Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN MAJIS RESEPSI

………………………………………………………………………………………………………….
Tarikh : ……………………………………..
Tempat : …………………………………………………………………………..

ACARA TEKS CATATAN

UCAPAN Melayang serindit diatas permatang, Lagu2


ALUAN Merbah berkicau dihujung muara, Iringan
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara,

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum W.B.T

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Selamat datang ke ……………………………………………………., yang mana pada


hari ini kita akan bersama-sama meraikan detik yang bahagia buat
pasangan raja sehari yang diraikan:

……………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………..

Bagi pihak tuan rumah dan seluruh keluarga pengantin, kami mengalu-
alukan sekalian tetamu yang sudi hadir dan memeriahkan majlis pada
hari ini. Tidak lupa juga kepada sanak saudara, dan sahabat handai serta
rakan taulan kepada pasangan raja sehari kita pada hari ini.
Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amatlah bermakna
bagi seluruh keluarga tuan rumah.

Para tetamu tersenyum lebar,


Bersiap sedia mengambil gambar,
Dalam hati turut berdebar,
Menanti pengantin penuh sabar,

Untuk makluman para hadirin sekalian, kedua-dua pasangan raja sehari


akan tiba kedalam majlis tidak lama lagi, diharapkan para hadirin dapat
bersabar dan sama-sama kita nantikan ketibaan pasangan raja sehari.
KETIBAAN Sirih junjung berhias indah,
PENGANTI Sekacip pinang pembuka kata,
N Datang berkunjung kemajlis meriah,
Lembaran sejarah kini bermula

Majlis mengumumkan perarakan masuk pasangan raja sehari

……………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………..

(Selawat Taslim – semasa pengantin di atas pelamin)

Anak cina memasang lukah,


Lukah dipasang di tanjung selasih,
Pasangan pengantin segak melangkah,
Mara menuju mahligai kasih.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan pasangan raja sehari


menuju ke pelamin.

Kata-kata Sirih berlipat sirih pinang,


Aluan Sirih dari pulau mutiara,
Kata pemanis selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara,

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillahirabbil ‘Alamin, Wassolatuwassalmu ‘Ala Asyrafil Anbiyai
walmursalin, Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in.

Di malam hari terang senegeri,


Memberi cahaya di tengah balai,
Majlis indah bertambah seri,
Dengan ketibaan kedua mempelai.

(Solutasi)
Yang Berbahagia

…………………………………………………………………………………………………..,
Selaku tuan rumah pada hari ini.

Yang dihormati,

…………………………………………………………………………………………………..,
Ayahanda dan Bonda kepada

…………………………………………………………………………………………………..,
Yang diraikan, pasangan raja sehari:

……………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………..

Yang dikasihi, seluruh ahli keluarga dan sanak saudara pasangan raja
sehari.

Tan Sri, Pn Sri, Dato’, Datin, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian.

Selamat datang, ahlan wasahlan diucapkan ke majlis walimatul urus


pasangan raja sehari kita pada hari ini.

Marilah kita bersama2 merafa’kan rasa syukur kita kehadrat Allah


SWT, kerana dengan limpah izinnya, dapat kita bersama-sama
berkumpul pada hari ini, meraikan saat yang bahagia buat kedua-dua
pasangan raja sehari.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang dihormati


sekalian.

Saya bagi pihak tuan rumah iaitu …………………………………………., ingin


merakamkan jutaan terima kasih kepada para hadirin yang sudi hadir
bagi menyerikan majlis ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan amatlah bermakna bagi seluruh keluarga tuan rumah.

Di dalam dulang berisi sagu,


Bacaan Doa Sagu dimakan burung merpati,
Jangan bimbang jangan ragu,
Hidup baru kini menanti.

Mawar merah harum mewangi,


Jambangan digubah berseri-seri,
Doa restu kami iringi,
Baik berpakat suami isteri.

Bagi memberkati lagi majlis ini, juga memberkati kedua pasangan raja
sehari, marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan
bacaan doa (yang akan dibacakan oleh .............................................)

(DOA)

Orang membelat di tepi pantai,


Banyak dapat ikan tembakul,
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan harap termakbul.
Salam Hadirin sekalian,
Restu
Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan cinta, kerana
cinta itu menjadikan manusia lebih bermakna, bahagia, dan
sempurna, apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut
dalam agama.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis diteruskan dengan acara salam


restu kedua pasangan pengantin. Bagi memulakan acara, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan:

1.

2.

Tiup serunai di atas kota,


Uda memetik bunga melati,
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai di dalam hati.

3.
Instrumental
4. renjis-renjis

Padang Temu konon namanya,


Tempat kuda berlari-lari,
Sudah bertemu dengan jodohnya,
Bagai cincin lekat dijari.

5.

6.

Terima kasih diucapkan kepada Ayahanda dan Bonda, serta sanak


saudara yang sudi naik ke pelamin bagi memberikan restu kepada
pasangan raja sehari pada hari ini. Diharapkan ikatan mereka
diberkati Allah dan kekal hingga ke syurga.
Makan Berlari-lari bergelak tawa,
Beradap Duduk menghadap ditepi tingkap,
Menambah seri hari bahagia,
Makan beradap jadi pelengkap.

Majlis dengan ini mempersilakan terlebih dahulu kepada Dif-dif


kehormat untuk mengambil tempat di meja makan utama.

Puteri dibawa ke Gunung Ledang,


Dibawa dengan penuh beradap,
Hidangan istimewa telah terhidang,
Dijemput mempelai bersama bersantap.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan pasangan raja sehari


menuju ke meja makan utama untuk acara makan beradap.

Food
Presentation Untuk acara seterusnya, majlis mempersilakan GAMELAN
(Nama Katerer)
(Jika Perlu)
…………………………………………………………………………………………
untuk mempersembahkan santapan istimewa untuk pasangan raja
sehari kita pada hari ini.

Potong Kek Makan beradap berakhir sudah,


Kaum keluarga memberi berkah,
Semoga semuanya hidup bertuah,
Akhir hayat baru berpisah.

Bagi meraikan pasangan raja sehari dengan rasa cinta dan kasih pada
hari ini, majlis mempersilakan kedua pasangan pengantin untuk
keacara memotong kek. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Bergambar Anak cina mengail patin,


Mengail patin di tepi titi,
Senyum terukir pasangan pengantin,
tanda gembira penuh dihati.

Seterusnya, majlis mempersilakan pasangan raja sehari ke pelamin


untuk sesi fotografi, bagi memulakan acara, majlis menjemput ahli
keluarga dan rombongan yang bertandang terlebih dahulu untuk
bergambar bersama pasangan raja sehari. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Penutup Hadirin sekalian,

Kalau memanjat sudah sampai ke puncak,


Kalau menurun sudah sampai ke lembah,
Kalau mudik sudah sampai ke hulu,
Kalau hanyut sudah sampai ke kuala.

Dengan ini berkahirlah tugas saya mengacarakan majlis pada hari ini,
dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf sekiranya ada sebarang kesilapan sepanjang saya
mengendalikan acara.

Anda mungkin juga menyukai