & PUAN AZLINA selaku tuan rumah kepada Majlis
Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; AINA DAN RAFFIZAL yang
dihormati ahli keluarga, saudara-mara, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin
dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Dengan penuh takzim, majlis menjemput keluarga pihak lelaki untuk mengambil tempat.
Dipersilakan.

8. BACAAN DOA

Burung Nuri hinggap di balai

Balai seri buatan Pak Tua

Tempat berehat rakan dan taulan

Duduk tersenyum kedua mempelai

Menadah tangan memanjatkan doa

Moga jodoh sentiasa berkekalan


Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh USTAZ AMIRUDIN BIN
MUTAQQIN Imam 1 Masjid Jamek Pasir Panjang, Port Dickson.

Dipersilakan.

(BACAAN DOA – 5MINIT)

Terima kasih diucapkan kepada ustaz di atas bacaan doa sebentar tadi.

9. MAKAN BERADAB

(PANTUN)

Puan dibawa ke Gunung Ledang

Dibawa dengan penuh beradab

Pinggan mangkuk telah terhidang

Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa
hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja
yang disediakan bagi menikmati hidangan.

(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)

(PENGANTIN DUDUK)

(PANTUN)

Semerbak bunga seroja

Dibelai dara pingitan

Lauk pauk penuh semeja

Jemput mempelai menikmati hidangan


Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama
menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan
kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

(JAMUAN MAKAN - TUNGGU ISYARAT ACARA SELANJUTNYA)

10. ACARA BERGAMBAR

Majlis seterusnya menjemput, keluarga kedua2 mempelai untuk sesi bergambar. Dipersilakan.

11. PENGANTIN MEMOTONG KEK

Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara
memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(15MINIT)

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan
hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang
dituntut agama.

(PANTUN)

Tiup serunai di atas kota

Uda memupuk bunga melati

Mula kenal kemudian bercinta

Cinta tersemai di dalam hati

(PANTUN)

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai di destinasi


Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih
yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan
memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

(PANTUN)

Tanam laguna tumbuh kelapa

Terbit bunga pucuknya mati

Budi semua tak kami lupa

Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum

Melihat laksamana bermain rodat

Senyum-senyum jangan tak senyum

Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa
yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah
wassalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai