Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARAAN MAJIS RESEPSI

JUHAIRIAH BT DZOLKIPLI & MUHD IKRAM B MUHD SALLEH


AHAD 18 DISEMBER 2022
RIZQHANA GALLERI WISMA MINLON

ACARA TEKS CATATAN


Assalamualaikum dan selamat pagi

Majlis akan dimulakan tidak lama lagi, pastikan anda berada di


tempat yang telah disediakan dan amalkan penjarakan sosial

1. Amalkan penjarakkan sosial


2. Sila pastikan telefon pintar anda dalam mod silent
3. Pastikan anak2 kecil dan barangan berharga anda dalam
keadaan yang selamat

1240hr Melayang serindit diatas permatang, Lagu2 Iringan


Merbah berkicau dihujung muara,
UCAPAN Pemanis kata selamat datang,
ALUAN Awal Bismillah pembuka bicara,

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum W.B.T

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Selamat datang ke RIZQHANA GALLERI WISMA MINLON


, yang mana pada hari ini kita akan bersama-sama meraikan detik
yang bahagia buat pasangan raja sehari yang diraikan:

JUHAIRIAH BT DZOLKIPLI & MUHD IKRAM B MUHD SALLEH

Bagi pihak tuan rumah dan seluruh keluarga pengantin, kami


mengalu-alukan sekalian tetamu yang sudi hadir dan memeriahkan
majlis pada hari ini. Tidak lupa juga kepada sanak saudara, dan
sahabat handai serta rakan taulan kepada pasangan raja sehari kita
pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
amatlah bermakna bagi seluruh keluarga tuan rumah.

Para tetamu tersenyum lebar,


Bersiap sedia mengambil gambar,
Dalam hati turut berdebar,
Menanti pengantin penuh sabar,
Untuk makluman para hadirin sekalian, kedua-dua pasangan raja
sehari akan tiba kedalam majlis tidak lama lagi, diharapkan para
hadirin dapat bersabar dan sama-sama kita nantikan ketibaan
pasangan raja sehari. Sementara itu, hadirin sekalian bolehlah
menjamu selera hidangan yang disediakan daripada pihak catering
_______________________

Sirih junjung berhias indah,


KETIBAAN Sekacip pinang pembuka kata, Kompang
PENGANTI Datang berkunjung kemajlis meriah, (Sampai
N Lembaran sejarah kini bermula pelamin)

Majlis mengumumkan KETIBAAN pasangan raja sehari

JUHAIRIAH BT DZOLKIPLI & MUHD IKRAM B MUHD SALLEH


(Selawat
Taslim –
Anak cina memasang lukah semasa
Lukah dipasang ditanjung selasih pengantin di
Pasangan pengantin segak melangkah atas pelamin)
Mara menuju mahligai kasih

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan pasangan raja sehari


menuju ke pelamin.

Datang membawa tulus mawaddah


Berteman gemersik selawat nan indah

Kuntum di taman mengorak kelopak


Harum laksana kasturi di puncak

“Sutera” di dulang tujuh ronanya


Dibias Mentari memukau maya

Disusun madah setinggi ancala


Segenap aksara menjadi niskala

Kata-kata Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :


Aluan Perkahwinan itu sunnahku, Sesiapa yang tidak suka kepada
sunnahku, Dia bukan daripada kalangan umatku" (hadith
riwayat al-bukhari)
Allah swt berfirman, yang bermaksud :

Hai manusia! Kami ciptakan kamu dari satu pasang laki-laki dan
perempuan, dan kami jadikan kamu beberapa bangsa dan suku
bangsa, supaya kamu saling mengenal [bukan supaya saling
membenci, bermusuhan]. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu
dalam pandangan allah ialah yang paling bertakwa. Allah maha tahu,
maha mengenal (q.s. Al-hujurat [49]: 13).

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara,
Kata pemanis selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara,

Bismillahirrahmanirrahim…..

Di malam hari terang senegeri,


Memberi cahaya di tengah balai,
Majlis indah bertambah seri,
Dengan ketibaan kedua mempelai.

(Solutasi)

Y.BHG AYAHANDA PENGANTIN PEREMPUAN


DZOLKIPLI B MOHD YUSOP
Selaku tuan rumah pada hari ini.

*Yang dihormati, Ayahanda dan Bonda pengantin LELAKI


MUHD SALLEH B AHMAD
MAZNAH BT ABD HALIM

Yang diraikan, pasangan raja sehari:

JUHAIRIAH BT DZOLKIPLI & MUHD IKRAM B MUHD SALLEH

Yang dikasihi, seluruh ahli keluarga dan sanak saudara pasangan raja
sehari.

Tan Sri, Pn Sri, Dato’2, Datin2, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian.

Selamat datang, ahlan wasahlan diucapkan ke majlis walimatul urus


pasangan raja sehari kita pada hari ini.

Marilah kita bersama2 merafa’kan rasa syukur kita kehadrat Allah


SWT, kerana dengan limpah izinnya, dapat kita bersama2 berkumpul
pada hari ini, meraikan saat yang bahagia buat kedua-dua pasangan
raja sehari sama cantik sama padan,
JUHAIRIAH BT DZOLKIPLI & MUHD IKRAM B MUHD SALLEH

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang dihormati


sekalian.

Bertemu wajah rasa, Berkasih keramat cinta, bersanding di hari


bahagia. Perkahwinan adalah sumbu sentiasa menyala. Dalam
dakap hangat kasih, tak pernah kunjung padam.

Perkahwinan adalah hujan sentiasa merenyai, dalam rangkul ingin


sukma. selamanya berpadu, manis ingatan. Doa kami sentiasa
mengiringi, semoga ikatan perkahwinan ini, sentiasa dipelihara
Allah dalam kebahagiaan, kesejahteraan serta kasih sayang yang
berkekalan.

Selamat bersanding, Selamat berbahagia, Selamat membina masjid


yang sentiasa diberkati-Nya buat pasangan
JUHAIRIAH BT DZOLKIPLI & MUHD IKRAM B MUHD SALLEH

Saya bagi pihak tuan rumah ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada para hadirin yang sudi hadir bagi menyerikan majlis ini.

Di dalam dulang berisi sagu,


Bacaan Doa Sagu dimakan burung merpati,
Jangan bimbang jangan ragu,
Hidup baru kini menanti.

Mawar merah harum mewangi,


Jambangan digubah berseri-seri,
Doa restu kami iringi,
Baik berpakat suami isteri.

Bagi memberkati lagi majlis ini, juga memberkati kedua pasangan raja
sehari, marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan
bacaan doa.

*Majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan


______________________________ untuk memimpin bacaan doa.

(DOA)

Orang membelat di tepi pantai,


Banyak dapat ikan tembakul,
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan harap termakbul.
Salam Hadirin sekalian,
Restu
Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan cinta, kerana
cinta itu menjadikan manusia lebih bermakna, bahagia, dan
sempurna, apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut
dalam agama.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis diteruskan dengan acara salam


restu kedua pasangan pengantin. Bagi memulakan acara, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan:

1.

2.

Tiup serunai di atas kota,


Uda memetik bunga melati,
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai di dalam hati.

3.
Instrumental
4. renjis-renjis

Padang Temu konon namanya,


Tempat kuda berlari-lari,
Sudah bertemu dengan jodohnya,
Bagai cincin lekat dijari.

5.

6.

Terima kasih diucapkan kepada Ayahanda dan Bonda, serta sanak


saudara yang sudi naik ke pelamin bagi memberikan restu kepada
pasangan raja sehari pada hari ini. Diharapkan ikatan mereka
diberkati Allah dan kekal hingga ke syurga.

