Teks Pengacara Majlis (Emcee)
(KETIKA TETAMU PIHAK PEREMPUAN SAMPAI)
Selamat datang kepada tetamu2 yang hadir pada hari ini.
Dijemput para tetamu untuk memenuhi meja di bahagian hadapan terlebih dahulu
Contoh pantun sebelum pihak lelaki masuk
Buah pauh sudah diikat,
Supaya petang boleh dimakan,
Pada yang jauh dan juga dekat,
Selamat datang kami ucapkan
Dialu-alukan, ketibaan keluarga rombongan pihak lelaki untuk masuk ke dalam dewan
untuk menyempurnakan lagi majlis.
(KETIBAAN KELUARGA ROMBONGAN)
Seterusnya, dialu-alukan pembawa dulang hantaran dari pihak lelaki dan pihak
perempuan.
(KETIBAAN PEMBAWA DULANG)
Sekarang majlis ingin menjemput dan mempersilakan orang utama untuk hari ini
Ameera Sofea binti Abdullah dengan ditemani ibunda tercinta, Dato’ Asmin binti Yaha
untuk mengambil tempat di atas singgahsana. Dipersilakan.
(BERGERAK KE MINI PELAMIN)
** Sebaik dah duduk dan semua dah bersedia, baru mulakan majlis.
Yang dihormati En. Abdullah bin Abdul Wahab & Dato’ Asmin binti Yahya
Yang dihormati juga En. Muhamad bin Samsu & Puan Wan Khalidah binti Wan Abdul
Razak
Seterusnya ahli keluarga, sanak saudara serta hadirin hadhirat para tetamu yang
dirahmati Allah swt.
Selamat datang ke Majlis Pertunangan Ameera Sofea binti Abdullah & Muhammad Irfan
bin Muhamad.
Sebelum memulakan majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama membuka
majlis yang mulia ini dengan bacaan umul kitab, al-fatihah.
(BACAAN AL-FATIHAH)
Tuan puan sekalian, sedikit info ringkas berkenaan pasangan yang akan bertunang
pada hari ini.
Pihak Lelaki telah menghantar rombongan merisik pada 24 April 2023. Dan selanjutnya,
insyaallah dan alhamdulillah, pada hari ini 6 Ogos 2023, kedua-dua pasangan ini akan
melangkah setapak lagi untuk mengukuhkan lagi perhubungan mereka dengan
mengikat tali pertunangan.
Semoga ikatan yang dibina ini akan terus berkekalan sehinggalah ke hari majlis
walimatulurus yang akan diadakan mengikut kepada apa yang akan dibincangkan nanti.
Baiklah, tanpa melengahkan masa saya ingin menjemput wakil dari pihak lelaki dan
perempuan ke meja di hadapan untuk sesi perbincangan.
Saya menyerahkan kepada Abdul Razak Bin Abdul Wahab untuk menuturkan sepatah
dua kata dan membuka bicara Majlis Pertunangan ini. Dipersilakan.
(PERBINCANGAN PERTUNANGAN)
Baiklah, demikianlah tadi kata janji telahpun disepakati. Semoga yang dihajati akan
termakbul, sama-sama kita doakan.
Kalau tidak kerana bulan
Tidak bintang terbit pagi
Kalau tidak kerana tuan dan puan
Tidak majlis sepermai ini
Untuk acara selanjutnya, saya ingin menjemput dan mempersilakan Puan Wan
Khalidah binti Wan Abdul Razak, ibu kepada Irfan untuk tampil ke hadapan dan
seterusnya menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Ameera Sofea.
Dipersilakan.
(SARUNG CINCIN PERTUNANGAN)
Alhamdulillah, telah rasmi Irfan & Sofea pada hari ini menjadi pasangan yang
bertunang. Dan seterusnya adalah sesi bergambar bersama keluarga, dengan itu
dipersilakan kepada :
i. Keluarga pihak lelaki
ii. Saudara-mara pihak lelaki
iii. Keluarga tuan rumah (pihak perempuan)
iv. Saudara-mara pihak perempuan
Alhamdulillah, selesai sudah acara rasmi majlis pertunangan pada hari ini. Seterusnya
adalah sesi menjamu selera.
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Andai tersilap tutur bicara
Jari disusun maaf dipinta
Dengan itu, dipersilakan kepada semua yang hadir pada hari ini untuk menikmati
hidangan di ruangan yang disediakan seperti kambing, roti puri, tauhu bergedil dan lain-
lain lagi.
Selanjutnya setelah selesai menjamu selera, tuan/puan yang lain boleh mengambil
masa sendiri untuk bergambar bersama-sama Sofea & Irfan
Sekian, terima kasih diucapkan. Wabillahi taufik walhidayah, Wassalamualaikum wbt.