Makan Berlari-lari bergelak tawa,


Beradap Duduk menghadap ditepi tingkap,
Menambah seri hari bahagia,
Makan beradap jadi pelengkap.

Majlis dengan ini mempersilakan terlebih dahulu kepada Dif-dif


kehormat untuk mengambil tempat di meja makan utama.
Puteri dibawa ke Gunung Ledang, Pasang lagu
Dibawa dengan penuh beradap,
Hidangan istimewa telah terhidang, Ingat SOP
TIbalah masa makan beradap.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan pasangan raja sehari


menuju ke meja makan utama untuk acara istiadat makan beradap
RAJA SEHARI. Dipersilakan.

Potong Kek Makan beradap berakhir sudah,


Kaum keluarga memberi berkah,
Semoga semuanya hidup bertuah,
Akhir hayat baru berpisah.

Sebagai meraikan pasangan raja sehari dengan rasa cinta dan kasih
pada hari ini, majlis mempersilakan kedua pasangan pengantin untuk
ke acara memotong kek. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Orang jauh dikekang-kenang,


Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenalan kemudian bertunang,
Akad dilaksanakan sama bersatu.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan


Dua tangan untuk memegang
Dua telinga untuk mendengar
Dan dua mata untuk melihat

Tetapi mengapa tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati


kepada kita?
Kerana tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya
Itulah namanya cinta…

Sesungguhnya
Manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta
itu,
Menjadikan hidup manusia lebih bermakna,

Bahagia dan sempurna


Apatah lagi melalui ikatan perkahwinan Yang dituntut agama.
Hadirin yang dimuliakan, untuk pengetahuan;

JUHAIRIAH BT DZOLKIPLI & MUHD IKRAM B MUHD SALLEH


mula memulai bibit perkenalan melalui perantara BaitulMuslim pada
26 Jun 2022. Akhirnya masing-masing jatuh cinta satu sama lain.
namun Kerana, persefahaman, dan atas sifat “gentlement” En Muhd
Ikram telah melamar Pn Juhairiah pada 13 Ogos selepas pulang
daripada Karnival MAHA. Seterusnya kedua pasangan bahagia ini
mula mengikat tali pertungangan pada 10 September 2022 dan di
ijab kabulkan pada hari ini 18 Disember 2022. Dengan kuasa Allah,
jodoh menyatukan mereka pada harini. Dengan berkat ilahi, restu
kedua-dua belah keluarga menjadi kekuatan penyatuan mereka.
Alhamdulillah

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma 


Wa jamaah baina kuma fee khair.  Kita doakan kepada kedua
pasangan bahagia ___________________________________ agar
terus dilimpahi keberkatan dalam membina sebuah mahligai bahagia

Sudah bersarang burung tempua,


Sarangnya tinggi tidaklah rendah,
Dahulu seorang sekarang berdua,
Ikatan janji tertunailah sudah.

“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang pasangan supaya kamu


mengingat kekuasaan Allah” - Surah Dzariyat ayat 49

Bergambar Anak cina mengail patin,


Mengail patin di tepi titi,
Senyum terukir pasangan pengantin,
tanda gembira penuh dihati.

Seterusnya, majlis mempersilakan pasangan raja sehari ke pelamin


untuk sesi fotografi, bagi memulakan acara, majlis menjemput ahli
keluarga dan rombongan yang bertandang terlebih dahulu untuk
bergambar bersama pasangan raja sehari. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Adat orang bersuami isteri,


Pahit manis sama dirasa,
Dalam surut ada pasangnya,
Dalam susah ada senangnya,
Dalam sempit ada lapangnya

Kalau sedikit sesudu seorang


Kalau banyak sesenduk seorang,
Kalau untung, sama - sama timbul,
Kalau rugi, sama - sama tenggelam,
Kalau di depan, sama - sama menang,
Kalau di belakang sama - sama alah,
Penutup Hadirin sekalian,
Kalau tebu, seruas seorang,
Kalau nangkaKalau
, seulas seorang.
memanjat sudah sampai ke puncak,
Payung satu sama berteduh,
Kalau menurun sudah sampai ke lembah,
Perahu satu sama menyeberang.
Kalau mudik sudah sampai ke hulu,
Kalau hanyut sudah sampai ke kuala.
Tikar sehelai, sama ditiduri,
Selimut
Kalau satu,
ada sama
wajah dikongsi.
yang salah pandang
Kalau sempit sama berhimpit,
Kalau ada nama yang tersalah sebut
Kalau lapang sama berlegar.
Kalau ada gelar yang salah ucap
Kalau ada yang duduk di salah tempat

Kalau pinggan ada yang retak


Kalau ada sudu yang bengkok

Kalau nasi yang ditanak hangit


Kalau sambalnya tak cukup belacan

Juga kalau perut tidak kenyang


Kalau majlis tidak seberapa

Tanam languna tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi kedusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mewakili pihak tuan rumah dan pasangan pengantin serta keluarga,


kami memohon maaf segala kekurangan sepanjang majlis ini
berlangsung. Mohon doa semua agar majlis ini dirahmati.

Dengan ini berakhirlah tugas saya, Muzakkir Mohd Noor


mengacarakan majlis pada hari ini, dikesempatan ini, saya ingin
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada
sebarang kesilapan sepanjang saya mengendalikan acara.
DOA PENGANTIN

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami berkumpul pada hari ini di atas rahmat &
kasih sayang mu Ya Allah.

Dalam meraikan pasangan pengantin, -


________________________________________________________
Kau satukanlah hati – hati mereka dgn kasih dan sayang.
Tenangkan lah jiwa mereka dengan kesabaran dan ketabahan,
kuatkanlah iman mereka dalam menghadapi gelora alam rumah
tangga.

Kau kurniakanlah mereka dengan zuriat yg soleh & solehah yg boleh


mendoakan mereka bila mereka telah kembali ke rahmat mu Ya Allah.

Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yg diberkati Mu Ya Allah.


Jadikanlah majlis ini majlis yg merapatkan lagi ukhuwah dua keluarga
yg kini bersatu. Kurniakanlah keberkatan, kerahmatan, keselamatan
dan kebahagiaan kepada seluruh ahli keluarga di kedua-dua belah
pihak, supaya sentiasa didalam rahmat dan keampunan mu Ya Allah.

Kau berkatilah juga seluruh tetamu yg hadir pada hari ini Ya Allah.
Permudahkanlah urusan mereka, jauhkanlah mereka dari bala
bencana. Dekatkanlah kami semua dengan rahmat & pengampunan
mu Ya Allah.

Amin…

Disediakan oleh;
Iqbal Zahanuddin
PANTUN PENGANTIN

Ikan gelama ikan tenggiri


bersama dengan ikan cencaru
bersama-sama kami ke mari
hendak meraikan pengantin baru

buah rambai tumbuh dihutan


dihujung ranting buahnya lebat
mari beramai kita doakan
semoga majlis mendapat berkat

Sungguh harum bunga rampai


dibawa orang ke tengah balai
sanak saudara sahabat handai
datang meraikan dua mempelai

yang jauh sudahlah dekat


sudah dekat bersalam-salaman
kami berdoa semoga berkat
menempuh hidup di dalam aman

sudah bersarang burung tempua


sarangnya tinggi tidaklah rendah
dahulu seorang sekarang berdua
ikatan janji tertunai sudah

sudah bersarang burung tempua


sarangnya jauh tidaklah dekat
dahulu seorang sekarang berdua
baik-baik duduk berpakat

kain baldu kain bertekat


dibawa orang dari melaka
sudah berpadu kata sepakat
kalau jodoh bertemu juga

Cantiknya burung cenderawasih


terbang sekawan di hari petang
kami ucapkan terima kasih
kepada tuan yang sudi datang

Anda mungkin juga menyukai